Rawatan bayi di klinik kesihatan

Amal tak sihat. Batuk dan selsema. Daddy nak pergi kerja, Amal dah jaga dan batuk-batuk. Risau la pulak bila dengar baby batuk berkahak ni. Nak dapatkan kepastian doktor bahawa paru-paru Amal ok. Jom g Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.

1. Terus ke kaunter pendaftaran. 

Yang bertugas bagi arahan. Aku hanya dengar tunggu depan bilik 6. Aku pon tunggu depan bilik 6. Bila masuk, doktor tanya dah ambil suhu anak? Grrr aku blurr.. Doktor suruh ke Kaunter A. Dah siap masuk je semula Bilik 6.

Tadi duduk depan Bilik 6, Anis nak roti. Kemudian Adam nak roti. Hadoi la mommy anak tiga.

2. Pergi Kaunter A. (Sila dengar betul-betul kata petugas di kaunter pendaftaran)
Letak kertas yang dapat masa pendaftaran tadi. Tunggu. Lama la jugak. Lepas seorang, seorang tak panggil pon. Aku bangun, tempat duduk terus ada orang ganti. Aku pon berdiri sambil dukung Amal. Lenguh. Ada tempat kosong, aku duduk semula.



Bila dah cek suhu Amal 37.2. Kena g timbang pula. 

3. Masuk bilik 6 | Bilik Doktor
Doktor : Anak sakit apa?
Mommy:  Batuk.
Doktor : Dah berapa lama batuk? 
Mommy: Hari Jumaat
Doktor : Dah 4 hari. Baby ada demam?(Sambil periksa nafas baby Amal)
Mommy: Malam pertama demam, esoknya baik. Malam kedua demam juga dan esoknya baik. Lepas tu tak demam dah.
Doktor : Paru-paru baby ok. Baby ada selsema?
Mommy: Ada. Berhingus meleleh warna putih.
Doktor : Awak beli ubat titis ni di farmasi. (Sambil menulis nama ubat di kertas nombor giliran). Kat sini tak ada ubat tu.
Mommy: Baby ok lah ye doktor? 
Doktor : Buat masa ni ok. Emak pantau, kalau anak demam lebih tiga hari kena datang semula. 

4. Kaunter farmasi
Lama juga kat sini. Amal dah tidur. Sampai lenguh pegang Amal sementara menunggu giliran.


Dah siap ambil ubat boleh balik. Jangan lupa makan/guna ubat ikut dos yang diberi.

1 comment: