Cabaran Hari 3 | Sesuatu yang Menguatkan Mommy Irra

Kekuatan utama adalah suami dan anak-anak.

Kekuatan mommy Irra adalah suami tercinta dan anak-anak tersayang. 

Apa-apa mommy nak buat, perkara pertama yg terlintas di fikiran adalah suami. Tengah down sangat tu, memang kena ada daddyG. Orang perempuan ni perlukan sokongan. Hahaha bukan tak berdikari ya. Walaupon hanya secebis ayat "Sabar sayang". Ia sangat sangat sangat membantu menguatkan perasaan saat itu.

Teringat alkisah mommy kena tinggal kat R&R. Masa tu dah ada Adam Rayyan. Mommy irra yang tak tahan nak terkucir minta diturunkan dahulu. Boleh nak jadi cerita, lupa bawa handphone. Dah selesai hajat, mommy pon keluar mencari kereta. Dari satu baris parkir ke satu baris tak ada. Ulang dari hujung ke depan tak ada. Rabun kah aku?

Tak jumpa!
Air mata dah bertakung.

Anggota RELA yang ada di situ macam pelik tengok mommy irra ke hulu ke hilir. Membebel. Marah dan sedih. Lepas tu mommy irra cakap la cari suami.

"Parah ni suami hilang".

Adoi buat lawak pulak anggota RELA tu. Anggota RELA tu sukarela pinjamkan handphone dia. DaddyG g parking kat Petronas. Jauh gila. Katanya parking penuh. Jadi la babak sedih hujan kilat banjir dalam kereta. Huhuhu penat atau susah macam mana sekali pon, aku masih mampu tersenyum dan gembira dengan adanya mereka.

Kekuatan seterusnya adalah kenyang. Perut yang lapar dan tak di isi akan mengundang amarah dan pergaduhan.  Makanan wajib mommy irra adalah nasi. Memang lembik lutut kalau lambat makan nasi. So mommy irra perlu urus anak-anak cepat. Bila mereka senang hati, baru mommy boleh senangkan perut mommy. Hehe.

Kekuatan seterusnya lagi adalah rehat yang cukup. Kalau tak cukup rehat mommy boleh berubah menjadi hulk. Hahaha

Itu sahaja cabaran untuk hari ke-3. Wahh tinggal 27 cabaran sahaja lagi. Bagusnya cabaran yang dianjurkan geng #kelabbloggerbenashaari ini adalah memberi semangat buat semua untuk mengupdate entry. Semangat setiakawan dalam geng #kelabbloggerbenashaari tak kan boleh jumpa di mana-mana. Walaupon ada yang belum pernah bersua muka. 

Geng #kelabbloggerbenashaari dan blogger2 yang setia membaca blog ini terutamanya yang sedang membaca sekarang ini, anda lah kekuatan mommy Irra untuk berblogging! 

Jumpa esok untuk cabaran ke-4.


Cabaran 30 Hari #KelabBloggerBenAshaari
Hari 1 | Gambar Terkini dan 5 Fakta Tentang Diri Mommy Irra
Hari 2 | 5 Cara Memenangi Hati Mommy Irra


25 comments:

  1. Bestnya kawin. Semoga berbahagia selalu ye :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Keluarga adalah kebahagiaan.. pelengkap kehidupan

    ReplyDelete
  3. senyum2 anis bace entry kak ira nie.. malu tetibe..hahah.. eh.. :P

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Baru kena tinggal kejap je tu...huhuhuu
      Tapi masa kena tahan wad. Mmg nangis sbb rindu adam rayyan. Baby pulak tak boleh masuk melawat..

      Delete
  5. Kena tinggal secara tk sengaja..memang stress kan mommy. Pengalaman sendiri gak tu haha.

    ReplyDelete
  6. Orang kata di sebalaik wanita ada seorang lelaki begitu juga sebaliknya..kan??

    ReplyDelete
  7. kan, suami adalah penguat kita, bila ada anak, anak jadi penguat suami dan isteri =)

    ReplyDelete
  8. comel bila terkenang mommy menangis sebab cari suami !! hahaaaa tapi sha tahu perasaan tu sebab suami kuar kejap pun sha dah pikir bebukan...

    untuk berblogging, memang kawan2 blogger dan pembacalah kekuatan kita !! setuju sangat ~

    ReplyDelete
  9. keluarga adalah segala-galanya :)
    sumber kekuatan, sumber inspirasi

    ReplyDelete
  10. Setuju.. !!!!

    salam perkenalan dari mamamyja. jemput singgah, komen and follow ya.

    CABARAN HARI KE-4

    ReplyDelete
  11. Aduhai.. lawak la ira ni kena tinggal... =))

    ReplyDelete
  12. Bila dah bersuami dan ada anak-anak, merekalah segalanya. Alhamdulillah mommy ira dikurniakan zauj yang penyayang dan memahami serta anak-anak yang comel..masyaAllah

    ReplyDelete
  13. Emmm bodek ea, pcl singgah sini la... sat cerita pasal kena tinggai tu, lucu plk pcl baca...cuak kan? Takkan la sesaja suami nk tinggaikn cmtu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mana ada bodek pcl..hehe..masa tu tak dapat fikir dah camtu...pusing banyak round xjumpa..sedih sgt...

      Delete
  14. Terbaik. teruskan mommy Irra

    Lain kali jalan-jalan jauh sikit. kurangkan bebelan hahaha

    ReplyDelete
  15. Nampak hp penting skrg ni klau x de mmg susah tul

    ReplyDelete
  16. Hahaha mesti diaorang pelik kan.. dok ulang-alik cakap sorang-sorang pula tu.. haish memang selalu kena benda macam ni.. serik =,= sempat buat lawak lagi anggota RELA tu xD

    ReplyDelete