Kunci awak kat mana? Seminggu menghilang!

Kunci rumah ni dah seminggu menghilangkan diri. Tak tahu kat mana. Dah kemas bilik. Dah kemas rumah semua. Tak jumpa!

Mommy tak kemas beriya. Sebab mommy penat jaga Amal demam. Tapi bila kemas rumah tu kira mencari la jugak kan. Tak ada pon.

Pada hari kehilangan kunci tu, mommy dah suruh daddyG cari dalam tin biskut. Anis ada guna kunci buat buka tin biskut.  Selalu kalau nak buka tin biskut ni mommy guna kunci. Adam dah pandai buka tin biskut guna kunci. Anis sekadar buat-buat pandai. Dia mengikut si abang dan suka berdikari. Mommy selalu juga pesan dah ambil kunci tu letak semula.

Mommy pon ada juga cari dalam tin biskut. Ada biskut sahaja. Separuh biskut. Tak ada kunci. Mommy makan biskut pon tak pernah nampak kunci. Memang tak ada lah kan.

Akhirnya mommy buat tak tahu. Daddy pon buat tak kisah. Kami keluar rumah tanpa kunci pintu. Kunci pintu besi sahaja. Mujur la kunci pintu besi tu berasingan. 

Lagi pula, kawasan perumahan kami dah upah jaga. Banyak sangat kes kecurian dan rompakan. Demi keselamatan, penduduk setaman ni kumpul duit untuk upah jaga. Sebulan RM50. 

Lepas ada jaga, memang tak dengar dah apa-apa kes lagi. Jaga memang kawal kawasan rumah betul-betul. Tengah malam mereka akan buat rondaan. 


Kunci, awak kat mana? Lama menghilangkan diri. Bukan rindu, tapi aku perlukan dirimu.

Hari ni, Anis bangun je nak minum air. Mommy buka tin biskut, seluk tangan ambil biskut isi dalam pinggan. Lain macam je rasa. Lain macam je bunyi. 

anak main kunci rumah
Kunci awak kat mana? Seminggu menghilang!

Benda kalau hilang dalam rumah, memang ada dalam rumah la. Tunggu masa je jumpa semula. Huhu bertabah lah. Dia bukan buka tin biskut guna kunci. Ni namanya membuli mommy daddy. 

5 comments:

  1. hehehehe... da jadi biskut kunci 2.. nanti mommy ajar diorg buka guna sudu lagi ok kot klu sudu ilang xdelah risau sgt.. sbb blh p beli brbundle2... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudu Anis tak sampai nak ambil..kunci tu sebab dia boleh panjat sofa...tapi sudu mcm bahaya gak..sbb ada garfu sekali..kadang dalam bekas tu ada pisau,,

      Delete
  2. hahaha, bertuah nye anak akak, membulii, bahahahah~
    tabah saje dgn kerenahnya yerrr :)

    khaskan satu sudu lahh, kasi bentuk cantik sikit, biar dy gune yg tuh jerr,, huhu~

    kakkkk, jom join GA HOLIDAY nihhhhh, mana tahu rezekiii,kan

    http://nonasani.blogspot.my/2015/11/giveaway-tiket-percuma-penang-and-kl.html

    ReplyDelete
  3. hahahah..tu dia..biskut kunci..hahah..kalau kat rumah akak ni kalau kunci hilang sah duduk dalam bakul mainan atau celah sofa..tempat paling di tuju bila nak cari barang2

    ReplyDelete
  4. Haha. Maaf kak, tergelak pula. Sebab teringat kes kat rumah saya ni.

    Kunci kereta masuk dalam peti sejuk. Sabar je lah ha. Tak lena tidur kak.

    Masa kejadian tu nak senyum pon tak boleh. Bila ingat balik kelakar tak hengat haha

    ReplyDelete