Voucher menang contest PranJuice beli kipas

Alhamdulillah. Rezeki mommy join contest minum Pran Juice menang voucher Tesco RM100. Dapat voucher dah lama. Tapi mommy baru dapat idea nak guna untuk apa. 

Alkisah bilik belakang yang menempatkan baju-baju yang belum dan sudah dilipat tak ada kipas. Kalau ada kipas, rajin la sikit mommy nak melipat baju. Sekarang ni kalau masuk bilik belakang tu sekejap jela sebab dah merecik peluh. 

Konon-konon dah ada kipas nanti mommy rajin la lepak lipat baju kat bilik belakang tu. Kita tengok la macam mana ye. 


Kipas pilihan mommy adalah jenama Tefal berharga RM99. Kurang seringgit sahaja. 


Kenapa dalam banyak-banyak benda mommy pilih kipas? Rancangan asal nak beli baju untuk Adam Anis Amal. Tapi asal pergi Tesco je tak sempat nak pilih baju.


Bagus juga tak sempat. Mommy boleh guna voucher tu untuk pelaburan yang lebih baik. 


Bila ada kipas, bilik belakang tu tak panas lagi. Hati pon senang. InsyaAllah rajin pon datang. Jom lipat baju! 

2 comments: