Cabaran 5-hari bekal makanan yang sihat | Selama ini mommy tidak menyediakan bekal makanan untuk anak bawa ke sekolah. Mereka akan diberi makan pada waktu rehat di sekolah. Jadi wang belanja juga tidak disediakan. Namun, sejak mommy mengumpul bekas nutrisi menarik dengan pembelian susu, mommy seronok nak menyediakan bekal makanan untuk mereka agar mereka mendapat lebih lagi nutrisi.
Jadual persekolahan Anis 12.45 tengahari sehingga 4.15 petang memberi masa kepada mommy untuk menyediakan bekal makanan yang sihat dan juga makanan kegemaran Anis.
Lebih seronok lagi apabila anak tersenyum riang membawa bekal ke sekolah dan menyerahkan bekal kosong sebaik sahaja pulang ke rumah. Melihat kawan-kawan membeli di sekolah membuatkan Anis turut meminta wang belanja. Namun dengan bekal makanan yang mommy sediakan, tiada lagi rengekan meminta wang untuk membeli makanan di sekolah.
Untuk menyediakan makanan sihat, mommy berpandukan kepada piramid makanan untuk memastikan anak mommy menerima nutrisi yang seimbang.
Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian
Jadual persekolahan Anis 12.45 tengahari sehingga 4.15 petang memberi masa kepada mommy untuk menyediakan bekal makanan yang sihat dan juga makanan kegemaran Anis.
![]() |
| Anis ke sekolah membawa bekal makanan dalam bekal nutrisi Dumex Dugro |
Penyediaan makanan sihat
![]() |
| Sumber google: Piramid makanan |
Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian
Cabaran 5-hari bekal makanan yang sihat
Gigih mommy google untuk mendapatkan idea bagi penyediaan bekal makanan yang menarik. Ada sebab lain mommy menyahut Cabaran 5-hari bekal makanan yang sihat. Nanti mommy ceritakan ya... Jom kita tengok hasil bekal makanan sihat yang mommy sediakan..Isnin
![]() |
| Bekal makanan hari Isnin |
Hari ini mommy terlebih rajin menyediakan nasi ayam. Haa ini kali pertama mommy buat nasi ayam.. Nasi mempunyai karbohidrat dan serat yang tinggi untuk memberi tenaga yang tahan lebih lama. Ayam membekalkan protein untuk membina tubuh.
Selasa
| Bekal makanan hari Selasa |
Untuk karbohidrat dan protein hari ini mommy menyediakan koewteow goreng yang mengandungi pecahan telur dan juga sedikit sayuran.
Rabu
![]() |
| Bekal makanan hari Rabu |
Buah untuk hari ini adalah epal dan anggur. Epal baik untuk pelawasan dan mengandungi serat yang tinggi. Buah anggur pula mempunyai vitamin yang tinggi dan boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan.
Khamis
![]() |
| Bekal makanan hari Khamis |
Hari Khamis, sekali lagi mommy bekalkan buah kiwi dan lobak merah mentah. Haa anak mommy suka makan lobak merah mentah. Ia baik untuk mata.
Untuk hari ini mommy sediakan nasi lemak untuk keperluan karbohidrat dan telur rebus dan ikan bilis untuk memenuhi keperluan protein tubuh.
JumaatUntuk hari ini mommy sediakan nasi lemak untuk keperluan karbohidrat dan telur rebus dan ikan bilis untuk memenuhi keperluan protein tubuh.
![]() |
| Bekal makanan hari Jumaat |
Hari Jumaat, sedikit hiasan istimewa untuk Anis, mommy sediakan juga buah kegemaran Anis iaitu buah anggur. Buah anggur sangat baik untuk metabolisme tubuh. Manakala buah strawberi membantu sistem pencernaan.
Untuk memenuhi keperluan karbohidrat dan protein pada hari ini, mommy sediakan bihun goreng dan telur puyuh rebus.
Mommy berjaya sahut cabaran!
Yeahhh, akhirnya berjaya menyahut cabaran 5 hari bekal makanan yang sihat.
Untuk memenuhi keperluan karbohidrat dan protein pada hari ini, mommy sediakan bihun goreng dan telur puyuh rebus.
Mommy berjaya sahut cabaran!
Yeahhh, akhirnya berjaya menyahut cabaran 5 hari bekal makanan yang sihat.
Apa yang merangsang mommy untuk menyahut cabaran menyediakan bekal makanan sihat adalah Peraduan Resepi Nutrisi Mama. Hadiahnya sangat menarik. Nak tahu apa hadiahnya? Apa syaratnya? Jom baca di website http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/mamacontest [klik url]
Makanan sihat dengan gizi seimbang sangat penting untuk pembesaran anak yang sempurna. Melihat mereka gembira dan membesar dengan sihat adalah suatu anugerah terindah!
Makanan sihat dengan gizi seimbang sangat penting untuk pembesaran anak yang sempurna. Melihat mereka gembira dan membesar dengan sihat adalah suatu anugerah terindah!








































