Showing posts with label Ekzema. Show all posts
Showing posts with label Ekzema. Show all posts
Beza sangat apabila anak-anak sakit berbanding mommy. Mommy kena mengadu berpuluh kali, baru daddy bagi perhatian. Anak-anak baru ada rashes, daddy dah bising-bising minta mommy sapukan ubat.

Set Bare Nuhcessities

Mommy ada ekzema sejak mengandung anak ketiga tahun 2015. Mommy dapatkan set Bare Nuhcessities disebabkan ekzema mommy yang makin merebak. Dari betis dah naik ke paha dan tangan. Ada tempat yang gatal sangat. Tapi untuk entry kali ini mommy nak cerita pasal anak-anak sahaja.

Daddy: Tengok la leher anak ni. Kulit makin tebal dah.
Mommy: Oh, dia main panas, jadi la macam tu.
Daddy: Letak la apa-apa. Nanti makin teruk pula.
Mommy: Letak la Baby Balm Bare Nuhcessities ni.


Baby Balm Bare Nuhcessities

Sayang sungguh daddy pada anaknya. Mommy bukan tak sayang. Anis tu, dah tahu tak boleh berpeluh, bagi juga badan berpeluh-peluh sampai kulit jadi tebal.

Mommy pula memang tengah guna Bare Nuhcessities ni. Jadi kita kongsi-kongsi ya.

Kalau ikutkan hati mommy, mommy biarkan sahaja ia baik sendiri. Tapi daddy dah bising kan. So mommy sapu lah tanpa ragu. Kenapa?

Bare Nuhcessities produk natural

Bare Nuhcessities adalah produk natural. Bahan-bahan dalam Bare Nuhcessities Baby Balm adalah bahan-bahan natural seperti:-

Bahan dalam Bare Nuhcessities Baby Balm ada dalam detail produk di laman web Bare Nuhcessities

Hari pertama tu saja lah daddy sapu. Lepas tu, tugas mommy lah sapu pula. Mommy sapu setiap kali lepas mandi. 2x sekali.

Mommy sapu Bare Nuhcessities Baby Balm sebelum Anis ke sekolah.

Mommy tak perlu risau kerana Bare Nuhcessities Baby Balm bebas bahan merbahaya. Yang ni mommy boleh check dekat EWG.org/skindeep. Bila mommy dah tahu pasal EWG ni, sebelum mommy nak guna apa-apa produk, mommy akan check dulu ingredients kat EWG.

Bare Nuhcessities bebas bahan merbahaya

Selepas beberapa hari mommy sapukan Bare Nuhcessities Baby Balm pada leher Anis, kulit Anis jadi lembut semula. Tak ada dah kulit kasar(ruam yang tebal).

Perubahan selepas menggunakan Bare Nuhcessities Baby Balm

Kulit anis baru sahaja jadi rashes dalam seminggu dua macam tu. Jadi cepat lah ia baik. Kaki mommy dah hampir 4 tahun ada ekzema. Lambat lah nak baik. Tapi mommy tetap guna set Bare Nuhcessities untuk mengurangkan gatal-gatal. Doakan ekzema mommy tak makin teruk ya. Risau tu risau juga. Benda ni jadi masa mengandung. Benda ni makin teruk pon masa mengandung lagi. Cuma lagi bagus la mommy yang ada ekzema daripada anak-anak.

Bukan Anis sahaja yang jadi rashes akibat berpeluh. Amal pon sama. Jadi bila nampak rashes naik sahaja, mommy terus sapu baby balm ni. Hurm cuaca sekarang pula panas sangat kan. Lagi cepat anak-anak berpeluh. 

Mommy recommend ibu-ibu yang ada anak kecil menggunakan produk Bare Nuhcessities ni. Mommy pun dah standby stok untuk baby yang bakal lahir nanti. Kulit baby yang sensetif tak boleh terdedah dengan bahan kimia merbahaya. Lebih-lagi lagi baby yang ada ekzema. Lega mommy ada Bare Nuhcessities ni. Nanti mommy sambung lagi cerita pasal Bare Nuhcessities ya. Nak tahu lanjut boleh layari lama web atau ikuti facebook dan instagram Bare Nuhcessities.


Mari Belajar Mengenai Ekzema bersama Dr  Kartini Farah Rahim | Baru-baru ini mommy irra berkesempatan menyertai Sesi Kaunseling Belajar Mengenai Ekzema bersama Dr Kartini Farah Rahim, Pakar Dermatologi dari Avisena Specialist Hospital.

Anak mommy ada ekzema 2013/2014

Bersama Dr Kartini Farah Rahim, Pakar Dermatologi, Avisena Specialist Hospital dan anak mommy yang masa baby kena ekzema.

Ekzema dan bayi sangat sinonim sekarang ni. Rata-rata bayi baru lahir ada ekzema. Ekzema bukanlah penyakit berbahaya atau berjangkit. Ekzema boleh dikawal dengan baik. 

Ekzema bukan sahaja kena pada bayi. Ekzema tidak mengenal usia. Dari bayi, kanak-kanak, orang dewasa malah orang tua boleh mendapat ekzema. Jadi molek lah kita mengambil tahu serba sedikit mengenai ekzema.

Sebaik sahaja ekzema Anis dah baik, mommy pula yang kena ekzema. Jadi mommy sertai sesi kaunseling ini untuk menimba ilmu bagi diri sendiri. 

Adakah ini ekzema?

Ekzema adalah masalah keradangan kulit yang lazim, berulang-ulang dan gatal.

Bentuk awal semua jenis ekzema
- bintik-bintik halus/kasar
- gatal
- merah
- kering atau bersisik

Antara ciri lain ekzema adalah sejarah ekzema, asma, resdung, alergik. Kemungkinan besar mereka yang ada sejarah di atas akan mendapat ekzema.

