Menu hari ini adalah ayam kampung organik. Kenapa namanya ayam kampung organik? Sebab ayam ni ayam kampung yang makan makanan organik. Tokmek yang bela. Dah nak makan ayam kampung organik ni, maka ayah mentua dan pakteh tangkap ayam malam tadi. Hasil tangkapan adalah 14 ekor ayam kampung termasuk seekor bapak ayam.
Selepas ayah dan pakteh balik dari majlis akikah pagi tadi, baru lah operasi penyembelihan dijalankan.
Selepas itu proses buang bulu ayam. Rajin adik ipar mommy Irra. Abe dia aka daddyG is tidur. Because he is sakit gigi. Kena bahan la tadi ni. "Bukan cabut bulu ayam dengan gigi". Heheheheee
14 ekor ayam di cabut bulunya berjemaah sambil bersembang-sembang. Aktiviti ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
"Dey lagi posing tu". Hahaa mommy irra is look bulat?? Okey muka sememeh tak mandi lagi.
Ayah bersedia nak layur ayam kampung.
Apih buat finishing cabut sakit baki bulu ayam kampung.
Ayam kampung yang dah siap di potong dan sedia di masak.
Ayam kampung goreng. Sedap meratah ayam goreng. Yumyumyumm
Gulai ayam kampung dah tinggal sikit. Tak sempat ambil gambar. Sedap yang amat!