Terima kasih Cosmoderm

Mommy join contest yang dianjurkan oleh Cosmoderm yang membolehkan mommy mengikuti Workshop Make Me A Blogger pada 31 Oktober lalu. Kursus bebayar yang dianjurkan oleh Myryl bernilai rm550. Selain dapat mengikuti kursus ini, mommy dan juga 2 pemenang lain mendapat barangan Cosmoderm bernilai rm150.


Workshop ini ada 4 sesi, di mana semua ada kaitan dengan blogger. Nama pon Make Me A Blogger kan. So banyak perkongsian bagaimana hendak menjadi blogger yang menpunyai side income. Workshop ini berlangsung dari 9 pagi sehingga 5 petang. Mommy akan kongsikan di lain hari. Panjang nak cerita kan. 


Waaa banyaknya dapat hadiah. Goodies bag telah menjadi tradisi wajib di mana-mana majlis. Ini adalah barangan yang terdapat dalam goodies bag. Mommy tertarik dengan stretch ball. Dulu daddyG ada dapat warna biru dan rosak digigit oleh Amzar, anak saudara mommy. Selain itu ada trial set Cosmoderm, One Drop Perfumes dan minuman Yeos.


Mommy sempat bergambar dengan #travelingberuang milik iena. Comelnya beruang ni. Tapi dah tua, tak boleh main teddy bear. Beli untuk anak-anak? Hahahaa yang kat rumah tu pon mereka tak main.


Terima kasih Cosmoderm kerana memilih mommy untuk mengikuti workshop Make Me A Blogger. Banyak sangat ilmu yang mommy dapat. Semoga mommy dapat menjadi seorang blogger yang berjaya. 

6 comments: