Cikgu prihatin, mommy lega walaupun bibir anak bengkak | Perkara ni dah lama berlaku. Cuma mommy baru nak semat di dalam blog www.irrayyan.com ... Senang bila nak flashback, boleh search di blog sahaja... Ini kisah suatu hari, cikgu whatsapp mommy. "Maaf puan, tadi Anis berlanggar dengan kawan dia.", Namun Anis belum pulang.
Bila Anis sampai je rumah. Mommy tak terkejut melihat luka di bibir anis. Walaupun nampak agak. Bibir bengkak. Ada luka.
Kakak ni tak padan dengan awak tu perempuan. Mesti berlari sakan di sekolah. Rupa dah tak macam anak mommy. Kesiannya.
Selalu petang-petang dia akan keluar bermain depan laman rumah. Kali ini, dia nak tidur. Mesti sakit itu masih ada.
Anak-anak mommy kalau sakit, mereka akan tidur. Tidur boleh hilangkan sakit eh?
Adik konvo | Adik bongsu daddyG konvo diploma di UiTM Machang. Jadi kami yang jauh boleh meraikan dari jauh sahaja. Hehe jadi lah dapat tengok gambar dan kami doakan adik sentiasa maju jaya. Nanti konvo Degree kat UiTM Seremban, kami pasti ada.
Cantik Persis Celebriti dengan Bio H2O Facial Treatment | Penjagaan kulit wajah setiap hari akan melambatkan proses penuaan. Jadi bagi mereka yang malas atau kurang rajin menjaga muka, jeragat akan mula timbul! Haa mommy sendiri baru berusia 31 tahun sudah mula ada jeragat. Uih dah ada jeragat? Mommy tak jaga muka ke? Selain mencuci muka, faktor lain juga mempengaruhi kewujudan jeragat seperti terdedah dengan udara kotor dan pemakanan. Rawatan muka perlu di buat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Nak tak nak, mommy kena juga usahakan pergi ke spa. Maka kali ini mommy ke Spa Cantik Persis Celebriti untuk rawatan Bio H2O Facial Treatment.
Bersama perunding kecantikan Cantik Persis Celebriti, Kak Ina, selepas treatment. Haaa tengok muka mommy... Cantik Persis Celebriti dengan Bio H2O Facial Treatment
Spa Cantik Persis Celebriti
Cantik Persis Celebriti terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Orang Shah Alam panggil kawasan ni Hakim Baru. Sebut Hakim Baru, wajib lah orang Shah Alam dah tahu kat mana.. Mommy pusing-pusing di kawasan Hakim Baru, terus nampak sign board besar Airellyn Beauty Studio/ Celebriti Skin Expert atau dikenali sebagai Spa Cantik Persis Celebriti. Kat kawasan ni senang nak dapatkan parking. Untuk yang di luar kawasan, korang waze aje "Cantik Persis Celebriti".
Sign board besar Cantik Persis Celebriti
Bio H2O Facial Treatment
Rawatan ini sesuai untuk kulit kering, sensetif dan normal. Bio H2O Facial Treatment untuk mencuci, melembapkan wajah dan menaikkan seri wajah serta muka nampak glowing.
Kebetulan turn mommy tak ada customer lain
Suasana spa yang nyaman dan dendangan lagu yang menenangkan sesuai untuk "me time". Selain nak menjaga muka, ini lah masanya mommy nak bersendiri. Hahaha. Treatment ini memerlukan masa satu jam 30 minit. Selama itu, mommy tidak boleh diganggu.
Cuci muka
Sapu H2O gel
Sapu serum
Urut
Masa mengurut ni masa paling best. Sedap betul kak ina urut. Rasa ringan kepala.
Cuci masker
Korang boleh tengok video mommy buat Bio H2O Facial Treatment di Spa Cantik Persis Celebriti.
Rawatan kat sini memang terbaik. Dengan layanan dari perunding kecantikan yang sangat friendly. Selesai sahaja rawatan, muka rasa sangat moist. Mommy rasa segar dan ringan je kepala.
Kak ina terbaik!
Untuk Bio H2O Facial Treatment, untuk Trial hanya RM138. Harga asal adalah RM238. Haaa apa lagi korang, ini lah masanya untuk anda buat rawatan muka pada harga yang berbaloi-baloi.
Antara rawatan lain yang menarik minat mommy adalah massage and cupping hanya RM48 sahaja. Selain itu pakej bridal hanya RM198. Untuk pelajar juga ada pakej khas. Tiada lagi alasan untuk tidak membuat rawatan muka.
Korang yang nak harga PROMOSI ini, kena cepat telefon buat appointment dengan CARELINE CANTIK PERSIS CELEBRITI SPA 03-55194159 / 03-54800042.
