Masa awal pindah dulu, hari-hari jiran belikan jajan/makanan ringan untuk anak-anak mommy. Mommy tak bagi pon anak-anak mommy makan jajan/makanan ringan tersebut. 

1. Sebab risau. Kita belum kenal hati budi orang. Tapi mommy ambil jela untuk jaga hati jiran. 

2. Tak baik untuk kesihatan. Semua mesti dah sedia maklum berapa banyak perasa dan bahan kimia supaya makanan tersebut tahan lama.


Disebabkan kerap sangat jiran bagi jajan/makanan ringan. Maka mommy pon menyuarakan kepada jiran supaya tak beli jajan lagi. Sejak hari tu, mereka dah tak beli jajan. Tapi mereka beli makanan lain. Macam-macam pulak tu. Haha sabar je lah dapat jiran yang baik hati.

Semoga Allah murahkan rezeki mereka. Aaminnn.
Perancangan asal majlis 1stEFGathering diadakan di Bandar Bukit Raja. Kawasan rumah yang tidak berbumbung membuatkan mommy berfikir untuk menyewa kanopi. Dengan cuaca panas membahang tanpa kanopi tidak sesuai bagi majlis yang akan dimulakan seawal 9 pagi sehingga 5 petang.

Kita hanya mampu merancang, perancangan Dia sebaik-baiknya. Disebabkan mommy dah berpindah ke rumah baru, maka majlis 1stEFGathering telah berubah tempat ke rumah baru di Meru. 9 kilometer dari rumah Bandar Bukit Raja.

Kanopi Majestic Events Sdn Bhd

kanopi Majestic Events Sdn Bhd
Kanopi, kerusi, meja dari Majestic Events Sdn Bhd

Lokasi yang berubah tidak mengubah perancangan asal kami. Majestic Events Sdn Bhd menaja kanopi 20 kaki x 20 kaki beserta scallop, 4 buah meja dan 40 buah kerusi bertemakan warna putih pink serta dua buah kipas berdiri.


Dah kalah majlis nikah ni. Pengantin sahaja yang tiada. Pemasangan khemah dilakukan pada malam sebelum berlangsungnya majlis 1stEFGathering. Pihak Majestic Events Sdn Bhd sangat teliti memasang khemah.


Idea susun atur meja ini di buat oleh pihak Majestic Events Sdn Bhd. Memandangkan ada tanah tidak rata, satu meja diletakkan dalam kawasan halaman rumah. 3 buah meja lagi diletakkan di bawah kanopi. 


Majlis 1stEFGathering nampak sangat meriah dengan hiasan scallop kanopi dan reben kerusi berwarna pink. Terima kasih Majestic Events Sdn Bhd kerana memeriahkan majlis kami.

Majestic Events Sdn Bhd mempunyai banyak jenis kanopi seperti:-
- Kanopi Pyramid
  20x20 / 20x10 / 10x10
- Kanopi Arabian
  20x20 / 18x18 / 20x10 / 12x12 / 10x10
- Kanopi Transparent
  20x20 / 18x18
- Kanopi Gazebo
- Marquee Tent
   - Aircond


Berikut merupakan antara gambar khemah dari Majestic Events Sdn Bhd. 

Majestic Event Sdn Bhd bukan sahaja menyedikan perkhidmatan khemah/kanopi/marquee, malah menyediakan perkhidmatan catering mereka sendiri. 


Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan mengenai khemah kahwin/kanopi boleh hubungi: 
Instagram: majesticevents.sdn.bhd 

Ramai dah masyarakat sekarang memilih perubatan semulajadi. Termasuklah mommy yang merawat ekzema anak mommy secara perubatan holistik. Ayat yang mommy selalu guna, "Benda dah jadi. Let it be. Come and go naturally." Walaupon mommy menggunakan rawatan semulajadi, mommy masih berjumpa dengan doktor yang mempunyai kemudahan atau alatan canggih untuk memeriksa atau mengesan punca dan asbab sakit. Seperti contoh anak mommy sakit telinga. Apa yang ada dalam telinga mommy tak nampak. Doktor je boleh pastikan telinga anak mommy macam mana kerana mereka mempunyai kepakaran dan alatan canggih. Jadi, selagi boleh mommy akan cuba amalkan rawatan semulajadi. Di sini mommy nak highligh kan satu pusat perubatan semulajadi iaitu Klinik Yusmizee Naturopathic Centre. Pilihan sesuatu perawatan adalah hak individu. Tetapi, mungkin ada yang masih tidak mengetahui kewujudan pusat-pusat perubatan semulajadi seperti Klinik Yusmizee Naturopathic Centre ini.


Klinik Yusmizee Naturopathic Centre

Klinik Yusmizee Naturopathic Centre adalah sebuah pusat perubatan semulajadi moden (NATUROPATHIC). YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE  menjadi ahli MALAYSIAN ASSOCIATION of NATUROPATHIC MEDICAL SENIOR (MANIS) dan telah di beri tanggungjawab untuk menggembangkan ilmu dan rawatan semulajadi moden (NATUROPATHIC) di negeri Melaka.
Bekam, hipnosis, akupuntur,murutan tradisional
Yusmizee Naturopathic Pusat Perubatan Semulajadi di Melaka

Sejarah nama Yusmizee 

Nama Yusmizee di ambil dari nama pengamal perubatan naturopathic ini sendiri iaitu, Yusmizee bin Yusoff. Beliau telah memulakan kerjaya dalam bidang rawatan alternative sejak tahun 2002. Sejarah perubatan beliau bermula dengan mempelajari ilmu perubatan dari beberapa orang guru agama secara formal dan tidak formal. Beliau juga telah mengikuti banyak kursus rawatan dan perubatan.



Sebelum ini Yusmizee Naturopathic Centre memulakan perniagaan dengan menggunakan nama Pusat Rawatan Islamm 1000 Dinar dan mula beroperasi sejak tahun 2005 secara sambilan. Pada tahun 2010, beliau
 telah mulakan rawatan secara serius dan telah menghadiri beberapa kursus kesihatan secara professional dan mempelajari ilmu NATUROPATHIC di USM, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan.

Kini di atas kepercayaan beberapa orang Profesor di USM, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan dan beberapa orang doktor pakar, beliau telah melangkah maju setapak lagi ke dunia perubatan semulajadi moden yang di namakan NATUROPATHIC (rawatan semulajadi) yang telah mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara negara maju, yang mengamalkan rawatan semulajadi tanpa bahan kimia dan pembedahan dalam perubatan.

Dalam rawatan Naturopathic (rawatan semulajadi) terdapat 5 disiplin asas iaitu:
1) rawatan tanpa menggunakan alat.
2) rawatan dengan menggunakan alat.
3) nutrisi keseimbangan pemakanan.
4) rawatan menggunakan teori gelombang.
5) penawar naturopathic dan homeopathy.

Di Klinik Yusmizee Naturopathic Centre, 5 disiplin di atas digunakan untuk merawat penyakit acute (biasa) sehingga penyakit kronik. Antara rawatannya ialah :

1- Rawatan tanpa alat.
a) Teknik fisiotherapy, Kiropraktic, Yumeiho untuk reganggan pembetulan tulang pinggul dan tulang belakang.

b) Teknik urutan point pada badan.

2- Rawatan dengan menggunakan alat.
a) Rawatan bekam sunnah, bekam penyakit moden, bekam magnet, bekam angin, bekam sihir dan saka.

b) Rawatan Akupuncher titik dan point penyakit.
c) Rawatan teknik urutan menggunakan alatan pada point badan.

3- Consultancy nutrisi pemakanan seimbang.

4- Teori gelombang.
a) Rawatan rukyah bacaan ayat suci Al quran.

b) Terapi Hipnosis Neuroscience, teknik kawalan minda bawah sedar otak kiri, otak kanan dan otak tengah. 

c) Rawatan gelombang positif magnet dan kristal.

5- Naturopathic dan Homeopathy. 
Bancuhan campuran remedy ubat ubatan homeopati iaitu ibu pati ubat yg bermula dari potensi rendah sehingga potensi tinggi untuk semua penyakit acute (biasa) dan penyakit kronik.

Klinik Yusmizee Naturopathic Centre akan sentiasa membantu untuk merawat 
segala gejala penyakit. Jadi jika korang berminat untuk mencuba perubatan semulajadi, boleh la terus ke:

Klinik Yusmizee Naturopathic Centre
LOT 2.33, Bangunan MARA Alor Gajah, 78000, Alor Gajah, Melaka.
no hp: 0123556736.

Atau kunjungi facebook dan instagram

๐Ÿ”บFB: Yusmizee Naturopathic Centre (facebook.com/muhammad.noor.35325)
๐Ÿ”บIG: yusmizeenaturopathic (instagram.com/yusmizeenaturopathic/)
Anak kecil cepat belajar. Ibu je yang kena bersabar. Pengulangan berkali-kali akan membuatkan anak kecil mudah ingat dan menyerap. Ini terbukti apabila Anis cepat belajar ABC apabila kerap mendengar abangnya menyebut ABC. 


Mommy bangga Adam Rayyan minat belajar selepas masuk tadika. Namun, satu perkara je mommy tak suka dengan Adam Rayyan ni. Dia suka rosakkan barang. Tiba-tiba sahaja M dah tak ada kaki. Baru je kot pasang sticker ABC ni.


"Mana kaki M?"

Adam tak jawab. Anis pula tunjukkan kaki dia. Hurmmm

Itu mommy malas nak bagi mainan. Sekejap je punah.

Frust sekejap mommy. Lepas beberapa jam mommy ok. Macam mana mommy nak jadi cikgu kalau mommy tak boleh sabar dengan kerenah adam tu. Ya ya mommy tak jadi cikgu sebab tu lah. Tapi takpe, Adam jadi cikgu Anis dan Amal ye.
Ada yang tak tau apa itu beras rebus / parboiled rice.  Mungkin ada yang belum tahu ranking beras dan juga kelebihan beras rebus / parboiled rice ni.

1. Beras rebus basmathi
    Basmathi parboiled rice
2. Beras rebus
    Parboiled rice
3. Beras basmathi
    Basmathi rice
4. Beras perang
    Brown rice






Beras putih tiada nombor. Jadi beras putih yang kita makan selama ni tu hanya untuk mengenyangkan perut sahaja. 

Fakta mengenai beras rebus / parboiled rice

Kadar penyerapan mineral beras rebus adalah 11x lebih baik daripada beras perang.

Beras Rebus Parboiled Rice JATI
Beras rebus / parboiled rice JATI

Mommy mula amalkan makan beras rebus apabila mengetahui fakta pasal beras daripada encik Nizam Herbalist. Boleh google atau search di facebook nama "Nizam Herbalist". 

Sebelum ni mommy makan beras jenama "BOMBEI". Sekarang mommy dah bertukar ke beras rebus "JATI". Harga lebih murah dari beras BOMBEI dan rasanya sedap juga.

Jangan di tunggu sakit baru kita nak ubah gaya pemakanan seharian. Kenapa tidak kita berubah sekarang? Jom amalkan gaya pemakanan yang sihat! 
Mommy nak kenalkan korang dengan photographer masa 1stEFGathering iaitu nizarfaez . Sayang lah kalau kenangan hari penting kita dilupai dek kerana dimamah usia. Gambar yang dirakam akan menjadi ingatan dan kenangan terindah pada masa akan datang. Jadi, silalah upah photographer mengikut bajet yang anda ada. Boleh usha facebook Nizar Faez Studio dan juga instagram nizarfaez . 

Photographer Nizar Faez Studio

Photographer Nizar seorang yang ceria dan sangat memahami kehendak client. Nizar memang layan je kami sepanjang Majlis dan sentiasa tersenyum.

Family wedding event photoshoot
Photographer Nizar Faez Studio

Tanpa photographer Nizar, tak adalah bukti-bukti penting majlis 1stEFGathering. Haha. Jom layan aktiviti sepanjang 1stEFGathering!













Haaa penuh aktiviti dari pagi sampai 5:30 petang. Banyak pengalaman mommy dapat dari 1stEFGathering dan tak sabar nak buat 2ndEFGathering. Jom kita tengok hasil photoshoot daripada photographer Nizar yang lain.





Tak puas tengok gambar-gambar hasil photoshoot Nizar Faez? Korang boleh pergi FacebookNizar Faez Studio atau instagramnizarfaez

Mommy boleh dikategorikan sebagai pengamal pemakanan dan perubatan holistik. Mommy sekeluarga masih mengamalkan beras rebus, garam bukit himalaya dan gula organik. Mari mommy kongsikan sedikit ilmu perawatan holistik untuk penyakit asma dari En Nizam Herbalist.

Rawatan Holistik Asma

1. Kene detox darah dan salur pernafasan.
2. Amik makanan bernutrisi tnggi dari sumber asli terutamanya yang kaya dengan vitamin B komplex.
3. Elak makanan yang mempunyai bahan  kimia, pewarne, perasa, vaksin, hormon, antibiotics, hvo, trans fat.
4. Elak makanan yang bergoreng terutamanya minyak recycle(minyak dalam plastik beg).
5. Elak secara rigid makanan bergoreng dibeli. Ni sangat penting. Makanan bergoreng menggunakan mintak recycle yang tinggi HVO.
6.. Elak makanan ringan, fast foods.
7.. Khusus : Elak sedaya- upaya ayam daging, semua daging lembu walaupon yang asli or organik.
8. Elak daging, ikan dan ayam diproses seperti nugget, burger, fish ball.
9. Elak mi kuning, kueteow. 

Rawatan Pemakanan Holistik Asma
Rawatan Pemakanan Holistik Asma

Rawatan Herba Penyakit Asma

1. Luban + madu+ manna
2. Red dates
3. Vco + evoo
4. Habbatussauda.. 
5. Beras rebus.. bulgur wheat..
6. Serbuk beras perang nature's own.. kaya folate, iron, minerals dan sebagainya..
7. Santan.. segar atau gulai atau bubur..
Mommy inginkan dekorasi belon untuk majlis mommy. Maka mommy mencari "balloon decoration" di facebook. Searching.. Searching.. Searching.. Apa yang mommy dapat? Wowww yang ni memang wow balloon decoration. Tak percaya korang tengok la wow balloon decoration di bawah.

Wow Balloon Decoration Specialist
Wow Balloon Decoration Specialist
Wow Balloon Decoration Specialist









Haaa? Apa respon korang bila tengok deco belon oleh Wow Balloon Specialist. Kalau korang nak tengok banyak lagi dekat facebook dan instagram mereka:-


Untuk majlis 1stEFGathering, Wow Balloon Specialist mendeko belon sesuai dengan majlis gathering kami. Ada belon di khemah seperti gambar di bawah.


Dan satu pokok bunga belon. Comel sangat belon bunga ni. 



Mommy siap posing menyorok dengan pokok bunga belon ni.



Kata lah kan korang tak ada idea macam mana nak buat dekorasi majlis, korang boleh berbincang dengan pihak Wow Balloon ni. Mereka akan advise mengikut kesesuaian majlis.

Mommy ikutkan hati mommy nak belon tersangkut banyak-banyak di siling. Tapi tak boleh la sebab kawasan berangin. Terbang habis belon helium tu nanti. Tapi dah ada belon bunga tu dah memeriahkan majlis kami.