Korang pernah beli barang preloved? Preloved tu kira barang second hand la. Rupanya dah menjadi trend orang menjual barangan preloved. Info baru yang mommy tahu, baju preloved dari UK/US bersaiz besar manakala baju preloved dari Jepun bersaiz orang Asia. Jadinya kalau nak shopping baju preloved, memang sasaran tepat anda adalah Jalan Jalan Japan.

Baru-baru ni daddy mencari blazer. Dah banyak juga kedai bundle kami pergi. Tak jumpa saiz daddy. Jadi sempena Pembukaan GRAND XPAND di JJJ 1 Shamelin, daddy aim nak dapatkan 1 blazer. Mommy baru pertama kali terjebak dengan dengan Jalan Jalan Japan. Jadi mommy kena study dulu. 

Apa yang ada di JJJ?
Ada banyak bahagian di Jalan Jalan Japan ni. Antaranya adalah:-
1. Ladies Fashion
Kalau korang nak buat ootd hari hari pun boleh. Murah je baju-baju preloved kat sini dan fesyen pon cantik-cantik.

Mommy lalu 1x je terus rembat satu dress RM5.
Dress coklat dari JJJ hanya RM5

2. Gents Fashion
Baju untuk lelaki pun banyak pilihan. Dan saiz untuk orang Asia.
Daddy dapat blazer yang dia cari

Kalau boleh jimat, buat apa beli yang mahal-mahal kan? Macam blazer ni bukan nak pakai selalu. 

3. Kids Selection
Bahagian kanak-kanak paling lama mommy lepak. Sebab anak ada 4. Itu pon baju baby mommy dah penat nak belek baju-baju tu. Next time lah! 

Mommy jumpa sweater sedondon ni

Daddy jumpa sweater untuk Adam

Blazer ni daddy jumpa. 

Lagi lama berada kat bahagian baju kanak-kanak ni, lagi banyak baju/seluar yang mommy daddy berkenan. Haha

4. Baby Products
5. Kitchen Wares, Pots and Pans
6. Table Wares
7. Golf Clubs
8. Camping tents and outdoor items
9. Toys
10. Handbag (ada selit dalam video)
11. Shoes

Banyak juga bahagian yang mommy tak pergi. Memang korang nak ke sini kena plan nak beli apa. Atau kalau korang memang banyak masa, spend time kat semua tempat. Macam mommy dah kepenatan sangat, maka next time lah datang lagi. 

Grand xpand maksudnya JJJ 1 Shamelin dibesarkan lagi. JJJ 1 Shamelin ni dah lama dibuka iaitu 2 tahun lepas. Besar giler weh! Lagi besar, lagi adventure nak shopping tau! 

Anak-anak mommy masuk bahagian toy, sangkut mereka kat situ! Itu nak! Ini nak! Akhirnya mommy kata masukkan dalam bakul apa korang nak! Bahagia mereka. Tapi at the end kena lalu kastam juga(daddy haha). 

Belakang tu toys sahaja | Jalan Jalan Japan

Korang boleh tengok video mommy shopping di Pembukaan GRAND XPAND JJJ 1 Shamelin


Maternity
Haaa ibu mengandung boleh juga cari baju dan seluar kat sini. Tinggal korang gigih selak baju-baju dan seluar yang ada je. 

Seluar maternity

Mommy masuk 10 pagi. 1.30 tengahari baru siap memilih barang. Belum bayar. Haha

Ayra tidur, mommy daddy boleh shopping

Dah sudah bayar, terus cari port berehat sekejap. Kaki dah tak rasa. Hahahaa.  Tadi masa shopping kemain shopping.

3 plastik beg weh! | Jalan Jalan Japan

Inilah hasil tangkapan di Jalan Jalan Japan. Semua orang merasa. Fair & Lovely.

Blazer, seluar, mainan

Sweater, seluar, dress, dophin, mainan, kasut

Seluar, sweater, sheep, mainan

Kasut dan itik

Barang mommy & daddy

3 jam 30 minit tak cukup nak explore satu Jalan Jalan Japan ni. Banyak bahagian mommy tak sempat pergi. Anak ramai ni, nak beli kena beli bagi semua dapat. Kaki pun dah penat. Tapi, kalau stay lama, mau banyak lagi mommy angkut. Hahahaha!!

Mommy dah! Korang bila lagi?

1 Shamelin Superstore
Lot3-006, Level 3,
1 Shamelin Mall, 100, Jalan 4/91,
Taman Shamelin  Perkasa,
56100, Kuala Lumpur.

Atau korang boleh ke cawangan berdekatan:-
One City Sky Park, USJ
M3 Mall, Taman Melati
Centerpoint Seremban
Deco Cupcakes di Collins Kitchen Lab Mont Kiara | Tempoh hari mommy dan Adam berpeluang deco cupcakes di Collins Kitchen Lab, Mont Kiara. Terima kasih Collins Kitchen Lab dengan kerjasama theAsianparent memberi peluang kepada kami untuk menyertai Baking Workshop.

Mommy ingatkan nak bawa Anis. Ya la, bab masak masak ni mesti perempuan yang suka. Tapi disebabkan malam tu kami tengok Little Champion di TV, ada budak lelaki buat cupcakes. Adam teruja nak ikut mommy. 

Adam ikut mommy join kelas deco cupcakes

Hari ni Adam dan mommy sahaja pergi event. Secara tak langsung event ni dah mengeratkan lagi hubungan kami berdua. 

Baking workshop hari ini terbahagi kepada dua. Setengah jam untuk kanak-kanak dan 3 jam untuk ibu. Wow 3 jam. Nervous mommy! Boleh buat ke tak ni. Hehe

Kelas deco cupcakes untuk anak menggunakan cream.

Cupcake cantik dari Adam

Adam tak pernah baking, apatah lagi mendeco agak kekok pada mulanya. Tak apa Adam, buat saja. 

Lihat video Adam deco cupcakes.


Tapi hasilnya sangat mengagumkan. Cantik lah. Macam dah pandai mendeco. 

Adam bersama kanak-kanak lain yang terlibat bersama Teacher France

Anak-anak dan ibu bergambar bersama Teacher France

Kelas deco untuk ibu menggunakan fondant

Giliran mommy pula. Makin berdebar bila mommy kena deco menggunakan fondant. Jadi ke rupa bear nanti. Haha!
Contoh cupcakes yang mommy akan buat

Langkah satu persatu diajar oleh Teacher France. Jadi tak ada lah masalah sangat. Teacher France mendedahkan teknik-teknik yang betul untuk mendeco dengan menggunakan fondant. Haaa nak tahu kena la join kelas Teacher France. 

Teacher France memberi tunjuk ajar

Nampak macam senang bila diajar langkah demi langkah. Tapi 3 jam juga baru siap deco cupcakes menggunakan fondant ni. Memang terasa diri sangat gigih. 

Blogger Rodiah ajar mommy flatlay

Tara! Hasil tangan mommy irra.

Nak tengok satu persatu kerja mommy boleh layan video di bawah. 


Puas hati sangat join workshop kali ni. Setiap masa terisi. Me time juga la buat mommy. Tak dengar suara baby menangis. Haha! 

Collins Kitchen Lab, studio memasak

Menurut pengasas Collins Kitchen Lab iaitu Teacher France,  Little Collins KL telah beroperasi selama 7 tahun. Manakala Collins Kitchen Lab baru lagi dibuka atas permintaan ramai untuk membuka kelas.

Mommy irra & Teacher France

Collins Kitchen Lab terletak di atas Little Collins KL. Collins Kitchen Lab juga menyediakan ruang untuk bengkel Swasta & Korporat.

Terdapat dua ruang studio mengajar untuk kumpulan kecil dan sederhana.

Ruang bengkel Mini adalah ruang yang cerah dan lapang yang sesuai untuk bengkel mini yang intim. "Makmal Dapur" utama dilengkapi untuk sesi demo, rakaman video atau kelas.

Bergambar kenangan bersama Teacher France

Cuti sekolah tak lama lagi dah. Molek benar lah cuti sekolah anak kita diisi dengan aktiviti berfaedah seperti kelas belajar dan menghias kek atau kek cawan. 

Class Schedule:

23 Nov 2019 – Basic Sugar Cookie Workshop
30 Nov 2019 – Christmas Cupcakes

Untuk pertanyaan mengenai kelas dan lain-lain boleh email atau hubungi mereka seperti no yang tertera di bawah.

Email: collinskitchenlab@gmail.com
WhatsApp - 0127768005
Ini antara produk/barangan yang mommy dapat semasa event Natugee tempoh hari. Banyak sangat mommy dapat. Produk semua terbaik. Produk organik dan semula jadi. Oh yang satu tu pin Swarovski tau! Terima kasih penaja! 

Natugee Organic
www.facebook.com/natugee
www.instagram.com/natugee
www.natugee.com

Natugee Deep Cleansing & Happy Skin Mask

Lihat video mommy menggunakan Natugee Skin Mask


Mommy merupakan seorang pengguna produk organik atau semula jadi. Jadi mommy sangat suka dengan produk Natugee ni. Mommy pakaikan juga untuk daddyG. Daddy tu muka dia dah mula ada jeragat. Muka mommy pula tengah breakout sebab perubahan hormon. 

Narinar Malaysia
www.facebook.com/flutherapyofficial
www.instagram.com/narinar.malaysia

Sidrie Narinar

Lihat video Sidrie Narinar


Narinar ni mommy sapu pada Ayra selepas mandi dan sebelum tidur. Bau dia pon mommy suka. 

Bondahaven
www.facebook.com/bondahaven
www.instaram.com/bondahaven

Bondahaven

Lihat video Bondahaven 


Mommy kena migrain semalam, mommy sapu Bondahaven ni. Memang mujarab. Sungguh! Masa tengah migrain sakit kepala tu, rasa makin ringan kepala. Sakit pon perlahan lahan beransur pergi. 

Lovera Magic Jelly
www.facebook.com/loveramalaysia
www.instagram.com/loveramalaysia

Lovera Magic Jelly

Lihat video Lovera Magic Jelly


Mommy pilih untuk sapu pada rambut. Best je rasa rambut lepas sapu Magic Jelly ni. Mommy guna untuk mommy, Anis, Amal dan Ayra. Haa satu keluarga guna. 

Wirdora
www.facebook.com/wirdora
www.instagram.com/wirdorahq

Wirdora Swarovski

Lihat video 


Cantik sangat Wirdora Swarovski ni sampai mommy rasa sayaang nak guna. Tapi akan guna juga satu hari nanti. 

EORI Wonder Skin
www.facebook.com/eoriofficial
www.instagram.com/eoriofficial

EORI Wonder Skin

Lihat video EORI Wonder Skin


EORI Wonder Skin ni mahal sungguh! RM199. Memang rezeki sungguh sebab mommy tengah ada ekzema. So mommy sapu pada tempat2 ekzema. Ekzema, please behave ya. Kesian mommy. 

Jamu Tun Teja
www.facebook.com/jamutunteja
www.instagram.com/jamutunteja_hq

Lihat video Mekar Jamu Tun Teja


This one mommy belum buka lagi. Dah tiba masa boleh guna nanti, mommy guna. Siapa taknak payudara kembali anjal. Sekarang dah anak 4, menggelebeh. Haha

Chiio by TheNittyGritty Event Decorator
https://instagram.com/chiio_by_thenittygritty
Chiio by TheNittyGritty

Chiio yang mendeko event hari tu. Mommy dapat satu pokok ni. Sayang tau ada daun dia dah luruh sebab anak-anak ingat makanan. Sibuk mereka nak buka. Huwaa. Dari pandangan sini je nampak perfect. 

Terima kasih semua. Moga murah rezeki semua. 


Tempoh hari mommy berpeluang menghadiri Majlis ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’ bersempena Pinktober iaitu bulan istimewa untuk memperingati dan memberi kesedaran mengenai kanser payudara yang di anjurkan oleh Natugee organik bersama Mrs Malaysia World di Furama Hotel Bukit Bintang.

 ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’ 

Majlis ini diadakan untuk memperkasakan kesihatan wanita. Ia  juga  sebagai dorongan untuk meningkatkan kualiti hidup wanita. Wanita sebagai ibu memainkan peranan penting dalam membentuk generasi akan datang. 

Sekarang ni masalah kesihatan mental di kalangan wanita semakin bertambah. Wanita memikul peranan yang yang besar sebagai isteri, ibu, majikan atau pekerja hingga mengabaikan kesihatan diri sendiri. Kegagalan mengendalikan emosi akan menyebabkan depresi .

Oleh sebab itu, penting untuk setiap wanita memastikan kesihatan sentiasa baik, bukan sahaja fizikal tetapi juga kesihatan mental kerana ia memberi impak ke atas diri sendiri dan orang di sekeliling.

Acara sebegini dapat mendidik wanita untuk tidak mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Contohnya penggunaan produk penjagaan wajah. Kita mungkin tidak tahu bahawa ada sesetengah kandungan di dalam produk kecantikan yang boleh mengganggu hormon, seterusnya boleh menjejaskan kesihatan dalaman mahupun luaran. 

Pelbagai pengisian dalam acara ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’ seperti:-

Sesi pertama bersama Dr. Linda Mat Hassin memberi pendedahan kepada peserta mengenai simptom ketidakseimbangan hormon yang memberi kesan kepada kesihatan dan gaya hidup.

'Stress' boleh meyebabkan hidup kita bercelaru, tidak terurus dan tidak akan mencapai nilai hidup yang terbaik dan apa yang diinginkan. Menurut Dr. Linda,  terdapat 6 asas yang membolehkan kita dapat meniti usia dengan sempurna, iaitu:-

  1. Melalui diet dan pengambilan makanan bernutrisi
  2. Perhubungan
  3. Bersenam
  4. Pengurangan stress
  5. Tidur yang cukup
  6. Harmon (pengawalan yang baik)

Sesi kedua bersama Puan Rena Rifaee mendidik wanita mengenai salah tanggapan mengenai produk penjagaan wajah. Walaupun ia bersifat kosmetik namun tidak dinafikan ia antara penyumbang kepada permasalahan wanita.

Cara nak membaca label pada barang kosmetik

Acara kemuncak ialah forum ‘A New Formula For Happiness!’  yang membincangkan mengenai kesihatan kulit, hormon, pengurusan stres dan kesihatan mental. 

Forum "A New Formula For Happiness"
Ia melibatkan empat ahli panel iaitu:-

Puan Rena Rifaee 
Merupakan  Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn. Bhd yang ditubuhkan beliau pada 2016, kini berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura. Beliau berusia 37 tahun dan ibu kepada lima cahaya mata.

Sebagai pengasas produk, beliau berkepakaran dalam bidang ini setelah memiliki Diploma in Organic Skincare daripada Formula Botanica, United Kingdom. Puan Rena amat menitikberatkan bahan dan formulasi, seiring dengan matlamatnya untuk menghasilkan produk yang ringkas tetapi berkesan dan selamat digunakan.

Dr Linda Mat Hassin 
Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik daripada UCSI University, beliau turut diiktiraf sebagai salah seorang pengamal hormon lanjutan daripada International hormone Society, Belgium di bawah didikan Dr. Hertoghe yang dikenali sebagai ‘Father of Hormones’.

Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Radiant Clinique aktif memberi ceramah terutamanya berkaitan kualiti kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kepada badan korporat dan umum.

Datin Harveen Kaur 
Beliau merupakan Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019.

Mrs Malaysia World 2019

Bekerjaya sebagai jururawat bilik bedah, ibu kepada tiga orang anak ini menjadikan Mrs Malaysia World sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada para wanita tanpa mengira status, bangsa dan latar belakang.

Datin Diana Danielle 
Bintang kelahiran Amerika Syarikat ini pernah membintangi puluhan filem dan drama, malah beliau juga dikenali sebagai model dan selebriti popular tanah air. Merupakan isteri kepada pelakon filem terkenal tanah air, Dato’ Farid Kamil, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora

Bersama DD


Waka Waka KL
Sementara mommy menyertai majlis ini, anak-anak dan daddy berada di Waka Waka KL yang terletak di Ground Floor Furama Hotel ini. 

Port yang paling digemari

Port untuk kanak-kanak yang lebih kecil

Terima kasih theAsianparent atas jemputan. 

Terima kasih theAsianParent

Terima kasih di atas peluang untuk menghadiri majlis sebegini. Majlis ini membuka mata mommy untuk lebih mementingkan kesihatan diri sendiri. 

Bagi mommy sendiri, selepas ni mommy kena bersenam. Kawal stress dan hormon dengan bijak. Akhir sekali dapatkan tidur kan cukup atau berkualiti. Sebenarnya penat yang akan buat kita lebih mudah stress. Jom cari bahagia!

Healthy is the new happy!
Sebagai seorang ibu, saat yang meresahkan sepanjang hari adalah apabila anak tidak sihat. Tambahan sekarang musim panas yang teruk. Mudah sangat anak mendapat penyakit seperti selsema, batuk, berkahak atau demam.

Susah hati betul. Macam mana nak kawal sakit anak? Baru-baru ni Ayra yang masih 5 bulan batuk berkahak dan selsema. Malamnya Ayra terus demam. Badan dia kalah melawan virus yang menyerang lah tu. Bertambah susah hati mommy...

Seperti yang kita semua tahu, bayi bawah 2 tahun kita tak boleh sembarangan bagi makan ubat. Pergi lah ke pakar sekalipun, mereka tidak akan memberi ubat. Masa Amal belum 2 tahun, kerap selsema sehingga ada jangkitan pada telinga, doktor pakar hanya minta mommy belikan sterimar. Jadi untuk Ayra mommy dah sediakan sterimar apabila Ayra selsema. Cuma bila Ayra batuk berkahak? Apa yang perlu mommy lakukan?

Haa tahu tak? Dalam badan kita ada bakteria baik dan bakteria jahat? Kita jatuh sakit apabila bateria jahat menguasai badan. Masa Anis ekzema dulu, mommy ada berikan Anis probiotik juga. Hurmm kena juga cari Probiotik untuk Ayra lah macam ni.

BioGaia Drop Probiotik pilihan mommy untuk Ayra

Apa itu probiotik? Gambar rajah di bawah mommy dapat dari blog www.ovennini.com hasil perkongsian rakan mukabuku 2 tahun lepas. Sebab senang faham, jadi mommy nak share di sini. 

Probiotik & prebiotik
Percaya atau tidak, penyakit yang datang adalah dari usus. Usus menerima makanan dari apa yang kita makan. Apa yang kita makan akan menentukan kesihatan tubuh badan kita. 

Jadi nak sihat, jaga lah pemakanan. Cuma kalau kita tengah sakit macam mana?


Apa itu probiotik?

Apa itu probiotik?

Probiotik adalah makanan/minuman atau supplemen yang mengandungi mikroorganisma baik yang boleh hidup di dalam saluran penghadaman manusia dan memberi pelbagai manfaat.

Sumber probiotik
Makanan atau minuman Probiotik dalam gambar di atas mommy tak makan. Haha serius la mommy tak makan budu, tempe, yogurt, kimchi, cencaluk atau tempoyak. Kefir atau teh kombucha pun mommy tak pernah tengok depan-depan.

Kalau baby yang tak sihat, mana boleh baby makan makanan probiotik. Nak taknak mommy kena cari supplemen probiotik yang sesuai untuk bayi.

Supplemen probiotik terbaru yang ada di pasaran adalah BioGaia. Jenis cecair, minum 5 titis setiap hari. BioGaia Probiotic Drops selamat untuk bayi 0-3 tahun.

BioGaia Probiotic Drops

BioGaia juga mengeluarkan probiotik berbentuk tablet yang boleh dikunyah. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 18 tahun dan juga orang dewasa. Selamat untuk ibu menyusu dan semasa mengandung.

BioGaia Probiotic Chewable Tablets

Amal akan dapat batuk setiap kali minum minuman berais atau makan aiskrim. Tapi sejak mommy bagi Amal(4 tahun) makan BioGaia Probiotic Chewable Tablets, tak dengar dah Amal batuk. Ayra pon dah tak selsema atau batuk. Alhamdulillah senang hati mommy bila anak-anak mommy sihat.

Khasiat Probiotik:-

  • Membantu menurunkan tekanan darah
  • Membantu proses penghadaman
  • Membantu pengawalan berat badan
  • Meningkatkan fungsi sistem imun
  • Mengawalselia kesihatan jantung
  • Mengurangkan keradangan
  • Membantu mengurangkan jerawat
  • Memulihkan cirit birit, sembelit & isu gastrousus

Mommy juga akan bagi anak makan probiotik apabila mereka mengambil antibiotik. Antibiotik akan membunuh semua bakteria jahat dan baik. Jadi anak-anak perlukan kembali bakteria baik dengan segera sebelum bakteria jahat menggalak.

Gini lah nak faham mudah sikit. Kalau ada virus serang, dia akan sekufu dengan bakteria jahat. Jadi bila bakteria baik tak ada, maka bakteria jahat akan bermaharajalela dan badan akan mudah sakit. Bila mommy topup probiotik, badan akan stay kuat sebab bakteria baik akan lawan virus yang menyerang.

Makanan tidak sihat adalah makanan kepada bakteria jahat. Maka sila ajar anak anda(anak mommy juga) untuk makan sayur selalu dan amalkan pemakanan sihat.

Ada bayi lelaki atau perempuan, kepala mereka tetap akan dicukur. Anak lelaki mommy cukur 7 kali. Emak suruh, aku turutkan sahaja.

Kenapa kena cukur kepala bayi?

Antaranya hadis dari Samurah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda,

“Setiap anak tertebus dengan aqiqahnya, disembelih di hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur kepalanya.”
(Hadis Riwayat. Nasai 4149, Abu Daud 2837, Tirmidzi 1522 dan dishahihkan Al-Albani)

Selain itu, Rasulullah SAW telah mengarahkan kepada anaknya, Saidatina Fatimah R.A:

"Timbanglah rambut Hussein, dan sedekahkanlah dengan kadar timbangan itu dengan perak dan hadiahkan kepada bidan kaki binatang akikah itu.”
(Hadis riwayat Hakim dan al-Baihaqi)

Anak mommy dah 4. Buat masa ni memang kita tak buat akikah pada hari ke 7.

Nama pula daddy umumkan pada hari pertama baby dilahirkan. Sunat juga umum nama hari pertama. Tak percaya pergi tanya ustaz.

Mommy ni nak recall balik siapa yang mencukur kepala anak. Jenuh! Haha boleh tak mommy kata mommy lupa?

Tokbah 2x cukur kepala cucu. Tapi yang seorang lagi tak ingat siapa. Amal rasanya. Kena cari bukti dalam hard disk. Tok Melah cukur kepala Adam. Kak Aisyah cukur kepala Anis.

Tokbah cukurkan kepala Ayra.








Sekarang Ayra dah 6 bulan. Tapi rambut tak banyak lagi. Arghh bila nak rambut panjang sayang? Tapi sama je dengan Adam, Anis, dan Amal. Rambut jenis halus. Segan nak naik.