Tips tangani bayi naik ruam

Terkejut mommy bila tengok leher Amal tempoh hari. Merah. Berbiji-biji ruam. Ahhhhhh sudah... Terus mommy teringat Anis ekzema dulu.

Di sini mommy kongsikan bagaimana mommy menangani masalah ruam Amal.

1. Jangan panic! Mommy ambil gambar dan share dengan suami dan family.

Tips tangani bayi naik ruam

DaddyG: Kenapa jadi macam tu? (Erkk soalan apakah ini..)

Mommy: I tidurkan Amal dekat ruang tengah tu. Amal tidur lena. I biar je la dia tidur. Tempat Amal tidur basah kuyup. Peluh la kot.

Ada biji kecil-kecil penuh leher Amal.

Tips tangani bayi naik ruam

DaddyG: Ruam peluh ni.

Dengan berkongsi masalah bersama orang terdekat dapat mengurangkan perasaan terkejut dan takut anda.

2. Sapu bedak batu nasila. 


Tips tangani bayi naik ruam
Bedak Batu Nasila

Ya, mommy cari bedak batu nasila. Kenapa mommy guna bedak batu nasila? Bedak ini asli tanpa apa2 campuran. Pastikan bedak anda tiada campuran bahan kimia. Kita tak tahu apa tindakbalas kulit baby. 

Konfiden je mommy bedak tu asli? Sebab mommy beli dengan herbalist yang merawat ekzema Anis. Beliau juga merupakan pakar pemakanan.

Selepas menyapu bedak batu nasila, terus hilang merah-merah. 


Mommy pon hantar gambar dekat family. Semalam mereka terkejut sama naik macam mommy. Kena bagitahu lah dah baik.

Tips tangani bayi naik ruam
Amal Insyirah

Lega sangat.. Jangan panik dan sapu krim yang bukan-bukan. Bayi berumur 0-24 bulan mempunyai imun sistem tubuh yang tidak stabil. Jadi mereka mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Tapi, kalau badan mereka bertindak balas negatif dengan ubatan kimia akan menyebabkan penyakit lain pula. Keep calm and pray for them.

Tips tangani bayi naik ruam
Ruam dah hilang | Gambar flash

Alhamdulillah. Ruam dah baik. Selsema dah baik. Batuk pon dah baik. 

11 comments:

  1. Kalau baby kena ruam memang kesian, mcm sy, sy pilih sapu krim herbal blend shaklee tu. memang ok sangat2. sejuk je. lepas tu takde bahan kimia langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah guna sekejap sahaja dulu. kemudian saya guna apa yg herbalist saya buat sendiri dan syorkan. alhamdulillah ekzema anak no2 dah baik

      Delete
  2. Yang ada baby patut ada la bedak tu kat rumah..Berapa harga nya tu>?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu beli seketul seringgit lebih je. baki yg Anis. memang beli banyak..skrg xtau harga

      Delete
  3. ank sy pernah kena ruam.. sy sapu minyak kelapa dara.. cepat eloknya.. yg bedak ni xpenah nmpk lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut herbalist saya, minyak tak sesuai untuk disapu pada bayi. itu masa anak saya no2 ekzema lah...nak cerita panjang pula kenapa...bukan minyak je, any cream pon herbalist tak bagi...tapi saya amalkan bg anak-anak minum minyak kelapa dara..pastikan orignal

      Delete
  4. First time tahu bedak tu.. Lepas ni boleh la sarankan kepada adik beradik dan saudara mara ena

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la ena. cuma susah sikit je nak cari. tapi boleh contact herbalist yg rawat anis tu..http://herbadanpemakanan.blogspot.my/2013/08/hubungi_30.html

      Delete
  5. mujarab betul bedak ni...kat mana nk beli

    ReplyDelete