Setia dengan beras rebus Bombei


Sejak Anis Insyirah kena ekzema dan mengenali Herbalist En Nizam, mommy sekeluarga mengamalkan beras rebus jenama Bombei.

Pernah cuba jenama lain. Tapi beras rebus Bombei juga yang berjaya menawan hati kami.

Beras Rebus Bombei

Tak pernah cuba brand Faiza. Sebab harganya boleh buat daddyG pengsan. Hahahaa


Kenapa makan beras kaler perang? Putih baru la bersih. 

Beras rebus tidak melalui proses pengilatan. Warnanya keperangan. Akan ada bau yang agak kuat semasa menanak. Kalau tak suka rasa beras rebus ini boleh la masukkan sehelai daun pandan. 

Sebenarnya bila dah biasa, kita akan immune dengan bau tu. Dah tak efek apa-apa.

Putih bersih tapi zat tak ada. Rugi lah makan nasi. Bertambah rugi bila beras itu berlebihan dalam badan dan menyebabkan penyakit. Sama kes macam makan gula putih. End up tak sampai 30 tahun dah ada macam-macam penyakit. 

Untuk kesihatan yang lebih lebih baik, masukkan beberapa biji halba. DaddyG tak suka halba. Jadi masa menghidang tu, ketepikan halba. So daddyG tak tahu mommy masukkan halba. :D Halba bagus untuk up immune system. Begitu juga beras rebus untuk up immune system.

Kenapa perlu makan beras rebus? Sebab beras rebus mempunyai banyak khasiat. 88% zat nya masih kekal berbanding beras biasa.

Berikut merupakan khasiat beras rebus
1. Kurangnya kanji yang mana bagus untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan anda.
2. Bila sudah kurang kanji@gula, maknanya anda dapat menjaga tubuh badan anda dengan ideal.
3. Boleh mengurangkan kolestroldalam badan. Boleh diet guna beras ni.
4. Mengandungi vit B1B2, B6zat besifosfat.
5. Mengandungi Mineral Magneseyang berfungsi sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan.
6. Menjaga jantung dan darah tinggi.
7. Kalsium lebih tinggi berbanding beras putih.
8. Mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser.

Okey. Faham tak lagi pasal beras rebus ni? Lama tak cerita pasal beras. Jom amalkan gaya pemakanan yang sihat! 

11 comments:

  1. lebih kurang sama macam beras perang la..kan??Akak tak berapa suka bau daun pandan.kalau letak serai wangi jugak tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama khasiatnya. Kena cari beras rebus jugak

      Delete
  2. banyak jugak kelebihan beras rebus ni :D

    ReplyDelete
  3. huhu..kene advice dengan doktor ,diabetic during 3rd pregnancy..mmg beli yg jenama faiza tu..tak bole talan lansung..yang ni rasanya ok ye?

    ReplyDelete
  4. Hehe...sue pun guna hat ni. Masa menanak bau kuat. Lsma2 dah immune x de mslh dah.

    Sedap juga beras ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama2 rasa macam makan nasi biasa je

      Delete
  5. Rasa macam nak try..... macam best pulak rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selau orang india yg amalkan beras rebus...try la sya..bagus tuk kesihatan

      Delete
  6. oh jenama nie.. pernah tengok dekat kedai hari tu.. boleh la pujuk mak beli..kih3..

    ReplyDelete