Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts
Restoran De'Don baru dibuka awal Ogos yang lalu. Minggu lepas baru mommy berkesempatan nak makan di situ. Melihatkan gambar di instagram De'Don, memanggil-manggil mommy ke sana. 

Restoran De'Don mempunyai lebih 20 vendor menjadikan De'Don syurga makanan. Dan makanan yang ada sangat "pelik". Jom mommy nak cerita.

Sampai je ke Restoran De'Don mommy di sambut mesra oleh semua staff De'Don.

"Selamat datang!"

Bukan mommy je disambut, semua pelanggan disambut mesra. Meriah betul suasana kedai ni.

Terus datang seorang staf De'Don mengambil order minuman. Mereka siap suggest mommy minum "Mango Nenen". Hah? Dengar nama pon pelik semacam. Tak kenal maka tak cinta. Tak cuba memang mommy takkan tahu apa yang bestnya Mango Nenen ni.

Ada buah mangga segar

Wahhh kalau tahu besar ni, takyah minta air lain dah. Kalau tengok pon menggiurkan. Rasa dia pon aumm...
Mango Nenen RM5
DaddyG nak air limau kasturi asam boi. Satu lagi air ribena laici.

Air pilihan

Semua air sedap. Mula-mula mommy makan tauhu bakar.

Tauhu bakar

Amal yang rasmi dulu. Bersemangat Amal makan. Terus mommy tak sabar nak makan. DaddyG pon makan tauhu bakar. Wahhh..ini suatu yang pelik kerana daddyG tak makan tauhu. Pencicah tauhu pon sedap sangat.

Amal makan tauhu bakar.

Antara yang ada dan "pelik" adalah satay lilit. Tengok satay ni macam paha ayam. Sekali rasa macam wajib mommy datang makan lagi. Sedap.

Satay lilit

Anis tak ikut mommy daddy hari ni. Anis dah tidur dan ditinggalkan bersama tok. Kebetulan tok datang dan tok dah tak larat nak join.

Sosej

Sosej ni rasa dia lain macam. DaddyG penggemar sosej. Kat mana eh nak beli sosej panjang macam ni? Sedap weh!

Mee goreng daging

Kata owner De'Don mee goreng daging ni makanan orang Kedah. Mommy orang Kedah tapi jarang makan di kedai. Kira pertama kali cuba jugak la mee goreng daging ni. Fullamakk, serius sedap.. Habis mommy makan seorang ja..

Hati banyak senang sebab perut kenyang makanan sedap

Apa lagi ada di De'Don ni? Nutella pancake. Pertama kali mommy makan pancake. Siapa yang selalu ke Krabi mesti dah biasa. Kalau rindu boleh mai makan kat sini. Yang tak pernah rasa wajib cuba.

Pancake

Rupanya adik yang buat pancake untuk mommy tadi adalah junior UiTM dulu.

Mommy & lyn

Berborak sakan lah dengan Lyn. Hahaha orang sebelah pon gelak tengok kami gelak.

Wedges

Satu lagi yang pertama kali mommy jumpa adalah Twister Dendeng. Woww! Roti dia pon lembut. Sedap.

Twister dendeng

Trademark De'Don "Anda datang sebagai pelanggan, pulang sebagai family." Haa sungguh bila mommy tengok pelanggan di sini macam keluarga. Macam dah saling mengenali. Walaupon tiada pertalian darah, namun di layan bagai keluarga. 

Mommy nak share menu yang ada di sini:

MENU
---------
630am - 12pm
1. Roti Canai
2. Kuih Muih
3. Roti Canai (made by The Expert Uncle Jai)

10am - 430pm
1. Set Nasi Kerabu Jim's Delight .
2. Set Nasi Kukus Ayam Berempah.
3. Set Nasi Ikan Bawal Gulai Utara.
4. Set Nasi Telur Berlada.

5pm - Lewat Malam
1. Sotong Bakar.
2. Pisang Cheese & pancake.
3. Roti Canai Uncle Jai.
4. Burger.
5. Yong Tau Foo.
6. Satay Lilit (Ayam & Daging).
7. Nasi Putih Ayam Goreng Berempah & Claypot.
8. Satay ayam dan daging, samosa dan cucur.
9. Char kuey tiow kerang dan udang.
10. Set Nasi Butter Chic.
11. Pasta
12. Roti John dan ice blended.
13. Nasi Arab.
14. Asam pedas tetel.
15. Set nasi dendeng, roti pratha dendeng.
16. Pelbagai jenis perisa shisha Hookah Mafia.
17. Seafood, Chicken Portugis Grill with Sambal Petai.
18. Dessert (Vanilla Cake, brownies & dan perlbagai lagi pemanis mulut)

Sebab tu De'Don merupakan syurga makanan. Macam banyak je mommy belum rasa. Tapi dah kenyang sangat. Wajib repeat lagi ni! 

Restoran De'Don berkonsepkan ala food court halal yang dimajukan oleh 101% anak bumiputera.

Kelebihan Restoran Kepada Pelanggan: 
1. Restoran Berkonsepkan Food Court. 
2. Restoran 1 Malaysia. 
3. Pelanggan adalah ibarat keluarga. 
4. Dibuka pada semua rakyat Malaysia. 
5. Restoran yang halal. 
6. Restoran layan diri. 
7. Dibuka dari awal pagi hingga lewat malam. 
8. Menyediakan makanan lunch, dinner and supper. 
9. Menyediakan pelbagai jenis makanan dari Utara, Timur hingga Selatan. 
10. Menyediakan makanan barat, tradisional dan lokal. 
11. Mengambil tempahan, Walk-ins welcome, Good for groups or parties, Takeaway, Catering, Table service and Outdoor seating. 
12. Free WiFi tersedia. 
13. First aid kits tersedia. 
14. Surau (musolla) tersedia. 
15. Clean toilet tersedia. 
16. Next to main road so easy to be accessed. 
17. Tempat untuk pencinta makanan. 
18. Harga yang mampu beli. 
19. Tiada GST. 
20. Parking available for our customer. 
21. Free socket to charge handphone or any devices. 
22. Menerima tempahan catering (012-8222839).
23. Friendly user restaurant with Innovative concept.

Restoran dibuka seawal jam 7 pagi dan melabuhkan tirainya pada jam 1 pagi.

Jadi apa tunggu lagi? Jom pakat p Restoran De'Don

Tel: 012-8222839
Facebook: Restoran De'Don
Instagram: @Restorandedon
Blog: Restoran De'Don (De'Don, La Cosa Nostra restaurant)
Tempahan Katering: 012-8222839 (Don Aiman)
Selera Terengganu Kita di Shah Alam; Delong Coffee & Such | Mencari kedai makan yang menjual masakan negeri Kelantan sangat mudah sehinggakan makanan Kelantan sangat digemari oleh sesiapa sahaja. Berlainan untuk kali ini, mommy makan di dELONG Coffee & Such terletak di Shah Alam yang menyajikan masakan Terengganu. Kali pertama rasanya mommy makan masakan Terengganu di Shah Alam.

Delong Coffee & Such

Menurut pemilik dELONG cofffee & such, nama dELONG berasal dari nama kampung ayah beliau dilahirkan. Unik sangat nama Delong sehingga kalau mommy google nama Delong tiada lagi carian bagi perkataan tersebut.

Delong Coffee & Such

Hari ini merupakan hari pertama dELONG Cafe dibuka. Semalam tu adalah food testing. Suasana dan susunan di dalam cafe sangat simple dan menenangkan. Nampak gayanya pemilik dELONG adalah IKEA lover. Semua set IKEA tau. Boleh geng mommg ni. Hehee

Selera Terengganu Kita di Shah Alam, Delong Coffee & Such

Selera Terengganu Kita di Shah Alam; dELONG Coffee & Such

Apakah makanan atau menu sajian di dELONG Coffee & Such? Menu utamakan yang diperkenalkan kepada kami adalah Chalong dan Nasi Carrot Ayam Masak Merah.

Homemade Fish Ball

Istimewa Chalong bagi mommy yang pertama kali merasa adalah fish ball homemade. Rasa ikan yang segar dan lembut. DaddyG habiskan dua mangkuk Chalong sambil menyuap anak-anak.

Chalong

Nasi Carrot juga sangat menarik kerana nasinya merupakan resepi pemilik cafe sendiri. Inspirasi daripada anak beliau yang susah nak makan sayur, maka terhasil nasi carrot.

Nasi Carrot & Ayam Masak Merah

Jika korang perasan, menu di sini adalah menu diet sihat. Satu menu cukup semua zat. Termasuk air soda Bukit Besi yang mengandungi campuran soda, lemon, daun pudina dan serai.

Campuran Air Soda Bukit Besi

Selain daripada Air Soda, terdapat dua jenis minuman yang istimewa iaitu Lala Choco Drink dan Lala Strawberry Drink.

Lala Choco Drink

Adik Amal suka Lala Strawberry Drink. Sakan dia minum berebut dengan mommy. Rasa buah strawberry segar dan tak terlampau manis.

Sedapnya Lala Strawberry Drink

dELONG Coffee & Such juga menyajikan makanan Western seperti Chicken Chop dan bermacam menu lagi dalam "big portion".

Hari ini cafe dah mula beroperasi. Korang dah boleh serbu dan menu akan bertambah dari hari ke hari. InsyaAllah dalam masa sebulan lagi, Cafe dELONG Coffee & Such akan berjalan sepenuhnya. Wahh tak sabar nak datang rasa pelbagai menu di sini. Baru dua je dah aumm.. Harap cafe ini akan terus maju jaya.

Nak cari makanan Terengganu dan rasa original Terengganu jangan lupa singgah di sini.

Alamat : No 8 , Jalan Opera A U2/A ,Seksyen U2  TTDI Shah Alam , Selangor ( Berdekatan dengan Petron )

No tel : 013 958 3797 / 012 280 8996

Instagram : @delongcoffeeandsuch
Ada peminat sate tak kat sini? Tuah Frozen Food mengeluarkan sate goreng. Ada tiga pilihan iaitu sate ayam, sate daging dan sate kambing. 

Sate Goreng Frozen by @TuahFrozenFood

Sate ayam satu paket RM15/400g

Sate Goreng Frozen by @TuahFrozenFood

Sate daging satu paket RM19/400g

Sate Goreng Frozen by @TuahFrozenFood

Cara mudah menyediakan sate ayam/daging/kambing

Defroze betul-betul, kemudian goreng dengan minyak yang sedikit.


Nak defroze pon tak ambil masa yang lama. Memang cepat dan sedap tanpa bahan pengawet.

Sate Goreng Frozen by @TuahFrozenFood

Enak dimakan begitu saja! Kuah kacang pon disediakan tau. 


Kalau korang berminat boleh la singgah facebook www.facebook.com/tuahfrozenfood atau hubungi 0123443677 atau instagram @tuahfrozenfood

Restoren Kari Kepala Ikan Kampung Pandan 

Restoren in terkenal dengan menu Kari Kepala Ikan dan dibuka 24 jam. Lokasinya yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng menjadikan restoren ini dikenali sebagai Restoren Kari Kepala Ikan YKS. YKS adalah singkatan untuk Yap Kwan Seng.


Restoren Kari Kepala Ikan Yap Kwan Seng

Restoran Kari Kepala Ikan YKS terletak ditengah bandar Kuala Lumpur. Boleh nampak menara KLCC kebanggaan rakyat Malaysia yang tersergam indah bila berdiri di hadapan Restoren Kari Kepala Ikan ini. Nak berjalan kaki ke KLCC mengambil masa 10minit sahaja. 

Kari kepala ikan terkenal di Kuala Lumpur
Nampak tak KLCC tu? Sebelah jer

Menu utama di sini sudah semestinya Kari Kepala Ikan. Untuk menikmati Kari Kepala Ikan yang betul-betul kaw, kami di ajar serba sedikit bagaimana caranya nak makan Kari Kepala Ikan ni. Peminat tegar Kari Kepala Ikan akan mula makan mata dan bibir ikan. Aummm. Haa korang kenal tak bibir ikan? 

Sebelum dituang kuah kari. Nampak tak bibir ikan tu? Ahaaa mommy tak pernah makan sebelum ni. teragak-agak nak mencuba. Tapi cuba juga. Ternyata benar, sedap!

Restoren Kari Kepala Ikan Kampung Pandan  Hardcore part bila makan kari kepala ikan adalah makan mata dan bibir ikan. 
Yes, im done!

Set kari kepala ikan di sini disajikan bersama dengan nasi putih, timun, dan keropok. Selain kari kepala ikan, menu terkenal sesebuah restoren mamak sudah pasti adalah ayam goreng mereka. Ayam goreng di sini sangat sedap! Jangan lupa order sekali tau!

kari kapala ikan yks

Restoren Kari Kepala Ikan Kampung Pandan
Tengok semula gambar-gambar ikan merah ni memang  buat rasa hati nak pergi semula ke Restoren Kampung Pandan Kari Kepala Ikan di Jalan Yap Kwan Seng

Harga kari kepala ikan adalah mengikut saiz ikan iaitu kecil, sederhana dan besar. Harga bermula dari RM60 sehingga RM90 mengikut saiz. Kari kepala ikan yang kami makan adalah bersaiz besar. 



Selain kari kepala ikan, restoran ini juga menjual makanan lain di kiosk-kiosk kecil seperti Rojak, Satay, Tomyam, pelbagai jenis makanan goreng dan macam-macam menu. 


Disini juga merupakan lokasi (port) yang sesuai untuk berjumpa kawan-kawan, mesyuarat secara santai atau bersama keluarga. Restoren Kari Kepala Ikan juga menyediakan tempat yang selesa dan mempunyai kemudahan seperti bilik VVIP. Tempat parking juga yang selesa.


Terkini di Restoren Kari Kepala Ikan adalah persembahan busking yang dibuat setiap malam Sabtu. Sambil makan anda boleh layan lagu-lagu pelbagai genre yang sedap. 

kari kapala ikan yks
Amal kasi thumbs UP untuk kari kepala ikan Restoren Kampung Pandan, YKS

Wahhh.. Menarik sangat kan. Mommy pon rasa nak repeat lagi makan Kari Kepala Ikan di sini. Rasanya yang betul-betul "kaw" sangat sedap dinikmati sehingga satu hari berlalu pon jemari masih berbau kari kepala ikan. Baby Amal pon boleh layan makan isi Ikan Merah yang manis. Yummy! 

Untuk sebarang tempahan / maklumat:

Lokasi: No.2 Lorong Yap Kwan Seng, 
50470 Kuala Lumpur, Malaysia
(waze: Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan)

En. Hamid: 
No Tel: 0321612525

Waktu operasi 24 jam

Bila sebut masakan kampung, makanan apa yang terlintas di fikiran anda? Mommy nampak ulam-ulaman dulu. Heeee mohon tabahkan hati melihat gambar-gambar ini. 

Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ulam-ulaman, sambal belacan dan telur masin

Serius mommy cakap bila makan di Ummiza Cafe, ingat mak kat kampung. Masakan di sini persis masakan mak. Rugi kalau dah dekat, tapi tak singgah makan. Jom tengok makanan apa lagi ada di sini.

Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Masak lemak pucuk ubi


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Masak lemak siput sedut


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Masak lemak rebung


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Sambal udang petai


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ayam masak merah


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ikan kembung goreng


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ikan keli berlada


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Sambal ikan bilis


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ikan kembung berlada


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ayam masak kicap


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Kari daging

Ummiza Cafe hanya dibuka pada jam 7:30 pagi sehingga 3 petang untuk sarapan pagi dan juga makan tengahari setiap hari kecuali hari Ahad. Kuih muih kat sini pon korang kena cuba. Mommy siap tapau bawa balik kuih lapis dan seri muka. 

Setiap hari akan ada menu yang berlainan antara 15-20 jenis masakan. Makanan disini hanya ada menu nasi campur sahaja. Korang yang dekat ni kena datang lunch awal tau. sebab ramai student MIAT(Malaysian Institute of Aviaton Tecnology) datang makan di sini. Kalau student datang makan sini, mestila sebab harga makanan di sini sangat berpatutan.


Kuih muih yang lazat untuk sarapan pagi

Hiasan Ummiza Cafe ringkas dan cantik. Tengok gambar je boleh membuatkan mommy tak sabar nak datang Ummiza Cafe. Susunan Cafe kemas dan sentiasa bersih.

Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Suasana Ummiza Cafe 

Di sini juga menyediakan WIFI. Ini yang paling best kan. Kalau student tu boleh makan sambil buat kerja sekolah. Zaman mommy belajar dulu selalu la lepak mamak sebab nak guna WIFI buat assignment pensyarah bagi.  


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ummiza Cafe dari luar cafe

Macam mana nak datang ke Ummiza Cafe? Ummiza Cafe beralamat di 

Ummiza Cafe
No 229, 
Batu 29, 
Kampung Jenderam Hulu, 
Dengkil. 

Korang akan jumpa signboard di bawah ni nanti.


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Signboard ke Ummiza Cafe

Ummiza Cafe juga menyediakan tempahan untuk majlis 300 orang ke bawah seperti Majlis Makan Keluarga/Pejabat, Majlis Hari Jadi atau Majlis Ulang Tahun. Tetapi, pihak Ummiza Cafe tidak menyediakan perlatan catering dan pengangkutan atas sebab kekurangan kakitangan.


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Suasana majlis di Ummiza Cafe

Antara kemudahan yang disediakan di sini:
Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Kemudahan bilik air dan surau yang bersih

Di sini juga boleh menempah set karaoke untuk majlis anda nanti.


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Blogger razi menghiburkan semua

Kalau nak bergambar, background di mana-mana pon cantik. Mommy sangat recommend anda ke sini untuk sarapan pagi, makan tengahari atau mengadakan majlis di sini. Recommended!


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Blogger yang terlibat dalam food review Ummiza Cafe

Masakan yang mommy irra paling suka? Haaa mesti lah ayam masak merah! Ayam masak merah dia macam mak masak. Susah tau nak jumpa ayam masak merah macam ni. Scroll balik tengok ayam masak merah kat atas. Heheee

Untuk dapatkan update terkini mengenai Ummiza Cafe boleh lah follow instagram Ummiza Cafehttps://i.instagram.com/ummizacafe/

Untuk tempahan boleh hubungi :
Puan nor - 0196682069
Ain - 01110602569

#ummizacafe
#jenderam
#sepang 
#catering
#breakfast
#lunch
#kelabbloggerbenashaari