Hari tu kami ke 99 Wonderland yang terletak di Selayang. Daddy bawa kami ke sini sebab ada Dinasour dan pelbagai lagi jenis haiwan. Kemudian masa tu masuk ke 99 Wonderland adalah percuma.
 |
Keluarga saya |
99 Wonderland
Terdapat banyak tarikan di sini seperti:-
- Sky Fountain
- T-Rex Ring
- Magical Bridge
- 2 Colourful Water Fountains
- Bird Square
- Ostrich Farm
- Deer Yard
- Duck Lagoon
- Golden Waterfall
- 12 Zodiac Walkway
- Boardwalk
- Bird Island
- I Love BN Sculpture
- 1Malaysia Sculpture
- 99 Jetty & 99 Cruise
- Mara House
Namun, disebabkan masuk percuma, 99 Wonderland terlalu sesak dan kami tak dapat nak luangkan masa di setiap tarikan yang ada.
Kami masuk melalui Gate 3. Jadi tempat pertama yang kami jumpa adalah Dinasour. Tercapailah hajat daddy nak bawa anak-anak tengok Dinasour. Cuma Amal saja takut.
 |
Adam dan Dino |
 |
Anis dan dino |
 |
Mommy dan Anis bersama dino |
 |
Adam dan Anis bersama dino |
 |
Posing sampai puas |
 |
Bab bergambar mommy taknak kalah |
 |
Eh ada lagi baby dino baru menetas |
 |
Besar dino ni dan siap ada bunyi-bunyi |
 |
Mommy pon nganga macam dino |
 |
Dino Adam |
 |
Ini yang lain pula |
Ada 4 ekor dinasour. Dua besar, satu kecil dan satu lagi baby. Bunyi dinasour yang buat Amal takut. Langsung tak mahu bergambar.
Seterusnya di atas Sky Fountain ada zirafah. Gambar Sky Fountain pun tak ada sebab penuh orang kat situ.
 |
Adam bergambar dengan zirafah |
Masa masuk tadi, mommy ada dapat peta 99 Wonderland. Namun disebabkan mereka dah jadikan one way, tak perlu nak plan nak mula ke mana dahulu.
link
Kalau kalian pergi sekarang ni, mommy tak pasti masih one way atau tidak. Harapnya tidaklah. Jadi boleh lah rancang nak pergi mana dahulu.
 |
Peta 99 Wonderland |
Sekarang kita sedang berada di hadapan gate utama. Di sini terdapat
- I Love BN Sculpture
- 1Malaysia Sculpture
- 99 Jetty & 99 Cruise
 |
1Malaysia Sculpture, sebelahnya 99 Jetty & 99 Cruise |
Nak bergambar punya lah ramai manusia. Jadi ada juga la orang lain. I Love BN pula mommy dapat selfie dengan BN saja. Haha
 |
I Love BN sculpture |
Kemudian kami melalui jambatan ke Bird Island. Di sepanjang jambatan ada Duck Lagoon.
 |
Duck Lagoon |
Banyak sungguh itik. Tapi kami tak boleh berlama-lama kerana ramai lagi orang nak melalui jambatan ke stesen seterusnya.
 |
Mommy selfie atas jambatan, di belakang ada banyak itik |
Kalau boleh lepak lama-lama, mesti lagi seronok. Banyak pemandangan menarik. Tapi masa mencemburui. Jom tengok gambar apa yang mommy sempat snap.
 |
Angsa berdiri kaki sebelah |
 |
Angsa berenang |
 |
Burung merak |
 |
Arnab |
 |
Iguana |
 |
Ayam |
 |
Burung apa ntah. Haha mommy lupa snap nama |
 |
Ayam |
 |
Burung merak sedang menjamu selera |
 |
Buat apa tu angsa putih? Besar angsa ni |
Antara 12 Zodiac Walkway yang sempat mommy snap.
 |
Tikus |
 |
Kerbau |
 |
Harimau |
 |
Harimau dari sisi sisi lain |
 |
Arnab |
Sebenarnya water fountain ada dua. Tapi yang masuk kamera satu ja.
 |
Water Fountain |
Seterusnya kami melalui Golden Waterfall. Masa ni anak-anak muka dah masam berkedut. Masing-masing penat dan lapar.
 |
Sebelah Golden Waterfall |
Seterusnya kami melalui kawasan rusa. Nak bagi makan boleh beli makanan mereka.
 |
Deer Yard |
Kemudian kami melalui Ostrich Farm. Mommy tak ada gambar sebabnya masa nak ambil gambar tu, Ostrich kencing. Kesian mereka yang ada ada dekat Ostrich tersebut.
Destinasi terakhir adalah Mara House. Nampaj dari jauh sahaja.
 |
Mara House |
Akhirnya, tamat pusing satu 99 Wonderland. Lama juga lah kami di situ. Kemudahan tandas dan surau disediakan. Walaupun orang ramai, tandas dijaga rapi.
Kalau mommy tinggal berdekatan, hujung minggu mesti mommy singgah kat sini. Kalau tak sesak dengan ribuan orang, mesti lebih seronok.