TYT Baby Massage Workshop


Hari Selasa yang lepas bersamaan 13 Januari 2015, mommy berpeluang mengikuti TYT Baby Massage Workshop bersama June Jun Choo, Timbalan Pengarah Urusan Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd TYT di Pejabat Rantau PR, C-27-07, Dataran 3-Dua, No. 2, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Madam June memulakan bengkel urutan dengan menggunakan minyak TYT

Madam June telah mengkaji dan belajar urutan bayi di Persatuan Urutan Bayi (IAIM) dan beliau merupakan seorang ahli terapi urut bayi yang berkelayakan. Pada malam tersebut Madam June telah berkongsi beberapa teknik urut untuk manfaat bayi atau kanak-kanak kecil.

Baby yang join workshop ni ada 4 orang. Anis Insyirah seorang sahaja berumur setahun 6 bulan, 3 baby lagi baru berumur 6 bulan. 

Menurut Tiffany Field, PhD, Pengarah Institut Penyelidikan Touch di University of Miami School of Medicine, "Apabila anda memberikan bayi anda urutan, anda sebenarnya merangsang sistem saraf pusat mereka itu mencetuskan satu tindak balas rantai:. Ia menjadikan otak menghasilkan lebih serotonin iaitu bahan kimia rasa-baik dan mengurangkan kortisol iaitu hormon yang yang dirembeskan dalam tindak balas kepada tekanan. Akibatnya, kadar degupan jantung dan pernafasan bayi akan perlahan, dan menjadikan mereka lebih tenang. "

Mungkin disebabkan mommy dah biasa mengurut Anis Insyirah, dia pon sangat memberi kerjasama.

Kajian juga menunjukkan bahawa urutan dapat membantu bayi dan kanak-kanak mudah untuk tidur, dan selepas sebulan sesi urut lima belas minit setiap hari, kanak-kanak tertidur lebih cepat. Selain itu, urut membantu dalam menyokong berat badan bayi melalui sentuhan positif. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang kurang berat badan atau pra-matang yang diurut akan bertambah berat badan. Ini adalah hanya sebahagian kecil daripada banyak manfaat urut bayi.

Ramai blogger yang terlibat dalam workshop ini.

TYT Baby Massage Workshop turut dihadiri blogger CikMa , Que Ahmad , Jane , Ayu Rafikah dan blogger Yana Yassin.


Sebelum majlis bermula, kami makan dahulu. Motif: nak letak gambar anak teruna mommy ^_^


Terima kasih Rantau PR dan TYT Sdn Bhd kerana memberikan mommy hamper berupa set mandian bayi, set mandian bersalin dan minyak TYT. Mommy boleh guna lepas deliver baby nanti.


Mommy akan kongsikan teknik urutan yang betul dengan anda di entry seterusnya ya. 


Mengurut bayi sangat memberi manfaat buat ibu selepas bersalin. Mommy sendiri telah mengamalkan urutan bayi buat kedua-dua anak mommy irra. Alhamdulillah, anak-anak mommy tidur lena sepanjang tempoh mommy berpantang. Cuma persoalannya, benarkah cara urutan mommy itu? Maka bengkel mengurut kali ini sangat membantu mommy memperlajari cara mengurut yang betul. InsyaAllah mommy akan berkongsi dengan anda semua. Semoga kita semua mendapat manfaat.

4 comments:

  1. betul tu..urutan mmbuatkan bayi tidur dgn selesa..juga utk elak kembung perut

    ReplyDelete
  2. Urutan bayi menjadikan bayi lebih tenang dan mudah tidur. Syoknya dpt hamper besaq..

    ReplyDelete
  3. wahhh.seronoklah anis insyirah diurut :D

    ReplyDelete