Tak padan dengan kecil budak ni
Budak ni la siapa lagi
Anis Insyirah nama diberi
Petang hari nak berlari
Sampai jatuh luka di kaki
Alaaa luka sikit je ni
Kemudian sambung berlari
Diam bila dapat air soya dan coki coki
Ha ha ha jiran yang baik hati bagi
Rezeki la budak yang tak boleh makan merapu ni
Tapi makan jugak le dah orang bagi
Bagi adik makan sikit2 je yang lebih2 mommy
Terima kasih jiran kami
Esok ada masa kita jumpa lagi
Nak magrib dah ni
Jom kita masuk mandi
Tata tutu titi

31 October 1988, lahir seorang puteri, anak ke 6 Haji Khalid dan Hajjah Rokiah. Anak bongsu ini adik mommy irra. Satu-satu nya anak mak abah yang masih bujang. Eh sudah menjadi tunangan orang. Bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 12-12-2014. Nanti boleh celebrate annivessary sama ngan kakaknya ni. 


Happy birthday Acu! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan.


Ni Adam Rayyan bagi hadiah ^^. Ada apa dalam tu? Nanti tanya Adam Rayyan eh.


Kak bagi hadiah ni ^^. Hahaha tunggu 12-12-2014 :p


Anis Insyirah pon bagi hadiah ^^. Tuntut ngan Anis eh. Kecik je hadiah Anis bagi ni. Apa la tu. Hahaha


We love you acu!





Anak-anak ni, kalau mommy ada kat sebelah, mereka boleh lajak tidur. Sekarang 10:13 pagi masih tidur. Ada la dia jaga-jaga. Tengok mommy ada sebelah, boleh sambung tidur.

Kalau mommy tak ada, terus mata dia segar bugar mencari mommy. 


Kalau mommy nak anak-anak tidur lama, mommy kena buat kerja sebelah mereka. Eh sejak bila mommy bekerja? Blogging je la yang boleh settle atas tilam sambil golek-golek. Eh baby bump dah besar takleh nak golek-golek dah. 

Kadang tu mereka tak buka mata pon. Tapi boleh tau eh mommy ada sebelah atau tak. Hahaha hebat la anak-anak kecil ni. 

Lama sangat tidur ni tak lapar ke sayang? Bangun bangun anak dara masuk dapur. Tolong mommy masak.

Elok siap entri ni, Anis Insyirah pon jaga. Diikuti dengan Adam Rayyan. Jom masuk dapur!





Pendapat mommy:

Bersetuju dengan dr suriya. Bila Adam Rayyan banyak minum susu, dia kurang makan. Atau erti kata lain dia sangat bermain-main ketika makan. Sejak adiknya kuat makan, baru berjangkit dengan abang.


Apabila Anis Insyirah tidak mahu minum susu, mommy dah kurangkan pengambilan susu Adam Rayyan. Sehari 1 atau dua botol sahaja. Adam Rayyan akan sama-sama makan dengan Anis Insyirah.



Okey ke mereka tak minum susu? Tak dapat khasiat sepenuhnya la?

Ini yang orang tak tahu. Atau tidak ambil tahu. Betul ke susu formula tu bagus? Bila susu di proses, sudah semestinya bercampur bahan lain supaya susu itu menjadi tepung. Kalau selama ni mommy pung pang pung pang pasal cerita pasal beras, gula, garam dan tepung. Takkan pemprosesan susu tak termasuk sekali kan?


Malah susu punya kandungan gula lagi banyak. Takkan mereka gunakan gula organik yang mahal gila tu? Sah-sah harga susu pon akan jadi mahal gila! 

Bukan bab susu aje, kebersihan dan penjagaan botol susu pon penting. Betul-betul bersih ke? Tiada kuman/bakteria? 

Anak-anak mommy irra walaupon tak minum susu, mommy bagi mereka makan nasi dari beras rebus, gula organik dan garam bukit. Memasak pula menggunakan minyak zaitun.  

Beras rebus punya khasiat :  vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat, magnesium, selenium, kalsium, fiber.

Gula organik punya khasiat : vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu.

Garam bukit : mengandungi 84 natural elemen yang diperlukan oleh tubuh seperti Hydrogen, Lithium, Beryllium, Boron, Carbon, Nitrogen, Oxygen, Fluoride, Sodium, Magnesium, Aluminum, Silicum, Phosphorus, sulfur, Chloride, Calcium, Scandium, Titanium, Vanadium, Chromium, manganese, iron, cobalt, nickel, copper, zinc, gallium, germanium, arsenic, selenium, bromine, Rubidium, strontium, yttrium, zirconium, niobium, molybdenum, ruthenium, rhodium, palladium, silver, cadmium, indium, tin, antimony, tellurium, iodine, cesium, barium, lanthanum, cerium, praseodymium, Samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium, lutetium, Hafnium, tantalum, fungsten, rhenium. Osmium, iridium, platinum,gold ,mercury ,thallium, lead, bismuth, Polonium, Astatine, Francium, Radium, Actinium, Thorium, Protactinium, Uranium,Neptunium and Plutonium.

Itu hanya basic dan belum masuk khasiat dari sayuran, buah-buahan. Jadi, penting ke susu? Tepuk dada tanya hati. Yang mana terbaik buat anak-anak.


Petang-petang anak-anak keluar beriadah dengan kawan-kawan. Jadi mommy pon merencanakan aktiviti mana yang termampu. Ada hari yang mommy larat melayan so mommy melayan la mereka. Ada hari yang mommy tak larat, tak keluar la anak-anak. 

Macam gambar di bawah. Mommy siap layan anak-anak finger painting. Seronok mereka. 


Selalu mommy jadi pengawal keselamatan. Tengok kenderaan sementara anak-anak bermain.


Tok Mee bagi Coco Crunch. Wahh makan sorang pulak tu Anis Insyirah ni.


Bila tak larat nak jadi pengawal keselamatan, anak-anak main dalam halaman rumah aje.


Kesian Adam Rayyan seorang je tak ada basikal. Nasib baik la Adam Rayyan ni tak pandai nak minta basikal. Ha ha ha. Layan je dia main ngan car tu.


Manfaat petang yang ceria bersama anak-anak. Bagi mereka main puas-puas sampai penat. Malam sebelum jam 12 dah tidur masing-masing. 



Bilakah mommy perlu mula merasa baby bergerak?
Di dalam kehamilan: Minggu 15 hingga 20

Tak pernah tengok lagi kaki baby macam ni.
Mommy mungkin tidak merasa gerakan baby sehingga kadang-kadang antara 16-22 minggu walaupon baby mula bergerak pada minggu ke 7 atau minggu ke 8. Walhal baby sangat aktif bergerak semasa ujian ultrasound dilakukan. 


Ia bergantung kepada beberapa perkara:
1. Ibu yang pertama kali hamil agak sukar merasa gerakan baby berbanding ibu yang sudah berpengalaman hamil. Betul lah. Gerakan pertama preggy yang kedua seawal minggu ke 16 berbanding gerakan semasa preggy yang pertama pada minggu ke 25. Namun begitu, babyB dah masuk 19 minggu masih tiada sebarang rasa gerakan.

2. Wanita yang kurus mudah merasa pergerakan baby lebih awal dan lebih kerap berbanding wanita yang membawa lebih berat. Errkk gemokkah mommy irra?

Esok-esok ni baby rajin menendang, stress pulak kot?hahahaaa


Kehamilan mommy: Minggu 19

Pejam celik pejam celik dah 19minggu. Errrk sebenarnya rasa lambat jer. Nak cepat-cepat Anis Insyirah 2 tahun. Immune system dia akan stabil bila dia berumur 2 tahun. Mommy nak Anis Insyirah sihat, Adam Rayyan sihat, adik babyB sihat, mommy daddy sihat. 

Gejala kehamilan minggu ke 19
  • Sakit-sakit di perut mommy disebabkan oleh otot perut meregang untuk menampung bayi.
  • Pening atau sakit kepala ringan
  • Kaki kram: salah satu cara untuk mengurangkan rasa sakit: Panjangkan kaki anda dan pegang pergelangan kaki dan gerakkan jari-jari kaki ke arah lutut. 
  • Sakit pinggul. Jika mengganggu mommy pada waktu malam, cuba tidur mengiring dengan bantal di antara lutut.

Baby kini saiz mangga!


Sekarang femes jeruk mangga asam boi. Haa baby pon nak saiz mangga jugak. Hihihi... Lagi 21 minggu. 


Gula tu racun! Percaya tak? Kerana teknologi yang sangat canggih nak memutihkan gula tebu yang asalnya berwarna perang, telah menghilangkan semua zat yang ada. Habis selama ni kita ambil gula tu makan apa sebenarnya? Tak ada apa-apa! Nothing! 

Malah gula tu dah menjadi racun. Terlampau banyak gula yang diambil menjadi toksik dalam badan.

Itu yang muda-muda lagi, malah ada kanak-kanak menghidap diabetes, sakit jantung dan bermacam-macam penyakit lagi.

Malah dalam susu, milo, semua makanan yang mengandungi gula adalah tidak bagus. Ha ha ha. Tapi mampu kah kita nak tinggal kan semua tu?

Menghentikan pengambilan gula putih tidak bermakna hidupmu di rundung malang. Haih bosan lah kan takde manis. 

Gula putih boleh digantikan dengan gula organik. Akan tetapi penggunaan gula dalam kehidupan harian haruslah bersederhana. 


Mommy irra mampu je tinggalkan semua yang manis-manis kerana anak. Anis Insyirah menghidap ekzema. Seisi keluarga mengamalkan pemakanan yang sihat. Cuma bila makan di luar tu memang tak boleh elak la.

Pepatah melayu mengatakan "Mencegah lebih baik dari mengubati". Jangan sampai satu saat kita tak boleh makan sebab sakit. Haaa so mari lah kita mengamalkan pemakanan yang sihat.

Perkara pertama adalah tukarkan gula putih kepada gula organik.


Sedikit info untuk dikongsikan bersama:
(Gula tebu organik diperbuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. Kandungan pekat dari perahan jus tebu atau disebut nira (molasses) tidak dibuang menjadikan warnanya perang. Ia berbeza dari gula putih kerana ia diproses (refined) secara kimia. Gula putih adalah sukros, ia adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya.), sumber

Ini adalah bahagian terakhir daripada 3 posting mommy irra berkaitan kalendar.
  1. Kalendar Cuti Umum Malaysia 2014 & 2015
  2. Kalendar Cuti Sekolah Malaysia 2014 & 2015
  3. Kalendar Jadual Gaji Kakitangan Awam 2014 & 2015

Kalendar Gaji Kakitangan Awam ni adalah idea daddyG bagi memudahkan bisnes women yang buat jualan Tupperware, Shaklee dan lain-lain project their future sales and promotions (katanya lah). So kalau dah tau bila tarikh gaji masuk senang la nak target next sale kan. He he he.

Untuk kakitangan awam pula, dengan adanya kalendar jadual gaji ni,dapatlah mereka merencana perbelanjaan dan kewangan dengan lebih teliti dan juga dapat merangka persiapan yang penting untuk tahun-tahun itu.

Buat masa ni jadual gaji kakitangan awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) hanya setakat tahun 2014. Tapi kenapa nama kalendar tu "Kalendar Jadual Gaji Kakitangan Awam 2014 & 2015"?

Haaa inilah the beauty of ical/ics. If korang dah subscribe kalendar yang mommy irra share ni hari ini, apa-apa update yang daddyG masukkan dalam kalendar di kemudian hari akan terpapar secara automatik.

Maksudnya?

Apabila jadual gaji tahun 2015 telah dikeluar oleh ANM, daddyG akan kemaskini tarikh-tarikh berkenaan dan korang tidak perlu buat apa-apa. Tau-tau kalendar tu dah update kt kalendar masing-masing. Senangkan.


Di sini mommy irra nak kongsikan cara-cara untuk masukkan/import/subscribe kalendar ini ke peranti iOS, juga ke Yahoo dan Google Calendar. Selepas itu semua tarikh gaji kakitangan awam 2014 & 2015 akan terpapar secara automatik di kalendar masing-masing.

link

Automatic Method:
Klik pada link ini l.irrayyan.com/gajikakitanganawam. (hanya untuk peranti iOS)

Manual Method:
Untuk langkah-langkah setting/tetapan secara manual, boleh rujuk pada posting sebelum ini. Pastikan url ditukar kepada url baru http://l.irrayyan.com/gajikakitanganawam.





Baru ja snap gambar semasa Adam Rayyan terjaga dari tidur. Lajak tidurnya sehingga hampir 10 pagi. 

Anis Insyirah masih tidur dalam buaian. Anis Insyirah terjaga tepat jam 10 pagi.

Kenapa Anis Insyirah tidur dalam buaian? Haa alkisah Anis Insyirah bangun 4:30 pagi. Lepas tu nak tidurkan Anis Insyirah, mommy masukkan dalam buaian. Pagi-pagi dah bangun nangis ni. Kesian daddy nak pergi work kejap lagi adik.


Buaian tu asalnya ada di ruang tamu. Kemudian daddy yang kesian dengan mommy yang setiap malam menunggu Anis Insyirah di sebelah buaian. Sakit-sakit badan tidur atas lembek (toto). Maka buaian itu di bawa naik ke atas.

Bila semua dah mengantuk, time to sleep, semua lampu di tutup. Masukkan Anis Insyirah dalam buaian. Melepasi jam 3 pagi mommy pon angkat la Anis Insyirah tidur atas tilam. 

Kenapa selepas jam 3? Kerana jam 12 tengah malam sehingga 3 pagi adalah masa gatal paling aktif. Sampai tak boleh tidur dan mengundang tangisan sambil bergaru. 

Buaian sangat membantu. Buaian membuatkan Anis Insyirah tidur dibuai-buai mimpi (kot). Terjaga menangis seketika. Selepas di enjut akan kembali bermimpi indah. Alhamdulillah.

Buaian penyelamat malam mommy! ^___^



Telur goreng ni kegemaran Adam Rayyan dan Anis Insyirah. Juga kegemaran seisi keluarga. Tak yah mommy susah-susah masak sayuran lagi.

Telur yang digunakan adalah telur ayam kampung. Mommy hanya gunakan bahan-bahan yang sihat (organik).

Telur dicampur dengan sayuran yang berwarna-warni sangat menarik perhatian anak-anak untuk makan.

Mereka makan bersungguh-sungguh sehingga ke suapan terakhir. Haa puas hati. Mommy ni tak suka menunggu.



Kalau nak memasak tanpa gangguan. Tahu apa mommy buat? Antara dua:

1. Memasak ketika anak-anak tidur


2. Memasak ketika anak-anak mandi. Bagi mereka chance main air. Pastikan keselamatan di jaga.


Siap je masak, boleh siapkan anak-anak. Kemudian bagi anak-anak makan. Lepas siap bagi makan boleh rehat.  


As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 


Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 11/11 Lazada Malaysia (link)

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST.


Mommy promote sakan AWRA Foundation, AF. Best ke? 


Mommy dah guna AF ni, komen mommy pasal AF ni:

1. Bau wangi. Mula-mula macam pening jugak la. Maybe sebab preggy sama kan. Tapi lama-lama okey. Hidung dah immune dengan bau wangi tu.

2. Kesan penggunaan foundation pada wajah adalah sama. Muka nampak la berseri. Kalau tidak kusam je. Mommy siap snap gambar tanpa foundation dan gambar selepas memakai foundation. 


Mommy bukan jenis yang tepek foundation seinci. Cukup sedikit sapuan rata ke seluruh wajah.

Haa kantoi sudah naked face mommy irra. Kita tak putih macam Adam Rayyan. Adam Rayyan ni kira memenuhi impian mommy irra yang tak akan kesampaian iaitu putih dan tinggi. Muahahahaa impian la sangat.

3. Bebas bahan kimia. Yang ni sangat penting buat mommy irra. Apa yang kita pakai walaupun hanya di kulit dan hanya sapuan nipis, akan meresap ke dalam darah dan sampai ke baby. So dah lega AF tidak akan memberi kesan kepada babyB.

4. Mudah di cuci. Tak perlu nak tonyoh2 muka hilangkan foundation tu.

5. Halalan toyyiban. Selamat digunakan tanpa was was.

Mommy baru ja pakai foundation ni. Almaklum la bekerja di rumah. Time keluar rumah je la tepek foundation ye. Kesan-kesan lain selepas menggunakan foundation belum dapat dikesan. Nanti mommy irra update dari masa ke semasa.

Buat semua wanita, jom tonton video ni. Rugi kalau tak tengok. 


Anak sedara mommy Irra, mengalami kemalangan hari sabtu lepas. Petang tadi boleh keluar wad setelah di pasang simen di leher kerana ada sedikit retak pada tulang leher setelah dibuat scan MRI.


Amni baru berumur 4 tahun. Kejadian berlaku di depan rumah. Dia lari secara mengejut ke tengah jalan. Motor yang melalui kawasan tersebut terlanggar Amni. 

Ya, benda dah nak jadi. Namun kita harus ambil pengajaran dari kejadian ini. Anak kecil itu mungkin tidak mengerti apa-apa. Kita yang dewasa ini perlu mengawasi mereka. 

