Daddy bagi chance mommy tengok Hero Seorang Cinderella

Sekarang ni Hero Seorang Cinderella sedang ditayangkan di Astro Ria pukul 10 malam setiap Isnin hingga Khamis. Mommy layan cerita ni sebab ada Ejaz la... Seminggu pertama mommy melayan Ian dan Medina tanpa termiss satu episod pon. Drama Hero Seorang Cinderella ni lain dari yang lain.

Episod pertama Ian yang berambut panjang sangat kelakar. Masa ni mommy dah fikir "Alaa spoil la cerita ni.. Asal buruk sangat si Ejaz ni..". Penangan Drama Suri Hati Mr Pilot membuatkan Adam Rayyan mengenali Fattah Amin sebagai Ejaz. 

Mommy pon berjangkit la.. Bila teringatkan Ejaz, terus mengimbau memori Ejaz dan Warda. Suri Hati Mr Pilot adalah drama yang mommy tengok tak pernah miss dan tengok setiap kali ulangannya. Hahaha melampau sangat kan... Macam mana la si Adam Rayyan boleh tak kenal kan...

Okey berbalik kepada Drama Hero Seorang Cinderella, rupanya sekejap je watak berambut panjang tu.. Okey, drama ini semakin mengujakan mommy...
Hero Seorang Cinderella
Mommy jadi teruja nak tau apa yang bakal terjadi dari satu episod ke satu episod. Geram pulak tu tak dapat kesan apa yang bakal terjadi.
Hero Seorang Cinderella
Si Cinderella iaitu Medina, ada ibu dan kakak tiri yang suka buli dia. Mommy suka watak cinderella moden yang akan kenakan semula ibu dan kakak tirinya. 
Medina dipaksa buat kerja rumah dan memasak semasa ketiadaan papanya. Medina masukkan julap dalam makanan yang dia masak. Akhirnya ibu dan kakak tirinya berulang alik ke jamban.. Hahaha..

Yang lagi nakal Medina masukkan klorok dalam baju kakak tiri dia.. Bukan nak kena basuh baju sendiri pon sebab kau ada maid. Tapi tetap nak buli orang. Zaman sekarang mana ada lagi orang baik sangat yang redha je bila kena buli... Sekali ambik kau, habis rosak baju-baju kesayangan.. Macam ni baru syok... Mommy sokong Medina! Medina, awak sangat nakal! Nakal! Nakal! Nakal!
Ian dan Medina
Drama ini adalah adaptasi daripada novel. Tapi kalau nak mommy baca novel, memang tidak lah. Tiada kesempatan mommy nak membaca. Jadi mommy risik-risik pada mereka yang dah baca novel. Haha depa takmau habaq kat mommy apa jadi. Grrr
Hero Seorang Cinderella
Masuk minggu kedua, mommy hampir terlupa. Tapi korang agak siapa yang ingatkan mommy? DaddyG kata " Mommy tak tengok cerita mommy ke?"... Hehehe... Sehari layan 10-11 malam je... Thank you daddy...

Tak sabar nak tengok episod malam ni

3 comments: