Baju KBBA mommy dah banyak. Baju EFG pon ada banyak. Sebagai Sahabat Projek Travel, mommy pon ada jugak baju Projek Travel. Mommy dah pakai beberapa kali. Malangnya shawl yang mommy pakai menutup keseluruhan trademark Projek Travel di baju jersi tersebut. 

Sahabat Projek Travel
Jersi Projek Travel

Baju merupakan salah satu cara nak promote sesuatu branding. Ini apa yang mommy dapat masa join kursus Make Me a Blogger hari tu.

Sahabat Projek Travel
Projek Travel di Blue Wave Hotel

Mommy pon nak buat baju irrayyan dan irralicious la juga suatu hari nanti. 


*tengah fikir design baju yang sesuai
Aisyah Raihanna in the house! Aisyah sampai lewat petang tadi. 


Aisyah muda 2 bulan dari Amal. Tapi Aisyah lagi bambam dari Amal. 


Putih gebu anak mommy long ni. 

Ipad mommy dah tak boleh pakai. Tinggal ipad mini ni je la untuk kegunaan blog. Tu pon Adam dan Anis nak juga buat harta. 

ipad mini case rm15 dari MYSALE
ipad mini case rm15 dari MYSALE

Mommy daddy belajar komputer sains, setahun lebih lagi Adam dan Anis dah pandai buka youtube pilih cerita kegemaran sendiri.

Apa yang mommy perasan, minat mereka akan berubah dari masa ke masa.  Yang paling penting mereka tidak telalu obsess dengan gadget. Bila tak ada kawan nak bergaduh, baru la mencari gadget.


Sebolehnya mommy tak bagi anak-anak main ipad mini memandangkan ipad dah tak boleh guna. Sedih la kalau berlaku sesuatu pada pemberian suami tercinta ni.

Cantik tak ipad mini case tu? Haa itu yang mommy nak cerita sebenarnya. RM15 sahaja di MYSALE.my . Untuk handphone atau gadget jenama lain ada tak? Ahaa kena usha tengok ye. eheee
Semalam sepupu mommy selamat bernikah dengan pasangan hati di Tanah Merah, Kelantan. Nikah ore kelate jugok sepupu mommy ni. 

Selamat Pengantin Baru Paksu
Selamat Pengantin Baru Paksu

Amir ni anak bongsu, jadi di panggil paksu. Kak kalau tengok amir teringat "Siti Hanurliza". Amir ni peminat Siti Nurhaliza. Dah besar sekarang tak tahu la minat lagi ke tidak. Dulu masa kecil Amir panggil "Siti Hanurliza". Hahahaa


Majlis perkahwinan akan menyatukan sebuah keluarga yang besar. Sanak saudara berkumpul bersama. Majlis di Kelantan mommy tak dapat join. 


Abah dan adik beradik berkumpul bersama di hari bersejarah anak-anak mereka (diapit pengantin). 

No.1 Ayah (sebelah pengantin perempuan)
No.2 PakNjang (abah pengantin lelaki)
No.3 Abah mommy
No.4 Paksu (sebelah pengantin lelaki)

Bila ada majlis kenduri sepupu, kami anak-anak WAJIB balik. Kenduri sebelah lelaki 12-12 insyaAllah mommy akan balik. Sambut anniversary mommy dan daddyG sekali yang ke lima. Tahun lepas sambut di hari pernikahan adik Nadiah. Tahun ni kita celebrate sekali ye. Pejam celik hampir 5 tahun mommy dan daddyG bernikah. Anak dah tiga.

Bila mommy membebel, jauh dah lari topik. Tahniah Amir! Selamat pengantin baru! Semoga kekal hingga hujung nyawa. 
Mommy la ni rajin benar masak italian food seperti spiral dan makaroni menggunakan sos spageti Kimball dan oblong.


Tengok mengancam je kan. Rasa pon best tau. Kalau tak best, takde daddyG nak makan bertambah-tambah.


Mommy buat pon tak pedas sangat. So Adam dan Anis boleh makan sekali.


Yummy. Nak resepi? Boleh tengok Resepi Makaroni Oblong Goreng
Anis ni lebih kepada lelaki sebab mengikut abangnya. Nak pakai semua macam abang. Tapi mungkin sebab mommy pakaikan baju princess kat adik, so Anis pon agak excited bila dapat baju princess ni. 


"Kaki bergambar" abang tak menurun kat Anis pulak. Huhuhuuu ntah la Anis ni. Payah betul nak suruh posing.


Nampak gaya nak kena minta uncle Jamar ambilkan gambar Anis ni. Uncle Jamar dapat pose menarik pulak tu. 


Ini je la yang mommy dapat. Hahaaa jadi la tu kan. Next time usaha lagi. 


Layan je mommy siap mekup-mekup dia sebelum bergambar. Haha first time ni mekup Anis tau. 


Dress anis dari MYSALE.my 
Pencuci wanita dari Cosmoderm adalah penyelesaian kepada permasalahan wanita. Manjakani Hygiene Wash:-
  • Membantu mengetatkan dan menegangkan dinding faraj
  • Mencerahkan kulit celah peha
  • Rasa dingin dan segar yang berpanjangan
  • Merawat keputihan
  • Melicinkan kulit
  • Wangian feminin yang menggoda
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan luka

pencuci wanita cosmoderm
Manjakani Hygiene Wash

Manjakani Hygiene Wash 150ml
Hanya RM 11.90
Manjakani Hygiene Wash 400ml
Hanya RM 17.90

Maklumat lanjut dan untuk belian online boleh ke www.cosmoderm.com.my


Kalau anda mencari pencuci tanpa sebarang chemical, anda kena beli produk organik. Organik mesti la mahal. Nak murah boleh gunakan daun sireh yang di ramas dan di masukkan air suam. Tapi sila pastikan daun sireh organik tanpa sebarang racun perosak.

Nak yang betul-betul asli, buat la sendiri! 


Packaging toblerone dah bertukar. Kalau di luar bungkusan besar masih lagi kuantiti yang sama. Namun isi di dalam setiap bungkusan kecil dah semakin mengecil. Kalau ada penimbang mommy nak timbang tengok betul ke kuantiti coklat tu.


Toblerone antara dua jenama coklat yang herbalist bagi makan. Satu lagi tak ingat jenama apa. Kena tanya semula la dengan herbalist En Nizam.


Mommy dah mula boring makan toblerone. Tapi Anis Insyirah tak pernah boring. Hari-hari Anis selongkar peti sejuk cari Toblerone.


Mommy memang sengaja letak toblerone berasingan dan tersorok. Tu pon Anis pandai cari. Ok la macam tu. Tak ada la coklat Toblerone ni habis sekali hadap je.
Percutian mengejut di Shah Alam selama 29 jam sahaja. Hahaha jauh sangat nak bercuti. 7 pagi kami bergerak dari rumah. 7:30 pagi sampai Hotel BlueWave, Shah Alam. Jom tengok aktiviti kami sepanjang di hotel. 


Dapat photoshoot Amal. Baju dari MYSALE.my . 


Dah macam kat Cameron Highland dah. Berbaju sejuk bagai. Memang sejuk kat mana-mana pelosok hotel ni. 


Mommy sempat capture gambar Masjid Negeri Shah Alam dari bilik. Dengan langit biru. Subhanallah. Cantik sangat.


Anak-anak menerokai bilik. Sel otak mereka sedang berhubung. Main dalam bilik lagi seronok. Boleh riuh rendah dalam bilik. 


Emak anak tiga. Tiba-tiba daddy tanya macam mana mommy makan dengan anak tiga orang? Hahaha mommy kan super mommy.


Anak-anak tak perlu mandi kolam renang sebab mommy tak berdaya nak kawal tiga orang sekali. Kita berendam dalam bath tub je.


Kalau ada daddy boleh la nak mandi pool. Tapi mommy dah tahu Adam mesti tak berani dan tak teringin pon nak mandi pool.


Jadi mommy bawa main kat playground. 


Waaa ada gym! Tapi nak workout pon tak boleh la. Dukung cik adik manis ni.


Percutian singkat yang menyeronokkan. Lepak bilik besar yang dah macam sebuah rumah.


Anak-anak pon seronok. Bila pergi dekat kereta, Adam taknak balik. Hahaa mana boleh sayang. Kita bercuti sekejap je. Jom balik rumah!


Walaupon sekejap je. Tapi best la. Breakfast lunch dan dinner yang best. Tak perlu sediakan makanan. Kemudian masing-masing layan je tidur dalam bilik aircond. Siap boleh berangan macam bercuti di genting. HAHAHAHAAA 
Masa beli barang di Tesco tempohari, banyak barang yang murah-murah. Macam snickers ni harga berbelas-belas jadi rm9.90. 


Mommy pon bodek la daddyG. Dapat sebungkus. Jatuh sebungkus mini snickers RM0.825


Daddy sempat la makan satu. Anis pon dapat satu. Sebab Anis dulu pernah ada ekzema, jadi mommy memang jarang sangat nak bagi Anis lulus makan kacang. Adam dapat rasa dua bungkus. So, mommy makan berapa? Muahahaaaa sedap weh! Tapi tak elok makan selalu..
Casing handphone mommy beli RM5. Beli dari jauh. Australia. Walaupon mommy beli barang oversea tapi barang yang mommy beli semua harga murah-murah je. Mommy beli dua case baru RM10. 


Entah kenapa terbeli kaler ni. Tapi bila dapat tu memang best la. Case yang lama beli dua tahun lepas. Tengok! Mommy bukan saje-saja tukar case handphone. Memang sebab case tu dah terkoyak. Tunggu masa je nak ganti baru.


Alhamdulillah, case yang mommy order sampai ke tangan mommy dengan selamatnya. Petua nak beli barang  murah di MYSALE.my adalah beli barang yang betul-betul murah. Hari-hari mommy windows shopping online di MYSALE. 


Bila ada barang murah terus grab. 
Hari Ahad lepas, mommy berpeluang menikmati makanan berasaskan kambing  di Cafe Cerita Kambing, Shah Alam bersama blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Bila sebut makan kambing, mommy dan daddyG adalah penggemar kambing. Seawal jam 11:30 pagi kami berkumpul di Cafe Cerita Kambing. Cafe ini terletak di dalam Anggerik Mall. 

Parking di Anggerik Mall RM2 sekali masuk pada hujung minggu. Cafe Cerita Kambing berada di aras 1, di mana korang cuma perlu naik eskelator dan pergi ke sebelah kanan. 

Anggerik Mall Shah Alam
Cafe Cerita Kambing, Anggerik Mall, Shah Alam

Apakah kriteria utama anda bila memilih untuk makan di luar? Bagi mommy yang paling penting adalah kebersihan. Keadaan dalam cafe ini nampak kemas dan teratur. Seterusnya, makanan mesti lah sedap. Haaa, sedap ke makanan kambing di sini?

Dapur, Anggerik Mall Shah Alam
Dari Dapur Cafe Cerita Kambing

Tukang masak di sini adalah Chef Zakaria yang berpengalaman memasak pelbagai jenis masakan berasaskan kambing selama lebih 10 tahun. Cafe Cerita Kambing dibuka hampir setahun bagi memudahkan pelanggan merasa masakan berasaskan kambing.

Semalam mommy sempat merasa kambing bakar di sini. Daging kambingnya lembut bersama kuahnya yang sedap. Serius, mommy sangat recommend penggemar kambing untuk datang ke cafe merasa sendiri keenakan rasa kambing bakar. 

Kambing Bakar, Shah Alam
Kambing Bakar

Antara menu lain yang menarik di sini adalah Nasi Beriyani, Kambing Masala, Ayam Masak Merah, Mee Jawa, Laksa Johor dan banyak lagi. Set Beriani Kambing berharga RM12.90. Kalau ada yang tak makan kambing boleh makan nasi beriani bersama ayam masak merah yang berharga RM7.

Kambing Masala

Ayam Masak Merah

Mee Jawa

Laksa Johor

Sekiranya ada permintaan untuk menu lain, chef bersedia untuk memasak. Seperti contoh daging kambing salai bersama air asam.

Untuk minum petang, di sini terdapat ubi kayu yang boleh di makan bersama kelapa parut atau sambal ikan bilis. 

Ubi kayu rebus

Yang menarik juga di sini adalah serawa atau pengat pisang. Rugi kalau tak cuba!

Pengat pisang

Jika ada yang berminat untuk membuat tempahan katering majlis perkahwinan atau sebarang majlis, boleh berhubung Chef Zakaria atau isterinya; Puan Noraizah.

Nombor Telefon : 01131760227 / 0192816308
Nama gerai : Cafe Cerita Kambing
Lokasi : Anggerik Mall, Shah Alam Selangor
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 11:30 pagi – 5:00 petang

Korang kalau nak makan kambing, jangan pergi lambat tau. Kalau lambat selalunya kambing dah habis.
Taraaaaaaaaa......kalau yang follow facebook dan instagram mommy mesti dah terlintas di wall korang. Cantik kan baju ni? Cantik kan handbeg ni? Cantik kan mommy irra? Hahahaaaa 
mommy dah jatuh hati dengan MYSALE.my

Masa mula-mula dapat baju ni mommy dah berkenan. Tapi tak berkesempatan la nak bergambar dan dress up cantik-cantik. Kebetulan nak keluar hari Sabtu lepas, maka mommy pakai la baju baru. Handbeg baru juga (icon tutup mata).