Semoga Amni cepat sembuh dan bertahan 3 minggu nak pakai simen tu. 

Amni pesan kepada ibunya: jangan bagi adik amzar lintas jalan nanti kena langgar kereta mati.

Kita tak tahu sakit bagaimana yang dia alami saat ini. Makcik doakan Amni cepat sembuh. Amni kuat. Makcik sayang Amni.




Jemput tengok semua. Ehehehe makyong akhirnya dapat makan pelam asam boi. Krup Krap Krup Krap. Yummylicious! 

Sana sini mommy tengok orang post pasal pelam asam boi ni. Terliur mak!
Semalam mommy g rumah kak zira kat Bukit Bandaraya. Ada buah pelam depan rumah. 


Lama tak benar tak singgah rumah kak Zira. Siap dinner kat sana. Thanks kak zira. 


Anak-anak pon seronok. Makan bertambah sebab kawan ramai. 




Sebelum ini mommy irra ada share kalendar cuti umum Malaysia 2014 & 2015 Berformat ical / ics. Ok hari ni mommy nak share pula kalendar cuti sekolah Malaysia untuk tahun 2014 & 2015. Bagi yang ada anak yang bersekolah, tarikh cuti sekolah ni boleh dikira penting juga kerana akan memudahkan para ibubapa merancang masa untuk bercuti dan berlibur dengan anak-anak. Tarikh untuk kenduri-kendara juga biasanya bergantung pada tarikh cuti sekolah.

Alang-alang daddyG dah buat kalendar cuti umum Malaysia, mommy request sekali kalendar cuti sekolah.

Di sini mommy irra nak kongsikan cara-cara untuk masukkan/import/subscribe kalendar ini ke peranti iOS, juga ke Yahoo dan Google Calendar. Selepas itu semua cuti-cuti sekolah di Malaysia 2014 & 2015 akan terpapar secara automatik di kalendar masing-masing.


Automatic Method:
Klik pada link ini l.irrayyan.com/malaysiaschoolholidays. (hanya untuk peranti iOS)

Manual Method:
Untuk langkah-langkah setting/tetapan secara manual, boleh rujuk pada posting sebelum ini. Pastikan url ditukar kepada url baru http://l.irrayyan.com/malaysiaschoolholidays.


Sumber kalendar cuti-cuti sekolah di Malaysia adalah daripada website moe.gov.my: 2014 dan 2015



Mommy berangan lama dah nak gunting rumput kat laman rumah ni. Tapi tak bergerak pon. Tapi tengok rumput merimbun rasa macam nak suruh orang potong rumput. Haishhh sikit cenonet tu je dia nak charge RM30. Apa lagi, dengan kudrat yang ada mommy potong rumput dengan gunting ikan.


Makcik Mee, jiran sebelah bagitau mommy dia guna gunting ikan potong rumput. Haa makcik Mee pon rasa harga yang bangla dok potong rumput tu tak berbaloi.

link

Susah payah daddyG kerja, mommy rasa bertanggungjawab memastikan penjimatan yang optimum.


Anak-anak pon sama naik nak membantu aka menyibuk.


Dapat seplastik penuh rumput. Tu pon baru gunting bahagian yang tak kena matahari. Panas terik oi makcik buat keje. Rajin benor makcik ye.


Bilakah saat seorang yang bergelar isteri menantikan kehadiran bayi dari benih cinta mereka? Haa pengalaman mommy sendiri, sebelum menjadi isteri naluri keibuan itu kurang. Hendak enjoy dulu sebelum menjadi wife kononnya. Namun setelah bergelar isteri, perasaan itu berubah. Jika ada rezeki awal, kami terima. Padahal excited sangat nak rasa jadi ibu. He he he.

Excited yang teramat sangat sehingga mommy senyap-senyap beli upt (urine pregnancy test) dan buat test seawal hari ke 29. Yang ni boleh kata mommy sangat over. Selain tu ada jugak mommy godek-godek apakah tanda awal kehamilan.

Di sini mommy kongsikan mengenai 20 tanda awal kehamilan yang umumnya terjadi kepada kebanyakan wanita hamil. 

1. Payudara Bengkak dan Lembut
Rasa sakit dan berdenyut-denyut pada payudara adalah gejala yang paling umum. Perubahan tersebut adalah persiapan untuk penghasilan air susu ibu, ASI. Payudara akan menjadi sangat lembut dan sensitif selama beberapa bulan. Namun, tidak semua wanita mengalami perubahan ini. Selain payudara yang membengkak, salah satu tanda lainnya adalah kawasan aerola warnanya menjadi lebih gelap.


2. Perubahan Bentuk Tubuh
Bukan hanya perut sahaja yang membesar ketika hamil. Malah beberapa kawasan lain seperti punggung, paha dan dada serta lengan biasanya akan ikut mengalami pembengkakan.  

3. Kerap Buang Air Kecil & Sembelit
Saat mengandung, baby yang membesar dalam rahim akan menekan pundi kencing sehingga kekerapan membuang air kecil pun akan bertambah. Kandungan pundi kencing juga lebih cepat penuh dan keinginan untuk membuang air kecil menjadi lebih kerap. 


4. Mudah Letih
Di awal kehamilan, ibu mengandung akan mudah merasa penat. Rasa ingin bermalas-malasan sahaja di tempat tidur. Hal ini terjadi kerana badan sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru (baby dalam rahim). Mudah penat ini juga dikaitkan dengan peningkatan hormon progesteron semasa hamil. Selain itu ia juga disebabkan oleh kadar gula dalam darah kurang atau tekanan darah.


5. Loya (Morning Sickness)
Kebanyakan ibu hamil akan merasa loya. Ia terjadi kerana peningkatan hormon HCG (Human Chorionic Gonadotrophin). Peningkatan hormon HCG ini menyebabkan pedih pada lapisan perut sehingga menimbulkan rasa loya. Biasanya rasa loya ini akan pergi apabila memasuki trimester kedua kehamilan. Namun begitu ada ibu yang berterusan meloya.


6. Terlambat Haid
Lambat datang bulan adalah tanda kehamilan yang paling jelas. Namun demikian, ada juga sebilangan wanita lambat haid kerana stress, diet atau gangguan hormon. Selain itu, ada juga yang mengalami pendarahan atau spotting. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjutan.

7. Perubahan Mood
Wanita hamil memiliki mood yang mudah berubah. Sekejap rasa bahagia dan tiba-tiba boleh bersedih. Tidak perlu risau dengan perubahan mood ini kerana ia adalah normal. Mood berubah kerana terjadinya perubahan hormon secara drastik dalam tubuh anda dan badan anda sebenarnya sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon tersebut.

9. Munculnya tompokan darah/spotting
Tompokan darah ini muncul sebelum haid yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Tompokan darah ini disebabkan oleh implantasi (implantation bleeding) atau penempelan embrio pada dinding rahim. 


10. Krem Perut
Tompokan darah biasanya akan diikuti dengan krem perut. 

link

11. Sakit kepala (Headaches)
Ibu hamil sakit kepala kerana penat, loya, lapar dan tekanan darah rendah. 


12. Sembelit
Sembelit terjadi kerana peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga mengendurkan otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah menyebabkan peyerapan nutrisi yang lebih baik ketika hamil.

13. Sering meludah
Tanda kehamilan ini terjadi akibat pengaruh perubahan hormon estrogen, biasanya terjadi pada kehamilan trimester pertama. Keadaan ini biasanya hilang setelah kehamilan memasuki trimester kedua.

14. Demam
Berlaku peningkatan terhadap suhu tubuh semasa pengovulan.


15. Sakit punggung
Biasanya, anda tidak mempunyai masalah dengan sakit punggung. Namun kini, punggung bahagian bawah terasa nyeri. Jika benar-benar hamil, gangguan ini akan berlaku hingga melahirkan kelak.

16. Mengidam atau menolak makanan tertentu
Tanpa alasan yang jelas atau secara tiba-tiba anda sangat menginginkan makanan tertentu, yang sebelumnya mungkin bukan makanan kegemaran anda. Atau sebaliknya, anda tiba-tiba tak tahan dengan makanan yang selama ini jadi kegemaran anda. 


17. Sensitif pada bau
Ibu hamil tak tahan pada segala macam bau, terutama aroma makanan tertentu. Paling tak tahannya, bau tertentu boleh membuatkan ibu loya dan muntah!

18. Senggugut
Anda merasa senggugut  seperti kebiasaaan. Perut kembung, sakit pinggang, sakit berdenyut-denyut pada payudara, dan nafsu makan yang meningkat. Tapi, masih belum datang period.

19. Positif UPT
Hasil uji pregnancy kit menunjukkan tanda positif! Apakah itu bermaksud anda benar-benar hamil? Belum tentu! Anda akan mendapat jawapan yang tepat setelah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan Ultrasound.

20. Ada baby yang berkembang di dalam rahim ibu
Pemeriksaan Ultrasound menunjukkan titik kecil yang bergerak-gerak di dalam kantung kehamilan? Selamat! Jaga perkembangan si kecil hingga tiba waktunya bersalin ya, Mommy!

Pengalaman mommy sendiri, tak pernah sembelit, tidak meludah, tidak demam dan tiada senggugut. Yang lain semua ada. 


Giant mengadakan promosi jualan murah bermula pada 24 Oktober sehingga 26 Oktober. Barangan yang menarik perhatian daddyG adalah pampers jenama Drypers. Penjimatan sangat penting supaya kita tak perlu ikat perut seperti menteri, kata daddyG.


Harga satu pack adalah RM 30.89. Dengan setiap pembelian 2 pack akan mendapat Fun Box secara percuma.


DaddyG borong 4 pack. XL untuk Adam Rayyan dan L untuk Anis Insyirah. Dapat percuma 2 bekas makanan dan 2 helai baju. (baju tak tahu kaler apa. nanti-nanti la buka)



Akhirnya ada bekas comel untuk mommy letak beras. Datang khas dari Pasir Gudang.


Member siap bagi tupperware. Wahhh..


Thanks keyna! 


Mommy suka! Suka! Suka!



Mommy irra tenung Calendar app dekat iPhone dan iPad ni kosong. Nak buat perancangan balik kampung atau jalan-jalan pon payah sebab kena mengadap PC dan cari kalendar cuti umum di internet.


So mommy irra request dengan daddyG supaya kalendar cuti umum Malaysia ni diletakkan siap-siap dalam iPhone mommy.

Dengan pantas daddyG selaku suami yang prihatin dan penyayang menjalankan misi mencari kalendar cuti umum dan cuti am di Malaysia untuk tahun 2014. Semasa pencarian, terdetik di hati daddyG, "kenapa tidak kita sediakan 1 kalendar yang mengumpulkan cuti-cuti umum dan am di Malaysia untuk tahun-tahun mendatang yang boleh dikongsikan kepada orang ramai dengan mudah.". Tidak perlu lagi bersusah payah untuk menaip semula kalendar tersebut ke Calendar app pada peranti masing-masing.

Di sini mommy irra nak kongsikan cara-cara untuk masukkan/import/subscribe kalendar ini ke peranti iOS, juga ke Yahoo dan Google Calendar. Selepas itu semua cuti-cuti umum dan am di Malaysia 2014 & 2015 akan terpapar secara automatik di kalendar masing-masing.


Automatic Method:
Klik pada link ini l.irrayyan.com/malaysiapublicholidays. (hanya untuk peranti iOS)

Manual Method:
Peranti iOS
1. Pilih Settings > Mail, Contacts, Calendars > Add Account.
2. Pilih Other.

3. Pada CALENDARS di bahagian paling bawah, pilih Add Subscribed Calendar.
4. Masukkan url http://l.irrayyan.com/malaysiapublicholidays pada kotak input Server.

5. Selesai.

Yahoo Calendar
1. Layari calendar.yahoo.com dan login dengan akaun anda.
2. Di sidebar kiri, klik pada icon gear pada menu Others.
3. Pilih Follow Other Calendars.

4. Isikan nama kalendar.
5. Masukkan url http://l.irrayyan.com/malaysiapublicholidays pada kotak input iCal Address.

6. Selesai.

Google Calendar
1. Layari calendar.google.com dan login dengan akaun anda.
2. Di sidebar kiri, klik pada icon arrow pada menu Others calendar.
3. Pilih Add by URL.

4. Masukkan url http://l.irrayyan.com/malaysiapublicholidays pada kotak input URL.

5. Selesai.
*Google Calendar mungkin ambil masa sehingga 8 jam untuk populate ICS feeds. Harap bersabar


Inilah rupa Calendar app pada iPad mommy irra setelah men-subscribed  kalendar cuti umum dan am Malaysia sehingga tahun 2015. Terima kasih daddyG.


p/s: daddyG kata nanti dia akan update kalendar cuti untuk tahun 2016 dan seterusnya apabila sudah di-endorsed oleh kerajaan. Sumber bagi cuti umum dan am: 2014 dan 2015.