Ada ke orang Malaysia yang tak
suka Cuti-cuti Malaysia? Rasanya takde, semua memang suka jalan. Jalan-jalan
cari makan. Dah memang sebati dalam darah daging orang Malaysia tak kira
bangsa. Sama je kita semua. Mommyirra pun sama, sudah pasti.
Sekarang ni tengah fikir nak bawak anak-anak lima orang
ni ke mana. Tapi dengan ada nya hotel promo
Traveloka, rasanya ke mana-mana negeri pun boleh. Bukan hotel je ye, kalau nak naik
kapal terbang pun ada diskaun pada pakej. Dah lengkap vaksin pun ada diskaun.
Tak habis kat situ lagi, ada promosi terpilih yang boleh tebus cukai pendapatan
tahunan sehingga RM1000!
Mommyirra dah senaraikan beberapa tempat yang sesuai:
·
Langkawi
Pulau yang mengandungi sejarah dan alam semulajadi yang
cantik menjadikan destinasi yang tak jemu dikunjung. Seronoknya bila
membayangkan pasir pantai yang putih gebu tu, sambil angin tiup. Jalan kat gigi
air dengan daddyG pun seronok jugak ni, romatik nya! Ok, mommyirra dah start
berangan macam dalam movie pulak.
Shopping kat Langkawi pun memang terbaik. Barangan
bebas cukai yang paling mommy suka, tak lain tak bukan ialah coklat. Kalau kat
KL nak beli coklat tu mahal sampai puluh-puluh RM pun ada. Tapi di Langkawi zon
bebas cukai, jimat la sikit duit mommy. Boleh beli pinggan mangkuk pulak!
Periuk segala macam jenama, harga murah sikit dari biasa. Terbaik kalau bawa
mak-mak, memang encik suami dan anak-anak tu tunggu kat kedai minum aje lah,
kita dah tak peduli.
·
Melaka
Kaya dengan sejarah dan budaya. Walaupun negeri nya
kecil, sentiasa padat dengan pelancong. Tak susah nak mencari hotel melaka yang sesuai mengikut bajet. Bandar Melaka pun padat, jadi kebanyakan
tempat tertumpu di bandar. Dari hotel nak ke Menara Taming Sari contohnya, ada
yang boleh jalan kaki. Ada juga yang perlu naik kereta, tapi tak jauh lah. Lima
minit drive dah sampai, cuma nak cari parking tu je lah yang mencabar.
·
Pulau Pinang
Terkenal dengan pantai-pantai yang cantik dan pelbagai
jenis makanan yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Makanan kat Penang ni memang terkenal sangat. Yang tak halal pun terkenal, yang
halal pun sama. Mommyirra memang makan yg Halal sahaja la ya, nasi kandar.
Letak ayam goreng, kuah campur. Fuh, sedapnya! Hari-hari makan kat kedai nasi
kandar yang berlainan. Yang terkenal Line Clear, Deen, Beratur (sila datang
waktu malam ya), Hameediyah, Nasi Kandar Kapitan Keling dan bermacam-macam
lagi.
Kalau ada rezeki pergi musim durian, paling best
singgah Balik Pulau. Durian kat sana memang terkenal, diimport serata Malaysia
dan negara jiran. Tapi kalau bukan rezeki, takpa lah. Jalan-jalan tepi pantai
pekena pasemboq atau laksa. Pendek kata kita takkan kelaparan kalau ke Pulau
Pinang.
·
Port Dickson
Destinasi yang dekat dengan Kuala Lumpur. Kebanyakkan
pelancong berkunjung di musim cuti atau hujung minggu. Kalau untuk pergi
sekejap 2 hari 1 malam, sesuai ke Port Dickson. Boleh juga main air pantai,
berkelah dengan keluarga. Hotel tak perlu risau ye, macam-macam jenis ikut
bajet yang bersesuaian. Lepastu jangan lupa guna promosi hotel Traveloka, lebih
jimat.
Makanan laut pun sedap juga buat makan malam bila di PD kan? Mommy dah tak ingat bila kali terakhir pergi ke PD. Maklumlah, sejak COVID-19 pandemik ni bermula, memang duduk rumah saje.
Susah juga nak buat pilihan ni, semua negeri ada tarikannya tersendiri. Mommyirra kena bincang dengan daddyG untuk percutian kali ni. Biar ada aktiviti untuk anak-anak dan mak ayah nya sekali.