Rawat Jeragat dengan Serum Plus Royale Nu Diamant | Wanita paling pantang kalau ditegur pasal kulit mereka! Tak terkecuali mommy sendiri. Baru- baru ni, seorang perunding kecantikan memeriksa wajah mommy. Katanya kulit wajah mommy dah mula naik jeragat. Hah, biar betul? Bila mommy sendiri belek muka di cermin. Aah la, memang ada. Walaupun hanya sedikit, hati mommy dah gusar. Mommy terus google "cara merawat jeragat". Keluar lah berbagai jenis produk kecantikan untuk merawat jeragat ni. Hati ini rasa kuat untuk mencuba satu jenis serum ni iaitu Serum Plus Royale Nu Diamant.
4 Manfaat Serum Plus Royale Nu Diamant
Membantu kulit muka bebas jeragat punca tona muka tak sekata dan bermisai supaya kelihatan bersih dan sekata
Menghilangkan kedutan punca muka nampak kusam dan tua dari usia supaya muka kembali remaja
Mengecilkan liang pori punca muka berminyak dan berjerawat agar muka nampak flawless dan glowing
Memudarkan parut dan 'stretchmark' punca kecacatan kulit agar kulit nampak bersih dan licin
Keunikan Serum Plus Royale Nu Diamant
Bahan utama yang digunakan adalah Apple Uttwiller Spatlauber yang hanya terdapat di Pergunungan Alps Swiss Utara. Fungsinya untuk merangsang penghasilan sel baru, merawat jeragat dan kedutan.
Diadun dengan rumpai laut (Phycojuvenine) yang merangsang pembentukan sel baru dan kolagen kulit(double effect serum)
Kenapa Serum Plus Royale Nu Diamant menjadi pilihan mommy?
Melihat pada manfaat dan keunikan Serum Plus ini telah membuat mommy yakin bahawa serum plus ini merupakan pilihan yang tepat bagi masalah mommy.
Masalah jeragat : Testimoni Serum Plus Royale Nu Diamant
Mommy lebih tertarik untuk mencuba Serum Plus Royale Nu Diamant apabila terbaca testimoni Puan Nurul Syamimi. Sudah pasti usia kami lebih kurang sahaja, mommy tahun ini dah 31 tahun. Dan kami mempunyai masalah yang sama iaitu jeragat mula ada pada muka. Kemunculan jeragat ini bagai mimpi ngeri. Namun ia adalah realiti yang kami perlu hadapi. Tak sabar mommy nak guna serum ni.
Serum Plus Royale Nu Diamant
Dalam masa 2 sehari sahaja serum plus sudah berada di tangan mommy. Mommy irra impikan kulit wajah kembali gebu seperti kulit bayi. Haha tak salah berangan kan? Please go away jeragat!
Hari pertama menggunakan serum plus. Wajah sebenar mommy irra tanpa sebarang calitan bedak/foundation.
Masalah utama mommy adalah muka berjeragat dan tona muka tak sekata. Muka kelihatan kusam dan gelap.
Cara penggunaan Serum Plus
Mommy sapukan serum plus pada muka 2x setiap hari. Sekali di awal pagi dan sekali sebelum tidur.
Best ke Serum Plus Royale Nu Diamant?
Best sangat. Apabila mommy oleskan pada muka, muka tak rasa melekit. Serum meresap ke dalam kulit dan kulit rasa lebih moist.
Kesan penggunaan Serum Plus
Setelah seminggu menggunakan Serum Plus Royale Nu Diamant, jeragat makin pudar, pipi rasa semakin anjal.
Selepas penggunaan Serum Plus Royale Nu Diamant selama 7 hari
Mommy rasa sangat berbaloi memiliki Serum Plus Royale Nu Diamant. Jeragat yang ada makin hilang. Semua wanita perlukan supplement untuk penjagaan wajah agar sentiasa berkeyakinan dengan penampilan wajah yang menawan.
Pos Laju Kiosk Shell Seksyen 7 Shah Alam Kini di Buka | Pos Laju telah menambah kiosk Pos Laju baru di Shah Alam. Kewujudan Pos Laju Kiosk Shell Seksyen 7 Shah Alam akan memudahkan mereka yang tinggal berdekatan.
Pos Laju Kiosk Shell Seksyen 7 Shah Alam
Poslaju Kiosk Shell Seksyen 7 Shah Alam
Orang yang bertanggungjawabmembantu mommy mengepos barang akan ke Pos Laju Shah Alam di Seksyen 14. Namun dengan ada nya Pos Laju Kiosk Shell Seksyen 7 Shah Alam, akan memudahkan kerja pengeposan selepas ini.
Cabaran 5-hari bekal makanan yang sihat | Selama ini mommy tidak menyediakan bekal makanan untuk anak bawa ke sekolah. Mereka akan diberi makan pada waktu rehat di sekolah. Jadi wang belanja juga tidak disediakan. Namun, sejak mommy mengumpul bekas nutrisi menarik dengan pembelian susu, mommy seronok nak menyediakan bekal makanan untuk mereka agar mereka mendapat lebih lagi nutrisi.
Jadual persekolahan Anis 12.45 tengahari sehingga 4.15 petang memberi masa kepada mommy untuk menyediakan bekal makanan yang sihat dan juga makanan kegemaran Anis.
Anis ke sekolah membawa bekal makanan dalam bekal nutrisi Dumex Dugro
Lebih seronok lagi apabila anak tersenyum riang membawa bekal ke sekolah dan menyerahkan bekal kosong sebaik sahaja pulang ke rumah. Melihat kawan-kawan membeli di sekolah membuatkan Anis turut meminta wang belanja. Namun dengan bekal makanan yang mommy sediakan, tiada lagi rengekan meminta wang untuk membeli makanan di sekolah.
Penyediaan makanan sihat
Sumber google: Piramid makanan
Untuk menyediakan makanan sihat, mommy berpandukan kepada piramid makanan untuk memastikan anak mommy menerima nutrisi yang seimbang.
Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian
Cabaran 5-hari bekal makanan yang sihat
Gigih mommy google untuk mendapatkan idea bagi penyediaan bekal makanan yang menarik. Ada sebab lain mommy menyahut Cabaran 5-hari bekal makanan yang sihat. Nanti mommy ceritakan ya... Jom kita tengok hasil bekal makanan sihat yang mommy sediakan.. Isnin
Bekal makanan hari Isnin
Mommy menyediakan buah kegemaran Anis iaitu buah lai. Manfaat buah lai adalah mampu menurunkan kadar kolestrol jahat dan menjaga kadar gula dalam badan.
Hari ini mommy terlebih rajin menyediakan nasi ayam. Haa ini kali pertama mommy buat nasi ayam.. Nasi mempunyai karbohidrat dan serat yang tinggi untuk memberi tenaga yang tahan lebih lama. Ayam membekalkan protein untuk membina tubuh.
Selasa
Bekal makanan hari Selasa
Buah untuk hari ini adalah kiwi. Bukan sahaja nampak menarik, kiwi baik untuk mata dan masalah pencernaan.
Untuk karbohidrat dan protein hari ini mommy menyediakan koewteow goreng yang mengandungi pecahan telur dan juga sedikit sayuran.
Rabu
Bekal makanan hari Rabu
Hari Rabu mommy menyediakan roti sandwish dengan keju. Roti mengandungi karbohidrat seperti nasi, iaitu boleh memberi tenaga yang tahan lama. Manakala keju kaya dengan protein dan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
Buah untuk hari ini adalah epal dan anggur. Epal baik untuk pelawasan dan mengandungi serat yang tinggi. Buah anggur pula mempunyai vitamin yang tinggi dan boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan.
Khamis
Bekal makanan hari Khamis
Hari Khamis, sekali lagi mommy bekalkan buah kiwi dan lobak merah mentah. Haa anak mommy suka makan lobak merah mentah. Ia baik untuk mata.
Untuk hari ini mommy sediakan nasi lemak untuk keperluan karbohidrat dan telur rebus dan ikan bilis untuk memenuhi keperluan protein tubuh.
Jumaat
Bekal makanan hari Jumaat
Hari Jumaat, sedikit hiasan istimewa untuk Anis, mommy sediakan juga buah kegemaran Anis iaitu buah anggur. Buah anggur sangat baik untuk metabolisme tubuh. Manakala buah strawberi membantu sistem pencernaan.
Untuk memenuhi keperluan karbohidrat dan protein pada hari ini, mommy sediakan bihun goreng dan telur puyuh rebus. Mommy berjaya sahut cabaran!
Yeahhh, akhirnya berjaya menyahut cabaran 5 hari bekal makanan yang sihat.
Apa yang merangsang mommy untuk menyahut cabaran menyediakan bekal makanan sihat adalah Peraduan Resepi Nutrisi Mama. Hadiahnya sangat menarik. Nak tahu apa hadiahnya? Apa syaratnya? Jom baca di website http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/mamacontest [klik url]
Makanan sihat dengan gizi seimbang sangat penting untuk pembesaran anak yang sempurna. Melihat mereka gembira dan membesar dengan sihat adalah suatu anugerah terindah!