Showing posts with label Ragam Anak. Show all posts
Showing posts with label Ragam Anak. Show all posts
Apabila cuaca panas, selain ruam, anak akan kena batuk berkahak. Kadang-kadang tu sampai semput. 

Kejadian ini akan berulang dan berulang. Apabila cuaca panas, kita akan pasang kipas kuat. Angin yang kuat akan buat tekak kering seterusnya jadi batuk-batuk.

Tak pasang kipas kuat, naik pula ruam sana sini sebab berpeluh.

link

Cuaca panas akan jadikan aktiviti dalam bilik mandi suatu yang menyeronokkan. Anak-anak boleh mandi berjam-jam. 

Cuaca panas juga menjadikan air batu suatu yang enak dimakan. Haha. Mommy tak tahu kenapa mommy tiba-tiba rajin buat ais. Sedap sangat mengunyah ais. 

Sebab cuaca panas, bangun pagi anak-anak tidur atas lantai. Ini antara punca anak dapat batuk-batuk.

Apa daya mommy nak membantu? Sedangkan kita sama-sama mencari penyakit. Dah sakit, mohon sakit itu pergi jauh. 

Bila dah sampai tahap semput, kita pergi klinik. 

15/1/2019

Moga amal & anis cepat sembuh dari batuk. Taknak lah semput lagi. 




Sangat mengujakan apabila mendengar anak yang berusia 4 tahun (18 Mac nanti), membaca doa masuk tandas setiap kali masuk ke bilik air atau jamban. 

Sebelum ni, Amal akan minta Adam atau mommy bacakan dan dia akan ikut. Sekarang dia dah boleh baca sendiri. Wow! Mommy macam tak percaya saja. 

Doa masuk tandas | sumber google

"Jangan dicemari fikiran suci kanak-kanak.", satu dialog movie orang putih yang aku tengok baru-baru ni. DaddyG yang layan, mommy tumpang saja lah. 


Amal mengikut jejak Adam yang akan baca doa masuk tandas kuat-kuat. 

Kalau dapat rekod Amal baca doa ni lagi best kan. Mommy akan usahakan nanti. 
6 tahun dah berdikari | Mommy terpaksa sebab mommy dah tak boleh nak jalan sangat. Tekanan berjalan banyak tu buat sakit kat tut. Ibu mengandung faham la. Sedangkan berjalan buat kerja dalam rumah sahaja dah sakit. 

Tapi mommy usaha juga tunggu Anis kat depan rumah. Anis akan pergi mengaji berjalan kaki atau naik basikal. Ikut mood dia.
Anis mengaji iqra naik basikal
Mommy pun tunggu lah sampai Anis habis mengaji kat luar rumah. 


Sakit mommy macam ada benda keluar kat situ. Susah nak cakap sakit macam mana. Belum kira sakit tulang pinggul lagi. Kalau boleh transfer rasa sakit ni untuk bagitahu sakit macam mana. Kalau jela. Mana boleh buat. 

Orang mengandung lain-lain sakitnya. Awak mengandung mungkin tak sakit. sakit macam saya. Alhamdulillah la. 

Mommy tahu Anis faham. Amal je la tak faham. Mommy hantar juga Amal mengaji. Tunggu. Tengok Amal mengaji sampai habis. 4 tahun baru kan. Mana boleh bagi dia pergi sendiri. Nanti mommy sakit sangat, Amal terpaksa la skip mengaji iqra. Huhu. 

Suami selalu akan suruh abaikan apa orang cakap. Bukan kita menyusahkan orang. 

Moga mommy cukup bulan sahaja terus beranak. Aaminn. 
Mommy yang nak Amal pergi sekolah sebabnya:-
1. Boleh belajar berkawan
2. Boleh belajar lebih banyak perkara. Bukan belajar ABC sahaja, belajar mengenal dunia luar.
3. Masa 4 jam di sekolah terisi dengan perkara bermanfaat

Mommy dah sarat mengandung. Mommy tak boleh nak buat macam-macam untuk Amal. Nanti ada baby, mesti mommy pon sibuk dengan baby pula. 

Mommy dah ajar Amal mandi sendiri. Berak sendiri. Pakai baju sendiri. Amal boleh buat semua sendiri.

Mommy tak boleh buat homeschooling. Mommy tak kuat nak melayan. Dulu ya mommy boleh ajar tuisyen. Tapi tidak lagi sekarang. Mommy tak boleh stress. Mommy taknak stress. Mommy akan cuba minimumkan stress. Bahaya tau hidup dalam stress ni. Orang lain boleh buat homeschooling, silakan. Kita tak serupa. 

Hari pertama Amal sekolah
Hari ni hari pertama Amal sekolah. Adam hari kedua sekolah tahun 2019. Anis pula hari pertama sekolah tahun 2019.

Adam dah 8 tahun. Jadi mommy daddy tak teman Adam ke sekolah. Adam naik van sekolah macam biasa.

Anis dah mula sekolah masa 4 tahun, iaitu tahun 2017. Anak nombor 2 ni senang nak cara. Dia yang nak pergi sekolah masa 4 tahun. Senang nak handle. Tak menangis.

Hari pertama Amal sekolah adalah hari di mana ibu bapa kena datang juga. Jadi Amal ok saja. Ada Anis dan daddy. Sementara mommy pergi klinik gigi.

Hari pertama Amal ke sekolah.

Daddy hantar gambar Amal makan rambutan sahaja. Amal sangat suka makan rambutan. 

Amal makan rambutan sahaja

Selesai di sekolah Amal dan Anis, daddy ambil mommy kat Klinik. Tengok-tengok Amal dah tertidur di belakang.

Tak sampai rumah dah terlena. My first day!

Hari kedua Amal sekolah
Hari kedua baru betul-betul Amal sekolah. Amal mula berdrama. 

"Anis tak ada, Amal taknak pergi sekolah"

"Mommy, mommy ikut ya amal pergi sekolah?"

Macam-macam lah pujuk rayu Amal sambil air mata bertakung. Sesekali Amal kesat air mata. 

link

Mommy kata "Ok, Amal pergi dengan van CikSal, nanti mommy pergi sekolah Amal."

Depan kamera haruslah senyum

Cikgu kirim gambar di group whatsapp

Mommy ada kat sekolah. Yeay!

Kawan sekelas Amal

Jumpa saja mommy, Amal terus berceloteh. 

"Mommy tadi kawan amal buat macam ni kat Amal. Geli. Hihihi", kata Amal sambil cubit kedua-dua pipinya. 

Amal bercerita macam-macam. Daddy balik, ulang cerita kat daddy pula. 

Hari ketiga Amal sekolah
Esoknya Amal mula drama lagi. Nak mommy teman dia ke sekolah. Arghh saja lah tu. Kali ni mommy iyekan sahaja tapi mommy tunggu di rumah. Haha

Comelnya anak mommy

Hari keempat Amal sekolah
Amal dah ok. Mommy hantar naik van sekolah. Mommy tunggu Amal balik dengan ciksal kat depan rumah.

Amal versi lain

Terima kasih cikgu bagi gambar

Makan nasi lemak dalam talam

Alhamdulillah. Amal seronok nak pergi sekolah. Balik sekolah dia akan ulang apa yang cikgu ajar. 



Anis dah dihantar ke PASTI seawal usia 4 tahun kerana Anis yang berminat nak ke sekolah. Tak macam Adam. Menangis kena pergi sekolah. Tapi by hook or by crook tetap kena pergi sekolah. Tetap kena naik van sekolah. Tangisan itu tidak memberi kesan apa-apa kepada mommy daddy. Haha. 

Ok mommy nak cerita kisah tragis masa Anis nak periksa akhir tahun, mommy tak sempat nak peduli. Anis kena study sendiri. Kira tak study sangat lah kan. Mommy tengah alahan mengandung. Mommy cuma bagi arahan untuk anis study dan kemas beg.

Anis pula hari pertama peperiksaan buat liat nak bangun dan bersiap. Mommy kelam kabut lah last minit baru check pensil case Anis. Tak nampak pensel case. Allah! Sambil membebel sambil siapkan pensil case baru. 

Anis balik sekolah menangis. Anis tak boleh jawab sebab tak ada warna kuning. 

Bila mommy check pensil case Anis. Eh ada dua. Ada sebenarnya pensil case yang Anis dah kemas. Mommy yang tak nampak. Ada pula warna kuning. Pensil case yang mommy sediakan tak ada warna kuning.

Keputusan keluar Anis dapat 98%. Salah sebab tak ada warna kuning. Sob sob! Salah mommy lah. 


Anis dapat nombor 5 dalam kelas. Peratusan jatuh sikit, namun masih cemerlang. Mommy ingat dapat nombor 5, tahun ni Anis tak naik pentas macam tahun lepas la. Tahun lepas Anis dapat nombor satu.


Rezeki juga Anis dapat naik pentas sebab nombor 1 hingga 5 dapat naik pentas. 




Tahniah Anis! Pulun lagi 6 tahun nanti. Dan mommy, tahun depan ada adik baby. Macam manalah nak handle pelajaran anak-anak eh? Haha.. Moga mommy diberi kesihatan yang baik. Moga anak-anak mommy diberi kesihatan yang baik. InsyaAllah semua baik-baik belaka. 

Mommy nak simpan kat sini keputusan peperiksaan Adam Tahun 1 Berlian buat kenangan. Balik dari menjawab soalan Bahasa Cina, Adam kata "Mesti Adam kena turun kelas. Bahasa Cina susah."

Keputusan peperiksaan Bahasa Cina Adam 78%. Gred B. Hebat lah tu. Lagi 2% nak jadi gred A. 

Keputusan peperiksaan Adam Tahun 1 Berlian

Adam menangis. Adam beberapa hari sedih disebabkan nombor giliran dia dalam kelas banyak. 


Mommy daddy ok saja. Tak marah pun. Jadi nak marah pula disebabkan Adam tertekan dengan keputusan peperiksaan hasil usaha dia sendiri. Mommy cakap senang, awak nak nombor 1, awak kena usaha lebih lagi. Peratus keseluruhan 89% pon dah menaik berbanding ujian sebelumnya. Gred A lagi.

Sampai la hari jamuan Tahun 1 Berlian, mommy cakap dengan cikgu Adam. Cikgu balas "Adam nak nombor satu senang saja. Adam masuk la kelas Permata. Confirm dapat nombor satu tau.". Cikgu dan mommy gelak sekali.

Kelas Permata adalah kelas terakhir. Pandai juga cikgu ni. Sejak dari tu, Adam ok dah. Adam masih di Kelas Berlian untuk tahun 2019. 

Belajar sungguh-sungguh ya anakku, Adam Rayyan. 
Basikal baru Adam | Mommy beli basikal untuk adam kerana Adam puasa penuh selama sebulan. Satu pencapaian hebat dapat berpuasa penuh berbanding Adam di usia 5 tahun, langsung tidak berpuasa.
Basikal baru basikal lama
Ada cerita Adam dengan basikal baru. Pada mulanya Adam sangat gembira dari Kedai Basikal sehingga ke dalam kereta. Namun, bila dah sampai ke rumah, Adam mengamuk tidak mahukan basikal baru.

Basikal baru tak sama dengan basikal lama. Adam pula tak pandai nak mengayuh basikal sendiri. Huwaaa sedih la mommy, dah belikan basikal, Adam taknak pula..
Basikal kecil basikal besar

Penjelasan mengenai basikal baru

Basikal lama Adam berusia 4 tahun. Jadi basikal kecil sebab Adam masih kecil. Sekarang Adam dah besar, jadi basikal Adam kena besar.
Basikal baru Adam

Penyelesaian masalah basikal baru

Mommy minta daddyG belikan tayar tambahan. Daddy la pula sponsor kan..kekekeee... Dengan tayar tambahan, baru lah Adam mahu berbasikal. Fuhhh....
Tunggu van sekolah pon nak main basikal baru yang dah ada tayar tambahan
Bukan main laju lagi Adam mengayuh basikal barunya.. 
Laju lah Adam dengan basikal baru
Ada masa, mommy ajak adam berlumba.. hehe mommy bonding time di jalanraya begitu...
Hari-hari berbasikal
Tapi Adam masih tidak mahu berbasikal selalu kerana kawannya tiada basikal. Aduh anak! 
Mommy tak pernah paksa Amal bertudung. Cuma belikan Amal tudung untuk di pakai semasa mengaji Iqra dan tudung raya. Alaaa biasa lah budak pakai tudung... Tak biasa bagi mommy apabila Amal bertudung semasa di rumah neneknya. Amal nak keluar dari bilik sahaja dia mencari tudung. Cuaca panas pon Amal masih bertudung walaupon hanya diluar bilik. Ha ha haa...
Dalam rumah tokma tokbah
Perangai baik Amal itu berterusan sehingga sekarang.. Amal akan mencari tudung sebaik sahaja nak keluar rumah.. 
Duduk bermain di dalam rumah pon Amal nak bertudung.. kadang-kadang nak tidur bertudung.. alahai baiknya anak siapa ni...