Anak mommy sendiri dahulu tahun 2013/2014 ada ekzema. Boleh tengok di link ini http://anisinsyirahmohdrafhan.blogspot.com mommy simpan untuk kenangan.

Walaupun ekzema tak berbahaya, namun kesan ekzema pada kami sekeluarga sangat besar. Ibu ayah yang ada ekzema beruntung sangat dapat join Sesi Kaunseling bersama Dr Kartini ini. Pendedahan banyak benda baru yang memudahkan penjagaan anak ekzema atau mengawal ekzema. 

Untuk sesi kaunseling ini, kami belajar secara amali. Banyak benda baru yang dapat belajar mengenai ekzema. Dan mommy nak kongsikan dengan anda semua. Antaranya:-

Teknik Mengawal Ekzema Kering

- cara betul mandi
Mandi guna pencuci yang tidak berbuih. Bukan sabun. Lepas mandi, dab badan bukan gosok ( dab dab saja).

- cara betul memakai pelembap
Lepas dap badan, lumurkan pelembap. Masa basah lagi tu, senang nak ratakan pelembap.


- cara betul pilih pelembap
Untuk kulit kering sangat, pakaikan pelembap yang lebih tahan lama(ointment)

Air -> Lotion -> Cream -> 
Ointment - >Vaseline

Turutan pelembap semakin tahan lama

Pemilihan pelembap bergantung kepada:-
- tahap kekeringan kulit
- cuaca
- kesesuaian bayi
- kos

Pelembap yang baik mesti mengandungi minyak (galian atau tumbuhan)

Tambahan glycerin, ceramide, kolestrol, free fatty acids. Bahan-bahan yang membantu: squalene, Sodium Hyaluronate, Glycyrrhetic acid, palmitoylethonalamine, telmesteine, Vitamin E.

Anda boleh rujuk www.ewg.org/skindeep untuk mengetahui bahan yang ada dalam setiap produk yang kita gunakan adalah terbaik.

Untuk ekzema basah, gunakan lotion / KMNO4
Untuk ekzema kering, gunakan pelembap krim/minyak
Untuk ekzema tebal, gunakan pelembap minyak

- cara pelembap kekal lama
Lepas lumur pelembap, tutup dengan ointment


Untuk sapuan steroid, mohon rujuk dengan doktor pakar Dermatologi yang merawat anda ya. 

- Pembalut  fabrik elastik (wet wrap)
Lumur pelembap, sapu ointment, wet wrap. Tahan 4 jam.


Kebaikan wet wrap
- menyejukkan kulit
- meninggikan kelembapan kulit
- mengurangkan gatal
- menghalang dari tergaru

Ekzema mendatangkan stress. Stress akan merangsang ekzema. Jadi, pesakit mahupon kedua ibu bapa pesakit ekzema perlu mengawal emosi. Antara aktiviti yang membantu mengawal emosi ini adalah:-
  • senaman ringan/riadah
  • bersikap positif
  • menghubungi rakan yang mengalami ekzema, berkongsi pendapat dan mendapat ilmu
  • ikut kumpulan sokongan seperti Malaysia Eczema Support Community
  • berjumpa dengan pakar psikiatri atau Psikologi


Kalau ada lagi kelas amali mengenai ekzema ni, mommy akan kongsikan dengan anda. Belajar face to face lagi mudah hadam kan. Semoga perkongsian ini  serba sedikit membantu anda yang menghidap ekzema atau pon ada anak ekzema. 

Sebelum anak mommy kena ekzema, mommy tak biasa dengar atau kenali sesiapa ada ekzema. 

Selepas anak mommy kena ekzema, mommy kerap dengar baby kena ekzema termasuk anak kenalan mommy sendiri.

Mommy juga baru tahu adik beradik, nenek mentua, sepupu juga ada ekzema. Ada yang kena ekzema dari kecil hingga dewasa. Macam-macam kisah ekzema. 

Ekzema ni ada ekzema kering, ada ekzema basah. Argh! Ekzema kering tu mesti macam yang mommy hadapi sekarang. Ekzema basah pula ekzema yang anak mommy, Anis lalui ketika masih bayi. 

Mari belajar mengenai ekzema

Walaupun dah ada pengalaman anak dan pengalaman sendiri, mommy rasa teruja nak belajar mengenai ekzema bersama Dr Kartini.

link

Mana tahu ilmu ekzema ini dapat meredakan kegatalan yang mommy lalui sekarang. Ekzema mommy meradang ketika mengandung sahaja. 

8 Disember Avisena Specialist Hospital

Tak tahu lah ada kekosongan lagi atau tidak. Cuba lah hubungi mereka. Mana tahu ada rezeki anda anda lagi. 


Pelembap semulajadi untuk kulit kering | Kulit kering merupakan salah satu proses penyakit kulit atau nama lainnya adalah ekzema. Setelah kulit kering di kaki mommy disahkan oleh doktor adalah ekzema, mommy mula mencari pelembap. Tapi mommy taknak pelembap yang mempunyai bahan kimia. Mommy mencari pelembap semulajadi untuk kulit kering supaya tidak merangsang ekzema itu keluar.
Lovera | Pelembap semulajadi untuk kulit kering
Lovera | Pelembap semulajadi untuk kulit kering

Apa itu ekzema?

Ekzema adalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi, namun begitu orang dewasa juga tidak terkecuali. Yang dewasa tu termasuk mommy lah...uhuhuhuu

Walaupun ekzema ni bukan lah penyakit berjangkit, namun ia merupakan penyakit komplikasi yang menyebabkan pesakit rasa resah dan tidak selesa sepanjang masa.

Gejala ekzema

  • Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.
Mommy kena ekzema macam mana? 
Kulit kaki menjadi tebal, kasar dan kehitaman sejak mengandungkan anak yang ketiga, iaitu pada tahun 2014. Namun selama 3 tahun ini mommy tak sapu atau makan apa-apa ubat. Biar je sehinggalah daripada sikit, menjadi banyak. Nak tunjuk kat sini tak boleh la... Aurat kan..

Mommy jumpa doktor baru-baru ni, doktor sahkan kulit kering tu adalah ekzema. "Mild eczema". Tak mustahil akan jadi lebih teruk. Mungkin jadi macam anis dahulu. Huhu 

Punca ekzema

Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan ekzema seperti:-

  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah mengalami ekzema, asma, dan allergik
  • Perubahan emosi yang ketara seperti resah dan stress
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan
  • Bahan-bahan iritasi seperti asap rokok, bahan kimia, cuaca yang terlalu panas
  • Alahan: habuk, hama
Punca ekzema mommy sah lah merupakan genetik keluarga. Mommy penghidap asma masa bayi sehingga berusia 12 tahun. Selepas itu mommy jarang diserang asma lagi. 

Kitar Ekzema

Ekzema berlaku disebabkan oleh kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan alahan mudah meresap ke dalam kulit dan mengakibatkan kulit kehilangan kelembapan yang banyak.

Ekzema menyebabkan kegatalan yang amat sangat dan keinginan untuk menggaru. Wajib garu lah. Teringat mommy pada anak kedua, Anis yang menghidap ekzema. Dia akan garu sampai berdarah-darah. Semakin kering kulit, semakin gatal. Jika di garu secara berulangan akan menyebabkan kulit terkoyak dan menjadi ruam. Kitaran ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti berikut:-

  1. Kecacatan fungsi penghadang kulit
  2. Kehilangan kelembapan kulit
  3. Kegatalan
  4. Mengaru-garu
  5. Keadaan kulit semakin merosot
  6. Rawatan dan pemulihan

Langkah untuk mengelakkan tercetusnya ekzema dan pemulihan fungsi penghadang kulit adalah mengawal kitar ekzema dengan melembapkan kulit.

Jadi mommy memilih Lovera Magic Jelly kerana Magic Jelly ini kerana ia:-
  1. Bebas paraben
  2. Tiada pewarna tiruan
  3. Tiada merkuri
  4. Tiada bahan berbahaya

Belian mudah boleh dibuat di http://www.lovera.com.my/product/magic-jelly/ .. Zaman sekarang semua dihujung jari sahaja. Mudah dan barang yang kita nak sampai di depan rumah. Jangan tak ada di rumah pula ye? Hihi
Belian online Lovera Magic Jelly

Apa yang menariknya Lovera Magic Jelly?

1. Saiz botol Lovera Magic Jelly boleh dimuatkan dalam beg tangan. Jadi mommy boleh simpan dalam beg tangan dan bawa ke mana sahaja. 
2. Bau aloe vera asli. Bau yang macam ni tidak akan mengganggu hidung mommy yang sensetif pada bauan. 
3. Warna putih. Kita tahu dari sini Lovera tidak menggunakan pewarna tiruan. 
4. Rasa sejuk. Lovera yang disapu pada kulit membuatkan kulit rasa sejuk. Best je.
5. Lovera meresap ke dalam kulit memberi keselesaan. 

Dengan 5 faktor di atas membuatkan mommy tak pernah lupa untuk menyapu Lovera Magic Jelly pada kaki mommy setiap hari. Mommy dah ada kulit keras kehitaman selama 3 tahun, mustahil magic boleh hilang dalam masa dua minggu. Tapi Magic Jelly ini telah membantu melembapkan kulit mommy. Maaf tiada gambar untuk dijadikan bukti sebab aurat. Tapi percayalah(nyanyi seperti lagu TokTi), kita semua dah sedia maklum aloe vera sangat berkhasiat untuk kulit. Nak cari aloe vera sekarang ni susah, Lovera dah sangat membantu menyediakan Magic Jelly yang mudah digunakan.

Kegunaan lain selain pelembap semulajadi untuk kulit kering

Haa selain untuk melembapkan kulit, Magic Jelly juga membantu merawat jeragat dengan berkesan, menghilangkan kulit yang kusam, merawat rambut seperti  mengurangkan kelemumur, melicinkan rambut yang tidak teratur, boleh digunakan sebagai serum rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Ada lagi! Magic Jelly boleh merawat bibir merekah dan kering, digunakan sebagai pelembap kulit, pembersih make up, serum muka dan Makeup-primer. Fuhh semua boleh guna tanpa was was kerana ia produk natural..


Instagram : @LoveraMalaysia
E-mail : hello.lovera@gmail.com
HOTLINE : +6011 32348255 

Apa itu ekzema? 

Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih apabila immune system mereka stabil. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 
Sumber: SINI 

Senarai gejala ekzema yang paling biasa dialami pesakit ekzema:

  • keradangan kulit: pembengkakan permukaan kulit dan tisu asas
  • kemerahan: disebabkan oleh luas permukaan saluran darah dalam kulit menjadi besar dan peningkatan aliran darah ke kawasan terjejas
  • gatal-gatal: boleh berbeza-beza bagi setiap individu dan membawa kepada keradangan yang boleh menyebabkan jangkitan.
  • kering, kulit bersisik: bergantung kepada jenis kulit
  • kulit pucat dan kehilangan pigmentasi: kerana kekurangan aliran darah yang disebabkan oleh kesan gangguan ekzema
  • kulit keras tebal: masa ke masa kukit boleh menjadi tebah kerana menggaru berterusan. Kulit cuba untuk melindubgi dirinya dengan menghadilkan lebih keratin(protien pelindung yang kuat ditemui dalam sel-sel kulit).

Semua dalam senarai di atas dialami oleh Anis Insyirah dahulu. Ekzema adalah pengalaman ngeri buat mommy. Bagaimanakah untuk memastikan anak seterusnya tidak mengalami ekzema? Dan permulaan ekzema adalah ruam biasa sahaja. Apakah yang menyebabkan ruam menjadi ekzema? Bagaimana hendak mencegah ekzema? Jawapan semua ada dalam blog mommy. Kena godek-godek lah blog mommy.


Ekzema bukan penyakit membawa maut, tapi ia mimpi ngeri! Ekzema akan mengganggu aktiviti harian anda secara total!

Ekzema bukan penyakit membawa maut, tapi ia mimpi ngeri!
Ekzema bukan penyakit membawa maut, tapi ia mimpi ngeri!

Masa mommy buat entry ni, Adam tanya kenapa muka Amal merah. 

Mommy: Ni bukan Amal. Ni Anis.

Adam: Kesian Anis.

Yang tengok merasa kesian, yang merasa? Yang nak kena menghadap? Mencegah lebih baik dari mengubati.

Tips Bayi Cegah Ekzema Sejak Dalam Rahim Ibu

Hentikan pengambilan biji kekacang. Kenapa tak boleh makan kekacang? Sebab kekacang mempunyai toksik semulajadi yang tinggi iaitu aflatoksin. 

Tips cegah baby kena ekzema | Tinggalkan AFLATOKSIN
Tips cegah baby kena ekzema | Tinggalkan AFLATOKSIN


Apa itu Aflatoksin?

Aflatoksin adalah penyebab kanser hati. Selain itu, penurunan sistem imun tubuh dan gangguan terhadap metabolisma protien. 

Makanan apa yang mengandungi aflatoksin? 

Biji kekacang seperti;
-kacang tanah
-kacang kedelai(bahan asas dalam kicap, tauhu, tempe)
-pistachio
-bunga matahari


Bila ibu mengandung mengambil makanan yang mempunyai aflatoksin, ia akan disalurkan kepada baby. Aflatoksin akan meningkatkan alergik baby. 

"Kacang tanah paling tinggi aflatoksin. You amik kacang letak bawah microscope, you akan nampak kulat saja dekat kacang tu.", kata Doktor yang merawat ekzema Anis Insyirah.
Tips cegah baby kena ekzema | Tinggalkan AFLATOKSIN
Tips cegah baby kena ekzema | Tinggalkan AFLATOKSIN


Bayi yang mempunyai kadar alergik yang tinggi akan menjadi sensetif. Apabila toksik dirangsang dengan chemical seperti Sodium Laurate Sulfate yang terdapat dalam mandian baby, maka terjadilah ekzema. 

Apabila seseorang mendapat ekzema, badan kena detox toksik tu baru lah kulit akan menjadi stabil. Selagi kadar alergik macam tu je dalam badan dan immune system tak stabil, proses penyembuhan akan menjadi lambat. Immune system baby bawah 24 bulan adalah tidak stabil. 

Selain elakkan kekacang, sila lah amalkan diet seimbang dan pemakanan sihat sepanjang kehamilan. 




Baby Amal kena batuk kahak kerana berjangkit dari abang dan kakak. Alhamdulillah batuk tak effect paru-paru Amal. 


Di hospital, Amal diberi ubat cairkan kahak. Kesian baby lagi dah batuk kahak. Tapi jangan kesian tengok gambar ni. Ini nak bantu Amal. Batuk yang berlarutan membahayakan Amal. Ada potensi menjadi asma. 


Kakak Anis di usia 25 hari. Sedih mommy bila tengok gambar ni. Tak tahu ini tanda awal ekzema. T_T


Peringatan, sekiranya ada baby yg punya ruam sebegini, ini tanda awal ekzema. Jangan sapu apa-apa ubat steroid kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Sebaiknya, kajilah apa itu ekzema, punca dan cara menanganinya.


Mencegah lebih baik dari mengubati. Ada  cara nak mencegah ekzema sejak baby dari dalam kandungan mommy.



Kesan alergik terkena aiskrim


Aiskrim yang terkena pada mana-mana bahagian kulit Anis Insyirah akan memberi tindak balas yang sangat cepat.

Betapa banyak bahan kimia, pewarna, emulsifier dalam aiskrim. 

Dah tahu ada alergik kenapa bagi makan jugak? Bagi ja la dia makan, supaya immune system badan dia perlahan-lahan menjadi kuat. Mommy bukan bagi banyak pon. 


Alergik dengan aiskrim ni hanya akan berlaku jika aiskrim tu terkena pada kulit. 


Dalam gambar tu, tangan Anis Insyirah yang ada aiskrim sentuh perut. Mommy pula lambat basuh tangan dan tak perasan Anis Insyirah dah menggaru perut. 

Motif mommy kat sini adalah untuk menyeru semua ibu yang sedang mengandung menjaga pemakanan semasa baby dalam kandungan lagi. 

Punca penyakit daripada genetik keluarga adalah hanya 10% sahaja, maka 90% lagi adalah daripada daripada gaya pemakanan harian kita.

Untuk makluman semua juga, 90% makanan proses yang ada adalah makanan yang tidak sihat. Hanya 10% makanan proses yang sihat dan ia merupakan makanan organik. Makanan organik pula susah nak diperolehi dan harganya lebih mahal. 

Tapi anda sebagai seorang ibu akan sanggup buat apa sahaja untuk pastikan anak sihat. 

Mommy dulu tak tahu apa-apa. Tapi bila dah merasa anak menghadapi ekzema, mommy berubah. Padahal dulu tak tahu langsung apa itu ekzema. 

Selagi tak kena boleh la cakap macam-macam. Dah kena, nak patah balik memang tak boleh dah. Kena hadapi dengan sabar dan tabah. Berdoa agar semua nya berakhir. 

Sejarah ekzema Anis Insyirah ada mommy ceritakan daripada hari pertama lahir sehingga ekzema dah baik. Sekarang tinggal alergik sahaja.

Alergik pada badan Anis Insyirah dalam gambar tu hilang selepas sejam.


Dikhabarkan cuaca panas akan berlaku sehingga penghujung Mac. Sekarang Mac pon tak masuk lagi.

Tengok lah tuan puteri hamba. Begini lah nasib si anak yang ada penyakit auto-immune. Fasa ekzema: kulit kering, gatal, keras, berair dan mengelupas dah lama berakhir. Hanya tinggal fasa kulit tak tahan panas dan peluh.


Kesian tengok. Tapi apa kan daya. Cuaca bukan mommy dapat control. Im doing my best supaya keadaan tak memudaratkan.


Rashes comel-comel ni akan hilang selepas beberapa hari. Dan akan muncul bila Anis Insyirah berpeluh.

Pasang la aircond? Hahaha itu aje ke penyelesaiannya? Aircond akan mempercepatkan proses penuaan. Aircond akan mengeringkan lagi kulit kerana dia menyerap air melalui kulit kita. 

Baik aircond hanya boleh menyejukkan. Buruk aircond? Anak oh anak, bertabahlah kita kepanasan kerana cuaca sekarang ni ye. Janji badan sihat.


Bila abang makan aiskrim, kakak pon nak makan aiskrim jugak. Dia dah nampak abang makan aiskrim, meraung la nak jugak. Berguling-guling. 

Tak tau la dulu macam mana handle Adam Rayyan. Adam Rayyan tak dak pon dok guling-guling. Hahaha

Dah la pesyen belasah la tang mana pon asal tak dapat apa dia nak mesti akan guling-guling. Dahsyat anak dara ni. 

Biasa la ragam anak kan. Mana nak sama semua. Kalau pasif nanti susah hati pulak. 

Okey, nak cerita tadi kakak Anis Insyirah dapat makan aiskrim. Tengok la hasilnya bila mommy tak tengok dia makan.
Kesan apabila terkena aiskrim

Makan macam mana la sampai habis satu muka kena aiskrim. 

Merah kulit apabila kena aiskrim

Kulit dia memang tak tahan kalau kena aiskrim. Cepat ja tindak balas.


Tapi bagi jela dia makan sikit. Lepas sejam dua elok balik la muka dia.


Bila mommy update status kat facebook je keluar cerita hari ni pada tahun-tahun yang lalu.

Ini cerita tahun 2015. Anis Insyirah kena ekzema. 


24 jam kena pakai sarung tangan. Kalau tak dia menggaru sampai berdarah. 


Kalau pakai sarung tangan pon dia akan tenyeh sampai berdarah juga. Tapi better than garu menggunakan kuku. Kuku banyak kuman dan akan memburukkan lagi keadaan.


Dalam muka macam ni pon dia mampu tersenyum. Very good girl!


Orang tak tahu. Kalau gatal, saya mengamuk la. Hihihi. 


Ekzema kulit kering, tebal, berair dan berdarah dah tak ada lagi. 


Semoga terus sihat anakku!


Satu lagi masalah yang akan mengganggu pesakit ekzema pada musim panas adalah debu atau habuk. 

Korang perasan tak? Habuk cukup banyak dan cepat terkumpul bila cuaca panas.

Tengok habuk yang terkumpul pada kelambu moden ni. Rasa macam baru je lagi cuci kelambu ni. 


Kelambu ni kira berfungsi juga untuk menghalang habuk dari terus menapak ke cadar dan sarung bantal. 

Tapi kena rajin gebar jugak. Anak-anak bertuah suka la bawa habuk-habuk masuk kelambu. Almaklum kelambu ni bukan sahaja tempat tidur, malah jadi tempat bermain.


Semalam tak nampak pon habuk banyak macam ni. Mommy nak kena cuci kelambu la hari ni. Senang je nak kering kelambu ni. Jadi tak ada masalah nak mencuci selalu.

Bila berhabuk banyak ni la akan mengganggu pesakit ekzema. Jadi nak buat macam mana? 

Pastikan tangan anak anda sentiasa bersih. Sebab tangan kotor yang berdebu dan menggaru tu akan menyebarkan kuman-kuman. 

Anis Insyirah kalah dengan debu dan peluh. Penyelesaiannya mudah, lepas main kotor dan berpeluh, cepat-cepat bersihkan sebelum mereka tidak selesa dan mula menggaru. Jadi tak ada la dia tak boleh langsung berpeluh atau bermain kotor.

Bila anak kena ekzema, depa suruh hang pantang itu pantang pantang ini. Orang sekarang berpantang makan mengikut saja kata tanpa mengambil tahu sebab musababnya. Orang dulu-dulu dah tahu kesan pemakanan ke atas tubuh badan tetapi tidak diterangkan secara saintifik.

Dahulu: ekzema flare up

Sekarang

Ekzema

Dulu-dulu, mommy pantang itu pantang ini. Tapi anak masih gatal-gatal jugak. Baik aku makan semua benda; takda beza berpantang atau tidak! Hahaha okey itu pemikiran cetek aku kerana tak ada ilmu masa tu.

Pernah, aku menangis hanya kerana emak tak bagi makan ayam. Hahaha dan sekarang aku menertawakan diri sendiri. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana melawan emak pada masa itu. Apa yang orang tua suruh buat pasti ada sebab dan musabab. Cuma tak sampai makna dekat kau atau kau taknak terima saja.

Ini mommy nak bebel pasal ekzema sebab hari demi hari banyak pula kes ekzema keluar dekat wall facebook. Haishh kenapa makin ramai yang kena ekzema ni?

Ekzema disebabkan faktor genetik. Di sekolah kita belajar pasal genetik. Banyak penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, talasemia dan bermacam-macam lagi dipengaruhi oleh genetik keluarga. Jika anda adalah pembawa, maka anak itu hampir pasti akan mewarisi penyakit genetik.

Kecik-kecik dulu aku ada lelah. Tapi tak sampai tahap kena pakai inhaler. Setiap bulan mesti ke klinik. Kenapa bukan hospital? Sekarang baru ku tahu, kebiasaannya dosage ubat klinik lebih tinggi daripada dosage yang diberikan oleh hospital. Sebab itu aku akan cepat baik jika ke klinik berbanding ke hospital. Kemudian aku akan ke klinik lagi pada bulan-bulan seterusnya untuk mendapatkan rawatan. Nampak sesuatu di situ? Ubat sintetik ini tidak menyembuhkan tetapi hanya meredakan seketika penyakit tersebut.

Pada usia 13 tahun, lelah aku hilang. Mak ada amalkan madu lebah kepada kami sekeluarga setiap pagi. YA ini baru lah kaedah rawatan pemakanan holistik yang betul. Tapi ambil masa la nak baik kerana berlawanan dengan rawatan suppression/dadah.

Mari kita selidik. Aku pembawa auto-immune. Mak dan abah tak ada pon penyakit auto-immune ni. Haaa ada satu benda yang orang jarang tahu. Vaksin mampu mengubah reseptor sel badan manusia menjadi sel yang lain. Daripada tidak ada penyakit auto-immune kepada ada penyakit auto-immune. Yang ni aku tidak memandai-mandai cerita. Herbalist yang bagitau. Dia cakap secara saintifik, jenuh aku nak faham. Tapi boleh la faham cuma tak boleh nak terang sebagaimana herbalist terangkan kat aku.

Okey lah, sambung semula. Aku adalah pembawa auto-immune. DaddyG bukan pembawa. Emak dan ayah daddyG juga bukan pembawa. Tetapi nenek sebelah emak ada ekzema. Itu pon ekzema bila dah berusia. Haa ekzema ni tak mengenal usia, sampai masa dia nak menyerang, SERANGGGGG!! Bertabah je la.

Vaksin

Anak pertama aku, Adam Rayyan. Alhamdulillah. Tak ada apa-apa masalah kecuali lambat bercakap. Untuk pengetahuan semua, Adam Rayyan dah boleh bercakap awal lagi. Akan tetapi tiba-tiba dia jadi senyap. Kami perasan perubahan ini selepas dicocok. Mungkinkah ini juga di sebabkan oleh vaksin?

Entry aku kali ini menyalahkan vaksin secara total. Maaf, ini adalah daripada pengalaman yang dilalui sendiri.

Korang tau ke apa ingridient dalam vaksin yang diambil?
Untuk apa cucuk setiap bulan?
Ada diterangkan sebab kenapa perlu cucuk?
Adakah mengambil vaksinisasi ini wajib atau optional?

Atau sama je macam aku, ikut schedule yang diberi dan tadah je paha anak. Never ever tanya tukang cucuk tu kenapa kau cucuk anak aku. Haa bukan tu aje, aku yang kena cucuk sepanjang mengandung pon tak tanya kenapa aku dicucuk. Sekali dah siap nurse suruh sain. See?!

Kami mak ayah ni tadah telinga orang tanya pasal Adam Rayyan tak cakap. Cukup 2 tahun dia dah mula bersuara. Alhamdulillah. Perkembangan yang positif hari demi hari.

Hingga ke hari ada lagi soalan "Adam Rayyan dah boleh bercakap?". Adam Rayyan mungkin juga menurun daddyG. Tidak banyak bercakap bila bersama dengan orang lain. Dengan mommy daddy, dia cakap je. Jadi, orang ingat dia tak boleh cakap. Sabar je la.

Aku ada je baca pasal vaksin sebelum bersalinkan Anis Insyirah. Tapi aku takut kalau tak amik vaksin, apa jadi kat anak. Merisik-risik doktor yang merawat anak. Semua doktor suruh ambil suntikan vaksin. Aku diberitahu risiko jika tidak ambil suntikan vaksin. Ha ha ha mak mana tak takut wei. Okey cucuk jela.

Lepas dilahirkan, muka Anis Insyirah naik ruam tebal. Aku berpantang di kampung. Mak jenis yang relaks. Tak gelabah macam aku. Kami sapu bedak sejuk. Itu sebenarnya kesan cucuk vaksin pada hari pertama. Kiranya Anis Insyirah ni tidak boleh melawan vaksin/bedasing yg masuk ke dalam badannya. Vaksin trigger/merangsang ekzema. Ruam-ruam tersebut adalah tanda-tanda awal ekzema.

Susah juga kita nak tahu itu ruam panas atau tanda ekzema. Memandangkan sebelum ini tak pernah tengok baby yang ada ekzema, maka kita memang tak alert langsung pasal ekzema.

Mak mandikan cucu dengan air kosong. Baby bau syurga. Sama la Adam Rayyan pon. Dalam pantang, mandi air kosong je. Bila orang sampai depan pintu rumah dah bau wangi baby yang kuat. Rindu nya bau baby...

Kesan selepas divaksin, paha Anis Insyirah membengkak selama sebulan. Ruam semakin teruk. Merah seluruh badan. Berair dan gatal. Apabila digaru, berdarah-darah.

Aku masih cucuk 5 bulan. Sebab doktor kata tak ada kaitan vaksin dan ekzema.

Lepas cucuk makin memburuk keadaan Anis Insyirah. Kesian Anis Insyirah. Kesian aku sendiri. Tapi benda dah jadi. Kau kena terima dengan redho. Sabar dan berusaha.

Doktor pakar kulit kata ekzema tak ada ubat. Sedih sangat. Habis 'ubat' sapu yang diberi untuk apa? 'Ubat' tu bukan untuk merawat. Hanya untuk meredakan radang sahaja.

Toksik

Bila ditemukan dengan herbalist Nizam, aku diterangkan mengenai ekzema dan apa yang mencetuskan ekzema. Apa yang aku kena buat dan tinggalkan. Kenapa aku perlu buat dan perlu tinggalkan.

