Berani sungguh anak dara ni


Petang tadi, mommy yang tiba-tiba baik hati ajak anak-anak keluar rumah. Bukan main kat halaman rumah aje, mommy bawa keluar ke taman permainan.

Adam Rayyan dah ada geng. Adik gigih panjat tangga. Ohhh hari-hari Anis Insyirah naik tangga kat rumah.


Adam Rayyan tak main kalau dia seorang  sahaja. Hari ni dia main dengan gembiranya bersama adik.

"Anis, jom Anis", sambil tarik tangan Anis Insyirah.


Ini budak kecik hari ini berusia 1 tahun 6 bulan 27 hari. Dia sangat berani.


Boleh saksikan keberanian anak dara mommy di sini --> http://instagram.com/p/yMlZjJF05k/




Mommy tukang jaga yang seram tengok lagak anak. Mommy kepenatan. Jom naik buaian pulak.


Adam Rayyan yang ok pada mula nya kemudian menjerit minta diturunkan. Anis Insyirah gelak je tengok abang dia nangis. Ha ha ha. 


Adam Rayyan pon dah kepenatan. Mommy pon ajak balik la. Tapi Anis Insyirah taknak. Puas dipujuk.


Terima kasih Adam Rayyan tolong jaga adik. Dah boleh harap dah abang Adam Rayyan ni. Dia yang pujuk adik balik.


Tak tau bila lagi mommy nak bawa korang ke taman. 

5 comments:

  1. amboi anis insyirah dapat main sampai tak nak balik rumah. heheh :D

    ReplyDelete
  2. cute nye .....(h)

    ReplyDelete
  3. Senyum tu girlish sangat dak Adam !
    Wahhh lasakkk ye Anis.... ini membuktikan adik tu nanti mesti boboy.... lalalala...

    ReplyDelete
  4. hihi.. baru sekarang nampak seiras sangat adam dengan anis.. dulu beza sikit.. anis bambam dah nampaknye.. nak cubit sikit tangan tu..hihi

    ReplyDelete
  5. Budak2 kalo dpt main mmg gitu, ajak balik tak mau..upah ais krim mau kot cepat balik..hehe^^

    Good job adam, dah boleh harap jaga adik.

    ReplyDelete