Mommy 32 weeks pregnant!


Pada minggu ke-32, baby dah ready nak tengok dunia luar. Kepala baby kat bawah dah masa ni. Puting menjadi lebih gelap kerana badan bersedia untuk sesi penyusuan. Mommy merasa pedih hulu hati.


Baby masih berkembang, berat baby kira-kira 1.133-1.725 kg dan panjang kira-kira 38.6-42.4 cm.

Gejala kehamilan pada 32 minggu
  • Lebih kontraksi Braxton Hicks. 
  • Puting gelap, supaya bayi mudah melihat semasa hendak menyusu.
  • Sesak nafas. 
  • Heartburn.
  • Pembesaran payudara.
  • Keputihan. Badan anda sedang bersedia untuk kelahiran dengan mencegah jangkitan di bawah sana.

Sumber: thebump.com


Mommy dah mengandung masuk minggu ke 32. Tinggal 56 hari sahaja lagi.

Hari Ahad lepas berat baby dah 1.7 kg. Mommy kena kurangkan kuantiti makan. Makan sedikit tapi kerap. Metabolisme badan dah kurang bila dah sarat sangat. 

Kepala baby memang kat bawah dah. Harap tak berulang macam masa mengandung Adam Rayyan. Sampai sakit paha sebab baby kat bawah sejak 7 bulan kandungan lagi. Bila sakit paha susah nak bergerak masa sakit menahan contraction.

Sesak nafas bila baring. Mengah bila buat kerja. Lenguh dan sakit badan setiap masa.

Keputihan lain macam. Tapi dah biasa sebab anak ketiga dah pon.

Semoga baby dan mommy sihat. Dipermudahkan urusan bersalin. Bersalin cepat-cepat. :D





5 comments:

  1. semoga akak dan baby sihat sihat selalu :D

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkan urusan bersalin tu nanti ye ira..

    ReplyDelete
  3. keputihan yang paling tak best tu..tapi syukur la akak mengandung tak pernah alami keputihan..Alhamdulillah..

    ReplyDelete