Dia terangkan bagaimana vaksin itu bertindak. Dia terangkan bagaimana vaksin itu menyebabkan Anis Insyirah mendapat ekzema. Ya Allah, banyak sungguh benda yang aku tak tahu dan aku mula bertanya macam-macam sehingga aku faham.

Bila berubat, hubungan dengan pengamal perubatan harus tip top! Keyakinan yang tinggi akan meningkatkan kesabaran diri untuk mencapai kejayaan.

Aku harus tahu kesan jika aku TIDAK AMBIL vaksin ke atas Anis Insyirah. Jawapan mudah, "lagi cepat badan Anis Insyirah akan pulih".

Panjang lebar klu nak terang A to Z. 7 bulan menjaga Anis Insyirah yang gatal sepanjang masa. Setelah semua dah baik, baru ku sedar tentang banyak perkara.

Pesakit ekzema mempunyai kadar alergik yang tinggi dalam badan mereka. Mungkin disebabkan samada oleh genetik atau pemakanan. Kewujudan natural high toksin iaitu aflatoksin juga akan meningkatkan kadar alergik dalam badan. Aflatoksin yang diambil tidak dapat dikeluarkan dari badan. Maka, apabila alergik ini dirangsang, ekzema akan meradang.

Wahhh aku tak tau pon pasal aflatoksin ni. Aku memang makan banyak gila kacang tanah sepanjang mengandung. Seminggu 3-4x. MasyaAllah. Mommy tak tau sayangku Anis Insyirah.


Bila badan Anis mempunyai kadar alergik yang tinggi, badan dia jadi tak tahan panas, tak tahan peluh, tak tahan habuk/debu dan tak tahan langsung dengan bahan chemical.

Tahukah kita, kehidupan kita dikelilingi dengan chemical.

Ikan diletakkan kloroform untuk bagi tahan lama.
Sayuran disembur racun serangga supaya tidak dimakan ulat.
Garam diputihkan menjadi toksik.
Gula diputihkan menjadi racun.
Beras juga diputihkan sehingga hilang zat-zat.

Segala mandian dan sabun basuh pakaian mengandungi chemical.
Ayam dan lembu dicucuk vaksin dan antibiotik.

Semua perkara basic pon ada chemical. Benda ini sangat mengganggu pesakit ekzema kerana ia akan merangsang dan mencetuskan ekzema.

Chemical yang berkumpul dalam badan menjadi toksik. Toksik ini la yang meningkatkan alergik tubuh.

Organik


Penggunaan bahan apakah yang menampakkan perubahan positif yang ketara sepanjang ekzema Anis Insyirah meradang?


Mandian air daun sireh.

Selepas sekali sahaja mandi dengan mandian air daun sireh, segala kasar-kasar di badan Anis Insyirah pada masa itu menjadi lembut. MasyaAllah. Bagi setiap sakit, Allah bagi ubatnya. Kita kena berusaha tanpa jemu.

Sejak aku tahu akan realiti kehidupan sebenar, kami sekeluarga melakukan perubahan drastik. Tiada istilah berpantang makan. Kami mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Pemakanan organik.

"Susah tak?". Demi anak apa sahaja kami mampu buat. Cukup la sekali pengalaman ini. Takkan sesekali nak merasa lagi.

Haaa kalau ada yang rasa mommy ni tak betul, sila lah merujuk pada orang lain. Merujuk pada yang pakar. Kaji dan selidik.

Cari dan gali ilmu.



Hari Sabtu lepas, 27 Disember 2014 mommy ada appoinment untuk second MGTT di Klinik Dunia Medik. MGTT yang pertama dah buat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Shah Alam. Lepas tu mommy dah tak pergi buat pemeriksaan di klinik kerajaan kerana kekangan masa daddyG. 

Masa temujanji itu la daddyG ada meeting. Bila daddyG tak ada, mommy tak boleh nak uruskan kedua-dua mereka di klinik. Dah la tunggu berjam, anak-anak pon bosan dan meragam. Tak kira mereka berlari keliling tempat pesakit menunggu. Ohhh mommy tak larat! 

So, lepas tu kami hanya buat pemeriksaan ibu dan anak di Klinik Dunia Medik Seksyen 23 Shah Alam. Jauh dari rumah tapi layanan doktor kat situ sangat  memuaskan hati. Terbaik lah! 

Hari ni nak buat MGGT, so malam tadi start berpuasa jam 11 malam. Pagi ini temujanji jam 9 pagi. 

Mommy rajin update status kat facebook:
"2nd MGTT" at Klinik Dunia Medik Seksyen 23 Shah Alam.

Mommy dah register semua, cuma tunggu nak jumpa doktor sahaja. Dapat komen "Elak MGTT, ia mencetuskan candida overgrowth".

Apa perasaan bila mana anda sedang dalam proses MGTT. Dah puasa dari jam 11 malam tadi. Tiba-tiba member bagitau , "Elak MGTT, ia trigger candida overgrowth". 

Apa itu candida overgrowth? Haa mommy pon tak tahu menahu sangat. Mommy bukannya doktor. Nak study lebih-lebih, elok lah kita bersederhana. Study lebih-lebih tapi yang faham dan di ambil pusing sedikit sahaja buat apa kan. Dapat disimpulkan di sini candida overgrowth ada kena mengena la dengan ekzema. So mommy cuak la. Mommy taknak babyB ada ekzema.

MGTT done! Tapi hati masih resah gelisah. 

So mommy pon bertanya herbalist Melayu dan herbalist cina pasal candida overgrowth ni.

Mommy bertanyakan herbalist cina yang juga merupakan seorang doktor dan pengamal perubatan tradisional cina.


Kemudian herbalist melayu pulak. 


Alhamdulillah. Apabila berubat, sila ada connection yang baik dengan mereka yang mengubati/merawat anda. Walaupun ekzema Anis Insyirah boleh dikatakan hampir pulih sepenuhnya, mommy masih berhubung dengan herbalist yang merawat Anis Insyirah.  

Ibu-ibu mengandung yang pernah ada anak ekzema rasanya boleh faham message di atas kan. MGTT tak ada kaitan dengan ekzema.


Semua parent nak yang terbaik buat anak-anak. Mommy sendiri memilih kaedah rawatan tradisional yang menggunakan 100% bahan semulajadi dan rawatan pemakanan sihat. Semoga anak-anak mommy sihat.

Hurmm...Result MGGT keluar minggu hadapan. Harap tak ada kencing manis semasa mengandung anak ketiga ni. 


Mommy nak ajak semua buat sedikit ulangkaji mengenai ekzema. Walaupon bukan saudara terdekat anda mengalami ekzema, maybe anda dapat membantu kawan-kawan yang anaknya ada ekzema atau sesiapa sahaja yang berada berhampiran anda yang mengalami ekzema.

Dulu mommy takut tengok baby ekzema dan langsung tak ambil tahu perihal ekzema. Sehingga tanda-tanda awal ekzema ada pon mommy tak perasan. Jangan jadi macam mommy. Jom kita cegah ekzema!


Ekzema adalah penyakit kulit yang kronik. Pesakit ekzema akan berasa gatal yang amat dan akibat menggaru menyebabkan ekzema semakin memburuk. Kalau kena gigit nyamuk pon dah gatal kan. Ini kan pulak ekzema yang gatal teramat sangat.

Kualiti kehidupan pesakit dan keluarga pesakit ekzema akan berubah 100%. Ia bukan sakit yang membawa maut, tapi ekzema adalah sakit yang akan mengganggu mental dan persekitaran pesakit dan keluarga.

Ekzema ni kita boleh cegah sebenarnya. Doktor kata anak ekzema sebab keturunan. Alhamdulillah anak pertama, Adam Rayyan tak ada apa-apa penyakit auto-immune sama ada ekzema, asma atau alergik. 


Ekzema Anis Insyirah berpunca daripada pemakanan semasa mommy mengandung. So, ekzema ni boleh dicegah dengan menjaga pemakanan semasa mengandung. Masa mengandung Anis Insyirah mommy tak tahu pon pasal makanan yang boleh meningkatkan alergik.
Ekzema pada pengetahuan mommy adalah apabila kadar alergik yang tinggi dalam badan dan ekzema akan maradang apabila dirangsang. Tahap ekzema akan bergantung kepada tahap alergik dalam badan seseorang. Lagi tinggi alergik, lagi teruk ekzema. 


Cara nak merawat ekzema dari akar umbi adalah dengan mengurangkan alergik tersebut dengan cara detox alergik. Bagaimana? Jika berminat nak mengetahui lebih lanjut boleh pm/email mommy ya. Mommy tak jual ubat tau. Tapi nak merawat yang betul kena direct terus dengan mommy. Mommy nak tahu keadaan pesakit ekzema dan rawatan semasa yang digunakan. Baru senang mommy nak terangkan cara rawatan yang sesuai untuk pesakit.


Di sini mommy lebih kepada pencegahan ekzema sejak dalam kandungan lagi dan memastikan kadar alergik baby dalam kandungan adalah seminima mungkin. 

Bila Anis Insyirah ada ekzema, mommy takut nak beranak lagi. Tapi rezeki Allah bagi, mommy kena hadapi jua. Anis Insyirah tinggal sikit je lagi alergiknya. Maka, penekanan sekarang adalah kepada baby dalam kandungan.

Mommy taknak pisang berbuah dua kali. Cukup 7 bulan menghadap kulit ekzema yang berdarah, berair dan berkeruping. 

Mommy dan daddy sanggup tak makan makanan yang boleh meningkatkan kadar alergik. Mommy dan daddy sanggup tak makan makanan yang boleh merangsang ekzema. Mommy sanggup tinggalkan semua makanan yang tidak sihat walaupon suatu ketika dahulu ia adalah feveret mommy.

Apa makanan yang boleh meningkatkan alergik dalam badan?
Makanan yang mempunyai aflatoksin iaitu toksik semulajadi yang tinggi. Aflatoksin berada dalam segala jenis kekacang terutamanya kacang tanah.

Aflatoksin yang masuk ke dalam badan akan kekal dalam badan dan tidak dapat dikeluarkan. Bila mommy makan aflatoksin, baby akan mendapat aflatoksin melalui ibu dan kadar alergik baby akan meningkat. 

Baby yang mempunyai kadar alergik yang tinggi akan menjadi sensetif. Apabila toksik dirangsang dengan chemical seperti Sodium Laurate Sulfate yang terdapat dalam mandian baby, jadi la ekzema. 

Bila dah jadi ekzema, badan kena detox toksik tu baru lah kulit akan menjadi stabil. Selagi kadar alergik macam tu je dalam badan dan immune system tak stabil, proses penyembuhan akan menjadi lambat. Immune system baby bawah 24 bulan adalah tidak stabil. 

Rawatan pertama yang perlu untuk pesakit ekzema adalah detox alergik. Rawatan kedua adalah tingkatkan immune system pesakit ekzema. Kemudian baru lah rawatan yang ketiga iaitu repair kulit yang rosak akibat ekzema.


Apakah yang boleh merangsang ekzema?
Penggunaan drug/steroid/chemical boleh merangsang dan akan memudaratkan lagi ekzema. Yang ni mommy terang next entry.

Adakah cara pencegahan mommy ini akan berhasil?
Penyakit ni Allah bagi. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha, berusaha dan berusaha mana yang terdaya. Dah berusaha disusuli dengan doa. Semoga anak-anak mommy bebas ekzema. Aaminn.