Tamat sudah Cabaran 30 hari anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari. Cabaran terakhir adalah perkara menarik yang mommy Irra berbangga tahun ini. Mommy bagi dua je la ye. 


  1. Mommy preggy lagi
  2. Siapa tak bangga dapat melahirkan bayi dari rahim yang sebesar buah pear aje. Dahsyat kuasa Tuhan mencipta manusia. Pengalaman hari demi hari memberi keinsafan dan kesedaran. Dah ada anak, lengkap rempah ratus kehidupan seorang wanita. Bertambah ramai anak? InsyaAllah bertambah rezeki kami sekeluarga.


  3. Menjadi mommy blogger
  4. Tak sangka mommy dah melangkah ke satu tahap yang amat membanggakan. Berjaya mencabar diri sendiri dan menjadi mommy blogger selama 4 bulan 3 minggu. Terima kasih di beri kesempatan dan di kelilingi insan-insan yang membantu menguatkan semangat dan menunjukkan hala tuju seorang blogger yang sebenar.





Hari ini sana sini orang up pasal Google Street View. Nampak rumah di kampung la. Wahh canggihnya teknologi. Terasa berada di kampung walaupon hakikatnya berada jauh di perantauan.

Sebenarnya beberapa hari lepas lagi daddyG ada sebut mcm kereta kami ada dalam Google Street View ni. Tapi mommy tak ambil pot pon. Hahahaa.

Milik siapakah kereta ini?

Hari ni daddyG siap bagi URL. Haa mommy pon buka la URL di bawah

https://www.google.com.my/maps/@3.0757429,101.4968633,3a,27.1y,63.12h,68.73t/data=!3m4!1e1!3m2!1sKPSYUUP-eforBcF73a01bw!2e0?hl=en

Pemandangan tu Google Street View ambil pada bulan November 2013. Sebelum ni daddyG ada nampak kereta google street view di kawasan Restoren Hakim dan Seksyen 7, Shah Alam.

Kredit kepada ipohhappenings.com
Wahh peminat setia Restoren Hakim ke ni? Hari-hari singgah Restoren Hakim ya?
Mommy ada pandangan sendiri. Kalau orang tahu alamat kita dan view rumah kita, tak ke mudah dia nak mencari rumah kita. Nak datang menziarah tak apa la. Tapi kalau sebaliknya? 


Mommy kirim keropok keping kat adik ipar yang tinggal di Terengganu. Keropok keping ni nipis dan sedap sangat. Ni kali kedua beli keropok keping Terengganu.


Mommy guna kuali besar nak goreng keropok keping ni banyak-banyak. Minyak pon banyak lah. Takpe! Goreng sekali harung banyak-banyak.


Nak goreng kena tunggu minyak betul-betul panas. Kalau tidak nanti keropok keping tu serap minyak dan tak sedap jadinya.


Cepat2 gaul supaya masak sama rata. Lambat-lambat nanti ada yg terlebih garing pulak. 


Sejukkan sekejap dan masukkan dalam bekas. 



Daddy tak balik lagi dah habis sebekas. Anak-anak memang suka sangat keropok keping. Daddy lagi la suka. Makan nasi berlaukkan keropok keping je!


Salam, sambungan throwback anak-anak tercinta dari 281 hari sehingga 300 hari.
Hari ini Adam Rayyan genap 3 tahun sebulan. Manakali Anis Insyirah setahun 3 bulan 3 hari.

Adam Rayyan 281 hari
Ekzema hari 155
Ekzema hari 155
Ekzema hari 155
Ekzema hari 155
Ekzema hari 156
Ekzema hari 157
Adam Rayyan 284 hari
Ekzema hari 158
Ekzema hari 158
Adam Rayyan 285 hari
Ekzema hari 159
Adam Rayyan 286 hari
Ekzema hari 160
Ekzema hari 161
Ekzema hari 162
Ekzema hari 163
Ekzema hari 164
Ekzema hari 165
Ekzema hari 166
Ekzema hari 167
Ekzema hari 168
Ekzema hari 169
Ekzema hari 170
Ekzema hari 171
Adam Rayyan 298 hari
Ekzema hari 172
Ekzema hari 173
Ekzema hari 174



Hari ni mood mommy macam tak berapa nak ok. Bila mood tak ok, makan pon tak berapa nak lalu. Selalu perut berlagu-lagu minta di isi. Hari ni lain kes pula. Relax ja perut.

Kononnya petang tadi nak bawa Adam Rayyan dan Anis Insyirah main di luar. Tapi kami melepak dalam rumah sahaja. Mommy betul-betul tak ada mood nak buat apa-apa.

Sebelum daddyG balik, mommy pesan belikan daging masak hitam. 
  

So malam ni makan nasi + daging masak hitam + sayuran.

Tiba-tiba kan makyong nak makan daging masak hitam. Mengidam ye?


Perkara yang tidak best di kala ini adalah selepas selesai makan, mulut rasa payau. Arghhhh dari baby 4 minggu sehingga sekarang 14 minggu 5 hari akan berperasaan begitu selepas makan.

Tambahan, sejak seminggu dua ni mommy tak tahan dengan ubat gigi. Asal gosok gigi je muntah. Begitu lah pengorbanan seorang ibu. Bukan mudah nak melahirkan anak. 

Sebut pasal pengorbanan seorang ibu, mommy rindu dekat mak. Beberapa hari lagi dapat menatap wajah ibu yang melahirkan aku. 

Lagi lama menaip lagi melalut jauh. Tajuknye mengidam. Dah merata pergi ni. Okey la. Sampai di sini sahaja. Mommy nak rest kejap. DaddyG jaga Adam Rayyan dan Anis Insyirah. 


"PERUBAHAN KETARA PADA WAJAH SAYA"
BERTUBI TUBI PUJIAN...


"Hari nie betul2 PUJIAN dan PERTANYAAN dari rakan2 sekerja apabila mereka melihat PERUBAHAN KETARA PADA WAJAH SAYA... Ahamdulillah..."


---------------------------------------
SET BELLA SKINCARE ADA 4 ITEM:
---------------------------------------
   ✔ SABUN
   ✔ KRIM MALAM
   ✔ KRIM SIANG


----------------------------
BELLA SKINCARE 5 IN 1:
----------------------------
   ✔ Menjadikan kulit lebih anjal, halus & cerah berseri
   ✔ Menjadikan kulit gebu dan lebih sekata
   ✔ Bertindak sebagai anti-oksida dan anti penuaan
   ✔ Mengurangkan masalah jerawat yg teruk
   ✔ Membantu mengurangkan masalah pigmentasi (jeragat)
   ✔ Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
   ✔ Mengurangkan kedutan dan garis2 halus


---------------------------------
Keistimewaan Bella Skincare:
---------------------------------
   ✔ Kesan dapat dilihat seawal 14 HARI penggunaan
   ✔ Terdapat Pakej untuk PENGHANTARAN PERCUMA Ke SELURUH Malaysia
   ✔ Tiada Kesan sampingan/negatif
   ✔ Sesuai untuk LELAKI & WANITA
   ✔ DIJAMIN HALAL
   ✔ Mendapat Kelulusan KKM
   ✔ DIJAMIN sampai ke alamat anda dalam 2-3 hari bekerja


Selain skincare, rangkaian produk Red Bella juga adalah Red Bella Foundation dan Body Wash.


Ini merupakan testimoni Red Bella Body Wash.



Maklumat lanjut boleh layari


Adam Rayyan dan Anis Insyirah adalah peminat coklat. Adam Rayyan panggil "lolat"..

Bangun pagi-pagi Adam Rayyan dah minta roti. Dia ingat lagi semalam daddy ada belikan roti. Dia ingat juga di mana mommy simpan roti tersebut. 

Bising la Adam Rayyan selagi tak dapat roti. Anis Insyirah pula bila nampak chocolate twiggies ni, terus bising la. Apa lagi? Dia pon nak juga! 

Mommy share gambar mereka makan chocolate twiggies.


Manis, sedap la kan? Orang dewasa pon suka, apatah lagi kanak-kanak? 


Memang feel habis mereka layan makan chocolate twiggies ni. Senyap sunyi terus! 


Boleh ke Anis Insyirah makan manis-manis tu? Anis Insyirah kan ada ekzema? 

Ada ekzema pon, dia tetap kanak-kanak macam yang lain. Tengok abang makan sedap, teringin lah juga. Kalau tak bagi menangis riuh rendah. Lagipon bukan selalu bagi makan roti coklat ni. Kebiasaannya mereka makan roti gardenia kosong sahaja. 

Sedikit perkongsian ilmu ekzema. Apabila anak semakin pulih; tidak meradang dan tidak gatal-gatal. Maka mereka boleh diperkenalkan dengan makanan-makanan baru. Supaya badan mereka sedikit demi sedikit melawan makanan alergik dan ia akan menguatkan antibodi mereka. Jangan la try test semua sekali gus. 

Pesakit ekzema terutama bayi akan semakin kurang alergik apabila semakin membesar kerana antibodi bayi adalah tidak stabil. 

Haa sapa yg ada instagram boleh tengok video Adam Rayyan dan Anis Insyirah makan chocolate twiggies ni. Tak payah cerita sedap atau tidak. Tengok video pon boleh tahu. Hehe. 

Cabaran kedua terakhir dalam Cabaran 30 Hari anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari.
Bunga kegemaran mommy irra adalah bunga mawar merah


Mommy pernah dapat bunga masa mommy konvo saja. Perberian dari keluarga. Masa tu dok berkawan aje ngan daddyG. 

Tapi bila dah kawen pon tak pernah dapat bunga. Bunga akan layu. Baik daddy bagi makan. Makanan akan menjadi darah daging. Hahaha okey


Apa ertinya bunga mawar merah buat mommy irra?

Mommy suka warna merah bunga tu. 

Ehhh mommy lupa kan. Hari tu pernah daddyG bagi pokok bunga rose. Menaip dalam keadaan mengantuk, terus hilang ingatan kejap. 

Mommy yang beriya nak, daddyG bayarkan. Hik! Kantoi! Tapi berapa hari je tahan. Tak hidup pon pokok bunga rose tu.

Pokok bunga pon boleh mati. Macam mana nak bagi bunga? 

Bunga rose juga lambang keberanian. Pokok rose kan ada duri. Jangan sebarangan nak sentuh! Hihihi garangnyaa

Itu sahaja bab bunga kegemaran mommy Irra. BUNGA MAWAR MERAH




Luluh hati seorang ibu melihat anaknya menanggung kesakitan. Walaupon ekzema bukan lah penyakit membawa maut. Kegatalan yang di alami mengganggu kualiti kehidupan seharian.

Masa mommy mengemas nak berpindah-randah itu hari lagi, ekzema Anis Insyirah mula meradang. Meradang macam mana? Anis Insyirah gatal-gatal sana sini. 

Kebiasaanya ekzema Anis Insyirah yang tinggal 10% itu masih boleh di kawal. Selepas beberapa hari, ruam yang naik akan hilang dengan sendiri. Namun kali ini, ruam datang bersama gatal-gatal.

Pada 25/09/2014, hari Khamis yang lepas, spot di pipi Anis Insyirah berair. Berkali-kali mommy sapu. Hantar gambar kat daddyG.


Dulu dan sekarang sangat berbeza. Syukur alhamdulillah kerana diberi kesembuhan oleh-Nya. 

DaddyG suruh sapu bedak. Bedak yang selalu mommy guna kat Anis Insyirah iaitu bedak batu nasila.


Lepas dah sapu bedak. Air yang keluar tu pon berhenti. 


Bila di siasat apa punca ekzema kembali meradang adalah cuaca panas yang menyebabkan Anis Insyirah sentiasa berpeluh dan juga chemical cat rumah sewa baru. 

Alhamdulillah hari ini gatal-gatal dah berkurang. Kesan-kesan Anis Insyirah menggaru pon semakin pulih.

Pelipat dekat siku.

Pelipat kaki.

Semoga anak-anak mommy sihat selalu. Jauh dari penyakit. Semoga ekzema Anis Insyirah terus hilang. Aaminn...