Fred&Flo diapers pant menyenangkan kerja mommy | Dulu mommy tak pernah cuba diapers pant. Tapi disebabkan mommy dah tak larat mengandung kali ke-4 ini, mommy kena kurangkan kerja mommy. Dan serius Fred&Flo diapers pant menyenangkan kerja mommy. 
Amal akan pakai sendiri diapers pant ni. Bila dia nak tidur, automatik dia akan cari dan pakai. 
Amal akan pakai diapers hanya masa tidur. Jimat pon jimat. 
Bangun pagi Amal akan buka diapers pant sendiri. Cuci sendiri. Terima kasih sayang menyenangkan kerja mommy!
So far guna diapers pant Fred&Flo ni mommy puas hati sangat walaupon baru guna 2 pax. Tak puas hati takkan repeat ye?
Yang penting Amal selesa. Kencing tak bocor. Mommy senang hati! Yeay!

Sebelum anak mommy kena ekzema, mommy tak biasa dengar atau kenali sesiapa ada ekzema. 

Selepas anak mommy kena ekzema, mommy kerap dengar baby kena ekzema termasuk anak kenalan mommy sendiri.

Mommy juga baru tahu adik beradik, nenek mentua, sepupu juga ada ekzema. Ada yang kena ekzema dari kecil hingga dewasa. Macam-macam kisah ekzema. 

Ekzema ni ada ekzema kering, ada ekzema basah. Argh! Ekzema kering tu mesti macam yang mommy hadapi sekarang. Ekzema basah pula ekzema yang anak mommy, Anis lalui ketika masih bayi. 

Mari belajar mengenai ekzema

Walaupun dah ada pengalaman anak dan pengalaman sendiri, mommy rasa teruja nak belajar mengenai ekzema bersama Dr Kartini.

link

Mana tahu ilmu ekzema ini dapat meredakan kegatalan yang mommy lalui sekarang. Ekzema mommy meradang ketika mengandung sahaja. 

8 Disember Avisena Specialist Hospital

Tak tahu lah ada kekosongan lagi atau tidak. Cuba lah hubungi mereka. Mana tahu ada rezeki anda anda lagi. 


Siti dan Amad merancang untuk kahwin. Tapi mereka pening nak uruskan majlis kahwin. Nak survey dari satu kedai ke satu kedai dah ambil masa. Namun mereka lega apabila mengetahui adanya Pameran Pengantin MEFA. Just save the date. Jumpa di sana!

Anda ada masalah sama macam Siti dan Amad? Tengah mencari pakej kahwin? Anda merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan masih lagi belum buat persiapan majlis atau pun masih lagi tercari-cari pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis anda nanti?

Pelamin indah idaman semua pasangan
Pengantin dua sejoli di atas pelamin indah

Jika ini masalah yang sedang hadapi oleh anda, maka anda perlu hadir ke Pameran Pengantin MEFA yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada bulan Disember 2018 ini di mana di sini anda boleh cari semua pakej perkahwinan lengkap untuk majlis anda.

Pameran Pengantin MEFA 2018

Pameran Pengantin yang dinanti-nantikan serta paling BEST di Malaysia akan menemui anda semua terutama bakal-bakal pengantin dari seluruh lembah klang. Kali ini, Pameran oleh Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) akan menawarkan pelbagai promosi, pelbagai pakej perkahwinan lengkap, pelbagai jenis vendor perkahwinan khas untuk bakal
pengantin.

Jika anda bakal-bakal pengantin yang mencari produk seperti Katering, Pelamin, Busana Pengantin, Pakej Lengkap Pekahwinan, Dewan Perkahwinan, Kad Kahwin, Fotografi, Videografi, Door gift, Hantaran dan macam-macam lagi, Pameran Pengantin MEFA adalah pilihan paling tepat. Jangan lepaskan peluang tau!

Pameran Pengantin MEFA

Pameran Pengantin MEFA akan berlangsung pada bermula pada 7 Disember 2018 (Jumaat) sehingga 9 Disember 2018 (Ahad) di SACC, Shah Alam.