Semoga Amal jadi anak yang soleh berjaya di dunia dan akhirat. Aaminn...

Assalamualaikum.. Hai korang... Dalam entry sebelum ni mommy ada letak dah gambar mommy memakai tiara. Tiara murah bernilai rm12.90.. Anis yang berjaya memujuk daddynya belikan tiara yang persis tiara original. Nampak kerlass gitu memakai tiara... 
Lawa kan tiara tu
Tapi tiara ni tinggal kenangan je la.. Anis nak pakai masa turun KB Mall... Kemudian daddy yang jaga mereka... Mommy sibuk ada kerja masa tu..
Bila nak balik dari KB Mall, baru perasan tiara tu dah tiada lagi. Sob sob.. Tinggal kenangan je la... Mujur lah sempat selfie sekali.. Jadi lah daripada tak ada..huhuu

Nanti mommy nak g beli lagi kat DIY. Tak kira!
Ikut daddy jadi macam Michael Scofield | Adam Rayyan nak potong rambut pendek macam daddy. Dah lama dia nak rambut pendek macam daddy. Tapi mommy ja tak nak kasi.  Tapi kali ni Adam beriya nak rambut pendek. Maka mommy bagi je la..bila dah siap je mommy terus ingat hero Prison Break, Michael Scofield. 
Sebelum dan selepas
Masa daddy dia mula potong sikit, nampak rambut jatuh ke lantai banyak, adam kata "Adam taknak rambut pendek"

"Eh dah potong, kena habiskan je la. Tadi kata nak rambut macam daddy", kata daddy. 
Dari pandangan sisi
Nampak la muka Adam macam tak rela pula. Hahahaha lama-lama Adam pon ok. 
Prison Break
Ikut daddy jadi macam Michael Scofield 
Mommy + 3A
Mommy tengok Adam je, terbayang si Michael Scofield. Gara-gara daddyG malam-malam habiskan siri terbaru Prison Break..

Boss Baby mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Tim yang berusia 7 tahun. Tim mempunyai imaginasi yang terlaku aktif.

Ibu Tim sedang hamil. Tapi Tim belum mengerti. Apabila ibu dan ayahnya memberitahu dia akan mendapat adik, Tim tak mahu. Dia mula berfikir, dari mana datangnya "baby".

Ish kalau nak cerita kan, mommy rasa korang sendiri kena tengok. Adakah korang akan jatuh cinta sama seperti Amal Insyirah? Amal Insyirah agak parah kerana sepanjang masa dia nak tengok cerita Baby(Boss Baby).
The Boss Baby 2017
Seminggu dah rasanya Amal Insyirah menguasai TV. Sebabnya kat TV tu lah kita tengok siaran TV, kat TV juga lah kita tengok PC. So bila Amal Insyirah tengok Boss Baby di PC, tak dapat la mommy nak tengok TV. 

Boss Baby juga la dapat menenangkan Amal Insyirah. Maka kami redha sahaja lah. Kita tengok berapa lama dia nak ulang tengok Boss Baby ni...

Amal Insyirah suka sangat buka peti sejuk cari apa sahaja yang dia boleh makan. Mommy biar je dia geledah. Melayan dia sahaja, tak menjadi kerja lain. 

Sekali bila mommy tengok, Amal tengah memegang belacan yang disangkanya coklat. Dah warna memang sama macam coklat 
Dia tak percaya bukan coklat
"Bukan makanan tu adik", tapi Amal tetap taknak beri kembali kepada mommy belacan tersebut. 

"Ikut awak lah. Nah, ambil rasa!", dia nak jugak makan belacan tu. Mommy pun naik geram.
Amal rasa belacan tersebut. Kemudian tersipu malu. 
Begitulah janji si anak kecil.

"Mommy, Anis nak main. Nanti Anis kemas...", rayu Anis bersungguh-sungguh nak main puzzle.

Tapi kesudahannya, puzzle itu ditinggalkan begitu sahaja.
Satu perkara lagi yang mommy akan amuk adalah menemui pen marker tanpa penutup. Dah janji lepas guna akan tutup. Tapi janji hanya tinggal janji.
Perkara terakhir ni adalah tak sah kalau tak tumpah. Pesan lah macam mana sekali pon. Air tu tetap tumpah...

Walaupon Amal sendiri pandai cari kain buruk nak lap air tumpah, tapi jadi makin teruk jeeee...grrr

Sebenarnya ia satu proses pembelajaran bagi anak. Juga proses menjadi gagah perkasa, rajin dan seorang penyabar...hahahahaa
Amal nak berdikari apabila melihat kakak dan abangnya. Kakak dan abang basuh tangan sendiri, Amal pon taknak kalau mommy nak tolong basuhkan tangan dia. Gigih la dia panjat kerusi dan cuci tangan sendiri. Masalahnya mommy risau kalau dia tiba-tiba tak stabil. Moga dijauhkan dari sebarang kejadian yang tak diingini. Mommy cuba alert sepanjang hari. 
Amal nak berdikari
Amal dah taknak pakai baju mommy bagi. Amal nak pakai baju pilihan hati sendiri. Akhirnya Amal minta baju kawen..hahaha layankan je laaa...
Tak mudah nak memenuhi kehendak anak-anak. Mommy buat yang terbaik untuk anak-anak mommy. Moga membesar dengan sihat dan jadi anak soleh dan solehah.
Ini kisah menyayat hati. Mommy temui Anis di rumah jiran, Mama Nor. Pukul 4.29 petang mommy tengok jam "Ya Allah, Anis!", Anis selalu sampai rumah 4.20 petang, menggelupur mommy lari pulang ke rumah. Pada masa itu, mommy, Adam dan Amal berada di rumah Mak Ani. 

Hari ini, balik je dari sekolah Adam mengamuk sakan. Amal pon sama naik mengamuk juga. Jadi mommy bawa la mereka berjalan-jalan ke rumah jiran setelah mereka reda. 
Mengamuk sebab mommy pakaikan gaun
Mengamuk sebab nak beli buku
Yang mommy kata mengamuk sakan sebabnya Adam menangis dari pukul 12.30 sampai pukul 2. Mengamuk teruk lah.. Mommy pon tak sangka Adam nak mengamuk macam tu. Pada awalnya mommy rasa geli hati. Adam mengamuk sebab nak beli buku. Daddy dah janji hari Sabtu. Tunggu je la hari Sabtu. Adam tetap nak beli buku hari ini juga. 
Bila Adam dah ok, mommy pon cakap baik-baik dengan Adam. 
"Kan daddy dah janji hari Sabtu. Daddy kerja mana boleh balik awal."
Adam pon dah rasional masa ni. Dia angguk je.

Di rumah Mak Ani, Adam main dengan Azim. Mommy buat kerja [melalui handphone] sambil sembang-sembang. Nak angkat baby Syafiq [anak mak ani berumur seminggu] tak berani lagi sebab mommy selsema. Tengok ja dari jauh.. Hari-hari mommy pergi tengok baby.. 

Adam seronok sungguh bermain. Amal tertidur atas riba mommy. Mengantuk sangat la tu. 

Berbalik kepada mommy yang terlupa anaknya tu, sampai di rumah yang selang 3 buah rumah sahaja, ANIS TAK ADA!

Mana Anis ni. Nampak kereta CikSal dah meluncur laju ke rumahnya. Kak Wati jiran India sebelah kanan kata, " Dia dah bawa anak you ke sana. Akak call awak tak angkat."

Ini bukan kali pertama berlaku. Ntah la kenapa boleh terlupa, sedangkan dah pesan pada diri sendiri. 

Aku berlalu pergi tanpa kata apa-apa pada kak Wati. Boleh pulak hari ni aku tukar simkad. So handphone yang mereka hubungi aku tu ada dalam rumah. Huwaaaa why mommy why..

Anis ada di rumah Mama Nor. Masa ni mommy rasa diri teruk sangat. Awat jadi lagu ni haaa... Nak melayan abang, adik pulak mommy lupa... 

Pengajarannya, aku dah set alarm repeat setiap hari sekolah. Semoga tak berlaku lagi macam ni. Mommy dah pesan juga pada Anis. Kalau mommy tak ada, Anis pergi lah rumah Mama Nor.. 

"Anis nangis la mommy tak ada"
"Alaa sorry... Anis kan dah besar, kalau mommy tak ada, Anis pergi lah rumah mama.."

Bukan minta benda jadi lagi. Aku harap tak berlaku lagi. Tapi sekiranya terjadi lagi, Anis dah boleh fikir apa dia patut buat. Pergi rumah mama ke, rumah mak Ani ke..

Sorry sayang