Selamat Pengantin Baru

Mommy pulang ke kampung minggu lepas kerana ayah saudara mommy mengadakan majlis menyambut menantu. Mommy balik memeriahkan majlis. Kali ni nak update pasal sepupu yang kahwin ni. Jangan marah yaa

Beza umur mommy dan sepupu; Amir 5 tahun. Amir darjah 6, mommy Tingkatan 5. Mommy sibuk dengan SPM, Amir pula menduduki peperiksaan UPSR. Amir dapat keputusan peperiksaan UPSR 5A. Pandai.


Memori zaman kecil yang mommy ingat adalah artis kegemaran Amir iaitu Siti Hanoliza. Artis mana tu? Haha Siti Nur Haliza la. Comel je kan. Masa tu semua orang tak kita usia suka kan Dato Siti atau TokTi.


Adik kak sorang ni memang dok besaq sedia dari kak. Hahahaa. Naseb la kakak ko ni kecik kan. Kadang-kadang je kembang. Adik kak dah menikah dah. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke jannah.


Sweet ja wedding Amir dan Adila. Adila mekup sendiri. Teringat mommy pon mekup sendiri ja nikah dulu. Simple and nice. 

Lepas ni turn sepupu mana pula nikah? Heheee

2 comments:

  1. sama cantin sama padan . selamat pengantin baruu

    ReplyDelete
  2. Yeay jumpa blogger yang active!
    barakallah kepada amir :D

    ReplyDelete