Blogger Exchange Feeds


Salam semua. Mesti semua dah perasan ada News Feed Blogger lain kat blog mommy seperti dalam gambar di bawah.


Mommy tengok Ben Ashaari dan Tiffin Biru dah lama buat exchange feed ni. Sekarang ni baru mommy irra nak follow. 

Mommy exchange feeds dengan siapa? Mula-mula mommy exchange feeds dengan Anizz Anissa.. Anizz antara blogger yang kerap meninggalkan jejak di irrayyan.com . Mommy merisik Aniss dah lama. Tapi daddyG busy sgt. Padahal mudah je nak buat Feed ni. 

Bila dah exchange dengan Aniss, mommy punya sel-sel otak makin berkembang. Hah, klu lagi ramai, lagi bagus!

Mommy risik sifoo Arzmoha. Kemudian Nani. Semua setuju. Kemudian semua sepakat nak cari ramai-ramai lagi. 

Apa kelebihan exchange feeds ni?

Pertama-dapat meningkatkan trafic blog
Cth:
Exchange antara irrayyan.com dan arzmoha.com, ada potential user irrayyan.com akan klik any feeds dari arzmoha.com dan sebaliknya.

Kedua-dapat merapatkan ukhuwah antara blogger yang join exchange feed ni. 
So far dah ada 5 blogger yang terlibat. Jadi kita sama-sama membantu memberi semangat untuk sentiasa update blog. 


Ketiga-memberi peluang blogger membuat duit dengan blog.
Bila user bertambah, lagi banyak potential customer. 

Menjadi blogger bukan mudah jika tiada minat yang mendalam. Gunakan minat yang ada untuk menjana side income. Macam mommy irra seorang suri rumah, blogging boleh memberi duit poket.

Mommy irra sangat seronok melihat blogger-blogger muda yang pandai menggunakan minat blogging untuk membantu kewangan keluarga. 
Mommy irra tak tahu pon dulu ni blogging boleh jana pendapatan. So jom kita sama-sama menjana pendapatan melalui minat menulis blog.

Keempat-sharing
Mommy irra wujudkan satu group perbincangan untuk exchange feed ini. Di mana semua orang boleh berkongsi pendapat dan ilmu mengenai dunia blog. You help me, i help you. (Macam pernah ku dengar frasa ini)

Jika ada rakan-rakan blogger berminat nak join exchange feeds ni, boleh hubungi mommy irra: emailkan url blog dan no whatsapp ke mommyirra@irrayyan.com

6 comments:

  1. huhuhuu akak jarang berblog sbb masa...ni pun dah kurang sgt nak ziarah blog irra

    ReplyDelete
  2. bagus idea irra ni. x pernah terfikir pun sblm ni.

    ReplyDelete
  3. nani baru siap publish . heheh :)

    ReplyDelete