Hari ni hari pertama persekolahan Adam. Anis mula sekolah keesokan harinya. PASTI seperti tahun yang lalu akan memberi laluan buat ibu bapa menguruskan anak di hari pertama persekolahan. Mommy bangun awal siapkan sarapan dan bekal untuk adam.
|
Nasi goreng + buah jambu + air calcium |
Mommy nak adam simpan duit belanja.. nanti boleh beli lego.. hahaha... sebab daddy dah taknak belikan adam lego kes kawan pecahkan (ceraikan block) lego adam tu.. jadi adam still boleh beli lego menggunakan duit daddy yang dah menjadi duit adam.. ha ha
|
Adam bawa bekal makanan menggunakan beg nutrisi Dugro |
Seawal 7 pagi adam keluar rumah tunggu van sekolah untuk ke sekolah agama. Di sini, sekolah kebangsaan dan sekolah agama berasingan. Sekolah yang kecil tak dapat menampung pelajar yang ramai dalam satu masa. Ada 3 bangunan sahaja di sekolah kebangsaan. Sekolah Agama ada dua bangunan je. Jadi sesi pagi Tahun 1-3 bersekolah agama, manakala sesi petang mereka ke sekolah kebangsaan.
Sekolah rendah mommy dulu ada 5 bangunan... Sekarang mungkin lagi banyak.. Itu pon tahun 1998.. 20 tahun yang lalu..
|
Happy sikit baby Adam |
Hari pertama daddy kata biar lah Adam terus naik van sekolah. Mommy ni risau juga la.. Adam tahu ke kelasnya? Cik Sal pemandu van sekolah kata "Takpe, ada kakYa ni boleh bawa Adam masuk"
|
Wefie sekali dengan mommy |
KakYa tu anak mengasuh mama nor, jiran kami. So Adam kenal sangat la dengan KakYa. Tetiba jadi kakYa padahal selama ni panggil Ya je..
Mommy daddy follow adam dari belakang. disebabkan jalan jammed, mommy agak lewat.
"Eh mana adam ni?", Kelibat Adam tak ada dalam Kelas 1 Abu Bakar. Adoi mana Adam ni.
link
Mommy segera hubungi CikSal. Tanya Ya kelas apa. Ntah-ntah Ya bawa masuk kelas dia.
Ya Kelas 2 Uthman. Mommy pun pergi kelas Ya kat tingkat 3. Fuhhh... bila Tanya mana Adam?
"Adam kat 1 Uthman", hahahaha memandai je Ya masukkan adam ke Kelas 1 Uthman. Mesti Adam sendiri tak ingat dia kelas apa.
Mommy masuk 1 Uthman keluarkan Adam dan masuk ke kelas 1 Abu Bakar. Dapat lah tempat belakang sebab masuk lewat.
|
Adam kat belakang sekali |
Mommy tunggu di sekolah sampai waktu rehat.. Tak lama pon nak tunggu.. Kalau balik dan datang semula lagi penat rasanya.. Ibu bapa diminta menunggu di kantin sekolah.. Daddy pesan mommy ambil gambar harga makanan..
|
Senarai Menu Murid Sekolah Rendah Agama |
Bila Adam dah nak keluar rehat, mommy pergi tunggu Adam kat kelas. Nampak lah anak-anak beratur untuk keluar berehat. Kemudian mereka baca doa bersama-sama.
|
Beratur |
Adam keluar je kelas terus cari mommy..haha mana boleh awak ni.. rehat dengan kawan lah..
|
Nak p mana tu |
Mujur lah ada kawan dari PASTI.. so mommy suruh adam ke kantin dengan Eiman..
|
Haha happy nampak mommy ehh |
Happy belajar ke tu kenyeh sakan.. dah dah awak jalan dengan je dengan Eiman..
|
Adam dan Eiman |
Segan-segan juga Adam sebab dia bawa bekal siap ada beg lagi.. Awak patut bangga. Bawa bekal dalam bekas cantik pula tu..
|
Makan pon sembang lebih |
Hari ni ja la mommy daddy nak tengok Adam makan kat sekolah.. Kemudian loceng berbunyi dan mereka masuk ke kelas..
|
Kembali ke kelas |
Adam masuk kelas, mommy pun balik rumah. Sampai rumah kononnya mommy nak berehat, tapi tak berehat pon.. Biasa lah suri rumah, kerja tak pernah berhenti..
Hampir waktu Adam nak habis sesi sekolah agama, mommy daddy pergi sekolah. Sebabnya nak jumpa cikgu kelas Adam untuk bayar yuran.
Adam nak balik naik van sekolah ciksal. Jadi tumpang sekejap rumah mama nor, iaitu rumah Aiman.
Mommy balik rumah, siapkan Adam ke sekolah Kebangsaan pula. Siapkan bekal dalam masa 15minit. Rushing giler..
|
Siap dah nak g sekolah |
Kemudian mommy daddy pon pergi sekolah juga sementara Adam naik van sekolah dengan kawan-kawan.
|
Adam dan kawan-kawan(jiran) |
Adam dah lama tunggu hari ni. Nak pergi sekolah pakai baju putih.
Sampai sekolah, Adam berkumpul di dewan.. mommy perhati je dia pergi mana.. sekali tengok dia ikut kawan dia yang Tahun 2.. Mommy tarik adam duduk kat kawasan Tahun 1...
|
Ini lah dewan perhimpunan |
Kali ni mommy tak tunggu lama. Sebab cikgu pon tak bagi ibu bapa ada kat situ. Waktu rehat mommy pergi semula ke sekolah.
|
Diam-diam mommy tengok Adam dalam kelas |
Ingatkan ibu bapa masih menunggu di sekolah. Ada la juga yang tunggu kat kantin. Sempat la tengok aksi Adam dengan kawan-kawan..
Waktu rehat, Adam nak mommy.. hahahha silap mommy tunjuk muka tau..
|
Anak manja mommy |
Habis waktu rehat, mommy pun balik rumah. Ingatkan petang mommy tak perlu ke sekolah dah. Balik dengan ciksal je. Tapi, kena pergi juga..
Cik sal beritahu Adam tak naik van.. cari pun tak jumpa.. haihh... Kenapa pula ni Adam.. maka mommy daddy bergegas ke sekolah...
Adam ada dengan cikgu. Adam kata "Aiman janji nak jumpa kat tangga. Adam tunggu tak ada."
Depan mommy cikgu pesan "Adam jangan ikut cakap kawan. Esok terus pergi pagar belakang."
Mommy tunjuk jalan ke pagar tempat van sekolah tunggu.. Kemudian kami pun balik ke rumah...
Begitu lah cerita hari pertama persekolahan Adam. Macam-macam ada...