Beraya dan mengenal haiwan | Ini cerita raya hari tu. Uihhh lama dah mommy oi... Raya puasa raya haji semua dah lepas... Hahaha lantak lah.. blog mommy kan.. mommy nak cerita juga..kami beraya ke rumah kawan adik.. yang menariknya, macam-macam binatang ada kat rumah kawan adik ni.. tu yang dapat tajuk "Beraya dan mengenal haiwan".
Ada arnab
Gebu-gebu pulak tu arnab ni

Banyak pula tu arnab
Makin seronok bila melihat gelagat ke semua arnab..comel..gebu.. Nak beli je tak boleh.. mommy dah banyak komitmen, please jangan tambah lagi okey...
Bukan arnab je ada. Kucing pon ada. Tapi mommy lupa pula nak ambil gambar kucing. Dah biasa kot jumpa kucing. Arnab ni jarang-jarang. Eh bukan arnab je ada, ada juga kambing...
Nak masuk saya dalam blog ke mommy? :P
Eh kita ada peminat laa
Sekali lagi, saya nak pose cantik
Alaaa kesian kat kita ni ha, dalam jaring jeee
Dah macam mini zoo, semua ada.. seronok kan duduk kat kampung? Tanah luas boleh bela macam-macam. Kalau kat bandar yang tak bandar sangat ni, tanah pon tak ada.. kita pijak tanah kat padang tu je la... Syukur lah boleh juga pijak tanah.. [tak pernah keluar ikut pintu belakang, ada tanah juga kat belakang]

Tapi kan, dapat kenal haiwan dekat macam ni pon seronok dah bagi anak-anak. Sibuk juga mereka nak bela kucing la, arnab la... Nama je mereka nak bela, yang nak kena jaga WAJIB mommy dah.. sorry anak-anak, tengok je dah la...


Pertama kali memasak | Selama kahwin ni, mommy tak pernah nampak daddyG memasak. Kadang-kadang time raya je la dia nak bantu menyibuk di dapur. Memeriahkan majlis kan.. Tapi bukan lah memasak.. 

Di kawasan perumahan kami, setiap kali raya menjadi tradisi jiran-jiran akan datang beraya. Raya kali ini mommy masak spageti. Kelam kabut lah mommy memasak dan menyiapkan itu ini seorang diri.

Bila jiran jiran perempuan datang, daddy kata "You pergi lah layan. I buat kat dapur", hahahaa biar betul ni.. Masa tu mommy tengah goreng sosej..

Pertama kali memasak

Daddy menggoreng sosej
Serius weh, terkejut giler bila daddy nak bantu goreng sosej tu.. hahaha Mana pernah daddy masak melainkan jerang air. Ini merupakan pertama kali daddy memasak. Walaupon hanya sekadar goreng sosej. Masak la tuu....
Daddy ni kalau makan megi pon keras-keras tu dia kunyah. Kruk krak. Kruk krak. Mommy belum lagi terjebak. Kalau nak join makan megi, baik mommy masak. Tumis bawang, tambah telur, nyumnyum.. lagi sedap....

Sejak dari raya hari tu sampai sekarang daddy takde masak-masak juga seperti biasa. So rekod pertama kali tu kekal sehingga sekarang..hahahahaa

Daddy seperti biasa akan balik rumah, makan, kemudian layan anak-anak sehingga semua tidur. 
Ini merupakan aktiviti hari terakhir mommy di kampung hari raya lepas.. haha bulan berapa tu kan.. tapi rasa nak jugak letak kat blog... Sedang mommy sibuk membuat task Juiceco, adik ipar dan ayah sembelih dan cabut bulu ayam. 

Kali ini mommy tak membantu sebab sibuk nak menyiapkan task. Haha alasan kah? Tidak.. mommy memang tengah bersedia nak ambil gambar buah.. dah siap task, senang lah hati.. 
Sekali tengah mommy sibuk bekerja, adik ipar datang suruh ambil gambar dia dengan ayam yang dah siap. Mommy pula jadi prop ayam kampung. Hahaa
Prop Ayam Kampung
Sejak Anis dah baik ekzema, lama dah mommy tak beli ayam kampung. Ayam kampung mahal juga. Mommy gantikan ayam kampung dengan ayam bandar yang tidak dicucuk dengan vaksin dan antibiotik.

Proses ayam kampung beramai-ramai di kampung juga menjadi tradisi. Memang acara wajib tiap kali balik kampung. Riuh rendah jadinya.. Tapi emak juga yang masak seorang. Yang ni mommy tak reti nak bantu. Memang mommy failed lah bab memasak. Balik rumah mak sendiri pon mommy tak memasak sangat. Sekadar membantu sahaja. Tahun ke depan- ke depan mana tau mommy boleh jadi tukang masak.  Muahahhaaa.. daddy, hadiahkan Noxxa/Philip Pressure Cooker please :p

Datang dari keluarga susah, mommy tidak menggunakan sebarang pencuci muka di zaman sekolah. Sebagai anak yang memahami kesusahan abah mencari rezeki membesarkan kami tidak membuatkan aku berfikir untuk menyusahkan abah. Aku ke sekolah dengan wajah gelap dan kusam membuatkan aku rasa down dan malu. 

Untungnya aku kerana punya kakak yang dah besar. Bila masuk sekolah menengah, kakak la yang nak belanja aku beli pencuci mula. Alaa beli je apa yang ada di pasaraya tu. Janji boleh cuci muka kan. 

Muka aku juga jenis yang susah nak muncul jerawat ni. Kira masalah yang ada adalah kulit kusam dan gelap. Bila duduk dengan kawan-kawan, aku la paling "hitam".

Bila dah besar, aku ada juga buat facial. Setahun sekali ada kot? Atau 2-3 tahun sekali.. haha makna kata muka ni kurang sangat buat rawatan muka berbanding suamiku. Ya laaa dah aku yang telek dan belek muka suami siap buat home facial.. muka aku cantik pon sebab pakai foundation dan guna kamera telefon canggih.. 

Estetika Medispa, Shah Alam

Baru baru ini aku berkesempatan ke pelancaran pembukaan Estetika Medispa di Shah Alam. Masa kawan aku ada naikkan status mengenai pembukaan spa di Shah Alam, aku tak melepaskan peluang. Tau kenapa? Mereka yang terawal datang dapat treatment free tau...yeayyyy sapa tak suka kan? Tahniah Estetika Medispa kerana berjaya buka cawangan di Shah Alam.. Merasa juga aku buat treatment percuma... Dan merasa juga aku berjumpa Che Ta... Bertentang mata dan bertanya sendiri Che Ta beberapa soalan.. 
Estetika Medispa Shah Alam
Blogger Mommy irra
Perasmian Estetika Medispa Shah Alam
Mommy irra, adam, anis, amal & Che Ta

Rawatan muka di Estetika Medispa

Mommy kan dapat rawatan percuma masa pelancaran pembukaan Estetika MediSpa di Shah Alam. Jadi mommy nak reedem lah sekarang ni. Jom korang ber"me time"!
Jom "me time"
Perkara pertama yang perlu buat adalah isi satu borang. Dalam borang tu ada maklumat mengenai muka kita ni. Isi je mana yang tahu. Kemudian, ada sesi pemeriksaan wajah percuma bersama beauty consultant. Kena buat macam dalam gambar di bawah. Canggih sungguh mesin ini dapat baca keadaan wajah kita.
Pemeriksaan wajah percuma
Keputusan amat lah menyedihkan. Semua nya teruk. Pori besar. Kedutan banyak. Jerawat banyak. Jeragat dah ada.. Eh kira semua teruk lah. Terus mood hilang.. 
Keputusan pemeriksaan wajah
Beauty consultant cadangkan mommy buat Dermo Expert untuk buang whitehead dan blackhead. Ok, mommy follow je asalkan baik untuk muka.
Tengok tu mommy layan je segala proses treatment
Beautician ramah dan best giler
Nyah kau jerawat jeragat whitehead blackhead
Kebaikan rawatan Dermo Expert adalah untuk membuang whitehead dan blackhead serta menaikkan seri wajah. Memang best la lepas buat rawatan. 

Selain membuat rawatan muka sebulan 2 kali atau sekurang-kurangnya sekali sebulan, kita juga perlu menjaga gaya hidup dan pemakanan serta penjagaan wajah. Beauty Consultant berkali-kali mengingatkan untuk menggunakan set penjagaan wajah yang tidak mempunyai bahan kimia yang merbahaya dan memberi kesan jangka panjang seperti hydroquinone dan sebagainya

Beauty consultant juga menekankan penggunaan sunblock. Penggunaan yang betul adalah 4 jam sekali dan menggunakan sunblock, bukan foundation yang mempunyai spf. 

Bila mommy dah datang ke Estetika MediSpa ni, banyak ilmu baru yang mommy pelajari. Yang lagi best  adalah promo akhir tahun yang berbaloi dan sangat jimat serta dapat percuma rawatan. 

Menyesal mommy pergi Spa ni lambat! Berbaloi sangat tawaran akhir tahun dia tau... mommy tengok yang datang pun student lagi..kira harga kat sini memang best dan semua orang mampu membuat rawatan muka.

Korang boleh tengok juga banyak lagi testimoni lain di ig & fb diorg... Jom ber"me time" di Estetika Medispa sekarang! 

Ig @estetikamedispa_shahalam
Fb Estetika Medispa Shah Alam
Jom Rewang 2018 | Rewang merupakan acara persiapan yang dijalankan sebelum majlis walimatul urus. Rewang atau gotong-royong yang kebiasaannya dilakukan oleh penduduk kampung atau jiran tetangga untuk membantu tuan rumah menyediakan persiapan ketika atau sebelum kenduri perkahwinan. Untuk melancarkan lagi majlis, penanggah akan menghidangkan makanan atau juadah kepada para tetamu. Biasanya tuan rumah akan memberi upah kepada jiran tetangga yang membantu dalam bentuk wang atau hadiah. Sebut pasal rewang mengingatkan majlis walimatul urus mommy pada 2010. Terima kasih kepada jiran tetangga dan keluarga terdekat yang membantu kerja-kerja rewang dengan jayanya. 

Kini, adat rewang semakin pudar dikalangan masyarakat Melayu kerana budaya ‘buffet’ atau ‘katering’ yang lebih memudahkan semua pihak. Lebih memudahkan bakal pengantin adalah Jom Rewang 2018. Apa tu Jom Rewang 2018?

Tentang Jom Rewang 2018 

Jom Rewang 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin. Jom Rewang 2018 akan berlangsung pada:-
Tarikh : 26-28 Januari 2018
Tempat : Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Jom Rewang 2018

Tarikan utama Jom Rewang 2018

Sepanjang Jom Rewang 2018, terdapat lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan ini termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya. 

300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di Jom Rewang 2018 melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana. 

Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral.
Jom Rewang Plaza Alam Sentral
Bakal pengantin yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan tahun berikutnya wajib datang ke event Jom Rewang 2018 ini yang pastinya akan membantu melancarkan majlis perkahwinan anda. 

Kepada para vendor(pengusaha perkahwinan) sangat  dialu-alukan untuk turut menyertai dalam pameran ini. Tawaran menarik buat vendor (bumiputera sahaja):-
- Harga Booth Mampu Milik
- Media Sosial
🆓 blast di FB page 'Si Rashid' followers 500'000
🆓 blast di FB page 'Tinta Media' 500'000 followers
🆓 bersama sama dengan page-page bersekutu mereka
🆓 ig: jomrewang_ / fb page Jom Rewang
🆓 blast di group2 perkahwinan (>20k follower) target market
- Media Elektronik
🆓 slot rancangan di TV 
🆓 slot di radio
- bunting di sekitar tempat pameran dan 30km radius
- edaran flyers

Pastinya event ini sangat meriah dan dikunjungi oleh bakal-bakal pengantin seluruh negara. Sekiranya berminat, anda boleh terus hubungi:-
📞 Ijan - 011 2851 9851
📞 Leen - 011 2867 8998
📞 Alyn - 011 6179 3882

Facebook: Jom Rewang | Puspawangi Event and Management
Email: Email: puspawangieventmanagement@gmail.com
Cuaca panas menyebabkan kulit sekejap kering dan sekejap berpeluh... Peluh akan menyebabkan gatal-gatal.. antara solusi baik adalah sentiasa melembapkan kulit. 

Nak guna sembarangan lotion takut juga.. jadi mommy pilih produk semula jadi. Terbaru Botaneco Garden Baby Body Lotion ni mommy dapatkan secara online di Guardian:- https://guardian.com.my/index.php/botaneco-garden-baby-body-lotion-250ml.html

5 sebab mommy pilih Boteneco Garden Baby Body Lotion

5 sebab mommy pilih Botaneco Garden Baby Body Lotion

1. Menggunakan Ekstrak Chamomile dan Oatmeal Organik dan 100% ECO Certified Olive Oil
Ekstrak Chamomile Organik bertindak untuk menenangkan kulit. Oatmeal Organik untuk melindungi penghalang kulit. Manakala 100% ECO Certified Olive Oil untuk melembapkan kulit.

2. Produk dari Australia ni bebas paraben, MIT,  SLS.
Bahan kimia akan menyebabkan rangsangan pada kulit sensetif atau kesan buruk pada jangka masa panjang. Jadi mommy boleh gunakan Botaneco Garden Baby Body Lotion tanpa was was.

3. Hypoallergenic
Botaneco Garden Baby Body Lotion tidak akan menyebabkan sebarang reaksi alergik. Risau juga mommy kerana anak mommy pernah mengalami ekzema dan mommy sendiri dah ada mild ekzema. So kena hati-hati dalam memilih losyen. 

4. Wangi
Bau yang wangi semestinya pilihan mommy. Siapa nak pakai lotion busuk kan. Haha.. bau Botaneco Garden Baby Body Lotion wangi dan menenangkan. Bukan sahaja boleh menenangkan kulit, malah menenangkan fikiran.

5. Tidak melekit
Body lotion ini meresap sepenuhnya ke dalam kulit dan memberi keselesaan selepas menggunakannya.

Botaneco Garden Baby Body Lotion ni boleh didapati di mana-mana Guardian atau secara online:- https://guardian.com.my/index.php/botaneco-garden-baby-body-lotion-250ml.html

Bukan baby sahaja boleh guna, malah seisi keluarga boleh gunakan Botaneco Garden Baby Body Lotion tanpa was was. Mudah dan best sangat! 


Pernah tak anda dengar mengenai Thermomix®?  Lain daripada yang lain, Thermomix® boleh digelarkan sebagai pembantu dapur yang ideal sebab ia menggabungkan 12 fungsi ke dalam satu, di mana ia membolehkan semua orang menjimat masa, wang, usaha penyediaan makanan dan memasak di dapur. Thermomix® berkeupaya untuk mengacau, mencampur, memutar, mencincang, memasak, mengukus, menimbang, mengisar, memukul, mereneh dan mengemulsi.

Sempena pelancaran Buku The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix® yang dikarang oleh Suriya Abdullah, ia merupakan pengalaman kali pertama bagi Mommy untuk melihat dan mengenali Thermomix®  dengan lebih dekat.

Buku Masakan "The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®"

Pemaju Resipi Thermomix® dan kini Pengarang, Suriya Abdullah bersama dengan buku masakan beliau pertama “The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®”
Ia merupakan Buku Masakan Melayu Thermomix® pertama di dunia yang menampilkan 60 koleksi resipi rasa Melayu asli yang semestinya digemari ramai. Buku ini terdapat dalam edisi dwibahasa yang mengandungi kedua-dua bahasa; Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, yang senang difahami untuk para pengguna Thermomix®.
Resepi dwibahasa
Resipi-resipi yang terkandung dalam buku ini akan memudahkan para ibu memasak sendiri di rumah. Para ibu boleh mendapatkan inspirasi untuk menghidang makanan Melayu seperti Rendang Ayam Nogori, Nasi Kampung, Ayam Pedas, Kacang Botol Goreng Bercili, Acar, Agar-agar Gula Melaka, Udang Goreng Kunyit, kuih-muih Melayu tradisional dan banyak lagi. Beraneka kan? Selain itu, terdapat juga gambar rempah-ratus, herba dan bahan-bahan yang biasa digunakan untuk memudahkan para pengguna mereplikasi kehalusan hidangan Melayu.

Suriya Abdullah, Pengarang Buku Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®

Mommy bersama dengan Puan Suriya Abdullah
Sedikit pengenalan tentang Puan Suriya, beliau sangat berminat dan pandai dalam masakan Melayu sejak kecil lagi, walaupun beliau menyatakan bahawa proses penyediaan cara lama agak rumit. Sesiapa yang berjinak di dapur pada masa dahulu pun lalui proses yang sama kan? Namun, apabila beliau bertemu dengan teknologi dapur Thermomix® pada tahun 2014, pengalaman dan cara memasak Puan Suriya berubah mendadak, dari rumit ke lancar dan senang, Dari situ, Puan Suriya rajin mengembangkan bakat memasak dengan kombinasi dapur yang berteknologi inovatif kini, iaitu Thermomix® untuk mencuba bahan masakan yang lebih sihat dan meningkatkan kualiti masakan. Tambahan pula, latar belakang beliau yang dahulu pernah bekerja di industri makanan segera membuatkan beliau nekad untuk menyediakan makanan yang lagi sihat dan semula jadi buat anak-anak. 

Live Demo memasak menggunakan Thermomix®

Betul ke mudah memasak menggunakan Thermomix®? Pada hari pelancaran buku masakan tersebut, kami juga dihidangkan dengan live demo memasak menggunakan Thermomix®. Tujuan live demo adalah untuk menunjukkan keajaiban senang memasak dengan Thermomix® yang berbagai fungsi. Antara hidangan utama yang disediakan adalah:-

  • Rendang Ayam Nogori
  • Nasi Goreng Kampung
  • Kacang Botol 
  • Udang Goreng Kunyit
  • Agar-agar Gula Melaka
Selain itu, ada juga hidangan lain seperti Air Lemonade, Stim Man Tou dan Oren Sorbet yang disediakan begitu senang dan cepat dengan Thermomix®. Kesemua hidangan yang disenaraikan siap dimasak dalam masa lebih kurang 2 jam! Hebat tak? 
Inilah hasil kacang goreng bercili yang dikisar bahan masakan lalu digoreng di bawah satu Thermomix®. 
Hasil Udang Goreng Kunyit merasa seperti goreng di kuali. Udangnya rangup dan berjus.

Agar-agar Gula Melaka juga disediakan dengan Thermomix® sebagai pencuci mulut.
Hidangan secara live demo menggunakan Thermomix®
Pada hari itu, Mommy sendiri diberi peluang untuk memasak bersama Puan Suriya. Proses memasak masakan Melayu tradisional dengan Thermomix® sememangnya menjadi lebih mudah, lancar dan menyeronokkan. Serius, Mommy kagum sangat dengan kehebatan Thermomix® dan mengaku jatuh cinta dengannya serta-merta. Bukan sahaja Thermomix® menyenangkan kerja memasak, malah nutrien makanan dapat dikekalkan. 
Mommy berpeluang menggunakan Thermomix®
Kelebihan ini pasti menggalakkan dan menggembirakan para ibu termasuk Mommy untuk memasak, justeru membolehkan anak-anak menikmati masakan yang berkhasiat dari air tangan ibu. Bukankah hasrat setiap ibu untuk menyediakan masakan terbaik dan sihat bagi seisi keluarga? Mommy suka kalau anak-anak suka masakan rumah, lagi lah boleh mengawal makanan dan menjimat perbelanjaan.  

Pengenalan mengenai Thermomix® TM5

Thermomix Thermomix® TM5, model yang terbaharu kini boleh didapati di seluruh dunia
Setelah dikenalkan buku masakan dan live demo, ini segmen yang dinanti-nantikan: Apakah sebenarnya Thermomix®? 

Berasal dari German yang mempunyai sejarah melebihi 50 tahun menerajui dalam kategori alat dapur pelbagai fungsi, Thermomix® TM5 kini menggabungkan 12 fungsi dapur yang lain-lain dan merupakan peranti dapur alaf baru yang pasti memudahkan dan mempercepatkan penyediaan makanan Melayu tanpa menghilangkan kualiti dan rasa autentik kemelayuan itu sendiri. Selain itu, ciri-ciri canggih seperti bimbingan memasak langkah-demi-langkah dan cip resipi yang merupakan buku masakan digital dan skala digital terbina-dalam, kesemua ciri ini menjaminkan hasil masakan yang sedap, berkualiti dan konsisten. 
Kelebihan Thermomix® termasuklah: 
  1. Semua orang boleh memasak - Thermomix® dapat mengambil alih kaedah memasak dengan lebih mudah.
  2. Mengawal bahan-bahan yang dicampurkan ke dalam makanan - mengurangkan bahan tidak sihat seperti garam, gula dan minyak yang berlebihan, aditif, pengawet dan lain-lain.
  3. Mengekalkan nutrien maksimum dalam masakan pada suhu rendah dan mengelakkan sebarang alergen.
  4. Makanan sihat tidak perlu merasa hambar, mentah, ataupun beralakan vegan. Dengan kombinasi dan penyediaan yang betul, bahan-bahan asli mampu mengeluarkan rasa enak pada makanan.
  5. Memasak tidak perlu dalam keadaan tidak teratur.
  6. Menjimatkan wang dengan menghasilkan hidangan-hidangan dibuat sendiri.
  7. Lebih banyak masa terjalin bersama keluarga apabila semua orang memasak bersama.

Kelebihan Thermomix® tidak dapat disangkal lagi apabila Mommy melihat sendiri demo memasak menggunakan Thermomix®. Agak-agak bila ya Mommy boleh dapatkan satu untuk sendiri? 

Untuk mereka yang dah ada Thermomix® TM5, boleh dapatkan Buku The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix® yang diterbitkan oleh True Mix Sdn Bhd (Thermomix® Malaysia), berharga RM160.00 dan boleh didapati secara online di laman www.Thermomix.com.my

Manakala, Thermomix® TM5 adalah berharga RM6,488.00 dan didatangi bersama “Basic Cook Book” rasmi Thermomix® dengan 175 jenis resipi, Cip Resipi “Basic Cook Book” Thermomix® untuk bimbingan memasak 175 jenis resipi dan e-surat berita Thermomix® percuma.
Start semalam, mommy dah boleh ambil content dari public channel mommy di telegram letak di blog


Dekat page ni lah mommy copy embedded script untuk dimasukkan dalam blog
Pada 7 Oktober lalu, mommy bertemu dengan Presiden Persatuan Sukarelawan Muslim Malaysia atau dikenali sebagai MVM, singkatan kepada Muslim Volunteer Malaysia, Muhammad. Bila masing-masing memperkenalkan diri, Muhammad buka cerita mengenai sidang media Ikon MVM 2018 yang akan diadakan pada hujung bulan November. Masa ni, mommy belum pernah dengar lagi mengenai MVM. Namun, apabila Muhammad menerangkan serba sedikit mengenai MVM, rasa kagum terbit pada anak muda sepertinya yang sanggup berusaha berkhidmat kepada masyarakat. 

Pengaruh selebriti dalam kebajikan sosial MVM

Ikon MVM 2018 terdiri dari kalangan selebriti dan usahawan berjaya. Kita semua sedia maklum, golongan selebriti mempunyai pengaruh yang kuat dalam laman media sosial dan memberi impak yang besar dalam kehidupan masyarakat hari ini terutamanya anak-anak muda.

Kerjasama MVM dengan selebriti dan usahawan ini dilihat dapat membantu, membuka peluang dan membentuk kesedaran untuk sama-sama membantu menarik perhatian orang ramai terhadap peranan MVM dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui laman media sosial.

Muslim Volunteer Malaysia

MVM telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 fokus kepada pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat secara berkala. MVM banyak membantu golongan ini dengan program seperti PureHeart, Di Sebalik Pintu, Jejak Mahabbah, MVM Apprentice, Qurban MVM dan banyak lagi. 

Setakat ini hampir 80 buah program kebajikan telah dijalankan dan hampir 6000 buah keluarga penerima bantuan telah menerima manfaat dari dana yang telah berjaya dikumpul daripada sumbangan rakyat Malaysia.

Bantuan bukan sahaja tertumpu di Malaysia sahaja malah bantuan telah diperkembangkan lagi ke luar negara seperti Syria, Jordan, Rohingya dan lain-lain melalui misi-misi kemanusiaan bersama dengan rakan-rakan NGO lain. 

Tahun ini sahaja untuk misi UnityConvoy, 87 buah ambulans dan tujuh buah darinya adalah sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin ini telah berjaya dihantar ke Syria dan telah digunakan untuk membantu mereka di sana dan ini adalah antara inisiatif oleh Gabungan Anak Muda yang diwakili NGO seperti Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Malaysia LifeLineforSyria (MLLFS) dan Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ). Terbaru 100 buah rumah perlindungan sedang giat dibina untuk etnik Rohingya di Bangladesh

Ikon MVM 2018

Memperkenalkan Penasihat, Inspirasi dan Ikon MVM 2018 :
1. Penasihat MVM - Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
Ikon MVM 2018, Muslim Volunteer Malaysia
Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

2. Ikon Inspirasi MVM - Puan Dila Mubarak
Ikon MVM 2018, Muslim Volunteer Malaysia
Puan Dila Mubarak
3. Ikon MVM - Lah Ahmad
Ikon MVM 2018, Muslim Volunteer Malaysia
Lah Ahmad
4. Ikon MVM - Datin Alyah
Ikon MVM 2018, Muslim Volunteer Malaysia
Datin Alyah
Datin Alyah
5. Ikon MVM - Diana Amir
Ikon MVM 2018, Muslim Volunteer Malaysia
Diana Amir
Diana Amir
6. Ikon MVM - Mila Jirin (tak dapat hadir)
7. Ikon MVM - Azmi Saat
Ikon MVM 2018, Muslim Volunteer Malaysia
Azmi Saat
8. Ikon MVM - Syamel
Ikon MVM 2018, Muslim Volunteer Malaysia
Syamel
Ikon-ikon ini menjadi suara MVM untuk menyeru orang ramai supaya turun padang dan menghulurkan bantuan melalui hebahan di media sosial melalui laman media sosial seperti Facebook, Instagram,Twitter dan sebagainya.

Menurut Presiden MVM, Muhammad Jantan, majlis perlantikan Ikon MVM 2018 hari ini merupakan salah satu usaha MVM untuk melebarkan sayapnya sebagai sebuah NGO yang bukan sahaja menyantuni golongan asnaf tetapi juga memberi ruang dan peluang kepada golongan selebriti dan usahawan untuk memanfaatkan pengaruh yang dimilikinya bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Bulan ini, kami baru sahaja selesai program agihan bantuan asas PureHeart MVM 2017 selama setahun kepada hampir 170 buah keluarga di SK Puchong Utama 1 dan turut merasmikan Kelas MVM Alaf 21 bagi meningkatkan nilai insaniah dalam membentuk sifat kepimpinan yang hebat dan menerapkan kesukarelawanan kepada murid-murid. 
Hari ini kami bukan sahaja merasmikan Ikon MVM 2018, malah turut  merasmikan Tabung Prihatin MVM yang telah ditandatangani oleh Penasihat MVM 2018, WebDonation MVM dan Tabung Musim Sejuk Syria Kami Datang.
Untuk makluman,  WebDonation MVM merupakan alternatif saluran sumbangan bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk menderma manakala Tabung Musim Sejuk Syria Kami Datang bertujuan untuk menghantar bantuan makanan dan pakaian kepada saudara kita di Syria. 
Sejujurnya program-program ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sumbangan rakyat Malaysia. Saya amat berharap jalinan kerjasama seperti ini dapat digunakan sebaik mungkin ke arah jalan yang diredhai Ilahi dan diteruskan dari semasa ke semasa. Terima Kasih Malaysia” tambah Muhammad.

MVM sangat berbesar hati mengajak orang ramai untuk bersama-sama dengan ikon-ikon inisiatif menyumbang tenaga, wang ringgit dan juga idea-idea bernas yang mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

TENTANG MVM

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18 hingga 24 tahun.

Pada 2017 MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO pada majlis Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri  yang dianjurkan oleh IM4U dan disokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Pada tahun 2016 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 33 program manakala
Pada tahun 2017 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 55 program dan insyaAllah pada tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan.

MVM memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan pihak penaja. Membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama.

MVM telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia.

Berpaksikan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan’, program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu.

MVM terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun pertubuhan atau persatuan lain.

Semoga usaha MVM ini dapat mewujudkan masyarakat yang prihatin dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang lebih memerlukan.

Jom kita mendaftar menjadi sukarelawan MVM bersama ikon-ikon MVM membantu kerja-kerja amal MVM.

Atau boleh terus membuat sumbangan ke:-
Akaun Sumbangan:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)

Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
Emel : account@mvm.org.my

Semakin kita berusia, kolagen kulit akan berkurang. Sebab tu kulit mulus hanya ada pada bayi baru lahir atau wanita yang betul-betul menitikberatkan penjagaan wajah. Penjagaan wajah bukan sahaja dari segi penggunaan set penjagaan kulit, malah termasuk rawatan wajah dan juga gaya pemakanan seharian. Kalau malas nak jaga muka, jangan marah bila pori membesar dan jerawat melata sana sini di wajah anda

Althea "Un-pore-gettable" Beauty Box
Baru baru ni mommy dapatkan set produk kecantikan yang mengandungi pelbagai produk kecantikan di dalamnya, senang bila beli satu set, semua ada. Mommy dapatkan di Althea

Agak berani mommy membeli barangan dari portal online yang menjual barangan kecantikan dari Korea buat pertama kalinya. 

Althea menawarkan produk K-Beauty(Korea) dengan harga termurah, 100% asli dan menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara. Wow! 

Althea Beauty Box

Produk kecantikan melalui portal online Althea menjual produk K-Beauty pada harga murah, malah lebih murah dengan program kotak kecantikan atau Beauty Box

Althea Beauty Box merupakan kotak kecantikan yang di dalammya mengandungi 6-12 produk K-Beauty yang sesuai dengan tema kotak.

Kenapa mommy beli Althea Beauty Box?

  1. Kotak tema yang sangat menarik.
  2. Harga satu kotak lebih murah berbanding membeli satu-satu unit
  3. Setiap kotak mempunyai edisi terhad.

Mommy yang mempunyai liang pori besar, membeli set Althea "Un-pore-gettable" Beauty Box yang mengandungi :-
  • Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
  • Common labs Mild Peeling Finger Pad
  • Laneige Powder Fit Cushion
  • Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick
  • Dear, Klairs Supple Preparation Facial Toner
  • My Beauty My Beauty Mask Pack
  • Innisfree Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit
Harga semua produk dalam Althea "Un-pore-gettable" Beauty Box ni adalah RM417.00, tapi dengan beauty box hanya bernilai RM127. 