Mommy berterima kasih kepada photographer cilik, anakanda Adam Rayyan kerana mengambil gambar mommy. Walaupon penuh gallery mommy tapi ada hasil yang kebabom. Hahaha 

handbeg doraemon ang ang ang

Mommy beli secara online dari MYSALE pada 6 November, baju ni selamat sampai di rumah pada 18 November. 12 hari tempoh penghantaran dari Australia. Harga baju ni murah dan baju ni sangat cantik. 

harga murah, cepat-cepat grab

Puas hati sangat shopping dengan MYSALE. Baju hitam tu dah pakai semalam. Tapi tak sempat nak posing ambil gambar. Material kedua-dua baju pon best. Ada rezeki nak shopping baju lagi.

Kalau ongkos banyak boleh la shopping yang mahal-mahal. Segala jenis barang berjenama ada. Gucci. Prada. Calvin Klien. Lancome. Reebok. Polo. Ray-Ban. Luxury Bedding. Walaupon branded tetap ada sale. 

Nak tahu macam mana sale yang MYSALE ni buat kena la register di MYSALE.my . Tak register tak boleh nak tengok . Nak window shopping pon tak boleh. Register free je :D
Alhamdulillah. Rezeki mommy join contest minum Pran Juice menang voucher Tesco RM100. Dapat voucher dah lama. Tapi mommy baru dapat idea nak guna untuk apa. 

Alkisah bilik belakang yang menempatkan baju-baju yang belum dan sudah dilipat tak ada kipas. Kalau ada kipas, rajin la sikit mommy nak melipat baju. Sekarang ni kalau masuk bilik belakang tu sekejap jela sebab dah merecik peluh. 

Konon-konon dah ada kipas nanti mommy rajin la lepak lipat baju kat bilik belakang tu. Kita tengok la macam mana ye. 


Kipas pilihan mommy adalah jenama Tefal berharga RM99. Kurang seringgit sahaja. 


Kenapa dalam banyak-banyak benda mommy pilih kipas? Rancangan asal nak beli baju untuk Adam Anis Amal. Tapi asal pergi Tesco je tak sempat nak pilih baju.


Bagus juga tak sempat. Mommy boleh guna voucher tu untuk pelaburan yang lebih baik. 


Bila ada kipas, bilik belakang tu tak panas lagi. Hati pon senang. InsyaAllah rajin pon datang. Jom lipat baju! 
Mommy dapat One Drop Perfumes by Egyption Potion Youth Pack dude set masa pergi Workshop Make Me A Blogger tempoh hari.


Mommy dah try ke empat- empat wangian. Semua memang best best. Terima kasih Cosmoderm kerana memilih mommy irra sebagai pemenang bertuah dan dapat menyertai Workshop Make Me a Blogger anjuran Myryl.


Sedikit info mengenai minyak wangi One Drop Perfumes dude set ini: 

Set ini mengandungi 4 x 2.75 ml minyak wangi tulen dalam botol kaca dengan roller kaca

Botol 1: X
Botol 2: Viva La Vida
Botol 3: Ohh La La
Botol 4: Hey Sexy

Kalau nak baca detail setiap jenis minyak wangi ni kena lah pergi tengok dekat website One Drop Perfumes
Handbag mommy dah koyak sana sini. Sudah tiba masa untuk bertukar ke handbag baru. Kan mommy suka sangat windows shopping kat www.mysale.my . Hari-hari windows shopping online. Nak grab handbag murah satu!

Handbeg
Women elegant leather handbag

Beg ni berharga 213.2AUD menjadi RM665 apabila ditukarkan ke mata wang Malaysia. Tapi di MYSALE bernilai RM159. Beg nampak cantik. Bila tunjuk kat daddyG pon, daddyG berkenan. Yeayyy dapat la beg baru. Hehehee

Handbeg
MYSTON Blue Leather Handbeg

Mommy order beg ni 30 Oktober 2015. Sampai rumah siang tadi, 18 November 2015. Estimated delivery 19-24 November. 

Mysale
Handbeg MYSTON dari MYSALE

Mommy suka beg ni sebab ada 3 compartment. Boleh jadi beg doraemon mommy. Lawa kan? Nak usha jugak barang murah kat MYSALE? Jom register di MYSALE.my . Tak register tak boleh nak shopping. Register free je :D


Bye bye handbeg lama! 


Beg ni daddyG belikan kat Kelantan 4 Mei 2013. Lama dah kan. Lagi tua dari Anis.