Fee instant transfer antara bank percuma sehingga 4 januari 2016

Mommy nak buat transfer dari CimbClicks ke Maybank2u tapi memikirkan charge yang dikenakan adalah RM0.53 untuk transfer dengan segera, haiiishh sayang. Tapi mommy perlu transfer hari ini juga.

Mommy pon bagitau la daddyG. Sayang la walaupon 53 sen. Duit juga tu. DaddyG bagitahu sekarang ni transfer lain bank ada promosi. Bila mommy godek-godek cimbcliks, betul la. Pindah wang secara online dari akaun bank yang berlainan adalah percuma sehingga 4 Januari 2016. 


Thank you daddy. Kalau tak mommy memang tak tahu la.


Ini bukti mommy buat instant transfer tadi. RM 0.00


Maybank pon sama tiada charge dikenakan sehingga 31 Disember 2015. Jom kongsi dengan kawan-kawan maklumat ini. 

1 comment:

  1. bank islam pun sama..rasanya memang meps yg tengah buat promosi tu kot kan..

    ReplyDelete