Ini cerita sebelum mommy warded kali kedua. Siangnya berjalan cari mesin basuh. Malam terus sakit.

Mesti ada yang perasan mommy update pasal mesin basuh rosak dan kegigihan daddyG repair mesin basuh.

Survey  2016

Siap ada bukti sebelum ni kami pernah survey harga mesin basuh Sharp 8kg tahun 2016. Haha! Lama dah mesin basuh Sharp 6.5kg kat rumah tu buat hal. Akhirnya, tahun 2020 baru berganti dengan mesin basuh Sharp 15kg.

Sharp 15kg

Rupanya 3 tahun daddy menabung untuk beli mesin basuh baru🤭

Bagusnya pakai Sharp ni, nak dapatkan sparepart cuma perlu ke Kilang Sharp di Shah Alam. Sparepart murah je. Cuma nak kena tahu apa masalah, then beli sparepart, tukar sendiri.

Kalau panggil orang tengok apa kerosakan mesin basuh je dah melayang RM50. Belum dia charge harga sparepart.

Mommy pula suka Sharp sebab cucian dia bagus. Selalunya tak sempat dah nak belek kolar baju atau sental hitam di kaki dan tangan baju, terutamanya baju sekolah putih. Mommy serah bulat-bulat je dekat MekJepunSharp ni.

Bab beli barang elektrik pula kami akan tuju SenHeng atau Harvey Norman sebabnya kat sini boleh redeem point kredit kad.

Inilah kelebihan kredit kad. Jadi kredit kad ni ada kelebihan kalau kita pandai manage penggunaannya.

Wow banyaknya

Sekali check point. Pergh ada RM287. Sebab tu juga banyak barang elektrik yang kami cuma redeem je tanpa perlu bayar.

Harga mesin basuh Sharp 15kg 
RM1499-RM287 = RM1212

Hah, dah lepas bajet yang daddy peruntukan.(RM1400).

Kami adalah member SenHeng. Sekarang ni SenHeng guna aplikasi je. Lama benar mommy tak beli barang elektrik. Buka je apps, ada voucher RM100.

Rezeki sangat Sharp masuk dalam list

Voucher ni eksklusif untuk member yang dah expired. Valid sehingga 31 Januari. Cuma perlu renew member sebanyak RM12. Ya Allah. Allah permudahkan urusan pembelian mesin basuh kami. Dapat kurang lagi RM100.

RM1212-RM100= RM1112

Baju baru

Dah mesin basuh baru, harus lah sayang. Jadi kami belikan baju baru untuk dia RM56.

RM1112+RM56 = RM1168

Warranty mesin basuh ni adalah 2 tahun. Extend jadi 5 tahun, tambah RM209.

RM1168+RM209 = RM1377

Tapi jumlah yang jurual bagi RM1277
Yang mommy kira RM1377. Macam mana jadi RM1277.

Jurujual tu tanya "Nak ke tak?"

Yang mommy ni takut la dia silap kira. Kang kena tambah duit, tak memasal je.
Kata jurujual tu perlahan, dia bagi lagi diskaun RM100. Wahh😱 Terima Kasih.

Kalau ikut HARGA ASAL adalah RM1499 + RM209 + RM56 = RM1764. Kami dah jimat RM487.

Tersenyum daddyG. Sebab dapat harga mesin basuh di bawah bajet yang dia peruntukkan.

Tersenyum juga mommy, sebab hilang satu masalah. Masalah tau bila baju menimbun tapi kau basuh baju masih basah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Lega sangat bila dah ada mesin basuh baru. Mesin basuh rosak ni penyumbang stress juga sebenarnya. Sekarang, no more stress!

Kemain tinggi sampai nak minta tolong anak pon tak boleh. Hahahahahaha

Penangan aku scroll FB, lalu status Rara Share video temubual dengan Prof Muhaya. Haa Prof Muhaya extrovert dan suaminya introvert. Eh sama lah macam aku extrovert, manakala suami aku introvert.

Jumpa Prof Muhaya masa event

Suami ada FB tapi tak update. FB & IG aku kena aktif selalu. Sebab kat situ lah aku buat duit. Tapi sebelum aku pandai buat duit sebagai influencer, aku memang sejenis suka update. 


Aku sebenarnya lagi kuat update kat suami. Every single thing. Semua aku update. Dari sebelum kahwin sampai sekarang. 

Susah nak dapat kawan baik ni. Dengan laki pon kadang-kadang sakit hati, apatah lagi dengan orang lain. Tapi sakit hati dengan laki tak lama lah. Kalau dulu aku diam juga bila sakit hati. Pendam pendam ni jadi bahaya. Sekarang aku luahkan je semua benda. Kalau sakit hati, cakap je sakit hati. 

Dekat kawan, atau orang lain nak cakap "Apa yang kau buat ni buat aku sakit hati." Memang tidak lah. Orang pula bercakap tak reti nak jaga hati orang lain. 

Sekarang aku ikut je cakap laki aku. JANGAN LAYAN. 

Orang introvert ni cuba buka gallery handphone dia. Berapa je gambar ada. Gallery aku ada 3150 keping gambar. Itu pun sebab aku dah clear beribu ribu gambar. Aku dah buat photobook. Aku dah cuci sebahagiannya. Ya la. Itu kenangan kan. Kalau aku tak ada nanti, ada lah gambar aku untuk ditatap. 

Banyak benda aku dapat bila dengar temubual dengan Prof Muhaya ni. 

AKU NAK BERLUMBA-LUMBA BUAT BAIK PADA PASANGAN KERANA ALLAH, BUKAN KERANA PASANGAN. BUKAN UNTUK SUAMI KITA SAYANG KITA. SUPAYA ALLAH SAYANG KITA. JADI APA YANG ANDA BUAT TANPA SYARAT. PERCAYALAH JIKA ALLAH SAYANG KAMU, SUAMI KAMU AKAN SAYANG KAMU.


Aku bukan sorok. Aku diam. Diam sebab malas nak layan cakap² orang. Walaupon suami dah pesan "Biar lah orang nak cakap apa.". Walaupon doktor dah pesan "Abaikan je apa orang cakap."

Tapi bila orang cakap/tanya:-
1. Eh Ayra belum setahun kan
2. Ayra umur berapa ye?
3. Plan ke eksiden?
4. Memang nak baby lagi ke?
5. Tak rancang ke?
6. Rancang macam mana?
7. Lepas ni kena rancang lah.

Baby dah ada pun. Kenapa nak pertikai semua benda tu. Aku mula la nak marah. Dalam kepala otak aku nak je kata "Habis nak aku buang ke baby ni?"

Korang rasa aku memang nak sangat ke baby sampai tak menyempat anak aku (Ayra) nak besar. Aku pon nangis bila tau ada baby. Laki aku pon tak percaya nak dapat baby lagi. Sampai dah tengok baby bergolek atas bawah kaki tangan semua dah ada masa scan, baru lah kami percaya.

Mak aku punya ayat "Orang lain nak anak, punya susah nak dapat. Kak senang senang je boleh dapat anak."

Sekarang ni bila aku nak cakap apa-apa pun aku kena mention, komen murni-murni. Sebab aku malas nak layan benda negatif. 

Sebab tu sampai bersalin aku diam. Itu pon bila orang tahu bersalin masih ada lagi soalan/statement yang bukan-bukan tu. Tolong lah weh. Pening kepala aku bila baca. Nak buat macam orang lelaki susah la. Otak aku tetap nak memikir juga apa orang kata walaupon aku taknak. 


Cerita ni masa aku checkup dengan Pakar Ortopedik tahun lepas. Tangan aku dislocate dan ada xray yang memang jelas tangan aku dislocate. Jadi doktor nak xray sekali lagi. Masa ni tangan aku dah elok. 

27/8 masa tangan aku dislocate

"Saya rasa tak boleh xray doktor".

"Awak mengandung ke?"

"Entah la doktor, saya belum period."

"Anak puan dah berapa?"

"4 orang"

"Yang kecik umur berapa?"

"6 bulan", terkejut doktor tu. Aku pon tak harap positif sebab ayra masa ni 6 bulan lebih. 

Aku sembang dengan doktor perempuan yang ada dalam bilik yang sama. Saya merancang doktor. "Merancang pon masih ada % untuk gagal ", balas doktor tu.

Result UPT positif. Doktor tanya dari jauh , "Macam mana puan?". Aku jenguk muka saja dari luar bilik doktor.

Aku diam. 

"Positif?"

