Gula putih mommy tak sentuh langsung sejak amalkan diet alkali. Takkan tak makan gula langsung? Ya. 4 bulan pertama diet alkali mommy langsung tak amik gula. Demi anak, mommy sanggup buat apa saja. Selepas tu bila terasa nak makan manis-manis, ajak daddyG cari gula organik kat Giant. Haaaaaaa ada pon gula organik kat sini. 

Perbezaan Gula Organik & Gula Putih
Gula tebu organik diperbuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. Kandungan pekat dari perahan jus tebu atau disebut nira (molasses) tidak dibuang menjadikan warnanya perang. Ia berbeza dari gula putih kerana ia diproses (refined) secara kimia. Gula putih adalah sukros, ia adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya. 


Harga gula organik di Giant: 
1bekas 900g rm12
1pack refill 600g rm6

Mahal dari gula putih, namun apa la beza dengan kesihatan. Bila dah sakit, lagi banyak yang perlu anda laburkan. Maka, jom bertukar! Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat :D



Apabila Anis Insyirah ada ekzema, mommy belajar banyak perkara tentang pemakanan yang sihat. Kami sekeluarga mula mengamalkan makan ayam kampung organik Az-Zain.

Kenapa perlu makan ayam kampung organik?

Ayam kampung organik ini mempunyai nutrisi yang tinggi dan dapat membina sistem imuniti badan yang baik. Ia diternak 100 peratus secara organik dan tiada kena mengena dengan teknik organism pengubahsuaian genetik (GMO). Tidak menggunakan antibiotik, suntikan hormon, beta agonist atau salbutamol. Perjuangan dalam makanan halal sudah menjadi Fardhu Ain kerana hampir 80% makanan harian umat Islam adalah dari sumber yang diragui status Halalan Toyibban.

Terima kasih Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja kerana mengusahakan pengeluaran ayam kampung organik. 
Menurut pemilik Az-Zain Seksyen 15, Dr. Mohamad Zainol hanga mengeluarkan ayam seekor2 sahaja. Namun disebabkan ada seorang pembeli ni nak 250 ekor ayam kampung organik bahagian dada sahaja. Jadi di Az-Zain Seksyen 15 ada menjual ayam dalam bahagian yang berasingan. Mommy beli bahagian atas paha sahaja. DaddyG makan ayam bahagian isi sahaja. 



Ni la rupa Az-Zain Seksyen 15. 10min je dari rumah mommy. 



Jom amalkan pemakanan yang sihat dan Halalan Toyyiban. :)
Puasa day 1: 
Menu berbuka hari ni nasi putih dan gulai ayam kampung organik. Mommy kan orang kedah. Gulai tu kari. Pencuci mulut: buah tembikai. Kurma wajib lah. Minuman: Air delima

Nak cerita pasal air delima ni. Mommy guna pati delima Gulsan. Beli kat Mahnaz Food. RM12. Boleh amalkan telan macam tu saja. Rasa masam manis. Atau dibuat air. Bagus ni amalkan pati delima.


Rasa air delima macam blackcurrent. Sedap dan yang penting sihat! 

Jom tengok khasiat pati delima!

1. Membaik pulih fungsi hati dan limpa.

2. Mencuci buah pinggang dan salur kencing

3. Membantu penghadaman.

4. Membuang lemak-lemak berlebihan.

5. Menambah tenaga.

6. Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.

7. Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.

8. Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.

9. Merawat dan membaik pulih pesakit kencing manis.

10. Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.

11. Mencantikkan kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi

12. Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung.

13. Menghalang pembentukan sel barah payu dara. 

14. Menghapuskan masalah cacing pada kanak-kanak

15. Mengatasi masalah kemandulan

16. Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu

17. Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

18. Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

19. Membantu mengurangkan batuk dan lelah

Banyak sungguh khasiat delima ni...so boleh la minum air delima setiap kali berbuka :)
atau minum sesudu sebelum tidur dan semasa sahur.
Sapa taknak awek muda kan??hihi pakej cantik, kurus dan sihat. Jom! :D
Hehehee iphone pon celebrate birthday.


29/6/2013 daddyG sampai rumah hulurkan mommy sesuatu.

"Nah sayang, hadiah beranakkan Anis"

Mommy pon senyum sampai telinga laahhh...dapat iphone 4S...

Genap setahun mommy menggunakan pemberian daddyG ni. Thank you sayang. 

Dengan iphone ni la mommy guna buat ambik gambar kenangan anak-anak. Dan sekarang mommy guna untuk berblogging juga. Takde alasan lagi tak sempat mengadap pc :P

Eh jap! Gambar hari ni. Hehe jom layan :)


Mommy Irra,
29/6/2014
Melayan kehendak anakanda Adam Rayyan. Gambar fresh dari padang. ^^


Senyuman yang melting


Main kejap dah la. Mommy penat. Jom balik masak pulak. 
Si kecik ni tak cukup syarat wajib puasa. Hikhikhik. Maaf aunties uncles semua..Saya mam apple!


Ada sepuluh perkara yang membatalkan puasa.

Pertama : Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja , samaada daripada jenis makanan atau bukan makanan.
Termasuklah:
1) Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung.
2) Suntikan makanan atau menambah vitamin.

Ke-2 : Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (Qubul & Dubur).

Ke-3 : Memuntahkan makanan dengan sengaja.

Ke-4 : Jimak (Bersetubuh)

Ke-5 : Keluar Mani dengan sengaja.
Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya. Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya.
Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

Ke-6 dan  Ke-7 : Keluar darah Haid dan Nifas .

Ke-8 : Gila .

Ke-9 : Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.

Ke-10 : Pengsan sepanjang hari ketika berpuasa .


Sharing is caring. Caring i loving. 
Selamat berpuasa. Selamat beribadah.


Alkisah semalam ke tesco beli barang dapur. Ya Allah! Punya ramai orang, dapat parking hujung sekali. Trolley pon habis. Promosi habis-habisan menyambut Ramadhan. Semua barang murah. Dan kebanyakan barang dah kehabisan stok. 

Dah settle beli barang, kena menunggu turn membayar. Panjang bukan main barisan. DaddyG bawa Adam Rayyan jalan-jalan, mommy beratur dengan Anis Insyirah.


DaddyG pesan suh register tesco card online. Dapat 100 point free. Sebenarnya 100 point tu bersamaan rm1. "Satu ringgit je kot", itu ayat yang keluar dari mulut mommy. Bila dah sampai rumah, terus login www.tesco.com.my

Isi form.
Siap.

Seharian hari ni berfikir. RM1 nampak nombor kecil. Hakikat sebenar nilainya adalah sangat besar. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerja keras untuk memilikinya. 

Bersyukur dengan rezeki yang ada. Walaupon RM1 sahaja. Tak baik la mommy ni kan, first respon dah macam tu. Bukan senang orang nak memberi. 

Terima kasih Tesco beri 100 point percuma. So far mommy dah dapat voucher bernilai RM66.50. 

Pengajaran: berfikir dahulu sebelum berkata
Kan dah susah hati bila bicara yang tergelincir dari bibir sendiri itu sebenarnya tak elok telinga sendiri mendengarnya.


Mommy Irra,
28/6/2013

Tarikh Tamat : 30 Jun 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Buat julung kalinya Irra nak buat segmen bloglist 
untuk bulan Julai/Ramadhan 1435H. 

Syarat penyertaannya:
1. Follow blog irrayyan.com
2. Masukkan Irrayyan.com dalam bloglist anda.
3. Tinggalkan url anda di ruang komen.
4. Siap! Happy blogwalking :D

Tempoh berada dalam Blog List adalah dari 1 Julai -31 Julai.

Tempoh penyertaan sehingga 30 Jun 11:59 pm. 

Jom sertai bloglist irrayyan.com!
Rapatkan ukhuwah antara kita.
Selamat menyambut Ramadhan.
Selamat berpuasa.


