DaddyG tanya mommy, nak ni tak? Original Xiaomi Mi Digital Smart Body Weigh Mi Scale. DaddyG bagi gambar Original Xiaomi Mi Digital Smart Body Weigh Mi Scale kat bawah ni.


Original Xiaomi Mi Digital Smart Body Weigh Mi Scale
Original Xiaomi Mi Digital Smart Body Weigh Mi Scale

erkk apa benda ni? Seketul mcm ni je?


Mommy pon apa lagi, buka la link kat atas tadi. Baca dan baca.


Original Xiaomi Mi Digital Smart Body Weigh Mi Scale

  1. Record your daily weight data clearly, let you know your weight change
  2. Smooth design and round edges
  3. The new Xiaomi smart weighing scale is extremely sensitive and it can track your weight down to 50g.
  4. The overall body is protected by tempered glass panels and the display is embedded into the body.
  5. There are 161 LEDs inside the device to show off the weight in pounds as well as kilograms.
  6. You can connect the Xiaomi smart weighing scale to a smartphone and can manage the weight of up to 16 people with its app, suitable for all your families
  7. Capable with Bluetooth 4.0 and can be connected to smartphones with Android 4.4 or iOS7 and higher.
  8. The product can weigh in the range of 5kg till 150 kg.
  9. Bluetooth 4.0 high speed transmission, you can see your weight and BMI index
  10. Powered by four AA batteries.

Specification :
  • Dimensions: 300mm x 300mm x 28.2mm
  • Net Weight: 1.9Kg
  • Color: White
  • Panel material: super white glass
  • Bottom Material: ABS
  • Operation System: Android 4.4, iOS above
  • ios iOS7.0 above: iPhone 4s/5/5c/5s/6/6Plus 
Ooo besar scale ni. Tadi tengok gambar atas tu macam seketul tu je. 

Penimbang elektronik tapi advance la.

Gambar asal tu macam saiz powerbank je. hehe


link

Boleh connect ke handphone dan kira BMI siap. Wow!


Menarik kan?

Video ada kat sini : http://xiaomi-mi.com/mi-smart-scales/xiaomi-smart-scales/

DaddyG nak bagi kat mommy "hadiah bg semangat nk kurus" :P

Kalau dapat ni memang mommy seronok sangat la. Thank you daddy!




Siapa tak nak kulit gebu gebas. Flawless. Impian kebanyakan wanita. Tak terkecuali mommy. 

Walaupon kita dah faham, lumrah hidup manusia semakin tua. Kulit pon semakin lama semakin banyak masalah menimpa. Jerawat. Jeragat. Tona kulit tak sekata. Whitehead. Blackhead. 

Nak tak nak, kena jaga kulit dari luaran dan dalaman. Luaran kena guna pencuci muka yang sesuai mengikut jenis kulit. Dalaman pula mengambil supplemen untuk kulit seperti supplemen moden atau supplemen tradisional. 

Tapi orang sekarang ni lagi mudah. Boleh gebu gebas secara PERCUMA. Cuma perlu download aplikasi 360 dan mengubah wajah anda.

Sebelum

Di atas merupakan gambar asal mommy menggunakan iphone 4S. Iphone yang berusia 2 tahun setengah. Iphone yang banyak membantu dan memudahkan mommy. Iphone yang dah mula meragam. Erkk kita guna la selagi boleh ya.

Jeng jeng jeng! Selepas di edit dengan aplikasi 360. Wahhh mommy sangat flawless. 

Selepas

Hahahaa.. DaddyG tak berkenan mommy edit gambar teruk sangat. Sama macam make up la. Marah kalau make up tebal-tebal sangat lipstik merah sangat.


Kekalkan keaslian dan kejelitaan anda! 
Datang mana ye berani dan takut tu? Ia merupakan lumrah alam. Sesuatu benda baru yang boleh dilakukan begitu sahaja kita katakan berani. Namun jika kita ada perasaan sebaliknya iaitu takut, kita tetap kena lalui. 

Anis masuk dalam air dengan slumber sahaja. Adam pula yang takut dan marah dengan perlakuan adik. 


Selagi kita tak cuba, kita tak tahu apa hasilnya. Selagi kita biarkan takut menguasai diri, sampai bila kita tak akan mencuba.


Mungkin juga pengalaman lalu mempengaruhi rasa takut Adam. Adam pernah hampir lemas ketika mandi di pantai. Dan dia masih ingat momen tersebut.


Mommy pon takut sebenarnya. Takut air masuk dalam telinga. Telinga pula jenis sensetif. Muncul pula macam-macam penyakit di kemudian hari kan susah. Korang tak apa la muda lagi. Bangga betul mommy tengok Anis boleh masuk dalam air macam ni.
Terima kasih daddy belanja tengok cerita The Good Dinosaur. Kami tengok di TGV Family Friendly. Dua twin seat berharga RM30 sahaja.

The Good Dinosaur at TGV Family Friendly, JJ Bukit Raja

Seperti biasa lah, pergi mana-mana kena la menghadap mommy untuk posing sana sini. Pilot Adam dan Pilot Anis yang comel. Weeeee seluar orange!

Korang dah tengok cerita The Good Dinosaur ni?

Sejuk aircond, maka mommy dah standby sweater. Anis suka sangat mengikut orang. Sebab Adik Amal pakai sweater, so dia pon nak sangat-sangat pakai sweater.

Mommy marah berdiri. Takut popcorn tumpah. Ya ampun...

Daddy beli dua set popcorn. Tahu-tahu aje lah. Confirm budak-budak ni nak seorang satu. Nak pegang sendiri pulak tu. Seriyau mommy! Mommy pon pernah tumpahkan popcorn tu tau. So mommy taknak korang mengulanginya lagi. Sob sob!


Sementara menunggu panggung dibuka, sempat lepak duduk dulu. 

TGV Family Friendly

Ini kali pertama kami tengok wayang beli tiket Family Friendly. Apa beza dengan tiket biasa? Dalam wayang ni anak-anak boleh nak buat apa saja seperti berjalan. Kalau bising korang tak boleh marah. Dah kenapa pilih tiket family friendly kan? Selain daripada tu, ada tempat baby tukar diapers. 

Bagus anak-anak mommy layan movie. Best kan?

Tiket pon murah.
Dewasa RM10
Kanak-kanak RM5

Memandangkan mommy pilih twin seat, jadi harga twin seat
Mommy Daddy Rm10x2
Adam Anis RM5x2
Jumlah: Rm30

Haa ada lagi, lampu kecil masih dibuka. Kira panggung wayang ni tak gelap gelita. Dan juga sound tak terlalu kuat. So boleh la bawa baby tengok wayang kan. Eh baby tak ada la tengok wayang. Kesian kat mak baby kena tinggal kat rumah tak boleh tengok wayang sebab ada baby.


Pengajaran Cerita The Good Dinasour

Cerita The Good Dinasour ni mommy bagi 10 bintang. Adam dan Anis tengok dari awal sampai habis tanpa bising. Cerita ni pon banyak pengajaran yang boleh di ambil.

Sebagai ibu bapa, kita kena terima apa sahaja perangai anak dan membesarkan anak dengan sebaiknya. Bapa dinasour tidak putus asa mengajar anaknya erti berani dan dia yakin anak dia akan menjadi berani.

Anak-anak tidak perlu dibeza-bezakan. Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Ibu bapa kena terima seadanya dan memberi teladan yang baik kepada anak-anak.

Walaupon kita ada kekurangan, tapi jangan jadi lemah kerana kekurangan itu. Kita boleh jadi berani dan kuat dengan melalui ketakutan tersebut.

"Perasaan takut itu tak boleh dihapuskan. Ia merupakan lumrah alam, kita tak boleh hapuskannya atau lari darinya, tapi awak boleh melaluinya.", salah satu dialog dalam cerita The Good Dinasour yang membuatkan Arlo, dinasour bongsu yang penakut menjadi berani.

Kalau berangan nak ada kolam renang dalam rumah memang tinggal angan-angan sahaja la. Terima kasih MYSALE --> http://goo.gl/d18ycK kerana memberi kesempatan kepada anak-anak mommy membesar dengan gembira walaupon berada di dalam rumah. Hahaha 

mysale.my
Anis happy mandi

Mommy tengok pon jeles. Arghhh nak masuk berendam jugakkk. Tengok la Amal tu. Relax je lepak atas pelampung zirafah. 

Amal cool

Tapi nak berenang tak muat juga. Pool ni boleh buat anak main sampai kepenatan. Lepak la korang sampai penat. Satu jam je dah cukup budak-budak ni. 

Nak join sama?

Eh mana Adam? Masa ni Adam tidur. Dah kejut tapi taknak. 

Best tauuu

Seronoknya tengok anak syurga ni happy. Abang Adam tak ada ni, tak ada la kecoh sangat. Abang Adam suka buat riuh rendah macam mommy ada 10 orang anak.


Amal pon tak mandi lama. Setengah je dah cukup. Anis boleh mandi puas-puas seorang diri. 

Jom mandi sama ngan saya

Mommy dulu masa kecil mandi sungai. Hujung minggu je mandi sungai. Tapi di Klang ni nak mandi sungai kat mana? Bersyukur lah dengan apa yang ada. Mandi kat rumah tak risau penyakit seperti kencing tikus. 
Budak ni kalau diam ada saja la kerja tu. Mommy kena alert sentiasa. Ralit main handphone kat sebelah pon dia boleh buat kerja. Tengok haa apa si Amal ni dah buat.

Amal makan bedak

Dia makan bedak batu nasila. Anakku sayang, bedak tu ada banyak tu je la. Buat sapu kalau tetiba naik ruam. 

Yummy..hahaaa

Happy pulak tu mommy nak buat bahan bukti aktiviti dia hari ni. Tunjuk dengan daddy.


Nasib la bedak batu nasila boleh di makan. Tak ada la mommy risau. 

Sebab tu la saya puteh dari mommy muahahaaa

Bedak Batu Nasila

Rumusan Asli dari Batu Nasila Warisan Zaman Silam

Baik untuk kehalusan kulit dan kesihatan anda.

Sesuai untuk:
Bayi, Kulit Alah, Gatal-gatal, Ruam Panas, Mencegah bintik hitam, Jerawat dan sebagainya.
Ianya juga menyejukkan kulit dengan menyapu ke seluruh badan anda.

Juga Boleh Merawat:
Sakit perut, muntah berdarah, panas badan, dan buang air kecil tidak lawas.

Cara Menggunakannnya:
Dibancuh dengan air suam dan diminum.

Amaran:
Warna Merah Tidak Boleh Diminum.



Internet plan, Prepaid tahan 2 tahun lebih, SMS dan call rate murah dengan One XOX

Assalamualaikum
Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX | Ramai orang nak jimat kan? Jangan tak tahu kita juga boleh JIMAT dengan talian telefon yang kita gunakan. Kelebihan talian OneXOX ni adalah ia sangat menjimatkan di tambah pula simkadnya murah sahaja.

simkad-onexox-murah-best-kelebihanMasalah dan penyelesian dengan Simkad OneXOX

Antara masalah yang kita hadapi sekarang ialah:
1. Call tidak dapat tetapi kredit kena tolak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
2. Call sekejap pon kena caj seminit panggilan.
>>> Kadar panggilan serendah 5 sen sahaja KESEMUA RANGKAIAN telco. Tak kira la biru ke.. merah ke.. oren ke..
3. KREDIT BANYAK LAGI TETAPI DAH EXPIRED, NAK KENA TOPUP...!!!!
 >>> The best OneXOX top up boleh tahan sehingga 2 tahun 4 bulan. Top up sekali je tunggu sampai 2 tahun akan datang baru top up semula Kalau kredit tak habis-habis la. Biasanya ayah dan mak kita kat kampung la hadapi massalah ni kan? Top up bayak lagi, tapi tak boleh nak call sebab top up dah expired. So, jom la berubah ke OneXOX. Tahan lama kau.
4. Nak add family ataupun friend tetapi diorang pakai telco lain pulak.
>>> Rasanya ade ke telco yang membolehkan kita add friend ataupun family ke semua rangkaian? Tapi dengan OneXOX kita boleh add 10 nombor famili dan rakan-rakan dari semua rangkaian telco. Waowwww...!!!! 
5. Kita ter-on internet, habis kredit tanpa disengajakan.
>>> Ini satu hal kan? Dengan OneXOX jangan risau selagi anda tidak melanggan data internet, tak kisah la ter-on ke.. Sengaja on internet ke.. Tak kan ada cas 'Pay Per Use' la. Confirm...!! Lebih lebih lebih lagi data internet dia amatlah laju.

link


6. Call masuk voice mail je, habis kredit kena tolak banyak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
7. Internet slownye. Nak send gambar dalam wassap pun berjangut nak tunggu
>>> Pelan internet yang laju dan tiada 'Pay Per Use' dan di jamin tiada kehilangan kredit
Kan OneXOX boleh selsaikan masalah-masalah korang kan? By the way, sim kad OneXOX ni hanya RM10. Ianya tidak menzalimkan betul tak...? Banyak JAMINAN terbaik yang bakal korang dapatkan. Tiada pay per use data dan program-program yang menyedut kredit secara halus. Kredit anda selamat dari ditipu. Memang banyak berlaku pemotongan kredit oleh telco gergasi tanpa kerelaan pelanggan. Rela ke kita sering di tipu? Sudah-sudah la kan kena tipu?
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang sim kad MURAH tapi best ni. Boleh la contact PapaG tau. 24 hour 7 day uolsss. 


Semua pakat up #2015bestnine on instagram. Mommy pon gigih la buat jugak. Keluar pop up macam-macam. Berusaha juga sehingga berjaya. Memang banyak eh pop up kalau guna handphone? Ke mommy seorang je yang kena hadap pop up bagai.

Alaa, dah jadi pon kan? Bising la mommy ni! Jom tengok 9 gambar yang banyak like dia instagram mommy @irrayyandotcom

Hebat 2015bestnine.com ni! 


Tahun 2015 sehingga saat ini 29 Disember 2015, mommy dah upload sebanyak 2568 gambar. Nampak sangat mommy memang suka sangat ambil gambar, bergambar dan share gambar kan. Haha banyak sungguh!


Gambar yang paling banyak like adalah gambar Anis menyertai contest Am I The Next Insta-Star. Anis menang contest tu. Alhamdulillah. Rezeki mommy yang bersusah payah nak menang. Setiap usaha pasti akan ada hasilnya.

Yang kedua tu video kinetic sand yang mommy buat giveaway. Tak sangka mendapat sambutan. Haha memang best tau layan tau main kinetic sand ni. Anak-anak pon asyik nak main pasir je. 

Yang belum follow jom follow instagram mommy http://instagram.com/irrayyandotcom
#photochallenge #blackandwhite menjadi viral di kalangan blogger di facebook. Pada mula nya mommy hanya sekadar memandang dari jauh. Alih-alih blogger Zatie Suhaide pula tagged mommy. Maka mommy telah berjaya menyelesaikan cabaran ini.

Hari Pertama
Sempena 23 Disember, mommy letak gambar throwback kenduri bertandang sebelah perempuan pada 23 Disember 2010. Lain ya muka sebab bertudung bawal. 


Hari kedua
Throwback juga pada 24 Disember 2013 di mana pada masa ini Anis sedang berperang dengan penyakit ekzema. Ekzema berpunca dari amalan pemakanan semasa mengandung. 



Hari ketiga
Hari ini juga mommy letakkan gambar throwback sempena majlis menyambut tetamu di Kelantan pada 25 Disember 2010. 


Gambar throwback mommy pilih untuk tiga hari pertama. Mesti semua orang ingat kan tarikh-tarikh penting disatukan bersama insan tersayang. Tapi mommy akad nikah 12-12-2010.



Hari keempat
Mommy pilih gambar Amal yang menceriakan hari-hari mommy. Bangun pagi je dah senyum.


Hari kelima
Ini lah kerja sampingan mommy selain daripada menjaga Adam Anis dan Amal.




I am a mommy blogger!
Produk penjagaan asas bagi kulit wajah amatlah penting untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengelakkan kulit terhidrat dan juga menjaga kolagen dalam kulit. Semakin kita berumur, semakin kurang kolagen kulit kita.
Rysya Skincare Tanpa Paraben
Rysya Skincare Tanpa Paraben by Rozita Che Wan
Rozita Che Wan selaku duta Rysya Skincare ini telah mencuba produk ini terlebih dahulu sebelum beliau menerima tawaran menjadi duta.

Che Ta mengakui setelah mencuba produk penjagaan kulit Rysya ia mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sibuk dengan tidak menjaga penampilan diri.


“Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baru 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” seloroh Che Ta.

Terbukti dalam usia 42 tahun, Che Ta masih kelihatan cantik dengan bentuk badan yang ramping dan kulit yang bersih.

Menurutnya, beliau menggunakan satu set produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, dan krim magik. Dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Paling best tentang RYSYA SKINCARE ini ialah tiada PARABEN dan TIADA BAHAN KIMIA. Natural gituuuu!! 

Antara kandungan dan keistimewaan yang ada dalam produk RYSYA SKINCARE :



LY FACIAL CLEANSER | RM 45

  1. Vitamin C
    • Menghilangkan dan menyembuhkan bekas jerawat
    • Dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak
    • Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuh luka
    • Mencerahkan kulit
    • Antioksidan dalam Vitamin C berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit.
    • Bertindak sebagai agen anti-penuaan
  2.   Licorice
    • Ektraks Licorice diperoleh dari akar tanaman Gycyrrhiza Glabra atau yang lebih dikenali sebagai akar manis
    • Ada banyak komponen yang terkandung dalam ekstrak Licorice, antar yang lain glabridin, glikosida, flavonoid dan tannin.
    • Komponen pada Ekstrak Licorice dapat membantu mencegah pigmentasi kulit wajah
    • Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan dan anti inflamasi

LY FACIAL TONER | RM 45

  1. Phyto Placenta Extract
    • Kandungan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam toner dapat menenangkan kulit.
  2. Vitamin B3
    • Kandungan Vitamin B3 di dalam toner dapat menyerap ke dalam kulit untuk memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit.
    • Ia juga dapat membantu mengawal ketidakkeseimbangan yang terjadi di dalam kulit.
    • Memberi kelembapan dan membuat kulit menjadi lebih bersih dan cerah.
Toner Rysya ialah jenis spray. Tidak mudah tumpah ! Gunakan toner selepas mencuci muka. Tepuk tepuk sikit muka tu bagi toner menyerap dengan lebih efektif. Jika mengunakan kapas, hanya sapu ratakan sahaja ! Mudah !


RYSYA 24K GOLD SERUM | RM 140


  1. Pullulan
    • Ia merupakan sejenis gula semula jadi ( Glucan ) yang terbentuk dari fungus A yang mengandungi Vitamin C & B12.
    • Bertindak sebagai antioksidan
    • Mampu menegangkan kulit dalam jangka pendek dan panjang
  2. Glycine Soja ( Soya Bean )
    • Antioksidan yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C
    • Mempunyai anti-penuaan yang bertindak sebagai pelindung kulit
    • Melindungi kulit daripada radikal bebas
    • Ejen anti-radang
  3. Red Algae
    • Sumber yang paling kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino
    • Membersih dan menyuburkan kulit
  4. 24K Gold
    • Meminimumkan kekurangan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit
    • Merawat kulit dengan meningkat dan merangsangkan peredaran di dalam kulit
Penggunaan serum penting untuk penjagaan kulit muka kita lebih produktif dan melambatkan penuaan dan menjaga kehilangan kolagen muka.




RYSYA 24K GOLD MIRACLE CREAM | RM 140

  1. Red Algae
    • Sumber yan gkaya dengan polisakarida semula jadi
    • Meningkatkan fungsi daya tahan kulit
    • Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit
    • Meningkatkan keupayaan kelembapan
  2. Soy Placenta Extract
    • Mengurangkan kedutan
    • Menggalakkan kulit supaya lebih cerah
    • Kaya dengan biostimulans yang meningkatkan pernafasan sel kulit dan pengoksigenan
  3. Virgin Coconut Oil
    • Menghidratkan kulit
    • Menyerap, melembap dan melembutkan kulit
    • Berkesan untuk membetulkan segala isu-isu gangguan kulit seperti eczema dan lain-lain
    • Memberi perlindungan dari sinaran UV yang membahayakan Kulit


TESTIMONI RYSYA SKINCARE

Testimoni dari Illy Ariffin:-


Testimoni dari Yaya - yayaflanella.blogspot.com
I likeee! Bau dia wangi macam syampu. Bila pakai rasa macam sapu losyen lembut je. Tapi krim ni bukan sebarang krim okay! 24K Gold Miracle Cream ini memberi keajaiban dengan merawat kulit muka dari dalam tau. Best pakai krim ni. Yaya rasa jerawat Yaya yang nak tumbuh tak jadi tumbuh. Hihi ^^v


Tak pakai make up pun takpe asalkan penjagaan asas perlu ada okay! Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream! Hihi ;)




Penjagaan asas kulit muka ini sangat penting !
Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream!

Tak perlu make up bagai pun boleh lawa ! ;)


Untuk maklumat lanjut mengenai Rysya Skincare : 

Stokis RYSYA Skincare COD KAJANG, CHERAS, BANGI
Pengeposan di seluruh Malaysia - POSTAGE FREE !!
Instagram: @rysyaskincareselangor / #rysyaskincareselangor
Whatsapp: 012-6460421