Dapatkan Beauty Box di http://my.althea.kr/althea-box

Althea Un-pore-gettable Beauty Box

Innisfree | Super Volcanic Pore Clay Mask

Tanah liat Jeju volcanic membersihkan hingga ke dalam liang menggunakan sebum untuk membersihkan kulit.
Innisfree | Super Volcanic Pore Clay Mask
Tanah liat volcanic mengawal pengeluaran sebum dalam liang dan menyegarkan kulit.

Tanah liat volcanic kaya dengan nutrien dan mineral yang membantu melicinkan tekstur kulit, menjadikan solekan wajah lebih mudah.

Super Volcanic Pore Clay Mask tidak mempunyai minyak mineral, produk haiwan, wangian buatan atau imidazolidinyl Urea.
DaddyG suka pakai Super Volcanic Pore Clay Mask
Muka rasa sejuk semasa memakai Super Volcanic Pore Clay Mask. Selepas mencuci mask, muka rasa sangat segar dan kulit muka rasa gebu. 

Common Labs | Mild Peeling Finger Pad(7 keping)

Mild Peeling Finger Pad boleh menghilangkan sel-sel kulit mati, meminimumkan liang-liang dan mencerahkan kulit setiap hari.

Common Labs | Mild Peeling Finger Pad
Mild Peeling Finger Pad membersihkan kulit sepenuhnya, betul-betul bersih dan melembutkan tekstur kulit untuk membolehkan solekan yang rata. Travel-friendly, menjadikannya mudah untuk bersolek di mana sahaja. 
Gunakan peeling pad selepas mencuci muka
Bukan saja mommy suka menggunakan peeling pad, daddyG pon suka. Kulit muka terus rasa gebu lepas cuci dengan peeling pad. Dah la senang nak guna.

Laneige | Powder Fit Cushion #23 Sand

'Cream to powder twist cushion'. Muka rasa ringan je dengan Laneige Powder Fit Cushion ni.
Laneige | Powder Fit Cushion
Cantik tak cantik dengan Laneige Powder Fit Cushion tengok la gambar mommy di bawah ni
Mommy dengan Laneige Powder Fit Cushion

Rire | All Kill Pore Tightening Ice Stick

All Kill Pore Tighetening Ice Stick berfungsi mengurangkan liang pori! Ia mengandungi gracial milk. 
Rire | All Kill Pore Tightening Ice Stick
 Kenapa iceland's gracial milk?
- kaya dengan mineral
- kaya dengan hidrogen aktif dan
- tidak mengandungi kotoran dan datang dari kawasan yang bersih
- sama dengan kandungan air dalam tubuh manusia

Dear, Klairs | Supple Preparation Facial Toner

Klairs Facial toner berfungsi membuang minyak yang tidak perlu dan memberi kelembapan serta mengimbangi tahap ph wajah.
Dear, Klairs | Supple Preparation Facial Toner

My Beauty Red Ginseng Gold Hydrogel Mask

My Beauty mask adalah 100% dibuat di Korea, menggunakan ekstrak madu semula jadi. 
Red Ginseng Gold Hydrogel Mask
Bebas formaldehyde, benzyl alcohol, paraben, silicone, sulfate amine, coal tar dyes, mineral oil dan bahan berasaskan haiwan.
Haha..
DaddyG excited giler bila mommy nak pakaikan dia mask. Helloo...ingat perempuan je nak cantik? Muahaha daddyG pon dah mula naik jeragat..so kena lah jaga muka sebelum jadi teruk lagi
Red Ginseng Gold Hydrogel Mask
Enjoy giler daddyG pakai mask. Sambil dengar lagu kegemaran beliau.. cer teka lagu apa? Hahaa

Innisfree | Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit

Tadi dah ada Super Volcanic Pore Clay Mask, maka Sample Kit ni dah melengkapkan Innisfree skincare. 
Innisfree | Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit
Setiap beauty box akan ada satu produk percuma. Mommy dapat Hydrating Flower Essence Mask.
Hydrating Flower Essence Mask
Menarik dan berbaloi sungguh mommy dapatkan  Althea "Un-pore-gettable" Beauty Box. Harganya juga sangat murah untuk semua barangan bersaiz asal ini. Ada 6 produk bersaiz asal dan 1 kit di dalam box ini dengan percuma satu Hydrating Flower Essence Mask.
Althea "Un-pore-gettable" Beauty Box

Korang boleh dapatkan Beauty Box di http://my.althea.kr/althea-box 

Untuk Maklumat Lanjut Layari
Facebook : Althea
Instagram :  @altheakorea