Survey tadika untuk Adam, Little Caliphs

Tahun depan Adam dah 5 tahun. Dari adam 3 tahun lagi orang tanya mommy tak hantar Adam ke sekolah ke. Mungkin saiz fizikal Adam menampakkan Adam seperti budak dah besar. Padahal Adam baru 4 tahun. 

Mommy sendiri belajar tadika masa umur 6 tahun. Orang sekarang kejarkan anak belajar pandai-pandai. Mommy dan daddyG bukan jenis memaksa apatah lagi nak manjakan anak-anak. Tapi sebab Adam hari-hari bikin riuh rumah, mommy plan nak hantar ke sekolah separuh hari sahaja. 

Daddy survey tadika untuk Adam tahun depan, 2016. Tadika yang paling dekat adalah di belakang rumah je. Senang lah mommy jalan kaki exercise di tengahari sambil tolak stroller ambil abang Adam. 

Berikut adalah jenis yuran untuk pendaftaran masuk Adam ke Little Caliph jika ini pilihan daddyG :-

Yuran tadika setia alam
5-year-old Little Caliphs Fees 2016

Jumlah itu perlu dibayar sekali semasa pendaftaran termasuk yuran bulan pertama. Setiap bulan RM270. 


Nanti hari Isnin daddyG nak survey kat tempat lain lagi. Tak confirm lagi la Adam nak masuk Little Caliph ni. Daddy kata yuran kat mana-mana taska semua sama je. 

4 comments: