Bulan ni harga minyak RON95 turun sepuluh sen. Tapi harga gula organik pula naik dari RM3.71 menjadi RM3.95. Naik 24 sen. Banyak tu!! 

Gula organik tebu asli
Gula organik

Mahal macam mana pon, terpaksa juga guna gula organik untuk menjaga kesihatan kami anak-beranak.


Sekarang ni, penyakit macam-macam. Harga ubat-ubatan pon dah mahal. Mari lah pakat jaga kesihatan ya.
Tahun lepas mommy telah men-subscribed  kalendar cuti umum dan am Malaysia tahun 2014 dan 2015 yang dibuat oleh daddyG. Kurang sebulan sahaja lagi akan memasuki tahun 2016. Dengan pantas daddyG menjalankan misi meng"update" kalendar cuti umum dan cuti am di Malaysia untuk tahun 2016. 

kalendar cuti umum dan am malaysia 2015
Kalendar cuti umum dan am Malaysia

Dengan adanya kalendar ini memudahkan mommy membuat perancangan balik kampung atau jalan-jalan. InsyaAllah membantu anda juga merancang cuti seperti Cuti Raya Puasa, Cuti Raya Cina dan Cuti Raya Haji. Kalau cuti-cuti pendek tu boleh rancang bawa anak-anak berjalan dan sebagainya.

link

Automatic Method:
Klik link di bawah.
     iOS

Manual Method:
Untuk langkah-langkah setting/tetapan secara manual, boleh rujuk pada posting sebelum ini. Pastikan url ditukar kepada url baru l.irrayyan.com/malaysiapublicholidays2016.

Rehat sebentar bersama KitKat! Anak-anak cukup gemar makan makanan manis. Mommy cakap siap-siap ni KitKat ni tak bagus makan. 


Sekali sekala tak apa lah. Anis dan Adam buat macam makan nasi. Kalau beli, mereka nak habiskan sekali hadap je. Dah habis tak ada la sesiapa nak mencari lagi.


Makan banyak-banyak mengundang kencing manis. Kurangkan gula dalam makanan, lebihkan gula dalam senyuman ^_^
Lama sangat tak pergi pasar. Mommy beli la ikan siakap sebab lama dah tak makan ikan siakap ni.


Siakap sekilo RM16. Mahal ke murah ke tetap kena beli juga bila hati dah kata nak.


Ikan disiangkan dekat pasar. Mommy memang selalu beli dengan peniaga Melayu yang seorang tu je.


Nak masak apa? Goreng je la senang. Dah siap goreng ambil gambar. Nak cepat makan sebenarnya. gambar tak cun.


Lima beranak makan isi ikan siakap yang masih segar dan manis. Mommy ada buat sambal juga. Tak sempat snap. Tak boleh letak atas ikan la. Amal pon makan sungguh-sungguh. Sedap!
Daddy selalu pesan "Jaga emosi anak-anak."

Bila jaga emosi anak-anak, emosi emak pon akan terjaga. Tapi, dah nama pon anak-anak. Ramai pula tu. Mommy memang akan tercabar dengan pelbagai kerenah anak-anak.

Jom gembirakan anak-anak! Hari ni mommy buat pertama kali nak bagi Amal berendam. Berendam dalam besen pon Amal tak nak. Terus nangis. Hahahaa. Mari kita tengok hasil nya.


Happy dan ceria dapat mandi bersama kakak dan sepupu. Tak nangis pulak kena rendam air. Good girl adik!


Mommy tengok pon rasa macam nak berendam sama. Macam best jer. Macam syok jer. Macam nak masuk sama jer.

Aisyah dan Amal: Jom mandi sama!

Adam je tak ada. Adam malu la tu. Adam tak nak kalau ada orang luar. Nanti dah tak ada orang, dia akan request nak mandi kolam. Mommy dah faham sangat.

Kami gembira. Thank you mommy

Mommy beli deluxe pool ini dari MYSALE.my 

from mysale.my
Pool Deluxe with sunshade

Kebanyakan barang di MYSALE tidak terdapat di tempat lain. Macam pool ni. Mommy tak pernah jumpa lagi di mana-mana. 


Harga pool ini sangat berbaloi dengan saiz pool yang besar dan ada bumbung siap. 

mysale.my

Cuma mommy tak berdaya nak layan anak-anak mandi di luar rumah:-
  • Nak kena bersiap keluar rumah.
  • Nak kena berpanas di luar rumah. Mereka yang mandi jela tak kena panas.
  • Kotor. Sayang pool cantik. Hahahaa
  • Leceh. Dengan rumput yang panjang, aduduu masalah je.
  • Mommy tak kuat nak jaga ketiga-tiga. Penat la sebab Amal tu kecil lagi. Nak kena pantau betul-betul.
  • Pool besar, isi air mudah tapi nak keluarkan air dan cuci tu. Ermm 
  • Daddy tak ada nak tolong kawal.


Ha banyak sungguh alasan yang menyebabkan mommy pasang pool di dalam rumah je. Pool pon senang nak jaga. Tahan lama sikit. Adam dan Anis main tak boleh ganas-ganas nanti basah rumah.