Showing posts with label Kelab Blogger Ben Ashaari. Show all posts
Showing posts with label Kelab Blogger Ben Ashaari. Show all posts
Terima kasih YB shehan dari Shehanzstudio.com berikan mommy pisau hello kitty dan shawl. Wahhh mommy asyik dapat hadiah jer. Alhamdulillah. Rezeki dari rakan blogger. 

pisau hello kitty dan shawl pink
pisau hello kitty dan shawl

Kita testing Amal pakai dulu shawl ni. Taraaaa. Anak tu dah nangis-nangis lemas pon mommy buat tak heran. Janji mommy dapat gambar comel. Ee teruk mommy ni.

baby amal pakai shawl
baby amal bershawl

Comelnya anak mommy! Muka rela dalam paksaan. Hahaha sabar jela dengan mommy saya ni.


Mommy pergi jalan-jalan semalam, mommy pakai la tudung mommy she bagi. 

mommy irra pakai shawl dari mommy shehan
mommy irra pakai shawl YB shehan bagi

Thank you shehan for this lovely gift. She, YB, Shehan atau mommy she adalah orang yang sama. Harap satu hari dapat bertentang mata dengan mommy she.
EFG adalah singkatan bagi Exchange Feed Group. Pertukaran feed antara ahli EFG dibuat setiap hari secara automatik melalui auto scheduled feed. Dulu-dulu buat manual tau. Jadual buat manual, semua orang kena tukar feed secara manual. DaddyG kesian tengok bini dia. So daddyG buatkan auto scheduled feed

Walaupon buat auto, tapi pertukaran feed ni tak membantu sangat kalau pageview sikit. So kena la rajin-rajin update entri. Rajin ke tidak? Nak jadi blogger tegar, kena rajin. Orang yang rajin berusaha sahaja akan dapat hasilnya. 


Takde idea nak buat entri. Idea tu sebenarnya banyak. Tengok je sekeliling anda. Pasti ada je bahan nak buat entri. Cuma perlu pandai olah sahaja. Lama-lama skill penulisan pon akan semakin cantik.


Tak ada masa nak buat entri. Hahahaa yang ni senang je. Tak payah ada blog kalau banyak sangat alasannya. Mungkin dah bukan takdir kau nak jadi blogger. Heeee ini bukan mengata orang ye. Ini motivasi diri sendiri juga.

Bila down, ingat semula apa tujuan berblogging? Apa impian dan harapan kau sebagai blogger? Dah tercapai ke? Sedang berusaha menggapai ke? 

Sekian, makcik irra aka mommy irra membebel. :D

eh ehh jom jalan-jalan blogwalking ahli EFG:

Mommy suka bergambar dan mengambil gambar. Tapi tak ada orang nak tolong ambilkan gambar, maka gambar anak-anak je la yang banyak.

Daddy selalu pesan ambil gambar. "Jangan lupa ambil gambar."

Gambar di instagram mommy 4526. Kalau korang nak tahu, dalam handphone mommy ada 10 ribu gambar. Tunggu daddyG free untuk transfer gambar.

Antara pencapaian terbaik menjadi blogger dan media influencer adalah mempunyai follower seramai 13k hari ini. 

Instagram media influencer
@irrayyandotcom

Terima kasih kerana follow instagram @irrayyandotcom


Pernah dipersoalkan oleh seseorang. "Korang jadi blogger, semua benda nak cerita. Tak rasa apa-apa ke?"

Jawapan mommy: kalau mommy tak jadi blogger pon mommy masih orang yang sama akan share kisah di instagram. Yang penting, apa yang mommy buat mendapat keizinan suami.
Ini entry throwback. Kali kedua mommy makan Dominos Pizza. Pertama kali dalam entry ini. Hahaaa.. Mommy berjangkit nak makan pizza juga sebab di mana-mana je ada Dominos Pizza. Dalam group Watsapp bercakap pasal Domino's Pizza. Dalam timeline facebook penuh gambar pizza. Macam mana mommy tak terjebak sama?! 


Dulu daddyG order saiz biasa je. Kali ni Mommy punya tamak tak nak saiz kecil. Mommy nak paling besar. Tak padan dengan orang kecik makan besar. Padan la badan tu makin membesar! :P 

Dominos pizza


Kami order Domino's Pizza Meat Mania Crunchy Thin Crust Extra Large. Sebab separuh separuh harga je daddyG layan kehendak mommy ni. :P


Mommy order tambahan Roasted Chicken Drummets.


Pizza sedap, ayam pon sedap. Ni yang buat mommy rasa nak test order lagi ni.


Test test jugak. Tengok poket banker tu sama :P

Promo 50% diskaun untuk dominos pizza sah hanya dengan pembelian online sehingga 16-10-2015.


Mesti ramai dah kenal dengan blogger Suria Amanda kan? Kak SA dah bertahun berblogging. Masa kak SA nak join EFG, mommy terkejut tau. Blogger otai nak join memeriahkan EFG. Kak SA best sangat. Beliau sangat supportive. 

suriaamanda.blogspot.my

Mommy dah dua kali jumpa kak SA. Pertama kali di Bangi Golf Resort. Namun tak sempat nak berbual panjang. Jumpa salam dan peluk cium aje. Bergambar pon tak sempat.


Kali kedua bertemu di Ummiza Cafe, Dengkil. Kali ni sempat bergambar dengan kak SA. 

suriaamanda.blogspot.my

Kak SA merupakan salah seorang mangsa virus H1N1 suatu ketika dahulu...Korang boleh baca pengalaman kak SA pada masa itu yang diceritakan oleh adik beliau sendiri dalam blog suriaamanda.blogspot.my.

Semoga kak SA berjaya menggapai segala impian. Selamat berbahagia dengan gula-gula hati :D I love you

Hai korang! Mommy nak sambung cabaran yang kedua terakhir. jom tengok cabaran sebelum ni..hihii

CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EfGkBbA 
<Klik tajuk dibawah untuk tengok cabaran yang lepas>
6. BReaKFaST WaJiB AnDa
7. GaDgeT TeRCiNTa

Walaupon nampak macam "mencabar ke?", tak tercabar jugak nak commit setiap hari ... kemudian, banyak benda juga kita tak realize sebenarnya...bila buat cabaran ni baru sedar kewujudan semua tu. 

Kenapa cabaran kali ini ada WAJIB? Ada juga orang tak mengambil sarapan pagi yang sebenarnya sangat penting. Tak perlu makan banyak pon. Cukup sekadar mengalas perut sebelum melakukan kerja seharian. Bila dah breakfast ni, tak adalah kita nak taram makan tengahari banyak sangat. 

Ini lah breakfast wajib mommy, Adam dan Amal. Heee cicah dengan air teh o.

breakfast wajib mommy dan anak-anak

Biskut jacobs antara biskut yang herbalist senaraikan boleh makan kerana hanya mempunyai 0.01% HVO(hidrogened vegetable oil). HVO ni merupakan punca kepada bermacam-macam penyakit. Takmolah cakap banyak2. Mommy dah penah cakap sebelum ni. Maybe next time k. Heeee bz rini. Huhihuuuuu


#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA 
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi
CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EfGkBbA 
<Klik tajuk dibawah untuk tengok cabaran yang lepas>
6. BReaKFaST WaJiB AnDa
7. GaDgeT TeRCiNTa

Drama tv feveret buat masa ni adalah Hello Mr Perfect, TV3. Hahaha hanya jam ini sahaja mommy layan tv. 

Hello Mr Perfect DrAMa TV FeVeReT | CaBaRaN7HaRi iNsTaBLoG EfGkBbA
Hello Mr Perfect 

Cerita tv semua adaptasi dari novel ke? Cerita sebelum-sebelum ni pon dari novel. Layan je la

Novel Hello Mr Perfect
Novel Hello Mr Perfect

Sinopsis Novel Hello Mr Perfect
Sinopsis Novel Hello Mr Perfect

Hello Mr Perfect TV3
Hello Mr Perfect TV3

Mommy bukan la memilih hero bila tengok drama. Masa ni mommy hanya tunggu DaddyG balik sebab penat seharian jaga 3A. Hiburkan hati sekejap sambil-sambil melayan 3A. Tapi yang menarik cerita ni, heroin dia macam Lyssa laaaa


#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA 
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi

*gambar kredit to pakcik GoOGLe
Mommy baru masuk cabaran hari ke empat. Apa mommy selalu cari dalam freezer? Selalu tu bermaksud berulangkali. Mommy kalau berulangkali buka peti sebab nak amik ketul ais. 


Tahu ais tak elok tapi makan jugak? Ais yang dibuat kat rumah lagi baik dari ais di kedai tau. Kat kedai ais diletak bahan kimia supaya cepat keras. Bahan kimia tu yang tak elok sebenarnya.

Dah tahu tak elok, minum juga ais. Grrr.. 

Mana aci kan? Takkan kita tukang buat air ais je. Mesti la nak minum sekali. Kalau nak suruh berhenti, kena suh daddyG berhenti minum ais juga! hahaha


CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EfGkBbA 
<Klik tajuk dibawah untuk tengok cabaran yang lepas>
5. DrAMa TV / MoViE FeVeReT - 5oCt
6. BReaKFaST WaJiB AnDa - 6oCt
7. GaDgeT TeRCiNTa - 7oCt


Ini cabaran seronok untuk memeriahkan blog. Sambil-sambil mengenali blogger yang tak pernah bersua muka, juga yang selalu berjumpa. Dah jumpa selalu pon kita tak tahu apa kegemaran mereka. Jika dinilai dengan baik, maka baik lah penerimaan orang lain. Dengan cabaran ini, mommy boleh kenal rakan blogger mommy punya feveret. Dengan segala aktiviti yang mommy buat lah mommy akan lebih mengenali dan lebih dekat dengan mereka.

#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA 
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi
Blogger rara bagi mommy gambar jeee...huwaaaaa T_T..kempunan mommy nak makan pavlova...so mommy tempek la bagi korang tengok gambar pavlova ni...jangan jilat skrin okeyy! haha

Pavlova Rara SafuraraDotCom
Pavlova Rara SafuraraDotCom
Sesiapa berminat nak order boleh contact Safurara a.k.a akak rara yang cun. atau korang klik je mana2 gambar mommy link ke blog akak rara cun. Huwaaaa sedih tak dapat rasa pavlova


Ini pertama kali jumpa rara dekat Cyberjaya. Kami borak punya borak sampai incess(anak rara) hilang. hahaha padahal ikut kak mas pergi toilet. Kemudian Adam pulak hilang. Yang ni lawak sebab mommy lupa Adam ikut aunty Nad tengok go-kart.

Blogger Rara Pavlova Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari Exchange Feed Group
mommy irra dan rara

Mommy selalu jumpa rara dekat event tapi kalut punya pasal takde gambar berdua. Yang ada hanya gambar beramai-ramai. Rara ni blogger tegar tau. Nak jadi blogger tegar kena RAJIN. Gigih akak rara update blog sambil gentel tepung. Hehehee


Gambar bawah ni yang terbaru Sabtu lepas kat Ummiza Cafe. Tu pon ada orang photoboom kat belakang. Hahaha siapa tu sila mengaku :D

Photoboom: yanie, st, boni

Kalau dapat makan pavlova rara nanti kita review pavlova pulak. Pavlova rara takde COD Shah Alam ke? hahahaa :P

okey, ni entry gedix ciked,,,masa ni semua orang dah balik. tinggal beberapa orang saja yang tinggal. mommy noticed kalau g mana-mana event, selalu mommy la yang balik paling last..muahahaaa...eh tak selalu sangat la..lalalaaa

Si Bella ni ajak bergambar pose ala-ala duet ballet...hahahaaa


alololoooo...



Siapa kenal blogger yang mendukung Amal ni? 

Takmo senyum sebab tengah panas...muahaha mommy relax je ye bawa saya tengah panas

Blogger razzwey yang peramah, masuk dengan siapa sahaja dan yang best suara beliau sangat sedap.


Last time jumpa kat Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari, uncle Razi demam. Kali ni uncle Razi sihat. Bukan uncle Razi je dukung Amal. Semua orang lah nak Amal. Geram kan kat Amal. Baik je dieeee..
Terima kasih kepada semua yang join CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EfGkBbA 

Jom kita blogwalking dan beramah mesra di alam maya.

(1) irra:heart:www.irrayyan.com
(2) anis :heart:www.adnan-daughter.blogspot.my
(3) bonde :heart:www.bondezaidalifah.com
(4) pcl :heart:www.nazlee.com
(5) lya :heart:www.akifimtiyaz.com
(6) ewan :heart:www.wayneharraz.com
(7) lela :heart:www.aswaleyla.com
(8) kc :heart:www.sayidahnapisah.com
(9) sha :heart:www.awansayatasana.blogspot.my
(10) ainaa :heart:www.nikainaa.com
(11) cn :heart:www.cekgunorazimah.com
(12) eny :heart:www.enyabdullah.com
(13) ain :heart:www.dramaticuniq.com
(14) fr :heart:www.notapurba.com
(15) khaty :heart:www.khatyaiman.blogspot.my
(16) cik T :heart:www.yatizul.com
(17) KG :heart:www.kakgojes.com
(18) efa :heart:www.efaothman.com
(19) nizam :heart:www.bahejabella.com
(20) sue :heart:www.notaharianmama.blogspot.my
(21) papa :heart:www.papaglamz.com
(22) along :heart:www.rahimaim.com
(23) mai :heart:www.maisarahsidi.com
(24) yanie :heart:www.yanieyusuf.com
(25) SA :heart:www.suriaamanda.blogspot.my
(26) reen :heart:www.mreena.com
(27) ummul :heart:www.housewifearts.blogspot.my
(28) yoorin :heart:www.yoorinmelacolea.blogspot.my
(29) linda :heart:www.azlindaalin.com
(30) zarin :heart:www.anazarin.com
(31) kecik :heart:www.kanvasdakwat.blogspot.my
(32) zatie :heart:www.izatie91.blogspot.my
(33) yaya :heart:www.yayacendana.com
(34) shehan :heart:www.shehanzstudio.com
(35) lisa :heart:www.ciksepet.com
(36) mimi :heart:www.mimirheem.blogspot.my
(37) bondezahra :heart:www.bondazahraareesa.blogspot.my
(38) kaksyuhaida :heart:www.shuhaidakabdy.com
(39) kak fieza :heart:www.chintahati81.blogspot.my


CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EfGkBbA
CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EfGkBbA