Walaupun sektor perlancongan belum boleh beroperasi lagi tetapi Malaysia sebagai sebuah negara asia yang sangat kaya dengan pelbagai jenis makanan, sememangnya sudah sangat sinonim. Malah ramai pelancong yang jatuh cinta dengan Malaysia kerana kepelbagaian makanan yang kita ada. Dan jika baru tiba di Kuala Lumpur, di sini akan disenaraikan antara 7 makanan best sekitar Kuala Lumpur untuk di cuba.
#1-NASI LEMAK @ NASI LEMAK WANJO
Nasi Lemak Wanjo |
Nasi lemak di sini memang lain macam sikit rasanya daripada nasi lemak yang dijual di tempat lain. Salah satu penyebabnya adalah resepi mereka yang memang boleh dikatakan memang legend. Mana tak nya? Resepi yang mereka gunakan adalah resepi turun-temurun yang digunakan sejak tahun 1948 lagi.
Itu baru cerita pasal betapa legendnya resepi dia, belum masuk topik rasa dia lagi. Dari segi rasa pulak memang sangat terbaik. Menu yang diorang sajikan memang berbagai dan mempunyai aura untuk melelehkan air liur pelanggan. Senang cerita, semua jenis lauk pun ada kat sini.
Dari pada sambal sotong, rendang ayam, sampailah ke paru goreng. Kalau korang singgah kat kedai ni, guarantee korang akan ambil lebih sampai berjenis-jenis lauk. Rambang mata!
Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 am – 1 am)
#2 - KARI KEPALA IKAN @ RESTORAN ZK
Kari Kepala Ikan |
Restoran ZK ni memang selalu sahaja dihantui oleh ‘hantu-hantu’ kari kepala ikan yang selalu sahaja berkunjung ke sini jika tiap kali mereka mengidam akan menu tersebut. Tapi mengapa di Restoran ZK ni sedangkan ada banyak lagi restoran-restoran yang menyediakan menu ni?
Haa… itulah yang anda perlu tahu, memang banyak keistimewaan pada kari kepala ikan di sini. Penyebab utama mestilah daripada segi rasanya kerana rasanya memang agak lain daripada yang lain kerana mereka mempunyai resepi mereka yang tersendiri dan rasanya memang sangat-sangat padu.
Dari segi saiznya pula memang berbeza-beza, tetapi semuanya besar-besar belaka. Selain itu, pihak pelanggan mereka juga selalu memberikan pujian yang baik tentang kualitinya. Memang langsung tak menyesal.
Alamat: 76, Jalan Kampung Attap, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (11 am – 4 pm)
#3 - Chicken Chop @ Eye’s Steak
Chicken Chop @ Eye's Steak |
Kalau sebut Chicken Chop, mesti akan terlintas dekat fikiran korang yang tak berbaloi sangat pun beli menu ni untuk hilangkan rasa lapar sebab kebanyakan kedai western menjual menu ni dengan harga yang agak mahal sampai berbelas ringgit tapi saiz dia kecil je.
Tapi di Eye’s Steak ni, dengan cuma RM7.50 je, korang dah boleh dapat makan chicken chop yang memang besar dan kesedapan dia memang sangatlah terjamin. Kalau sekali korang imbas pun memang guarantee jatuh cinta. Macam mana boleh tak terliur bila dah nampak isi ayamnya yang digoreng rangup serta dibanjiri dengan sos lada hitam yang pekat? Tambah pula ia dihidangkan bersama dengan kentang goreng dan coleslaw, memang memikat selera.
Alamat: GM05-09 & GM05-10, 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (12 pm – 12 am) manakala Jumaat (3 pm – 12 am)
#4 - Bihun Sup Utara @ Langgaq Sup Utara
Bihun Sup Utara |
Kepada perantau-perantau dari utara yang menetap di KL, korang dah tak payah nak susah ambil cuti untuk pulang ke kampung hanya sebab korang rindu nak makan bihun sup macam kat kampung kerana di sini, korang boleh melepaskan rindu korang dekat hidangan yang selalunya korang cuma boleh jumpa dekat kampung halaman korang. Nama pun Bihun Sup Utara kan?
Mana sah kalau tak rasa betul-betul macam makan dekat utara. Jangan risau, rasa dia memang sama macam yang original sebab tukang masak mereka memang asal daripada utara dan ramai anak-anak negeri Kedah dan Perlis yang dah datang dan mencuba sendiri menu ini. Kata diorang, menu ni memang mampu mengingatkan diorang kepada kampung halaman diorang. Asli dan enak!
Alamat: 27, 13, Jalan AU 2a/17, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis (12 – 11.30 pm) manakala Jumaat – Ahad ( 3 – 11.30 pm)
#5 - Steak @ Station 21
Steak @ Station 21 |
Ada antara korang yang kepingin nak makan makanan western Station21 ini adalah antara salah satu penyelesaian yang terbaik untuk korang. Restoran ni memang sangat terkenal dengan hidangan-hidangan western mereka yang disediakan dengan kuantiti yang banyak. Restoran ini juga sangat terkenal sehinggakan ia menjadi pilihan bagi salah seorang lagenda rock iaitu Datuk Ramli Sarip. Hidangan yang paling diminati oleh para pelanggan yang berkunjung ke sini adalah steak mereka yang memang sangat lazat.
Malah ada juga diantara mereka yang sanggup datang kesini untuk merasa sendiri betapa hebatnya penangan steak disini. Rasanya memang sedap sampai tak terucap selain daripada saiznya boleh dikatakan agak besar. Memang sangat berbaloi. Yang bagusnya, restoran ini terletak di sebelah masjid jadi pelanggan bolehlah menunaikan solat sebelum atau selepas selesai menjamu selera.
Alamat: Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Jalan Ara, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, (12 – 11 pm)\
#6 - Nasi Ayam Hainan @ Nasi Ayam Hainan Taman Melawati
Nasi Ayam Hainan Taman Melawati |
Nak cuba rasa Nasi Ayam Hainan Singapura dekat KL? Tak payah susah-susah nak pergi sampai ke Singapura sebab Nasi Ayam Hainan Taman Melawati kan ada. Nasi Ayam Hainan kat sini memang murah, hanya sekitar RM5 je sepinggan. Yang istimewanya nasi ayam disini adalah rasa kuah sambal dan kicapnya yang enak dan manis.
Ayamnya juga tidak terlalu rangup dan cukup rasa manis dan pedasnya. Dihidangkan bersama dengan sup yang tidak terlalu manis dan tawar. Senang cerita, memang perfect sangat. Itu belum lagi pekena dengan ABC dan Laici Kang diorang lagi. Memang terbaik.
Alamat: Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10.30 am – 6 pm)
#7 - Cendol Durian @ Durian King TTDI
Cendol Durian @ Durian King TTDI |
Kalau sebut saja ‘Raja Segala Buah’, apa benda mula-mula yang terlintas difikiran anda? Mestilah buah durian kan? Kalau korang sendiri pun mengisytiharkan diri korang sebagai hantu durian, korang memang wajib datang serbu Durian King TTDI ni sebab memang jarang-jarang je boleh jumpa cendol durian tambah pulak yang sedap macam yang dekat sini.durian yang mereka gunakan memang berkualiti tinggi dan datang terus dari dusun mereka sendiri yang terletak di Raub.
Dari segi kuantitinya, memang anda akan berpuas hati kerana untuk satu mangkuk, cendol yang diberikan memang banyak dan anda akan dapat sehingga 2-3 ulas durian. Rasa dia? Memang meletup!
Alamat: 179, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu (3 pm – 12 am) manakala hujung minggu (1.30 pm – 12 am)
Nak lebih mudah, boleh order semuanya secara atas talian di aplikasi lamanweb Foodpanda. Servis food delivery by Foodpanda ini memang sudah sangat popular jadi siapa saja boleh menggunakan khidmat Foodpanda semasa berada di Malaysia.
Food panda |
Pelbagai jenis makanan ada untuk dipesan dan selepas itu boleh duduk senang lenang di rumah sewaan atau hotel tanpa perlu bersusah payah. Tak kiralah sama ada warganegara Malaysia sendiri ataupun pelancong luar, jika terasa nak makan apa-apa atau malas nak masak sendiri kat rumah, pilih saja apa-apa makanan yang terasa nak makan dari aplikasi Foodpanda kemudian boleh nikmatinya dengan senang hati di dalam kediaman sendiri.