Cakap pasal buah kelapa atau buah nyior atau buah nyoq, pasti anda terbayangkan air kelapa muda yang manis masuk ke tekak. Tambahan dengan cuaca panas lagi sedap minum air kelapa muda. Petang-petang hari minum air kelapa bersama cucur pisang. Eh?? Bulan tak puasa lah yer. Hehee
Air kelapa muda adalah ubat cuci darah Anis Insyirah. Isi kelapa muda dimakan bersama air kelapa sangat sedap dan nikmat tak terkata. Sekarang ini popular dengan coconut shake.
Umbut kelapa yang lembut boleh dibuat colek. Kecil-kecil dulu selalu lah mommy Irra menyicah umbut kelapa muda ni. Setelah berkahwin dengan daddyG yg asal dari kelantan, rupanya di sini mereka buat gulai umbut kelapa muda. Bukan itu sahaja, isi lembut dalam batang pokok kelapa di buat kerabu. Wahhh
Kelapa yang sudah tua pula dibuat santan. Santan pon satu lagi cara mencuci darah ekzema Anis Insyirah. Santan sangat berkhasiat. Jangan percaya mitos santan menggemukkan.
Orang dulu-dulu nak hidupkan api menggunakan sabut kelapa kering. Daun nya pula di buat lidi. Kira pokok kelapa tak kira tua atau muda sangat berjasa kepada manusia.
Seterusnya, isi kelapa yang dimasak akan menjadi minyak kelapa dara. Orang dulu-dulu buat sendiri aje. Zaman sekarang, sediakan not not bernilai sahaja untuk ditukarkan dengan barangan yang kita mahu.
Minyak kelapa dara dibuktikan dengan kajian sains kaya dengan kandungan nutrisi, anti oksidan, vitamin, mineral, phytonutrien, enzim & hormon. Walaupun 90% asid lemaknya adalah tepu, komposisi asid lemak tepu, yang berantai sederhana panjang (MCT / MCFA) iaitu asid laurik, asid kaprik, asid kaproik, yang hanya terdapat dalam minyak kelapa dara dalam peratusan yang agak tinggi. 40% kandungan asid lemak minyak kelapa dara terdiri daripada asid laurik. Kandungan MCT yang tinggi inilah yang membuatkan minyak kelapa dara unik dan berbeza daripada minyak sayuran lain. MCT yang memberi kesan kesihatan, anti- jangkitan kuman, mengawal kolestrol, meningkatkan metabolisme dan pelbagai kesan positif seperti di bawah:
1. KULIT
gigitan nyamuk, gatal, ruam kulit, calar, lebam, jerawat
luka, kulit terbakar / sun burn, ketuau, kulat, kedutan, kanser kulit, eczema, stretch mark, pre-cancerous, juga boleh dijadikan sebagai minyak urut (massage oil)
2. RAMBUT
kelemumur, kesihatan kulit kepala, pertumbuhan rambut, menghalang kutu
3. MULUT
bibir pecah, penyakit gusi, gigi berlubang, sakit gigi, jangkitan dan sakit tekak
4. FUNGSI TIROID
berat berlebihan, sejuk tapak kaki atau tangan, keletihan, migrain, PMS, bengkak, fluid retention, kerisauan, suhu badan rendah, sembelit, insomnia, kuku rapuh, sensitif kepada suhu panas atau sejuk, haid tak teratur, senang lebam, hypoglycemia, kerap demam selsema, jangkitan yis, sakit sendi, jangkitan saluran kencing, panick attack
5. JANGKITAN BAKTERIA
telinga, tekak, sinus, jangkitan genital, pneumonia, rheumatic fever, food poisoning, toxic shock syndrome, meningitis, gastrik, ulser, septicimia,gonorrhea, endocarditis.
jangkitan E.coli, staphylococcus aureus, streptococcus
6. ALAHAN
alergik, food sensitives, kegatalan, hypersensitives reaction, resdung
7. JANGKITAN VIRUS
influenza, campak, herpes, chronic fatigue syndrome, hepatitis C, AIDS, SARS, mononucleosis
8. KANSER
kolon, kulit, hati, breast, dengan merencat pertumbuhan tumor
9. LAIN-LAIN
asthma, diabetes, psoriasis, artherosclerosis, hypertension, Alzheimer's disease, Crohn's disease, aches & pains, selsema, colds, bronchitis, colitis, cyst (buah pinggang), dysentry, hemorrhoids, batuk, dropsy, kidney stones, jaundice, hemoptysis, phthisis, scabies, scurvy, batuk TB, typhoid, parkinson's disease, prostate, gall bladder, malnutrition, maintain, intestinal health.
10. MENINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN
Siapa yang boleh mengamalkan minyak kelapa dara?
Sesiapa sahaja termasuk bayi yang baru lahir. Info ini mommy Irra dapat dari Herbalist yg mengubati Anis Insyirah.
Pada 09/07/2014 yang lepas mommy Irra ada buat Giveaway Ramadhan. Hadiah pertama dan kedua adalah Minyak Kelapa Dara. Jom rakan-rakan blogger join GA pertama mommy Irra yang akan tamat pada 23/07/2014 jam 11malam. Bagi yang dah join, terima kasih kerana memeriahkan GA pertama irrayyan.com.