Aku senyum kelat. 

Masa tu kebetulan ramai doktor dalam bilik doktor. Setiap seorang doktor tanya. Dan doktor yang merawat aku jawabkan. Dia dah tanya aku tadi kan. 

Tapi ayat doktor yang last menyejukkan hati aku. "Alhamdulillah. Tahniah puan. Rezeki puan."

Aku masuk  bilik doktor. Doktor tanya "Suami awak macam mana?". 

"Suami saya tak percaya doktor. Dia kata saya tak mengandung."

"Ok macam ni, nanti awak pergi check, kita buat appointment semula bulan 9 2020."

Kami suami isteri pon ambil masa nak terima kenyataan ni. Sebab tu aku ambil keputusan untuk DIAM. 

Aku bagitahu kedua-dua belah family. Aku bagitahu kawan-kawan yang aku rasa positif dan support aku. Itu pon ada yang NENONENO. 

Aku bagitahu mama nor jiran aku sebab aku dah plan nak hantar anak-anak aku kat situ. 

Aku warded pon aku tak cakap aku mengandung. Ya la aku tak tipu pon. Aku memang sakit perut. Doktor suspect aku ada appendix. 

Aku warded kali ke3 tu yang ramai PM tanya aku. Kenapa lama sangat warded. Aku cerita juga la. Tapi soalan/statement yang aku taknak dengar tu tetap juga orang nak sebut. Haihh sampai aku rasa malas nak reply. 

Apa pon aku hargai juga sebab korang concern kat aku. Cuma mungkin kena lah tapis untuk bagi respon pada orang yang hatinya rapuh macam aku. Aku boleh menangis je la. Dah la badan sakit. Hati pon sakit. 

Dah beranak pon irra. Ya, sekarang aku dah beranak pun. Dengan DIAM aku tak la emo teruk macam aku mengandung Ayra dulu. 

Masa mengandung Ayra dulu, aku stress teruk. Sampai kesannya aku  mudah sakit kepala. Aku pukul Adam teruk sebab Adam taknak pergi sekolah. Aku jadi tak rasional. Anak tak boleh dekat dengan aku. Anak tak boleh bising. 

Aku yang teruk bila ada gangguan dari orang luar. Padahal aku sejenis manusia yang suka kongsi kat sosial media. Tapi sebab nak jaga hati sendiri. Aku DIAM. 
[Tiada Rahim di usia 33 tahun | Placenta Accreta |Baby 33 weeks]

Aku tiada lagi rahim di usia 33 tahun. Namun aku bersyukur sangat kerana aku sudah mempunyai 5 orang cahaya mata. Amanah dariNya yang akan aku jaga sebaiknya. Seorang lelaki dan 4 orang perempuan. 

Sepanjang berada dalam pengawasan doktor selama 9 hari kerana air ketuban turun, aku tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Ujian darah ok. Tekanan darah ok. Semuanya ok. 

Cuma aku kena cucuk ubat matangkan paru-paru baby dose ketiga. Aku warded 28 minggu dah kena cucuk ubat matangkan paru-paru 2 dose. Sakit taktau nak cakap macam mana kena cucuk tu. Sampai menangis.

Bila dah cucuk ubat matangkan paru-paru, gula dalam darah pula tinggi. Kena on insulin apabila bacaan gula tinggi. Disebabkan aku ada kencing manis under diet control, pemakanan aku di kawal. Sehari 7x bacaan gula di ambil. 

Pada 13 Februari, aku mula sakit contraction. Doktor kata kalau baby nak keluar hari ni, kita takkan simpan. 

Jalan dah terbuka 3cm. Aku sakit yang teramat sangat. Jantung baby lemah. Aku di bawa ke Operation Room untuk Emergency Ceaser. 

Tepat 3.25 petang, baby selamat dilahirkan. Baby lambat menangis. Namun alhamdulillah, baby hanya perlukan sedikit bantuan oksigen. Itu yang doktor maklumkan pada aku. "Baby awak kuat.", kata doktor.

Semasa doktor keluarkan uri, uri aku jauh ke dalam. Sukar dikeluarkan dan sangat mencurigakan. 

Rupanya uri melekat kuat pada rahim. Rahim juga ada bengkak di sebelah kiri. 

