Cinema@home | How To Train Your Dragon 2


Mommy Irra memang jatuh cinta habis dengan How To Train Your Dragon. Masa tu bujang lagi. 3 kali mommy tengok wayang. Hahaha TIGA kali tau. Punya la seronok layan cerita animasi ni. Bila keluar movie yang kedua: How To Train Your Dragon 2, memang tergedik-gedik habis la nak tengok wayang. Anak dah dua. Memang sejak beranak baru sekali tengok wayang dengan adik ipar. DaddyG tak bagi. Tunggu movie ni keluar kat internet.

Movie dah ada, Ahad malam kami: mommy Irra, daddyG, Adam Rayyan dan Anis Insyirah tengok wayang di rumah. Lagi santai. Hehe ini memang rutin mingguan kami sekeluarga sejak kahwin lagi. Kira dah lebih 3 tahun 10 bulan macam ni. Movie la, drama bersiri la. Tapi daddyG layan omputeh jer. Mommy irra tengok jela sekali. 

Tengok How To Train Your Dragon 2 ni memang mata tak tengok benda lain dah. Nak buat apa-apa "Pause" dulu kejap. Mommy Irra bagi 5 bintang. Gambar kat bawah ni mommy ambik kat google image.

Hiccup yang dah dewasa bersama Toothless

Meriah kali ni sebab semua naga ni siap bercolor. 

Penampilan Hiccup yang boleh terbang. Waaaaaaa

Handsome si Hiccup ni. Toothless yang comel.

Mereka bergurau.

Suka tengok mereka ni bermanja. Hahaha bila Toothless gelakkan Hiccup memang comel habis la

Astrid pon dah besar dan cantik.

Mereka bercinta. So sweet. Cinta pon yang sesuai la budak-budak nak tengok. 

Selain boleh terbang Hiccup ada senjata nak menundukkan Naga. Hebat la budak ni. Eh mamat ni. Dah besar panjang kan. Terbang pon boleh.

Tiba-tiba muncul emak hiccup. Dan baru la tau kenapa emak Hiccup tak ada. Bukan mati tapi....sapa yang dah tengok tau la cerita ni.hehe

Watak antagonis cerita ni. Bersama naga dia yang boleh menundukkan naga-naga yang lain. Naga yang paling kuat akan jadi ketua naga la kononnya.

Sedih bila emak dia ada, bapak dia pulak mati sebab nak selamatkan Hiccup yang nak dibunuh oleh Toothless. Tiba-tiba je kan Toothless nak bunuh tuan dia. Sebab Naga jahat boleh pengaruh semua naga tunduk dekat dia. Pastu si Hiccap pujuk semula Toothless. Sampai Toothless ingat dia semula. Dan Toothless dapat kuasa super power kerana kesetiaan dia dengan Hiccup. Hahaha. Nama pon cerita karton kan. Dengan kuasa baru tu Toothless lebih berkuasa daripada naga jahat. 

Ending cerita ni, Hiccup jadi ketua menggantikan bapak dia. 

Tunggu How To Train Your Dragon 3 pula yang akan ditayangkan pada tahun 2016. Semalam daddyG kata diorang delay. So tak tahu la tahun bila sebenarnya. Tapi yang sangat pasti mommy irra takkan ketinggalan tengok movie ni walaupon anak dah tiga orang masa tu. ^__^

15 comments:

  1. alamak...kalau ada sekor kat rumah boleh la praktis..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahaa..jenuh la...kena g tinggal dalam hutan baru best nak praktis :p

      Delete
  2. Haha.. minat cerita dragon rupanya.. KM plak suka RIO... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. RIO pon ada. tengok lama dah. tapi RIO tak berjaya tarik irra melekap depan tv smpi habis. pasang banyak kali tapi buat keje lain. hehe mcm cerita ni mmg stay dr awal sampai habis.

      Delete
  3. best rupenye cerita nie ye..hihi.. anis xpenah layan lg..nk cri yg online punye la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru je keluar.boleh la g download. hehe. nnt gtau kak irra best ke x

      Delete
  4. memang best...saya pun suka..nanti nak cari ..kita downlod je..hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum w.b.t. mommy ira..akak dulu rajin gak tgk movie..dari zaman bujang sampai ler dah ada anak tp sekarang dah susah nak pergi tgk movie..ada masa anak-anak masih ajak tp akak tak dpt pergi dah..hehehe

    ReplyDelete
  6. citer ni kalau tgk kt wayang lg puas hati lah.sebab cgi nye lagi cantik.tp kalau nk berjimat download je torrent.tp tunggu versi dvdrip.jgn donlod ambil dr wayang....hehe

    ReplyDelete
  7. tak sempat lagi nak layan cerita ni. huhu

    ReplyDelete
  8. Akakk. bru je layann semalammm! hahahaha. Best gilaaa

    ReplyDelete
  9. alamakkkk baru tahu tentang cerita ni... nampak sangat tak pernah ambil tahu... ish

    ReplyDelete
  10. bestkan movie nih..kan bgus kalo ngra kita bleh hasilkan movie mcm.nih

    ReplyDelete