Penting bagi mommy untuk mendapatkan gambar yang tidak menampakkan susuk tubuh tapi kelihatan tinggi dan kurus. Apabila badan berisi, lagi nampak lah lemak di sana sini.
Sekeping gambar ini menampakkan mommy kurus dan tinggi. Sehingga tak nampak baby bump dah 6 bulan.
Tinggi dan kurus |
Mommy hanya meletakkan kamera handphone di atas kerusi dan set timer. Kemudian berjalan ke arah kamera.
Hakikat sebenar. Haha |
Bila nampak mommy yang kurus dalam gambar buat mommy nak belajar lagi macam mana nak hasilkan gambar yang kurus. Mommy google jumpa la tips gambar nampak kurus dan tinggi.
#1 Jangan Kepit Peha
Apabila mengambil gambar penuh, pastikan kaki dikangkang sedikit bagi mewujudkan ilusi jarak antara satu peha dengan peha yang satu lagi. Kalau rapat timbul/nampak jelas lemak kiri kanan.
#2 Tinggikan Kedudukan Dagu
Bagi yang bertudung selamatlah sikit. Tudung boleh cover double chin.
#3 Duduk Dalam Posisi Tegak
Untuk mengelak perut kelihatan berlapis, sila duduk dengan tegak. Postur badan yang betul.
#4 Silangkan Kaki
Untuk menampakkan kaki lebih runcing dan panjang, boleh berpaling sedikit menampakkan sisi badan sambil menyilangkan kaki.
Silangkan kaki |
#5 Bengkokan Tangan
Penting untuk bergambar sambil tangan berada pada posisi ini supaya lengan tidak kelihatan gemuk.
#6 Silang Kaki Arah Sisi
Nak kelihatan lebih langsing? Bergambarlah dari sisi supaya kamera boleh fokus pada garisan badan yang lebih tinggi apabila anda berpaling sebegitu rupa. Dalam masa yang sama jengkek sedikit kaki bahagian luar sambil tangan dibengkokan memegang sisi pinggul.
#7 Posing Membelakang
Apabila bahagian hadapan membuatkan anda kelihatan boroi, boleh cuba bergambar dalam posisi membelakangkan kamera.
#8 Duduk Mengiring
Mengiringkan badan sikit dan pastikan pinggul ditolak ke belakang untuk duduk dengan tegak. Posisi ini boleh menyorokkan lemak pada bahagian perut.
#9 Kenal Pasti Sisi Paling Sempurna, Kiri Atau Kanan?
Setiap orang ada sisi wajah yang sempurna. Cuba lihat di cermin, sisi kiri atau kanan yang nampak lebih elok. Jika bergambar, manfaatkan sisi sempurna anda. Senyum dan sengetkan sedikit kepala untuk menghasilkan foto yang lebih menarik.
Tips tambahan dari mommy adalah minta anak untuk ambilkan gambar. Gambar dari sudut bawah akan melangsingkan tubuh anda. |
Selamat mencuba!