Doktor maklumkan pada suami keadaan aku di mana rahim perlu dibuang untuk selamatkan aku. 

4 doktor pakar mengambil alih membedah aku. 1.8L darah hilang diganti dengan 2 pint darah. Pembedahan bermula 4 petang dan selesai 6 petang. 

Bila aku sedar doktor cakap "Puan, kita dah buang rahim puan". Itu saja yang aku dengar dengan mamai-mamai. 
Lepas aku dah agak stabil, aku minta doktor jelaskan sekali lagi. 

Baby puan lahir 1.66kg berada di NICU. Selepas lahirkan baby, kita dapati uri puan melekat pada rahim. Jadi kita terpaksa buang rahim puan. 

Puan tak ada rahim, jadi lepas ni puan takkan ada period lagi. Puan tak perlu buat papsmear. Kami tak buang kilang ovari. Puan masih seperti biasa. Cuma puan akan menapous lebih awal dari biasa. 

Aku tanya doktor "Suami saya tahu tak?".

"Kami dah maklumkan dengan suami puan. Nanti kita panggil suami puan masuk."

Aku lihat doktor kelam kabut apabila tekanan darah aku rendah. Doktor cucuk sana sini untuk tambah air. Tambah plasma darah sebab darah cair. Aku dipantau rapi di High Dependency Room selama 48jam. 

"Allah dah permudahkan jalan kita, jalan puan, jalan saya. Alhamdulillah. Kalau beranak normal, disaster semalam. Selama 15 tahun saya bekerja, pertama kali saya jumpa kes begini.", kata salah seorang pakar yang membedah aku.

Selepas 24 jam pembedahan

Aku ok. Alhamdulillah. Cuma aku haus. Doktor takut ada pendarahan dalaman, jadi aku perlu berpuasa. Haus sangat sampai aku minta nurse bagi tisu basah untuk aku lap muka. Bagi segar dan kurangkan rasa haus.

Aku minta gambar baby, sebab selama ni beranak, aku akan terus dapat bersentuhan dengan baby. Aku dapat tengok gambar pon jadi lah. Alhamdulillah, tenang hati aku dapat tengok gambar baby. 

8.45 suami masuk menemui aku. Aku dah lupa apa kami sembang. Tapi yang ni aku ingat, "Kita memang nak anak 5 kan.". 

Sebelum keluar suami cium dahi dan kata "Terima kasih". Cukup untuk buat aku tenang.

Sepanjang di HDR, aku tak ada pening. Tak ada muntah. Alhamdulillah semuanya ok. Lepas 48 jam baru dipindahkan ke wad biasa. Lepas aku dah boleh buang air besar, baru doktor benarkan aku pulang.

Allah Maha Besar. Alhamdulillah, aku masih mampu bernyawa hingga ke hari ini. Aku selamat melahirkan seorang bayi yang cukup kuat bertahan dalam rahim yang hampir pecah. Menurut doktor pakar yang merawatku, kebiasaan bayi hanya mampu bertahan sehingga 12 minggu melihatkan keadaan rahimku. Kalau tak beranak lagi, rahim akan pecah ketika 34 atau 35 minggu. "Satu cm pecah akan membahayakan nyawa kamu."

"Apa punca rahim saya jadi macam tu doktor?"

"Kita tak tahu apa punca. Puan tak ada sejarah ceaser, malah anak yang lain semua lahir normal."

"Ini rahmat dari Tuhan. Bersyukurlah.", kata doktor pakar berbangsa cina. 

"Kamu sangat positif. Suami kamu sangat positif. He's very nice.", sambung doktor lagi. 

Aku kadang-kadang rasa tak percaya aku lalui semua ni. Bila perut sakit, oh ya aku masih dalam pemulihan major operation; melahirkan satu amanah Allah dan kehilangan satu organ.

Moga aku cepat sembuh dan baby Aara Insyirah cepat membesar dengan sihat. Mommy tak sabar nak jaga Aara sendiri.

Mommyirra,
Tiada lagi rahim tidak bererti bukan wanita sempurna 
Rindu. Bila rindu mommy buka la gambar dan video yang ada.

Geli hati pula bila tengok semula. Apa la mommy ni buli Ayra.

Lihat video mommy buli Ayra
 link

Tapi comel giler kan? Hahaha mana ada buli banyak pon.. sikittt je.. love you ayra