Mommy out of energy


Hari ni badan sakit. Semalam pon badan sakit dah. Nak jadi cerita hari Sabtu malam lagi badan sakit yang amat.

Semua adalah gara-gara berjalan 6 jam non stop dalam ThemePark dan WaterPark Legoland Malaysia.

Alangkah ruginya peluang depan mata di sia-siakan begitu sahaja. Maka mommy pon buat-buat sihat je melayan apa yang ada kat legoland tu.

Daripada 12:30 tengahari sampai 6:30 petang berjalan dalam panas terik. Mak buyung tu memang sakan. Dah la perut macam nak beranak dah. Semua orang tegur perut macam sarat sangat dah.


Almaklumlah dah 2 tahun hajat nak bermain waterpark baru kesampaian, maka bersungguh-sungguh mommy melayan apa sahaja game yg mommy boleh main. 

Nanti mommy cerita satu-satu kat next entry. Kena recover sakit badan ni dulu dan menulis dalam keadaan tenang.


Mommy belanja sekeping gambar. Naik train dalam Theme Park.


Ini pon gambar ni je la. Makyong takleh naik. Kalau dapat naik ni, perghh... Tak dapat nak berkata apa-apa. Speechless terus!

Dah pukul 5 petang. Badan ni perlukan tukang urut. Cepat daddyG balik. T_T

3 comments:

  1. Takpee nnti baby dah besar gi lagi

    ReplyDelete
  2. mesti tak puaskan pergi sana...nanti baby dah besar sikit boleh pergi lagi..

    ReplyDelete