Mommy Membebel - Ekzema, Vaksin, Toksik, Organik

Bila anak kena ekzema, depa suruh hang pantang itu pantang pantang ini. Orang sekarang berpantang makan mengikut saja kata tanpa mengambil tahu sebab musababnya. Orang dulu-dulu dah tahu kesan pemakanan ke atas tubuh badan tetapi tidak diterangkan secara saintifik.

Dahulu: ekzema flare up

Sekarang

Ekzema

Dulu-dulu, mommy pantang itu pantang ini. Tapi anak masih gatal-gatal jugak. Baik aku makan semua benda; takda beza berpantang atau tidak! Hahaha okey itu pemikiran cetek aku kerana tak ada ilmu masa tu.

Pernah, aku menangis hanya kerana emak tak bagi makan ayam. Hahaha dan sekarang aku menertawakan diri sendiri. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana melawan emak pada masa itu. Apa yang orang tua suruh buat pasti ada sebab dan musabab. Cuma tak sampai makna dekat kau atau kau taknak terima saja.

Ini mommy nak bebel pasal ekzema sebab hari demi hari banyak pula kes ekzema keluar dekat wall facebook. Haishh kenapa makin ramai yang kena ekzema ni?

Ekzema disebabkan faktor genetik. Di sekolah kita belajar pasal genetik. Banyak penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, talasemia dan bermacam-macam lagi dipengaruhi oleh genetik keluarga. Jika anda adalah pembawa, maka anak itu hampir pasti akan mewarisi penyakit genetik.

Kecik-kecik dulu aku ada lelah. Tapi tak sampai tahap kena pakai inhaler. Setiap bulan mesti ke klinik. Kenapa bukan hospital? Sekarang baru ku tahu, kebiasaannya dosage ubat klinik lebih tinggi daripada dosage yang diberikan oleh hospital. Sebab itu aku akan cepat baik jika ke klinik berbanding ke hospital. Kemudian aku akan ke klinik lagi pada bulan-bulan seterusnya untuk mendapatkan rawatan. Nampak sesuatu di situ? Ubat sintetik ini tidak menyembuhkan tetapi hanya meredakan seketika penyakit tersebut.

Pada usia 13 tahun, lelah aku hilang. Mak ada amalkan madu lebah kepada kami sekeluarga setiap pagi. YA ini baru lah kaedah rawatan pemakanan holistik yang betul. Tapi ambil masa la nak baik kerana berlawanan dengan rawatan suppression/dadah.

Mari kita selidik. Aku pembawa auto-immune. Mak dan abah tak ada pon penyakit auto-immune ni. Haaa ada satu benda yang orang jarang tahu. Vaksin mampu mengubah reseptor sel badan manusia menjadi sel yang lain. Daripada tidak ada penyakit auto-immune kepada ada penyakit auto-immune. Yang ni aku tidak memandai-mandai cerita. Herbalist yang bagitau. Dia cakap secara saintifik, jenuh aku nak faham. Tapi boleh la faham cuma tak boleh nak terang sebagaimana herbalist terangkan kat aku.

Okey lah, sambung semula. Aku adalah pembawa auto-immune. DaddyG bukan pembawa. Emak dan ayah daddyG juga bukan pembawa. Tetapi nenek sebelah emak ada ekzema. Itu pon ekzema bila dah berusia. Haa ekzema ni tak mengenal usia, sampai masa dia nak menyerang, SERANGGGGG!! Bertabah je la.

Vaksin

Anak pertama aku, Adam Rayyan. Alhamdulillah. Tak ada apa-apa masalah kecuali lambat bercakap. Untuk pengetahuan semua, Adam Rayyan dah boleh bercakap awal lagi. Akan tetapi tiba-tiba dia jadi senyap. Kami perasan perubahan ini selepas dicocok. Mungkinkah ini juga di sebabkan oleh vaksin?

Entry aku kali ini menyalahkan vaksin secara total. Maaf, ini adalah daripada pengalaman yang dilalui sendiri.

Korang tau ke apa ingridient dalam vaksin yang diambil?
Untuk apa cucuk setiap bulan?
Ada diterangkan sebab kenapa perlu cucuk?
Adakah mengambil vaksinisasi ini wajib atau optional?

Atau sama je macam aku, ikut schedule yang diberi dan tadah je paha anak. Never ever tanya tukang cucuk tu kenapa kau cucuk anak aku. Haa bukan tu aje, aku yang kena cucuk sepanjang mengandung pon tak tanya kenapa aku dicucuk. Sekali dah siap nurse suruh sain. See?!

Kami mak ayah ni tadah telinga orang tanya pasal Adam Rayyan tak cakap. Cukup 2 tahun dia dah mula bersuara. Alhamdulillah. Perkembangan yang positif hari demi hari.

Hingga ke hari ada lagi soalan "Adam Rayyan dah boleh bercakap?". Adam Rayyan mungkin juga menurun daddyG. Tidak banyak bercakap bila bersama dengan orang lain. Dengan mommy daddy, dia cakap je. Jadi, orang ingat dia tak boleh cakap. Sabar je la.

Aku ada je baca pasal vaksin sebelum bersalinkan Anis Insyirah. Tapi aku takut kalau tak amik vaksin, apa jadi kat anak. Merisik-risik doktor yang merawat anak. Semua doktor suruh ambil suntikan vaksin. Aku diberitahu risiko jika tidak ambil suntikan vaksin. Ha ha ha mak mana tak takut wei. Okey cucuk jela.

Lepas dilahirkan, muka Anis Insyirah naik ruam tebal. Aku berpantang di kampung. Mak jenis yang relaks. Tak gelabah macam aku. Kami sapu bedak sejuk. Itu sebenarnya kesan cucuk vaksin pada hari pertama. Kiranya Anis Insyirah ni tidak boleh melawan vaksin/bedasing yg masuk ke dalam badannya. Vaksin trigger/merangsang ekzema. Ruam-ruam tersebut adalah tanda-tanda awal ekzema.

Susah juga kita nak tahu itu ruam panas atau tanda ekzema. Memandangkan sebelum ini tak pernah tengok baby yang ada ekzema, maka kita memang tak alert langsung pasal ekzema.

Mak mandikan cucu dengan air kosong. Baby bau syurga. Sama la Adam Rayyan pon. Dalam pantang, mandi air kosong je. Bila orang sampai depan pintu rumah dah bau wangi baby yang kuat. Rindu nya bau baby...

Kesan selepas divaksin, paha Anis Insyirah membengkak selama sebulan. Ruam semakin teruk. Merah seluruh badan. Berair dan gatal. Apabila digaru, berdarah-darah.

Aku masih cucuk 5 bulan. Sebab doktor kata tak ada kaitan vaksin dan ekzema.

Lepas cucuk makin memburuk keadaan Anis Insyirah. Kesian Anis Insyirah. Kesian aku sendiri. Tapi benda dah jadi. Kau kena terima dengan redho. Sabar dan berusaha.

Doktor pakar kulit kata ekzema tak ada ubat. Sedih sangat. Habis 'ubat' sapu yang diberi untuk apa? 'Ubat' tu bukan untuk merawat. Hanya untuk meredakan radang sahaja.

Toksik

Bila ditemukan dengan herbalist Nizam, aku diterangkan mengenai ekzema dan apa yang mencetuskan ekzema. Apa yang aku kena buat dan tinggalkan. Kenapa aku perlu buat dan perlu tinggalkan.

Dia terangkan bagaimana vaksin itu bertindak. Dia terangkan bagaimana vaksin itu menyebabkan Anis Insyirah mendapat ekzema. Ya Allah, banyak sungguh benda yang aku tak tahu dan aku mula bertanya macam-macam sehingga aku faham.

Bila berubat, hubungan dengan pengamal perubatan harus tip top! Keyakinan yang tinggi akan meningkatkan kesabaran diri untuk mencapai kejayaan.

Aku harus tahu kesan jika aku TIDAK AMBIL vaksin ke atas Anis Insyirah. Jawapan mudah, "lagi cepat badan Anis Insyirah akan pulih".

Panjang lebar klu nak terang A to Z. 7 bulan menjaga Anis Insyirah yang gatal sepanjang masa. Setelah semua dah baik, baru ku sedar tentang banyak perkara.

Pesakit ekzema mempunyai kadar alergik yang tinggi dalam badan mereka. Mungkin disebabkan samada oleh genetik atau pemakanan. Kewujudan natural high toksin iaitu aflatoksin juga akan meningkatkan kadar alergik dalam badan. Aflatoksin yang diambil tidak dapat dikeluarkan dari badan. Maka, apabila alergik ini dirangsang, ekzema akan meradang.

Wahhh aku tak tau pon pasal aflatoksin ni. Aku memang makan banyak gila kacang tanah sepanjang mengandung. Seminggu 3-4x. MasyaAllah. Mommy tak tau sayangku Anis Insyirah.


Bila badan Anis mempunyai kadar alergik yang tinggi, badan dia jadi tak tahan panas, tak tahan peluh, tak tahan habuk/debu dan tak tahan langsung dengan bahan chemical.

Tahukah kita, kehidupan kita dikelilingi dengan chemical.

Ikan diletakkan kloroform untuk bagi tahan lama.
Sayuran disembur racun serangga supaya tidak dimakan ulat.
Garam diputihkan menjadi toksik.
Gula diputihkan menjadi racun.
Beras juga diputihkan sehingga hilang zat-zat.

Segala mandian dan sabun basuh pakaian mengandungi chemical.
Ayam dan lembu dicucuk vaksin dan antibiotik.

Semua perkara basic pon ada chemical. Benda ini sangat mengganggu pesakit ekzema kerana ia akan merangsang dan mencetuskan ekzema.

Chemical yang berkumpul dalam badan menjadi toksik. Toksik ini la yang meningkatkan alergik tubuh.

Organik


Penggunaan bahan apakah yang menampakkan perubahan positif yang ketara sepanjang ekzema Anis Insyirah meradang?


Mandian air daun sireh.

Selepas sekali sahaja mandi dengan mandian air daun sireh, segala kasar-kasar di badan Anis Insyirah pada masa itu menjadi lembut. MasyaAllah. Bagi setiap sakit, Allah bagi ubatnya. Kita kena berusaha tanpa jemu.

Sejak aku tahu akan realiti kehidupan sebenar, kami sekeluarga melakukan perubahan drastik. Tiada istilah berpantang makan. Kami mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Pemakanan organik.

"Susah tak?". Demi anak apa sahaja kami mampu buat. Cukup la sekali pengalaman ini. Takkan sesekali nak merasa lagi.

Haaa kalau ada yang rasa mommy ni tak betul, sila lah merujuk pada orang lain. Merujuk pada yang pakar. Kaji dan selidik.

Cari dan gali ilmu.


9 comments:

  1. Only fighters will survive.

    Dkt insert vaksin tu boleh minta kat dr utk baca sblm dicucuk...but not sure depa akan bg ke x.

    Adverse effect after vaksin pun ada disebut cuma x semua x perasan psl tu..

    Bole download form fermakovigilan utk lebih faham..

    Pjg isu ni..yg penting make inform choices :)

    ReplyDelete
  2. sampai sekarang ke dia mandi air sireh tu..?bila ekzema tu dah tak de dia boleh ke makan macam kanak2 lain?/ke masih tak boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandi air sireh masa flare up. Dah baik, bg mandi guna moogoo. Hahaha sbb mommy nak berehat juga..skrg dia boleh je makan semua benda..tapi kami masih kawal pemakanan anak2..

      Delete
    2. rendamkan daun sireh dlm air ke atau kne blend daun sireh tu?

      Delete
  3. fuhh kena banyak membaca pasal penyakit nie.. boleh kita cegah dari awal.. nice info kak ira :)

    ReplyDelete
  4. Kak irra. Sampai laa ni mimin still ada exzema. Kesannya masalah kulit kepala yg teruk. Bnyak cara dah mimin guna. Seminggu je ok. Lepas tuu. Semua daa sebati dalam badan. Menjadi semula.

    ReplyDelete
  5. mandian sireh yer..boleh cuba nnti ni..

    ReplyDelete
  6. tapi cian aniss mmg truk sgt enzema dia..ank ummul xseteruk itu irra dia kt pelipat n siku jer..truk smpai berdarh2 dia garu

    ReplyDelete