Menarik Di Pameran Pengantin MEFA

Apa yang Menarik jika anda membuat tempahan di pameran? Dengan promosi selama 3 hari sahaja daripada vendor perkahwinan yang berpengalaman dan berkualiti. Vendor-vendor perkahwinan ini menawarkan pakej-pakej yang memberi kelebihan kepada bakal-bakal pengantin seperti diskaun sehingga 50%, percuma kambing golek, percuma penghantaran dan paling BEST! Percuma pakej bulan madu. WOW! Memang rugi kalau tak cuba rebut peluang ini.

Pameran Pengantin MEFA
Pameran Pengantin MEFA

Antara promosi di pameran paling disukai oleh semua bakal-bakal pengantin adalah cabutan bertuah sebab penganjur akan memberikan cabutan bertuah seperti baucer, barangan gajet, pakej bulan madu, wang tunai, Tshirt limited edition dan banyak lagi.

Cabutan bertuah buat pasangan bertuah

Jika anda adalah orang yang 1,000 terawal datang, penganjur akan menyediakan hadiah istimewa nanti.

Rugi kalau tak datang awal dan buat tempahan awal, silap-silap nanti, habis semua orang rebut.

Pertunjukan Fesyen

Yang paling best pada abad ini, jika anda sukakan pertunjukan fesyen dan makeup, anda boleh saksikan semuanya secara LIVE di pentas MEFA selama 3 hari. LIVE Makeup daripada MUA ternama di Malaysia akan dilakukan di pentas MEFA pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala pertunjuk fesyen pada hari terakhir iaitu Ahad.

Jangan ketinggalan tau! Ini tawaran yang bukan main-main untuk bakal-bakal pengantin. Bagi memudahkan semua yang datang, boleh layari laman social penganjur yang sentiasa up to date perkembangan pameran.

FACEBOOK
https://www.facebook.com/mefaevent
INSTAGRAM
https://www.instagram.com/mefapengantin
WEBSITE
http://www.mefa.my

Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi: Encik Azahari (012-3871775). Jangan lupa share hal ini dengan keluarga atau rakan-rakan you all yer.

Mommy irra suka main game word. Jadi daddyG bila bila  game word yang dia rasa menarik, dia akan suruh mommy download. Ada satu game tu tak sampai 24 jam mommy dapat habiskan. 
Words Of Wonders
Cari saja Google Play "Words of Wonders"
Words Of Wonders
Mommy dah main sampai pelayaran ke 700 lebih. Bila stress, main game ni. Kadang-kadang game ni buat stress juga. Hahaha. Stress sikit la. Kalau banyak, masakan mommy boleh main lagi kan. 
Words Of Wonders
Bila main game ni baru la kita realize yang betapa banyak perkataan boleh dibina daripada hanya beberapa perkataan. 
Masa mula main tu, boleh pilih bahasa. Ada macam-macam bahasa.

Selesai setiap negeri dalam setiap negara akan keluar fakta negara tersebut. Boleh la belajar mengenal negara di dunia.
Words Of Wonders

Words Of Wonders

Words Of Wonders

Words Of Wonders

Words Of Wonders
Words Of Wonders
Ini antara negara yang mommy dah sampai dalam game ni. Hahaha. Nak sampai betul-betul dalam mimpi pun belum tentu. 

Mommy kira me time la dapat main game ni. Haha!
Kuota jemaah haji yang diizinkan untuk menunaikan haji setiap tahun yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi adalah 0.1 peratus daripada rakyat Malaysia menjadi keterbatasan kepada kita untuk menunaikan haji. Namun bagi mereka yang berkemampuan boleh menunaikan umrah pada bila-bila masa. Antara umrah travel yang dikenali ramai adalah Manhajj Mutawwif.

Apa itu mutawwif?

Mutawwif, berasal dari perkataan thawaf. Mutawwif adalah orang yang mengajarkan jemaah haji/umrah, berkenaan dengan hal-hal yang bersangkutan dengan haji/umrah secara praktikal, serta melayani jemaah selama melaksanakan ibadah haji/umrah.

Syarikat Manhajj Mutawwif

Syarikat Manhajj Jejak Mutawwif Global pada awalnya ditubuhkan dengan nama Kembara Manhajj bermula tahun 2015-2017 dan beroperasi di Kluang, Johor. Kemudian syarikat ini didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan dengan nama Manhajj Mutawwif Umrah & Holidays SDN. BHD. dan diasaskan oleh Ustaz Abd. Halim Bin Ikhsan. 

Rancangan Manhajj Mutawwif

Selain daripada umrah travel, Manhajj telah menerbitkan Rancangan Manhajj Mutawwif “Pencarian Mutawwif Terunggul” yang telah mendapat tontonan sebanyak 3 juta bagi setiap episod yang disiarkan di Astro Oasis 106 dan Maya HD 135. Program tersebut bertujuan untuk melahirkan personaliti mutawwif yang berpengetahuan luas serta mampu untuk menyediakan perkhidmatan kelas pertama untuk para jemaah sekaligus menaikkan kerjaya mutawwif.

Manhajj Mutawwif Musim Ke-2

Tandatangan MOU antara YBhg Dato' Zamri bin Yaakob Pengerusi NARSCO Travel & Tours Sdn Bdn dan Ustaz Abd Halim Ikhsan, Pengasas Manhajj Mutawwif



Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua
Menurut Ustaz Abd Halim Ikhsan semasa Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua di IDCC Shah Alam, rancangan realiti televisyen pencarian mutawiff "Manhajj Mutawwif" akan kembali lagi untuk musim kedua pada tahun harapan dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan seperti:-
  • melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
  • para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara.
  • program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa.
  • elemen ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka. 

Beliau berkata program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat. Program selama satu jam setengah itu akan mula ditayangkan pada 25 Januari 2019.

Lihat video Sheikh Kareem menghidupkan suasana Masjidil Haram semasa  Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua

Manhajj Mutawwif Musim Pertama

Manhajj musim pertama telah menobatkan Ahmad Syafik Samat sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi.

Naib juara menjadi milik Muhammad Syafiq Abdul Rashid (RM50,000 dan trofi), tempat ketiga dimenangi Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki (RM30,000) dan tempat keempat adalah Muhammad Mustakim Abd. Rahim (RM10,000 dan trofi).

Aplikasi Manhajj penyelesaian ibadah umrah

Download aplikasi "Manhajj" di Google Play Store sekarang
Bagi memudahkan lagi penyelesaian ibadah umrah, juga seiring dengan perkembangan teknologi terkini, aplikasi Manhajj diperkenalkan. Antara manfaat aplikasi ini adalah:-

  • pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran dan semakan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif.
  • menghubungkan di kalangan pengguna menerusi laman hiburan yang bermanfaat di telefon bimbit dalam usaha  menambah ilmu pengetahuan
  • pengguna boleh muat naik status menerusi ikon Community.
  • mempunyai ‘panic button’ sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah dan Madinah ; dapat menghubungkan antara jemaah dan mutawwif sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Tanah Suci.
  • pengguna boleh membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah serta soalan-soalan beserta jawapan berkaitan permasalahan umrah.
  • menawarkan Kursus Umrah yang lengkap secara atas talian 
  • mempunyai senarai semak bagi membantu jemaah menunaikan ibadah umrah.
  • pelbagai informasi menarik turut dibekalkan kepada pengguna.

Selain itu, Aplikasi Manhajj juga terdapat jadual waktu solat mengikut lokasi di mana anda berada, info dan panduan umrah, arah kiblat serta soalan lazim yang pastinya banyak membantu menjawab persoalan berkaitan umrah.

Waktu solat

Info dan panduan umrah

Arah kiblat

Soalan lazim mengenai umrah

Satu lagi perkara menarik di Manhajj Mutawwif, selain pilihan pakej yang ada, jemaah boleh memilih sendiri Mutawwif yang mereka mahu. Profile Mutawwif ada di dalam aplikasi. 

Semoga kemudahan yang disediakan oleh Manhajj Mutawwif akan membantu jemaah umrah untuk mendapat umrah yang mabrur. 

Saya doakan juga semua pembaca mendapat rezeki untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah. InsyaAllah. Aaminn.

Muat turun aplikasi Manhajj di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.manhajj.apps.manhajj

Facebook : Manhajj Mutawwif
Instagram : Manhajj Mutawwif
Youtube: Manhajj Mutawwif