Ekzema kembali ?


Luluh hati seorang ibu melihat anaknya menanggung kesakitan. Walaupon ekzema bukan lah penyakit membawa maut. Kegatalan yang di alami mengganggu kualiti kehidupan seharian.

Masa mommy mengemas nak berpindah-randah itu hari lagi, ekzema Anis Insyirah mula meradang. Meradang macam mana? Anis Insyirah gatal-gatal sana sini. 

Kebiasaanya ekzema Anis Insyirah yang tinggal 10% itu masih boleh di kawal. Selepas beberapa hari, ruam yang naik akan hilang dengan sendiri. Namun kali ini, ruam datang bersama gatal-gatal.

Pada 25/09/2014, hari Khamis yang lepas, spot di pipi Anis Insyirah berair. Berkali-kali mommy sapu. Hantar gambar kat daddyG.


Dulu dan sekarang sangat berbeza. Syukur alhamdulillah kerana diberi kesembuhan oleh-Nya. 

DaddyG suruh sapu bedak. Bedak yang selalu mommy guna kat Anis Insyirah iaitu bedak batu nasila.


Lepas dah sapu bedak. Air yang keluar tu pon berhenti. 


Bila di siasat apa punca ekzema kembali meradang adalah cuaca panas yang menyebabkan Anis Insyirah sentiasa berpeluh dan juga chemical cat rumah sewa baru. 

Alhamdulillah hari ini gatal-gatal dah berkurang. Kesan-kesan Anis Insyirah menggaru pon semakin pulih.

Pelipat dekat siku.

Pelipat kaki.

Semoga anak-anak mommy sihat selalu. Jauh dari penyakit. Semoga ekzema Anis Insyirah terus hilang. Aaminn...

8 comments:

  1. Sabar ye irra, mmg byk dugaan jada anak ada ekzema ni kulit dorang mudah sensitif kesian s kecik tu

    ReplyDelete
  2. Assalam..siannyer dia...

    ade anak sedara belah hubby pun ekzema teruk.. sian tgk dia sentiasa tergaru2..baju2 mmg dia x suka nakj pakai sbb rimas kepanasan..kat rumah sendiri tak per la ade ekon kan..tp sian bila pegi rumah org or berjalan time raya...

    cam penyakit keturunan pun ade gak ekzema tu..sbb MIL pun ade...pastu kakak anak sedara pun ekzema jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... keturunan... anak sy 5mo plus sedang mhadapinya..

      Delete
  3. Alahai...kesian sangat Anis Insyirah. Anak saudara saya juga ada masalah ekzema, kejap hilang lepas tu timbul balik...bolehlah cuba bedak batu nasila lepas ni... kat mana nak beli ye?

    ReplyDelete
  4. kesian anis insyirah.. semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  5. luluh hati tengok... sha pun meraung jugak bila kena gatal2 lepas hemodialisis..... siksa rasa....

    ReplyDelete
  6. bedak apa nih...nnti nk cuba jugalahh

    ReplyDelete