Teknik mengurut bayi yang betul dan selesa


Sebelum nak memulakan pengurutan, beberapa langkah perlu di ambil.

BERMULA DENGAN LANGKAH YANG BETUL

PERTAMA: Pastikan baby tidak berada betul-betul di bawah lampu. Keadaan baby yang memandang ke atas perlukan cahaya yang redup untuk keselesaan mereka.

KEDUA: Pastikan cuaca bilik tidak terlalu sejuk. Jangan halakan kipas direct kepada baby.

KETIGA: Bagitahu baby kita nak mula mengurut. 
"Sayang, mommy nak urut sayang ni."

KEEMPAT: Pilih minyak urut yang sesuai  kerana minyak urut yang lembut dan akan memberi keselesaan pada kulit dan deria baby yang sensetif. 

Minyak Daun Ubat TYT sesuai untuk bayi

PROSES PENGURUTAN

Sebelum mengurut, hangatkan tangan dengan menggosok kedua-dua tapak tangan. Kemudian letakkan perlahan-lahan kepada baby supaya tidak mengejutkan baby.

Teknik pengurutan biasa yang digunakan untuk menyingkirkan angin dan melegakan sembelit adalah pengurutan perut. 

Terdapat dua teknik iaitu:

Teknik Water Wheel A

Seperti dalam gambar di bawah, letakkan kedua-dua tangan pada perut baby dan dengan lembut tekan ke bawah dengan sedikit tekanan. 

Teknik ini membantu menghilangkan angin di dalam perut baby menerusi saluran usus.


Teknik Water Wheel B

Satu tangan diletakkan pada perut baby dan menekan ke bawah. Manakala tangan yang satu lagi mengangkat kedua-dua kaki baby ke atas.

Angin boleh disingkirkan dengan lebih pantas dengan mengangkat kaki baby.


Setiap teknik pengurutan Water Wheel A dan Water Wheel B boleh diulang sebanyak 10 kali.


Seterusnya, teknik Thumbs to Side

Letakkan ibu jari di bawah sangkar rusuk baby dan di sekeliling pusat seperti dalam gambar di bawah.

Kemudian dengan lembut tekan ke bahagian tepi. Urutan ini boleh melepaskan rasa kurang selesa dari bahagian tengah perut baby.


PERINGATAN: Jangan menarik tangan secara tiba-tiba dari badan baby kerana sentuhan yang sedang dinikmati hilang secara tiba-tiba. Baby mungkin akan berasa tidak selesa. So, habiskan urutan untuk kiraan terakhir dengan perlahan-lahan.


Seterusnya, teknik Walking. Letakkan tiga jari pada bahagian kiri perut baby dan gerakkannya ke arah kanan seperti dalam gambar di bawah.   

Teknik ini boleh mengesan kekerasan pada abdomen baby(maybe tidak untuk pertama kali) untuk mengetahui sama ada baby mengalami masalah sembelit.



Teknik Sun and Moon

Teknik ini memerlukan mommy mengurut bahagian bawah abdomen baby dalam keadaan pergerakan arah jam menggunakan kedua-dua tangan seperti dalam gambar di bawah.


Letakkan kedua-dua tangan pada perut baby dengan tangan kanan bergerak ke arah kanan dan tangan kiri bergerak ke arah kiri dan buat putaran lengkap.

Teknik urutan ini dilakukan mengikut arah jam kerana susunan struktur fizikal usus adalah mengikut arah jam.

Teknik Sun and Moon jika dilakukan dengan mengenakan sedikit tekanan, mampu membantu baby membuang air besar.

Cuba ulangi urutan ini sebanyak 10 kali.


Teknik terakhir adalah teknik I Love U.

Teknik urutan ini amat berguna untuk baby yang mengalami masalah sembelit ia memudahkan mereka membuang air besar.

Langkah pertama 'I' mewakili tapak tangan mommy pada bahagian kirike abdomen baby seperti dalam gambar di bawah. Gerakkan ke bawah dengan lembut.


Langkah kedua 'L' di mana tapak tangan diletakkan pada kanan perut baby dan gerakkan ke kiri dan menegak ke bawah.


Kemudian buat gerakan ke dalam dan keluar, membentuk seperti huruf 'U' terbalik seperti dalam gambar di bawah.


Urutan-urutan di atas boleh dilakukan selepas baby mandi dan juga ketika baby terjaga tengah malam.

Teknik-teknik pengurutan bukan sahaja membantu memberi keselesaan kepada baby, malah memberi kesempatan kepada mommy untuk bermesra dan berkomunikasi dengan baby sambil berurut.

4 comments: