Khasiat buah delima



Hari tu mommy pergi Tesco. Tengok buah delima macam menarik je. Harapan menggunung isi di dalam pon menarik juga lah. Taraaaa... Merah menyala. Sedapnya makan buah delima dengan boyfriend handsome! Hikhik Adam Rayyan la.

Buah Delima


Dulu mommy dah pernah bercerita tentang khasiat buah delima di entry ini. Kali ni masih nak bercerita pasal khasiat delima tetapi dari sumber lain. Lebih detail sikit.

Antara khasiat buah delima adalah :-

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol baik(HDL-Lipoprotien ketumpatan tinggi) di samping menurunkan kolestrol jahat(LDL-Lipoprotien ketumpatan rendah)HDL membantu membersihkan kolesterol dalam darah. 
Kolesterol jahat yang tinggi akan menyebabkan pembentukan plak dalam salur darah yang akan menyebabkan salur darah menjadi sempit, tersumbat dan menyekat pengaliran darah. Ini boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.
So sangat bagus lah kita mengamalkan buah delima. Delima boleh jauhi kolesterol jahat yang boleh membunuh.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. 
Apabila anda memerlukan sumber antioksidan dalam kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. 
Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. 
Kandungan antioksidan dalam jus delima boleh membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. 
Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. 
Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. 
Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung
Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). 
Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".

MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. 
Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. 
Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. 
Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. 
Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.


MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi
Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. 
Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. 
Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C
Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). 
Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran
Jus delima juga dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. 
Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

5 comments:

  1. Rasa macam nak ambik balik pati delima...
    banyak manfaat buah delima ni kan....?? tapi memang merah sangat2 delima tu mommy.... mesti babyB putih cantik je nanti... hehe

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi makan tapi mesti sedap nie.

    Read my latest entry : Wishlist Tahun 2015

    ReplyDelete
  3. sedapnyee.. lame dah tak makan.. merah menyala betul..menaikkan selera..

    ReplyDelete
  4. cantik betul gambar buah delima tuuuu..merah menyala gitteww

    saya suka gak makan buah delima..cuma kena makan sebiji2 comel tu, haruss la gigih sikit..tapi mmg sedap

    ReplyDelete