Mommy Irra,
28/6/2014
Sana sini blogger post entry pasal nuffnang: BE, CPUV. Maka Irra secara tak langsung dapat ilmu baru. Dah tahu sikit, nak tahu banyak lagi. Kemudian irra pon mencari cikgu. Blogger yang irra kenal lah. Senang nak tanya-tanya ni. Study sendiri kemudian tak faham boleh tanya depa la. Malu kena letak belakang. DaddyG tau tapi dia busy. Takdan nak ajaq bini dia ni. Kalau diberi pencerahan dari dulu kan dah untung. Padahal blog ni register 2012 lagi. Masa tu tak ada pendedahan kot dan tak rasa nak kaji pasal nuffnang ni. Tapi kali ni, Irra nekad sungguh-sungguh. Irra pon nak BE! hahaha sambil menyelam minum ayaq... Mommy Irra ni suka bebel-bebel :P

Pelajaran pertama: blogwalking. So hari-hari blogwalking sana sini. Traffic blog pon meningkat dari hari ke hari. Blogwalking ngan iphone kejap. Anak-anak tidur sambung blogwalking dengan pc. Jiwa kalau tak tenteram tak boleh layan blogwalking ni. 

DaddyG pesan, asal kerja-kerja harian tak terabai boleh je nak menghadap hp selalu. Contoh: sambil masak boleh layan hp. Hahaha janji makanan siap untuk di makan. 

Pelajaran kedua: UPDATE SURVEY nuffnang.
Jom update survey! Cara-cara nak update survey adalah seperti berikut:

1. Login account nuffnang anda dan klik menu Manage Blogs
2. Klik UPDATE SURVEY(sumber iphoneku)
3. Jawab semua soalan. Bahagian yang wajib adalah soalan ke 10. 
4. Submit survey. 

Pelajaran ketiga. SUBMIT TICKET. Cara-cara nak submit ticket adalah seperti berikut:

1. Login account Nuffnang anda. Klik CONTACT US.
2. Pilih dan klik SUBMIT TICKET.
3. Klik Blogger Enquiries/ Suggestions
4. Isi bahagian yang dibulatkan. Apa-apa soalan yang anda nak tahu seperti BE.
5. Submit ticket. 

Tidak lah susah mana pon. 
Dah beberapa kali jugak lah Irra update survey apabila jawapan bagi setiap soalan berubah. Respon nuffnang pon pantas. Kejap je diorg amik masa nak respon. Semoga murah rezeki dengan nuffnang. Jom sambung blogwalking lagi. Salam ukhuwah dari Irra. 


Mommy Irra,
27/6/2014

1. Nama anak : Anis Insyirah Mohd Rafhan
2. Anak Kedua
3. D.O.B : 27 Jun 2013 
4. Nama Hospital : Hospital Serdang
5. Pengalaman bersalin:

Pada 26 jun 2013, mommy daddyG dan Adam Rayyan dah baring-barin untuk tidur, tiba-tiba "pop" air ketuban pecah tepat jam 12 tengah malam. 0000 27 Jun 2013 betul-betul tarikh EDD (estimated delivery date). Genap baby 40weeks.

Ini pengalaman anak kedua, mommy daddyG relax ja. Mommy siap-siap barang Adam Rayyan nak hantar kat Acu Nadiah. Barang-barang mommy dan baby dah ada dalam kereta. Hantar Adam Rayyan kat Seksyen 7. Kemudian bergerak ke hospital.

Air ketuban keluar non-stop. Dalam kereta daddyG lapik comforter tebal-tebal. Oi dia sayang kereta dia ooo...comforter boleh hantar dobi..sambil baring sambil sumbat(hahahaa) roti dalam mulut. Kena paksa makan untuk bagi tenaga.

Pengalaman pertama dulu dah buat mommy prepare banyak benda. Sementara tak sakit, makan walaupon tak rasa lapar. Bila dah sakit, apa pon tak boleh layan dah.

Perjalanan dari Shah Alam ke Hospital Serdang dalam 30 minit. Sebab dah malam, cepat je sampai ke bahagian BERSALIN. Lebih kurang pukul1 pagi. Masa ni tak sakit lagi.

Nurse tanya "Awak tinggal kat mana?"
"Shah Alam" aku jawab.
"Kenapa datang sini?" amboi garang pulak nurse ni.
"Last week saya dah admitted kat sini", then nurse tu pon diam.
Last week mommy kena tahan wad sebab cirit birit dah seminggu. Tidur kat hospital 3 malam kot.

Nurse buat VE(vaginal examination), bukaan 2cm. Lepas VE baru mula terasa sakit. Aku pulak asyik rasa nak buang air je. Ulang alik ke bilik air then stop kejap sebab sakit. 
Doktor yg on duty malam tu tanya "Kenapa puan?"
"Sakit" aku jawab sambil senyum sebab doktor tu pon senyum-senyum. Doktor manis camni, kita sakit pon boleh tersenyum.

Doc nak suh aku masuk wad. Doc suh duduk dulu. Aku nak duduk pon tak boleh. Sakit. Doc suh baring kat katil tadi. Dah baring nak buang air pulak, turun semula ke bilik air. 

Aku fail bab kira contraction. Bila nurse tanya contraction berapa minit? Erkk maaf nurse.. Nurse tu pon, "ok, tak apa puan"

Tiba-tiba rasa dahaga pulak. Aku cakap ngan nurse nak ambil pad ngan husband. Alasan jela kan. Hehee. Nurse tu bagi. Aku pon gagah la badan jalan slow-slow g kat daddyG. Minum air sikit. Pastu amik hp. Haha cilok-cilok bawa masuk hp. 

Pastu masuk semula ke dalam, perlahan-lahan. Kali ni nak naik katil pon tak berdaya dah. Nurse lalu kat katil.
"Kenapa awak tak duduk atas katil?"
"Sakit nurse, tak boleh nak naik"
"Awak berdiri macam ni, baby boleh jatuh atas lantai nanti" bebel nurse tu sambil tolong aku naik atas katil. Buat VE lagi sekali, 5cm.
"Nurse, suami saya tak boleh masuk ke?"
"Dalam dewan bersalin nanti kami panggil"

Aku sms husband. "Bukaan dah 5cm".
Nurse tadi kata "Kita masuk dewan bersalin". Aik. Tadi kata bukaan 8cm baru masuk dewan bersalin. Sakit kali ni sakit-sakit aku mampu lagi nak 

Nurse-nurse tolak aku ke dewan bersalin. Tak berapa lama husband pon datang. Jam kat dinding pukul 3.55 pagi. 
Dalam aku menahan sakit husband tanya "Dulu beranak adam sakit macam ni ke?"
Aku jawab apa eh? Aku ingat soalan tu tapi tak ingat aku jawab apa. Lagi pon tengah sakit kot. 

Jarum kat tangan aku ni pulak dah lari. Nampak bengkak. Kalau biar lama boleh bengkak teruk. Ya la ada pengalaman minggu lepas. Masuk air sampai 6 botol.
Aku pon tekan loceng. Nurse yang masuk dua org. Yang sorg cek jarum kat tangan aku. Sorang lagi kata "eh adik jalan dah buka ni" 

Hahahaha lawak kan, aku pon tak sedar nak beranak dah. Baru tadi ja 5cm, tup tup dah 10cm. Dok kalut sakit jarum kat tangan. Pastu nurse suh push, daddyG pon dah rupa macam doktor. Sekali push keluar kepala baby, push kedua kali keluar habis semua. 

Tepat 4:30 pagi 27 Jun 2013 lahirlah puteri kami. Baby diletakkan atas perutku. Nangis-nangis baby. 
"Mommy ada ni sayang, jangan nangis" 

Alhamdulillah. Allah permudahkan uruskanku. Kat mulut aku sepanjang sakit terkumat kamit doa nabi Yunus.

Lama jugak la baby atas dada aku. Pastu nurse bawa baby keluar. Husband pon kena keluar.
Settle jahitan, aku rest. Nurse bawa masuk baby.
"Anak pertama awak berat berapa ye?"
"2.88kg"
"Ok, yang ni 3.67kg"
Terkejut aku. Wow. Baby pon pandai menyusu. 

Dah settle semua naik wad. Malam tu jugak jam 8 boleh balik rumah.
Semua penghuni dalam bilik tu terkejut. Dah la baby bambam. Terus balik tanpa perlu bermalam.

Begitu lah cerita pengalaman kedua. Sakit lepas bersalin lagi teruk dari sakit masa bersalin. Sebab baby besar, mommy rasa badan mommy dah macam robot. Jalan je sakit. Next baby memang kena diet habis-habisan ok. Tak boleh la baby besar. Sakit badan mak. 

Hari ni genap si baby girl 1 tahun. Berat terkini 9kg. Sama dengan berat abang setahun. Happy first born day my princess. Semoga diberi kesihatan yang baik dan jadi anak yg solehah. Mommy daddy abang Adam Rayyan sayang Anis Insyirah. 


Boleh singgah baca pengalaman kelahiran pertama mommy :)


Mommy Irra,
27/6/2014
Assalamulaikum dan salam sejahtera. Sambungan throwback anak-anak mommy Irra dan daddy Gomes. Membesar dengan bambam nya walaupon bermacam dugaan menimpa. They keep smiling :)

Sedikit info. Apabila ekzema menyerang, sistem immune tubuh akan down(tidak stabil). Pesakit ekzema akan melalui proses-proses di bawah secara berulang-ulang sehingga immune sistem tubuh menjadi kuat.(kalau ikut fahaman mommy, sampai habis ekzema tu keluar)
- Skin inflammation: swelling of the skin surface and the underlying tissues.
- Redness: caused by widening of the blood vessels in the skin and an associated increase in blood flow to the affected area.
- Itching: can vary in intensity and leads to inflammation that can result in infection.
-Dry, scaly skin: depends on the individuals skin type, but dry skin can often predispose a person to the development of eczema.
- Pale skin and loss of pigmentation: due to reduced blood flow caused by eczema’s disruptive effect on the skin’s circulation.
- Thick leathery skin: over time the skin can become thicker due to constant scratching. - The skin tries to protect itself from this by producing more keratin (the tough protective protein found in skin cells).

Ini apa yang mommy faham pasal ekzema (sekiranya tak faham or tak setuju tak apa. Masing-masing punya pandangan dalam hal ni). 
1. Anis Insyirah ada genetik autoimmune
-mommy ada asma 
-mak sedara, atok sedara ada asma
-tokmek daddy ada ekzema(bila dh tua)
2. Vaccine telah mengubah sel badan Anis Insyirah sehingga badannya tidak mengenal diri sendiri. Maka ia menyerang diri sendiri. Sebab ni terjadinya ruam-ruam tiap kali selepas vaccination.
3. Dalam badan kita sendiri ada steroid. Ia dikeluarkan untuk melawan penyakit. Apabila kita menggunakan topikal steroid cream, otak kita dapat sign "oh badan dah ada steroid". Maka pengeluaran natural steroid dalam badan diberhentikan. Then apabila ekzema menyerang lagi, dalam masa yang sama tidak ada pengeluaran natural steroid, ekzema terus menjadi semakin teruk. 
4. Dalam ekzema Anis Insyirah yang teruk tu, mommy bawa adik cucuk vaksin 5 bulan. Bendasing itu sekali lagi mengganggu sel badan dan pemulihan ekzema pon terganggu.

Nampak tak? Lepas vaksin naik ruam. Bukan ruam biasa-biasa tu. Ni ruam yang macam ada nanah dalam tu. Sesiapa yg ada genetik autoimmune kena alert bab ni. Fikir, study, siasat dan bertanya kepada yang pakar pasal vaksin. Sebab sekali anak kecil anda kena ekzema, baru rasa. Macam saya lah! Now baru tahu. Sebab tu kat sini saya bagi tips cegah ekzema. Saya taknak ibu lain rasa apa yang saya rasa. 

Eh dah tak vaksin, selamat ke anak nanti? Sebab tu saya suruh fikir, study, siasat dan bertanya kepada yang pakar. Dah kena, tak boleh undur masa dah. Kena hadapi. Kena sabar. Kena tabah. 

Ok, jom tengok gambar Adam Rayyan dan Anis Insyirah. Pesanan saya: memang tuan-tuan dan puan-puan akan rasa kasihan. It was normal. Rasa empati. Anis alhamdulillah dah sihat. Doktor kata ada 10% je lagi. Anis dah tak gatal lagi dah. Sila ambil tahu serba sedikit pasal ekzema ni. Sikit pon jadi lah. Maybe boleh bantu saudara di sekeliling anda.


Day 183: Adam Rayyan 29/2/2012 


Day 183: Anis Insyirah 26/12/2013
Ekzema day 57
Diet alkali day 20
Herba treatment day 14


Day 184: Adam Rayyan 1/3/2012


Day 184: Anis Insyirah 27/12/2013
Ekzema day 58
Diet alkali day 21
Herba treatment day 15


Day 185: Anis Insyirah 28/12/2013
Ekzema day 59
Diet alkali day 22
Herba treatment day 16


Day 186: Adam Rayyan 3/3/2012


Day 186: Anis Insyirah 29/12/2013
Ekzema day 60
Diet alkali day 23
Herba treatment day 17



Day 187: Adam Rayyan 4/3/2012


Day 187: Anis Insyirah 30/12/2013

Ekzema day 61
Diet alkali day 24
Herba treatment day 18
2bulan ekzema. Anak kecil ini sangat tabah. Sangat baik. Tidak meragam kecuali kegatalan yang amat.


Day 188: Adam Rayyan 5/3/2012


Day 188: Anis Insyirah 31/12/2013
Ekzema day 62
Diet alkali day 25
Herba treatment day 19


Day 189: Anis Insyirah 1/1/2013
Ekzema day 63
Diet alkali day 26
Herba treatment day 20


Day 190: Adam Rayyan 7/3/2012


Day 190: Anis Insyirah 2/1/2013
Ekzema day 64
Diet alkali day 27
Herba treatment day 21


Day 191: Adam Rayyan 8/3/2012


Day 191: Anis Insyirah 3/1/2013
Ekzema day 65
Diet alkali day 28
Herba treatment day 22


Day 192: Adam Rayyan 9/3/2012


Day 192: Anis Insyirah 4/1/2013

Ekzema day 66
Diet alkali day 29
Herba treatment day 23


Day 193: Adam Rayyan 10/3/2012


Day 193: Anis Insyirah 5/1/2013
Ekzema day 67
Diet alkali day 30
Herba treatment day 24


Day 194: Adam Rayyan 11/3/2012


Day 194: Anis Insyirah 6/1/2013

Ekzema day 68
Diet alkali day 31
Herba treatment day 25


Day 195: Anis Insyirah 7/1/2013
Ekzema day 69
Diet alkali day 32
Herba treatment day 26


Day 196: Anis Insyirah 8/1/2013
Ekzema day 70
Diet alkali day 33
Herba treatment day 27
Lighting lebih memang nampak merah semacam.



Day 197: Adam Rayyan 14/3/2012


Day 197: Anis Insyirah 9/1/2013
Ekzema day 71
Diet alkali day 34
Herba treatment day 28
Dalam gambar bukan nanah. Kulit kering saja. Kenapa biar kulit kering? Lambat la baik. Orang dok cakap kena lembapkan. Kena lembapkan. Okey cuba anda fikir ye. Anda luka. Tempat luka tu doktor bagi kena air ke tidak? Kalau luka tu kena air lambat baik kan? Sama jugak la kes ni. Kering is proses. Ubat jangan lupa sapu. 


Day 198: Anis Insyirah 10/1/2013
Ekzema day 72
Diet alkali day 35
Herba treatment day 29


Day 199: Adam Rayyan 16/3/2012


Day 199: Anis Insyirah 11/1/2013

Ekzema day 73
Diet alkali day 36
Herba treatment day 30


Day 200: Adam Rayyan 17/3/2012 



Ekzema, let it come and go naturally. Let it go! Let it go!
Boleh tengok perkembangan ekzema Anis Insyirah sejak day 1 lagi. 
day 161-180

Juga tips cegah ekzema semasa hamil di
Tips#1 dan Tips#2


Ceritera Irrayyan hari ini. 


Mommy irra,
26/6/2014