Showing posts with label Visit Malaysia 2015. Show all posts
Showing posts with label Visit Malaysia 2015. Show all posts

Jom bagi ikan makan. Ikan-ikan ni makan bersungguh-sungguh.


Mungkin sebab banyak sangat ikan. Jadi mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan makanan.


Tapi kan, cuba tengok ikan-ikan ni. Saiznya besar dan gemuk-gemuk. 


Ikan keli pon ada. Berebut-rebut makan pon mereka sangat sihat. Untung la dapat makan.

Adam Rayyan seronok kat sini. Tengok ikan besar-besar makan. Anis Insyirah mana?


Anis Insyirah pon mengisi perut juga. Hahaha. Mana aci bagi ikan je makan. 

Jom g Farm In The City. Dibuka setiap hari kecuali Selasa. 

Public Holiday buka dari 9:30am - 6pm
Weekdays buka dari 10am-6pm

Bayaran
Dewasa RM35
Kanak-kanak RM25
Tinggi kurang 90cm masuk adalah percuma.


Last time mommy bergambar je kat Longkang Fish, Farm In The City.

Kali ni kami mengambil peluang merasa bagaimana perasaan dapat menyauk ikan. 

Mula-mula daddyG sauk dulu. Tapi tak dapat apa pon. So mommy pon nak tunjuk skill la konon. 

Taraaaaa...dengan sekali sauk je dapat seekor ikan. Hahahaa jadi la daripada tak dapat apa langsung kan. 

Sauk ikan di longkang fish

Bangga sungguh mommy dapat ikan seekor. Kemudian try lagi. Tak de dah..haaa tu la tadi bangga diri sangat. Ahahahaaa

Adam Rayyan taknak join. Dia nak tengok je. Anis Insyirah dah kepenatan. Mommy daddy je bersemangat waja lagi.


Kalau nak pergi ke Farm In The City ni kena plan betul-betul. Bila public holiday, orang ramai sangat. 

Pakaian pon kena yang bersesuaian. Ingat cuaca redup macam hari tu. Sekali hari ni cuaca panas. Kesian Anis Insyirah. Dah la mommy lupa nak bawa kipas baby tu. 

Nanti kita datang lagi bawa adik baby pulak :D


Blogger arzmoha merupakan kawan daddyG. Cuti CNY arzmoha datang bercuti di Putrajaya. Mommy ajak arz berjumpa di Farm In The City.


Kali terakhir kami jumpa blogger arzmoha pada Jun 2012.


Cik Akak pon berani nak bagi tortoise makan.


Ini la sifoo awal mommy irra dalam dunia blogging. 


Abah ada dua babyyyy..boleh dah bagi cik akak kawan ni arz...


Kami masuk ke Farm In The City pukul10 pagi. Pergi ke semua station. Dua kali berhenti rehat. Habis semua destinasi, kami makan dahulu. Berpisah dan bergerak pulang pukul 1:30 tengahari. 

Ada rezeki kita jumpa lagi. 



Hari ini kali kedua mommy bawa anak-anak masuk ke Farm In The City. 

Nampak je tortoise, Adam Rayyan berlari menuju ke tortoise tu. Seolah-olah macam kenal dan dah biasa sangat dengan tempat ini. 

Kemudian excited follow mommy dapatkan makanan untuk diberikan kepada tortoise tu.


Anis Insyirah pon nak bagi tortoise makan.


Gambar di bawah kami nak bagi burung makan. Malangnya seekor pon tak datang. Semua dah kekenyangan.


Rusa dan kambing je yang Adam Rayyan dan Anis Insyirah takut. Sebab rusa dan kambing terlampau berani sangat.


Anis Insyirah takut, mommy lagi sua dia kat rusa tu. Hahaha


Adam Rayyan pegang binatang apa ntah kat kawasan rabbit. DaddyG kata bukan rabbit.


Adam Rayyan nak pegang anak ayam.



Dah alang-alang balik kampung, mommy Irra request nak pergi pantai. Hahahaaa mommy boyot ni memang gigih sungguh kan.


Ombak sangat kuat. Tapi kami dapat port yang cantik. 


Adam Rayyan yang takut ombak dah jadi berani. Sebab adiknya lebih berani. Mana boleh kalah dengan adik kan.


Kemudian ada Ayah Aeman pulak meneman. Seronok lagi dia nak main pantai.


Mak buyong yang gigih dan gagah perkasa. Berbaju ephyra. 


I love Ephyra. Memberi tenaga untuk mommy Yong yang dah sarat.


Mommy cuma plan nak ke pantai. Tak ada plan aktiviti di sini pon. Memandangkan mommy tahu pantai bersih putih jernih kat Kuala Abang je. Hahahaa


Rupanya pantai kat sini pon bersih juga. Cuma di sini bukan pasir memutih. DaddyG yang melayan anak-anak bermain pasir. Mommy irra jadi photographer je.


Tiada lagi yang lebih indah selain melihat anak-anak tersenyum gembira.


Seronok sangat tengok Adam Rayyan happy dan enjoy main.

Adik toksah cakap la. Dia lagi nak pergi kat air dalam.  


Cuaca pon dah panas. Moh la kita pulang.


Ada rezeki, lepas deliver baby kita pergi jalan-jalan lagi ye anak-anak.


Sambungan mommy daddyG Adam Rayyan dan Anis Insyirah berjalan di Farm In The City, Seri Kembangan.

Masa bergambar dengan anak ayam. DaddyG kata staff Farm In The City nak keluarkan ular. DaddyG excited nak tengok dan pegang ular.

Tapi mommy la yang kena posing dengan ular tu. Gambar daddyG mana boleh masuk dalam blog. Mahal la konon kan. Hahaha


Pastu suruh pegang pulak. Mommy dah la geli dengan ular ni. Walaupon kulit ular ni cantik. Tapi tak terasa nak pegang pon. Okey, mommy action jela. Kihkihkih


Elok dah sudah bergambar, kepala ular ni pon muncul. Saja la tadi bagi chance mommy posing pegang ular kan. 

Ular ni sebenarnya jarang dibawa keluar. Rezeki la dia nak masuk dalam blog mommy kan. Hahaha. Ular ni adalah ular sawa Australia. Ular ni baru lepas makan. Sebab tu boleh keluar. Ular ni diberi makan seminggu sekali. Ular sawa Australia genetik saiznya pendek bebanding ular sawa Malaysia.


Seterusnya mommy berposing dengan Blue-tounged  Skink / Blue-tonged Lizard.


Kulitnya macam kulit ular. Adoii mommy tak suka la. Tapi biasa la. Big boss berjaya memaksa saya berposing juga. Padahal tak tengok pon cicak pelik tu. Fokus kamera sahaja.


Seterusnya yang menarik di sini adalah Ostrich Egg iaitu telur yang terbesar di dunia. 


Telur ini mampu menampung 90-100kg berat. Konon-konon nak test pijak dengan sebelah kaki. Kemudian staff Farm In The City suruh pijak dua-dua belah kaki. Mommy lebih kurang 57kg masa ni. Peace!


Adam Rayyan pon nak jugak tepek gambar di blog mommy. Hahaha sejak bila mommy kedekut ni. :P


Next, I am prarie dog. I am naughty, but people still loves me, what to do? I have short tail, fat body and I have foretoothe, kawaiiiiiiiiineh~~~


Ini pula racoon. Wah berpeluk sakan ke sana sini. 


Tak segan pon dengan orang. Hahaha


Seterusnya adalah kuda. Budak-budak je boleh naik kuda ni. Tapi berbayar lah. Adam Rayyan takut. So kita amik gambar kuda hensem ni je la. Stylo betul rambut dia.


Dalam kepenatan sempat lagi berposing dengan kereta bernombor plat FARM IN THE CITY.


Ini adalah Meerkat. Tak pernah mommy tengok. Mommy ambil gambar dia, dia siap pose cantik lagi tengok kamera. Thank you!


Adam Rayyan masih bertenaga nak posing walaupon dah 3 jam kami berjalan.


Dah penat berjalan kita makan dulu. Perut semua dah berlagu. Set makanan ni untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak berharga RM28 kalau ada kupon. 


Sedap boleh tahan. Makan pula di tempat berhawa dingin. Memang terbaik lah. Hilang penat-penat berjalan seketika. 


Bye bye Farm In The City. Ada rezeki kami datang lagi.


Pengalaman yang sangat seronok di Farm In The City, Seri Kembangan ini akan menjadi kenangan terindah buat kami sekeluarga. Jalan-jalan sebelum perut meletop! Hahaha


Entry Farm In The City, Seri Kembangan

Memang sangat berbaloi jika menghabiskan masa bersama keluarga di sini. Anak-anak dapat mengenali haiwan dengan lebih dekat. Mommy dan daddy yang lebih teruja. Untuk maklumat lanjut mengenai Farm In The City boleh dapatkan di sini:




Entry Farm In The City, Seri Kembangan
Hari ini mommy sambung lagi ceritera ke Farm In The City, Seri Kembangan. 

Ini adalah mommy Common Marmoset. Monyet kecil yang comel ini berusia 3 tahun. Si mommy ni ada anak yang berusia 7 bulan.


Masa uncle tu bercerita pasal keluarga Marmoset ni, mommy irra tanya, 

"Mana daddy nya?"

"Daddy dia dah mati."

Alaaa sedihnya. Tak boleh nak ada zuriat banyak-banyak. Takpe, nanti pihak Farm In The City carikan pasangan baru. Boleh la dia ada keluarga besar.


Ini landak Afrika / African Crested Porcupine. Si landak ni duduk dalam sangkar dia lah. 


Apa lagi. Posing la kita. Adam Rayyan tak perlu paksa bergambar. Kalau dia memang mood baik, dia datang bergambar bersama. 


Ini biawak. 


Uncle tu siap ambil biawak ni bawa ke atas tu. Kemudian boleh bergambar lagi ngan biawak ni.


Adam Rayyan pon nak bergambar jugak.


Ini lah The World's Smallest Spesies of Moduqua iaitu pelanduk.
 

Next station kita bertemu dengan Burung Hantu. Ada dua spesis burung hantu. Ini yang pertama. 


Dan ini yang kedua. Comel sangat kan.


Bergambar dengan owl!


Mommy pertama kali jugak jumpa owl sedekat ini.


Sambung lagi perjalanan. Bergambar di mana sahaja tempat menarik. Ha ha ha


Ini memerang. DaddyG kata tadi memerang ni berenang. Bila kita datang, dia dah naik atas.


Ini Skunk. First time tengok. Tak tahu binatang apa ni. Hahaha


Ini anak ayam. Hahaha macam tak pernah tengok kan. 


Siap selfie dengan anak ayam. Hihihi

Ini Black-tail Prairie dog / tikus tanah.


Nanti sambung lagi. Semua gambar mommy nak tepek kat blog. 


Manusia semakin berusia akan semakin kurang keupayaannya. Blog ni buat titipan bila mommy dah tua. Dah lupa. Anak-anak boleh tengok blog dan baca cerita mereka. Mommy sendiri pon nak ingat balik kena godek blog sendiri la. Lalalalaa...