Hotel Legoland hotel tema untuk anak-anak

.
Hotel LEGOLAND® Malaysia, mempunyai 249 bilik tetamu yang bertemakan Pirate, Kingdom atau Adventure. 

Kingdom Themed

Bilik tidur dibahagikan kepada dua kawasan; dengan katil bersaiz king untuk orang dewasa, dan kawasan yang berasingan untuk tiga anak kecil, lengkap dengan katil dua tingkat, katil beroda tarik keluar dan TV mereka sendiri!

Pirate Themed

Semua Deluxe dan Suite Bilik boleh memuatkan sehingga 8 orang (maksimum 4 Dewasa sebilik).

Adventure Themed

Semua Standard dan Premium bilik boleh menampung sehingga 5 orang (maksimum 3 Dewasa sebilik).


Mommy Irra dan keluarga berpeluang menginap semalam di Adventure Themed Room. Selepas masuk ke Theme Park dan bermain di Water Park dari pukul 12:30 sehingga 6:30, baru lah mommy check in jam 7 malam. 

Mommy yang paling last check in sebabnya kalau mommy check in tadi, mesti berat hati dah nak turun. Sebab badan penat sangat. Tapi masih nak melayan anak-anak bermain air.

Jom tengok bilik Adventure Themed!


Bilik mandi kaca lagi. Ahaks! 


Di setiap sudut perhiasannya adalah daripada hasil gabungan LEGO. Cantik!


Semua keperluan disediakan. 


Ini kawasan tidur pertama yang menempatkan katil dua tingkat. Siap ada TV dan katil beroda tarik keluar. Diam terus anakanda beta melayan kartun.


Dalam bilik pon ada LEGO! Adam Rayyan main lego sambil tengok TV.


Ini tempat mommy dan daddy beradu.


Ada TV sendiri jugak. TV yang tengok kami sebab masing-masing kepenatan sangat dah.


Sebelah Adam Rayyan adalah kotak peti besi yang mengandungi hadiah misteri buat tetamu yang menginap. Kalau berjaya buka peti besi tu dapat la hadiahnya. Memang Adventurous sungguh la!


Sedap Anis Insyirah tidur sendiri je malam tu. Adam Rayyan, mommy bangun pagi tengok ada di sebelah. 


Ini lah bilik kami menginap! Sangat seronok tapi tak puas! Macam sekejap sangat kami di Hotel Legoland Malaysia. InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi.

4 comments:

  1. cantik sangat decor bilik tu mommy. kalau Nani lah memang menggebu rasa tak nak balik. hahahah :P

    ReplyDelete
  2. Wah anak2 tidur bilik sendiri..tak kacau mak pak la..heheh

    ReplyDelete
  3. Cantiknya dekirasi bilik hotel tu...anak2 syok la dpt main lego smp lebam ^^

    ReplyDelete
  4. daebak la hotel ni..teringin pula nak pergi sana..tapi kena rancang budget dulu la..

    ReplyDelete