Assalamualaikum. Blogger tu apa? Blogger adalah penulis blog. Blogger berkongsi idea penulisan mereka di blog.

Sekarang ni dengan perkembangan media sosial, blogger juga aktif media sosial lain seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya.

Kalau seseorang itu hanya aktif di instagram, dinamakan instafamous.

Blogger yang aktif di media sosial dinamakan influencer.

Influence/pengaruh orang untuk buat apa yang dia buat.

Kalau berniaga kita kena ajak orang membeli apa kita jual. Influencer pula a part of marketing sesuatu produk. Dari situ influencer boleh buat duit.

Setiap perniagaan pasti ada peruntukan untuk promosi. Lagi banyak peruntukan, lagi tinggi pulangan.

Pernah seorang peniaga ni bagitahu, kos fbads bulanan adalah 100k. Dan ia adalah nilai 10% daripada jualan bulanan. Jadi jualan mereka berapa? 1 juta!

No money no talk lah! Haha
Ada duit semua boleh

Semua orang ada minat masing-masing. Follow your heart!

Mommy sendiri dah buat macam-macam. Bukan lagi masa untuk jadi cikgu tuisyen.

Tak boleh nak jadi babysitter. Hey i belajar tinggi-tinggi untuk jadi babysitter je?

Itu lah mentaliti orang bila tengok kita duduk terperok dalam rumah, tak ada kerja. Goyang kaki. Habiskan duit laki. Kahkah!

Kerja yang sebati dengan jiwa adalah beranak, jaga laki dan anak-anak sendiri. Kemudian jadi sosial media influencer sejak 8-5-2014. Wow dah 4 tahun 10 bulan.

Bila kenal blogger yang buat duit sejak zaman belajar, wow hebat la. Muda-muda dah pandai cari duit. Saya dulu tahu habiskan duit sahaja.

Cik Epal siap beli Mustang untuk suaminya. Berjaya sebagai blogger dan influencer, adalah cabang mudah untuk pergi jauh dalam dunia perniagaan.


Jauh lagi perjalanan mommy irra. Boleh la buat duit poket sendiri. Nak minta dengan suami, mommy sendiri tahu duit itu ke mana.

Daddy struggle kerja untuk bayar keperluan wajib di bandar. Mommy nak joli, guna duit poket sendiri je la. Kalau poket kempis, diam-diam saja lah. 

Mommy irra mengandung anak ke4, blogger & influencer