Tadika pilihan untuk anak

Tahun depan tahun 2016 Adam Rayyan dah umur 5 tahun. Jadi mommy dan daddyG rancang nak sekolahkan Adam Rayyan. Masa Adam Rayyan kecik-kecik dulu, daddyG nak mommy home schooling je. Memandangkan sekarang dah ada tiga orang anak, mommy tak sempat nak prepare apa-apa pon untuk Adam Rayyan. 

Adam Rayyan ni suka menjadi punca kekecohan dan akhirnya memeningkan mommy. So mommy rasa ada baiknya Adam pergi sekolah dan kembangkan bakatnya di sekolah. Boleh la Adam Rayyan balik rumah mengajar Anis pula. Adam kan cikgu terbaik Anis. Apa Adam buat semua Anis akan ikut.

Mommy dah buat siasatan tempat dan yuran sekolah. Mommy panggil sekolah je la senang ye. Sebenarnya tadika lah sebab Adam Rayyan kan baru 5 tahun. Perbezaan yuran, masa dan jarak dari rumah untuk empat tadika boleh rujuk jadual di bawah.

TTAUiTM PASTI Little Caliphs KEMAS

Dari segi yuran bulanan, tadika KEMAS paling murah. Tapi pengisian pembelajaran berbeza. Yang kedua murah adalah TTAUiTM, ketiga PASTI dan paling mahal adalah Little Caliphs.

Yuran permulaan tadika KEMAS hanya RM100. Yuran permulaan tadika lain boleh tengok dalam jadual dan jenis yuran ada dalam entri lepas.

TTAUiTM sahaja dari 8 pagi sehingga 5 petang. Little Caliphs dekat je, so mommy kira separuh hari sahaja. Tadika lain hanya separuh hari.

Jarak pula, Little Caliphs paling dekat sebab belakang rumah je. Tapi masak juga nak berjalan kaki. Lagi jauh nak berjalan kaki kalau hantar ke PASTI atau tadika KEMAS. Kalau ke TTAUiTM Adam akan ikut daddy pergi kerja dan daddy ambil selepas habis kerja.



Faktor menerima atau menolak

1. Kemampuan
Walaupon Little Caliphs dekat, namun disebabkan yuran yang mahal masa permulaan dan bulanan buat mommy terpaksa menolak untuk memilih tadika ini.

2. Kekangan masa 
Yuran TTAUiTM dah kira cantik sebab dari pagi sampai petang. Masalah nya pukul 5 tu jalan wajib jem teruk. Kemudian daddy terpaksa keluar ke Shah Alam semula untuk meneruskan pencarian rezeki buat isteri dan anak-anak. Kalau daddy stress, boleh timbul masalah lain pula. Baik lah kita elakkan daddy stress ya.

3. Silibus belajar
Tinggal tadika KEMAS dan PASTI. Silibus di PASTI termasuk Iqra.

So yang mana pilihan mommy daddy? Daddy suruh mommy yang pilih.

8 comments:

  1. ingat nanti fiyah da besar,nak masukkan dia pasti...

    ReplyDelete
  2. Hmm. Pening kepala jugak eh nak fikir nak hantar anak kat mana kan?

    Jemput baca entry terbaru.
    http://nurulzayani.blogspot.my/2015/11/ben-kitten.html

    ReplyDelete
  3. ssh gk nk bt pilihan..kalau sy pilih tadika PASTI.. de pengisian agama..

    ReplyDelete
  4. mencabar memilih. tapi saya amat berpuas hati dengan LC. Hii

    ReplyDelete