Gadget terbaru Apple

Baru-baru ni Apple memperkenalkan gadget terbaru mereka, iPad Pro dan iPhone 6S dalam satu sidang rasmi di Auditorium Bill Graham Civic di San Francisco pada pagi 9 September 2015. 

Apa la yang best sangat produk Apple? DaddyG dah beli ipod mini yang mula-mula keluar, ipad 2, iphone 4S dan ipad mini 2. Untung la ada daddyG. Hihihi. Bila nak upgrade handphone daddy?

iPad Pro



1. iPad Pro muncul dengan saiz skrin berukuran 12.9 inci, paparan retina beresolusi 2732 x 2048 piksel yang akan memudahkan pengguna menonton video ataupun bermain permainan video.

2. Menurut Apple, iPad Pro merupakan tablet yang terbesar dalam pasaran Apple, yang disasarkan kepada golongan professional.  

3. iPad Pro menggunakan chipset A9X yang memiliki kepantasan dua kali ganda berbanding chipset A8x yang digunakan pada iPad Air 2.

4. Kamera 8 megapiksel.

5. iPad Pro dilengkapi dengan aksesori-aksesori kibod pintar dan pensel Apple yang dipanggil Stylus.

6. Dengan ketebalan 6.9mm, kelebaran iPad Pro dikatakan sama dengan ketinggian iPad Air.

7. Menurut Apple, iPad Pro boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat mulai November ini.

iPhone 6S dan 6S Plus

1. Apple melancarkan dua edisi iPhone terbaharunya sejajar dengan sasaran syarikat memperkenalkan telefon bimbit berskrin lebih besar.

2. Gajet terbaru ini dikenali sebagai sentuhan tiga dimensi yang bertindak balas apabila sentuhan dibuat atas skrin yang membolehkan pengguna melihat aplikasi dan mesej di dalamnya.

3. Edisi terbaru ini menggunakan system pengeroperasian IOS 9 yang mampu menyokong elemen terbaharu seperti ‘3D touch'.

4. iPhone 6S muncul dengan saiz 4.7 inci skrin paparan manakala 6plus dengan saiz skrin 5.5 inci.

5. Piksel kamera juga akan dinaik taraf kepada 12 megapiksel.

6. Tambahan dalam koleksi warna telefon iaitu warna ‘rose gold’.

7. Kamera depan dilengkapi dengan 'flash'. 

8. Perisian dalam edisi ini disokong dengan pemprosesan data lebih bertenaga yang membolehkan paparan lebih menarik bagi data berbentuk grafik.

Harga pasaran Malaysia bagi kedua-dua gajet Apple tersebut masih belum diumumkan


Mommy hairan la jugak kenapa la daddyG sanggup beratur panjang untuk beli ipad suatu ketika dulu. Adam pon tak ada lagi masa tu. 

Namun kini, mommy merupakan pengumpul koleksi Apple. Hahaha pengumpul la sangat. Ipad dah jahanam. Bila la daddyG nak upgrade iphone 4S mommy ni.....

1 comment: